Apabila Akta Hasutan yang selama ini ditidurkan berkuatkuasa, maka terencatlah segala isu ditinggalkan begitu saja. Sanggup ke timur dan ke barat merencana himpunan dan bantahan. Dari sebaris lapan orang budak hingusan mengendong jenazah demokrasi mahupun cantuman gambar pelbagai latar belakang mereka yang protest dengan sepanduk anti akta penjaga kemakmuran antara rakyat itu.
Ingin memberi gambaran kononnya ia aspirasi rakyat. Padahal rakyat tetap tenang dan aman. Hanya pembangkang panas dan kegelisahan mengkocakkan air. Mengharap kocakkan mereka disambut. Belum cukup dengan itu, pertualang asing turut dijemput memberikan tekanan dan ugutan atas nama kebebasan hak asasi manusia. Mereka lakukan ini semua kerana mereka tau tanpa aktiviti yang ditegah dalam akta itu mustahil mereka boleh pergi sebegini jauh.
Mereka terus kuat dengan menghasut, melekeh dan mencerca. Sebagai tanda mereka telah berjaya menunduk dan menambat kuasa peribumi dan raja-raja yang seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa.
Kemaraan mereka menarik minat sebilangan besar bangsa chauvinist yang dulunya tunduk dan patuh. Kini melompat dijalanan meluahkan pekong mereka menayangkan kurap dan mengeluarkan lendir di alam cyber. Masing-masing berebut-rebut ingin mencuba benarkah kuasa melayu dan raja sudah tiada. Ini peluang bagi mereka menunjukan siapa mereka sebenarnya.
Begitulah pengajarannya bagi pemimpin yang lemah daya kepimpinannya. Seperti lalang mengikut saja ke mana arah angin ke sana jasad dibawa. Negara dibiarkan bak nasib untung sabut timbul kuasa kemudi yang ada disia-siakan begitu saja.
Ayuh tiga tahun lagi ia bakal menjelma. Keluarnya taring masih belum terlambat menambat semula anjing-anjing bongkak yang hanya berkuasa apabila terus bebas menyalak. Ketika itu rakyat aman damai bebas dari bunyi bising salakkan yang saban hari membingitkan telinga. Pembangkang akan terus dilupakan, dibiar hidup sengsara disuatu sudut yang amat sepi.
Akta Hasutan ini sangat digeruni pembangkang. Kerana tanpa menghasut, melekeh, menghina dan mencerca, mereka tidak akan ke mana-mana..
Akta Hasutan ini sangat digeruni pembangkang. Kerana tanpa menghasut, melekeh, menghina dan mencerca, mereka tidak akan ke mana-mana..
No comments:
Post a Comment