Nissan Leaf dipamerkan buat pertama kali di Malaysia hari ini di One Utama. Kereta yang 100% menggunakan tenaga elektrik selain Chevy Volt. Sekali cas boleh jalan hingga 190KM. Full charging amik masa 4 jam. Kene pasang mende macam tiang khas tu kat rumah. Nak pasang tiang tu orang nissan akan buat checking kat rumah tentang kesesuaian kawasan rumah untuk menepati keselamatan alat itu. Kalau duduk kat kondo kene minta kebenaran untuk pasang di parking. Tak bolehlah nak mengembara jauh-jauh dengan kereta ni. Di Singapura pun dah banyak charging port disediakan di parking lot khas beberapa shopping complex.
Persoalannya ia sama saja hasilnya jika sumber penjanaan elektrik masih lagi menggunakan sumber terhad dan mahal seperti petrol dan arang batu. Negara perlu beralih kepada sumber seperti nuklear jika benar-benar jujur tidak mampu tanggung subsidi petrol dan ingin bantu rakyat kurangkan kesan peningkatan kos sara hidup. Jika tarif elektrik murah mungkin ia membantu rakyat dan kenderaan elektrik dapat melepaskan rakyat dari perlu membayar harga petrol yang sangat mahal.
Tenaga Nuklear mungkin menggerunkan tetapi sumber itu sangat murah. Sebuah kapal selam bertenaga nuklear tidak perlu mengisi minyak selama 25 tahun hanya dengan pengunaan 4 rod uranium yang menggerakkan engin kapal selam dan memenuhi segala keperluan tenaga elektrik anak kapal. Namun semalam baru terdengar berita menjelang 2028 negara akan mampu membekalkan tenaga elektrik dengan kadar yang lebih murah apabila siapnya janakuasa Hydroelektrik yang mampu menyediakan 3000 Megawatt kepada negara.
Segala jalan penyelesaian ke arah kehidupan bebas pergantungan terhadap bahan api petrol amatlah diperlukan. Ia menjadi jawapan kepada masalah kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat ini. Setelah berusaha ayuhlah kita semua berdoa kerana Allahlah yang turunkan kesempitan dan Allah jualah yang memberi kelapangan rezki kepada kita. Jika kita bersyukur, bertakwa dan sanggup membantu mereka yang memerlukan sudah pasti Allah ketemukan jalan keluar dari masalah ini. Dalam soal ini adalah tidak bertanggungjawab jika meletakkan 100% punca permasalahan kepada kerajaan. Jika kita tidak mampu ubah sikap dan amalan kita tiada siapa yang dapat mengubah keadaan kehidupan kita.
No comments:
Post a Comment