Hidayah itu milik Allah.. Allah akan beri petunjuk kepada sesiapapun yang Dia mahukan. Tugas kita hanya menyampaikan. Namun jika kita yang lahir-lahir sudah Islam tetapi tidak pernah menghargai apa yang kita ada, maka tidak mustahil rasa cinta kepada agama akan pudar. Kerana merasa diri lebih memahami agama hingga sanggup menyesuaikan agama mengikut selera sendiri bukan mengikut kehendak Ilahi.
Mungkin nikmat sebagai seorang Islam itu telah terlucut. Cara kehidupan dan pemikiran sikufar pula menjadi kiblat hingga sanggup mencairkan agama agar dilihat lunak dan santun. Yakinilah hati orang kafir yang kamu risau dilukai oleh imej agama ini tidak bernilai sedikit pun disisi Allah.
Risaulah tentang untung nasib dirimu sendiri dialam yang amat dekat. Itu lebih patut kita semua utamakan dari memikirkan kehendak orang kafir yang sudah pasti tidak akan berdiam diri selagi orang Islam tidak mengikut cara hidup mereka. Kenalilah Islam itu dengan sebenar-benarnya atau kamu yang terpaksa melupakan Islam hanya kerana ingin diterima oleh sikufar sebagai sahabat.
No comments:
Post a Comment