Kita telah melalui beberapa siri kenaikan kos sara hidup. Ambillah peluang untuk menerima ulangan kisah yang sama ini dengan pendekatan yang lebih matang.
Kerajaan telah menjelaskan berkali-kali tetang proses rasionalisasi subsidi ini. Terimalah hakikat bahawa satu hari nanti kita terpaksa survive TANPA BERGANTUNG PADA SUBSIDI.
Mengapa perlu hapuskan SUBSIDI?
Menjadi sebahagian dari prasyarat kemasukan pelabur ialah kewangan kerajaan yang kukuh tanpa dibebankan dengan penanggungan subsidi. Hal ini adalah amalan mana-mana negara maju. Di US, harga petrol bukan sahaja berubah-berubah sepanjang masa, malah harga yang ditawarkan dari stesen minyak ke stesen minyak yang lain pun berbeza-berbeza.
Jika kerajaan terpaksa terus menanggung subsidi, dibimbangi komitment kerajaan dalam menyediakan infrastuktur mesra pelabur tidak 100%. Persepsi pelabur amat penting dan adalah sukar keadaannya bagi negara jika tidak dilihat selari dengan amalan kewangan negara maju. Malaysia perlu ikut cara mereka jika ingin buka pintu lebih luas dalam menyediakan lebih banyak peluang-peluang ekonomi. Dari situ negara akan makmur lebih baik keadaannya berbanding zaman serba serbi penuh dengan subsidi.
No comments:
Post a Comment