Ada seorang wanita berbangsa cina namanya Lucy Liu memegang kerakyatan France..Pulang ke kampung halaman di Ipoh, Perak.. Baik rakan mahupun saudara mara teruja untuk menantikan kepulangan Lucy.. Apabila sekembalinya Lucy ke tanah air, Lucy diminta untuk bertutur dalam bahasa Perancis..
Tetapi sayang..... Lucy telah menghampakan semua rakan dan saudara mara kerana beliau gagal untuk bertutur dalam bahasa Perancis. Beliau memberikan alasan kononnya tidak bercampur dengan masyarakat tempatan dan hanya tinggal di China Town ....Logik tak kisah Lucy ni?... Di Malaysia ramai tak orang macam Lucy?... BONJOUR!
Tetapi sayang..... Lucy telah menghampakan semua rakan dan saudara mara kerana beliau gagal untuk bertutur dalam bahasa Perancis. Beliau memberikan alasan kononnya tidak bercampur dengan masyarakat tempatan dan hanya tinggal di China Town ....Logik tak kisah Lucy ni?... Di Malaysia ramai tak orang macam Lucy?... BONJOUR!
Saya tidak kisah kepada pelajar atau pemain bola sepak melayu yang mentikus atau berkepit seperti belangkas dengan rakan sebangsa sendiri ketika berada diluar negara. Ya mereka patut mahir dan jangan sia-siakan peluang, namun akibat mentaliti mereka terikat dengan hakikat bahawa mereka berada di situ hanya buat seketika.. Selepas segalanya selesai mereka akan pulang ke tanah air dan tak perlupun bersusah payah membelitkan lidah melopongkan mulut tercari-cari perkataan yang nak diluah.
Namun bagi mereka yang telah tenggelamkan kapal untuk pulang, sanggup tinggalkan saudara mara berkurun lama demi kehidupan lebih baik di negara orang, adakah mereka mampu untuk terus hidup tanpa perlu belajar bahasa orang tempatan? Oh tidak perlu untuk menguasai bahasa tempatan kerana orang tempatan tidak penting dalam hidup mereka. Mereka boleh sahaja mengelak dari berurusan dengan orang tempatan. Semua rakan perniagaan dari pembekal dan peruncit pun kecil sangat bilangan orang tempatan. Ambil pekerja pun mereka berhak untuk tidak memilih orang tempatan. Bermesyuaratpun tidak gusar menggunakan bahasa sendiri, dengan syarat dalam bilik mesyuarat tiada orang tempatan.
Mereka berjaya memujuk orang tempatan untuk mengiktiraf sekolah dan universiti mereka.. Ia memberi laluan kehidupan yang sangat selesa kepada keturunan mereka seterusnya untuk mempercayai bahawa bahasa tempatan tidak penting dalam hidup mereka. Mereka juga percaya satu hari apabila mereka semakin kuat dan dapat merampas kuasa kerajaan orang tempatan, mereka mungkin akan lebih rasa selesa dan tidak perlu lagi untuk risau dan tertekan untuk mempelajari bahasa tempatan.
Dengan kelebihan ini mereka menjadikan bahasa sendiri umpama tembok yang menampung air dari mengalir keluar. Air itu akan hanya dinikmati sesama mereka dan seterusnya membiarkan orang tempatan lemah kehausan. Kelebihan itu membuatkan mereka lebih dominan dan bisa menekan orang tempatan yang kian lemah dan tidak bermaya.
Hanya dengan bahasa, orang tempatan tewas dan hilang segala-galanya. KERANA BAHASA MAMPU MENUMBANGKAN SEBUAH BANGSA.
No comments:
Post a Comment