Di negara Eropah, mereka telah lama mula menggunakan kenderaan lebih kecil (walaupun tubuh mereka besar), kapasiti enjin yang kecil, cekap tenaga, hybrid dan elektrik. Malah harga basikal yang sesetengah kita malu untuk menggunakannya di negara maju cukup popular hingga harganya melambung tinggi. Mereka ini tidak dibiasakan dengan subsidi. Mereka menghadapi realiti dan menerimanya dengan mencari jalan penyelesaian. Namun di Malaysia jika mahu membeli kereta baru masih ramai yang tidak mengambil kira berapa yang mereka perlu belanja untuk penggunaan petrol. Yang menjadi keutamaan ialah gaya, kelajuan, boleh bawa ramai orang. Akhirnya bila dipaksa menghadapi realiti, mereka inilah sebenarnya golongan yang paling sengsara.
Sama ada bersedia atau pun tidak, baik NEGARA mahupun RAKYAT perlu memikirkan cara untuk mengelakkan dari perlu membayar kos bahan api bersumberkan petrol. Sebagaimana negara mengurangkan subsidi terhadap petrol, rakyat juga perlu mencari alternatif untuk mengurangkan penggunaan petrol. HARGA bahan api itu tidak lagi mampu untuk ditanggung oleh sesiapapun.
Berhentilah dari mempergunakan golongan miskin untuk menarik simpati kerajaan agar anda terus dapat menikmati harga petrol yang lebih murah. Golongan miskin itu haknya perlu dibantu oleh kita semua jika benar ikhlas simpati dengan mereka. Hakikatnya DUNIA telah lama mempersiapkan diri untuk menghadapi KRISIS TENAGA ini. Tetapi kita masih lagi mengharapkan kehidupan seperti dilindungi awan. menggunakan alasan kononnya negara kita adalah pengeluar minyak berkualiti tinggi. Belajarlah terima hakikat bahawa bahan itu adalah sumber tenaga yang TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI.
Kita telahpun sekian lama menikmati kadar subsidi berbillion ringgit setahun dan akan sampai juga satu masa kerajaan tidak lagi mampu untuk terus menyediakan keistimewaan itu kepada kita. Bodohlah jika hanya dengan alasan itu ada yang berkeras untuk terus mahu menikmati minyak yang murah buat selama-lamanya. Dengan pertambahan jumlah kereta dijalanan dan kenaikan harga bahan api, hatta gergasi ekonomi seperti China pun jika dipaksa menanggung subsidi untuk rakyat yang berbilion ramainya, pasti akan berakhir dengan hanya satu perkataan... BANKRAP. Kerana tiada sesiapa pun mampu untuk bayar harga petrol...
No comments:
Post a Comment