JAKIM perlu mengadakan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk mengadakan kempen atau roadshow bertajuk "JAUHI ANJING DAN BABI".
Jelas melalui banyak kajian klinikal terbukti anjing dan babi sangat berbahaya untuk kesihatan manusia. Kerajaan perlu mendidik masyarakat tidak kira bangsa dan agama untuk menolak segala perkara yang memudhoratkan seperti mana kempen "Berhenti Merokok", "Saya Tidak Rasuah", "Kewangan Bebas Riba'" dan macam-macam lagi.
Kesedaran mengenai bahaya anjing dan babi tidak sepatutnya dilihat dari perspektif agama sahaja. ISLAM adalah agama universal yang menepati fitrah manusia. Sebagaimana kewangan bebas riba' menerima sambutan yang amat luar biasa hingga banyak bank gergasi dunia terpaksa mewujudkan unit kewangan patuh syariah, prinsip-prinsip syariah yang lain termasuk dalam bidang kesihatan dan keselamatan makanan perlu mendapat perhatian yang sama.
Sudah tiba masanya Islam disebarluaskan prinsipnya demi kebaikan manusia sejagat sebagai salah satu dakwah manusia kepada kebenarannya. JIKA ini tidak dilakukan, maka umat Islam pula akan didakwah untuk menerima cara hidup jahiliyah yang akhirnya merugikan Islam dan mengancam kebenaran ajarannya.
Kempen jauhi #Muzabzib ada tak? ^__^
ReplyDelete:) wajib perangi muzabzib
ReplyDelete