Saturday, October 20, 2018

PASKAL THE MOVIE bukan cikai punya barang.




Pada asal rasa memang dah menyesal tengok wayang filem melayu setelah publisiti kutipan jutaan ringgit diawal tayanganpun tak sehebat yang disangkakan. Orang macam saya ni bukan harga tiket jadi halangan tetapi yang lebih besar ialah masa. Beberapa babak layu dalam filem hantu kak limah sebelum ni pun buat saya menyesal datang ke panggung. TETAPI alangkah puas hatinya setelah berjaya mencuri masa menonton filem PASKAL semalam saya rasakan filem ni dah boleh bungkus filem2 lain yang viral juta2 baru2 ni paling tidak sebagai keadilan buat filem yang benar2 hebat seperti ini.

Kita boleh bezalah mana filem yang sekadar karya individu dan mana filem yang dihasilkan berdasarkan kajian yang amat teliti dan membawa mesej yang sangat ikhlas bukan semata mata bermatlamatkan keuntungan. Lebih2 lagi filem yang digarap berdasarkan kisah benar yang sememangnya ada peminat tersendiri. Kita boleh kaitkan dengan tajuk2 akhbar yang pernah menggemparkan tanahair sebelum ini.

Sebagai peminat sukan Airsoft atau military simulation, saya pun amat cukup berpuas hati dengan persembahan taktikal yang cukup realistik, mudah difahami dan amat mendebarkan. Terus terang cakap.. Kalah beb filem2 aksi ketenteraan holywood yang sesetengahnya dah sampai tahap basi dengan penceritaan yang dapat diagak. Versi MALAYSIA ini ternyata berjaya disampaikan dan kita akhirnya mempunyai filem aksi peperangan yang amat membanggakan setelah Bukit Kepong.

Jangan salah sangka, filem ini juga boleh menyebabkan mata saya berkaca berkali2 kerana kehebatan penceritaan tuan director yang amat menyentuh hati dalam soal kekeluargaan yang menjadi moto filem ini. Ini adalah filem kedua saya buat review setelah kekecewaan saya terhadap filem Ola Bola salute saya kepada setiap mereka yang terlibat menghasilkan karya ikhlas berjaya membakar samangat cintakan negara dan mengangkat martabat pasukan keselamatan dimata rakyat Malaysia. TAHNIAH 100 KALI THUMBS UP. HIDUP PASKAL. HIDUP FILEM MELAYU.




Aksi penulis dalam sukan milsim Airsoft


Monday, October 1, 2018

MELAYU tak perlu takut kepada ASIMILASI.






Acap kali kita menyaksikan seorang demi seorang artis atau selebriti bukan Islam bertindak memeluk agama Islam setelah melalui proses asimilasi yang berlaku apabila bercampur gaul dengan rakan artis dan selebriti beragama Islam.

Malah seperti satu tradisi mereka tidak dapat lari dari melayan harapan ribuan pengikut industri hiburan tanah air untuk melihat satu hari nanti mereka akan bertemu pasangan yang beragama Islam dan seterusnya memeluk agama Islam.

Sungguhpun golongan seni bukanlah pendakwah bertauliah, namun persahabatan dan hubungan akrab yang tidak bersempadan antara mereka menjadikan artis bukan Islam ini sedikit demi sedikit mendekati Islam bermula dengan mengambil tahu tentang amalan dan ajaran agama rakan2 mereka.

Dalam lakonan pula adakalanya mereka diberikan watak sebagai mualaf.. Pasangan kekasih dari set yang kemudiannya dibawa keluar set. Perkahwinan kemudiannya campur berlaku secara semulajadi.

Maka perkara yang sama akan berlaku jika asimilasi berlaku dalam masyarakat negara kita. Bahasa dan identiti Melayu tidak sepatutnya menjadi satu kebimbangan. Hasilnya kita mempunyai lebih banyak peluang berlakunya perkahwinan campur yang menambahkan bilangan penganut agama Islam.

Islam kemudiannya berkembang kepada adik beradik dan keluarga saudara baru. Disaat itu kita akan mulai sedar bahawa Islam itu telah menjadikan Cina Melayu India soal yang tidak penting berbanding nilai persaudaraan yang dibawa oleh agama itu.

Sesuai dengan anjuran Islam agar kita saling kenal mengenali antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Dari situ kita akan mampu melihat betapa besarnya kesempurnaan dan kehebatan Allah yang menjadikan manusia dengan pelbagai suku kaum serta bahasa.

HENTI KULIAH UNTUK BERI LALUAN SOLAT JEMAAH



Harini nak solat Isyak terpaksa menjarah dari masjid ke masjid. Akhirnya masjid ke 3 baru ada jemaah bersolat. 2 masjid yang pertama masih berkuliah entah belum tahu bila masa nak mula solat berjemaah.

Kalau pun ada berjela muka kitab mahu disampaikan berhentilah sementara beri laluan kepada mereka yang mahu solat berjemaah. Bukan semua yang datang ke Masjid ada masa untuk tunggu kuliah selesai baru boleh solat berjemaah.

Harap kepada pihak pengurusan Masjid Jabatan Agama Negeri tolonglah keluarkan garis panduan tentang hal ini. Bukan saya seorang bersuara tapi ramai lagi. Tetapi dizaman orang boleh mengadu pelbagai hal di media sosial ada pihak seperti terlalu angkuh menolak mentah2 keluhan dan aduan ramai.

Tuesday, September 4, 2018

PEMIMPIN POLITIK TIDAK PROFESIONAL RUGIKAN NEGARA



Diperhujung pertarungan badminton biasa kita lihat yang menang berjabat tangan dengan yang kalah. Ada juga kita dengar mereka menjadi rakan karib sambil menyokong antara satu sama lain. Ini lah sikap professional yang amat kita kagumi. Cukup matang dan dihormati.

Namun ia tidak berlaku dikalangan parti dan pemimpin politik yang bertanding dalam pilihanraya. Mereka cukup tidak berdisplin dan sanggup menang dengan cara yang tidak bermaruah.

Mereka saling bermusuhan hingga kelihatan seperti keanak-anakkan. Yang kalah tidak mahu membimbing mereka yang bakal mengambil tugas dan yang menang mencari2 salah orang yang mereka telah gantikan.

Akhirnya rakyat dan negara rugi akibat sikap tidak profesional orang2 politik yang menguasai negara ini.

KALAH MENANG, TERUSKAN YANG BAIK UNTUK RAKYAT



Setelah melalui satu malam diselubungi mimpi ngeri yang menerjah alam realiti, saya kembali memujuk diri untuk terima hakikat semua yang berlaku atas kehendakNya.

Cuma saya harapkan projek2 pembangunan yang diilhamkan DS Najib dapat diteruskan dan manfaatnya tetap boleh dinikmati generasi masa hadapan.

Kelak nanti kerajaan sedia ada juga boleh berbangga mengambil kredit apabila rakyat dan negara bertambah makmur dan maju..

Wednesday, August 22, 2018

TIBA2 RAMAI MELAYU YANG KAYA RAYA



UNTUK RENUNGAN BERSAMA.

Sejak zaman DSN lah dasar ransangan ekonomi memberi byk peluang kepada usahawan2 melayu tak kira iks.. Pertanian.. Perladangan... Ditambah pula kebijaksanaan beliau menyokong org2 felda.. Menaiktaraf kehidupan pekebun2 felda... Anak2 felda sampai diberi peluang masuk universiti Lim Kok wing dgn inisiatif beliau...

Ledakan globalisasi perniagaan secara online yg beliau beri kebebasan utk seluruh rakyat meniaga tanpa sempadan.. Bila taraf hidup dan gaji rakyat naik terutama org melayu.... Maka berbondong2 lah melayu kita lihat semakin senang.. Kaya raya... Malahan makin ramai bergelar jutawan... Market melayu semakin besar dan kukuh... Jual tudung je dah jd milionaire..

Apa bidang meniaga zaman DSN lah kita lihat melayu ada modal utk venture sama2 dgn kaum cina...org2 melayu semakin bijak menyokong industri dan peniaga2 melayu...

Dan inilah punca kaum yg satu itu semakin hairan.. Bila banglo mereka beli berjiran dgn ramai org2 melayu yg bkn terdiri daripada aristokrat tapi asal rakyat marhein sahaja... Kaum2 inilah yg makin sakit jiwa bila makin ramai melayu2 kita byk duit menyemak penuh kat airport kuar holiday g oversea...

Kaum inilah yg makin penuh dendam kesumat bila lihat anak2 muda melayu sudah pandai memandu kereta2 mewah dgn hanya berniaga coconut shake mahupun nasi lemak udang galah...

Dan semakin lama market bukan melayu makin slow hingga menyebabkan tokey2 cina spt Hai O.. Coway... Cuckoo.. Amway dan pelbagai pemilik produk2 lain terpaksa bergantung kepada salesman2 melayu demi menguasai pasaran belian dlm kalangan org2 melayu... Sampaikan pondan.. Transgender melayu pun mampu bergelar jutawan walaupun dgn bayar gst??!!!😜😜😜😜..

Kauorg rasa x sakit jiwa ke kaum yg satu tu??!!!! 🙄😂😂😂😂😂... Akhirnya mereka tiada pilihan kecuali membunuh bapa transformasi kekayaan org2 melayu... 😒😒.. Demi menjatuhkan pasaran org melayu dan menghentikan kemajuan serta kekayaan masyarakat melayu di Malaysia masa kini... 😔😔😔😔...

Yg sedihnya org2 melayu yg dibantu dan diberi peluang oleh DSN sendiri kufur nikmat.. Percaya hasutan dan bersama2 menjatuhkan beliau tanpa mereka sedari mereka sdg menggali kubur kemiskinan untuk bakal anak cucu mereka sendiri... 🤨😏😢😢😢

Coretan dari sahabat FB Ann Fardan.

Monday, August 20, 2018

PEMIMPIN PH DITEKAN DAN DIMALUKAN





Baru2 ini saya selaku wakil syarikat dijemput menyertai jamuan makan malam persatuan pengilang. Apa yang menjadi kejutan pada malam itu ialah cara Presiden Persatuan menyampaikan ucapan yang mana ditujukan khas kepada wakil kerajaan PH.

Beliau bukan sahaja meninggi suara malah beliau mengulang-ulang peringatan dan tuntutan mereka terhadap kerajaan PH seolah-olah beliau sedang bercakap dengan budak sekolah yang tidak faham bahasa.

Apabila melihat cara Perdana Menteri China ini menjawab keluhan Mahathir dengan persetujuan yang telah dibincangkan dalam sidang media ini saya teringat cara kurang hormat ucapan presiden persatuan pengilang itu. Sungguhpun situasinya isunya berbeza, apa yang saya ingin sampaikan ialah pemimpin yang mewakili kerajaan PH ditekan dengan cara yang tidak selayaknya dengan kedudukan mereka.

Mereka dimalukan di khalayak tetamu makan malam dan di sebuah sidang media terbuka hubungan diantara negara.

TELITINYA PAS, TUKANG KEMPEN PUN DITAPIS




Satu dimensi politik baru bagi UMNO apabila berkempen untuk calon PAS pada PRK Seri Setia. Beberapa personaliti dari UMNO dilarang untuk menyertai kempen kerana bimbang menyebabkan pengundi menjauhkan diri.

Begitulah cara berpolitik yang kita perlu pelajari dari PAS. Mereka sangat teliti dan mengambil kira segala aspek yang mempengaruhi pengundi dalam membuat pilihan. Kecenderungan pengundi majoriti, Latar belakang Allahyarham bekas ADUN malah orang2 yang mengelilingi calon ketika pilihanraya.

Sebelum ini UMNO yang memberi seluas2 ruang dan mengerahkan jentera seramai boleh untuk terlibat dalam kempen pilihanraya. Namun berbeza bagi pusingan kali ini apabila calon PAS yang bertanding, UMNO sebagai rakan gabungan terpaksa akur dan menghormati gerakkerja PAS.

UMNO selama ini beranggapan rakyat akan terima siapa saja calon yang mereka letakkan. Citarasa dan imej yang mempengaruhi pilihan rakyat setempat tidak langsung menjadi faktor. Apabila bergabung dengan PAS bukan imej calon saja yang diutamakan, tukang kempen pun amat diberi perhatian agar tidak mencemarkan imej calon.

Memang susah untuk buat orang suka kepada kita. Tetapi begitulah keadaannya apabila menjadi pembangkang. Menjadi pilihan rakyat adalah kemuncak segala pertaruhan.

Tuesday, August 14, 2018

ALASAN HUTANG KERAJAAN PH TIDAK BERTAHAN LAMA




Apabila peruntukan sekolah swasta cina dibatalkan, ramai orang cina mempersoalkan kejujuran kerajaan menggunakan alasan hutang.

Kini semakin ramai pihak terjejas atas alasan yang sama termasuk 1.6 juta penjawat awam apabila kerajaan mengumumkan tiada kenaikan gaji buat masa ini.

Akan lebih ramai pihak akan lebih berani untuk mempertikaikan alasan kerajaan itu ditambah pula dengan pelbagai tindakan kerajaan yang tidak seiring dengan alasan kewangan itu termasuklah penetapan GST kosong selama 3 bulan, perbelanjaan menyelenggaraan kapal Equanimity, upah menurunkan logo 1 Malaysia di UTC seluruh negara dan banyak lagi yang dilihat perbelanjaan yang dilihat sebagai tidak perlu, tidak penting dan boleh dielakkan.

Saya berpendapat kerajaan tidak lagi dapat mempertahankan alasan HUTANG ini dan adalah lebih baik kerajaan berterus terang kepada rakyat yang kini merasa dimangsakan untuk menafikan apa yang mereka anggap sebagai hak yang mereka patut terima dan mampu dilaksanakan kerajaan BN tetapi dinafikan oleh Kerajaan PH.

Adakah benar kerajaan PH sebenarnya menipu rakyat tentang keadaan hutang negara kerana rakyat bukan menjadi keutamaan dan peruntukan kerajaan digunakan untuk kepentingan lain termasuk tujuan politik?

Thursday, August 9, 2018

KALAH PRK SG KANDIS: UMNO MASIH BERTARUNG DENGAN BAYANG2




Satu persoalan yang masih ramai gagal rungkai ialah... Kenapa rakyat mudah percaya fitnah terhadap UMNO dan DS Najib?

61 tahun lamanya telah tertanam dalam minda rakyat bahawa kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO penuh dengan cerita pembongkaran penyelewengan dan rasuah. Organisasi yang saling bantu membantu mensuburkan rasuah hingga menjadi budaya. Hanya dengan pertukaran kerajaan saja persepsi ini dapat dihilangkan.

Pakatan pembangkang yang menggunakan perkataan HARAPAN membawa mesej jelas hasrat rakyat melalui pemimpin2 yang baru mempunyai potensi besar menghapuskan amalan rasuah dan kronisme yang hampir mustahil dapat dibenteras oleh kerajaan BN UMNO.

Atas alasan inilah rakyat masih memberikan peluang dan terus meletakkan harapan agar kerajaan baru dapat benar2 menjadikan Malaysia lebih bersih dari muka2 lama yang senonim dengan gaya hidup mewah hanya kerana mereka bergelar ahli politik.

Gagal melihat hasrat rakyat ini menyebabkan ramai penyokong BN seolah2 bertarung dengan  bayang2. Tidak mampu mencari punca sebenar ramai rakyat beralih arah mencari harapan dengan kerajaan yang baru.

Tuesday, August 7, 2018

KENAPA KERAJAAN PH SEPERTI MENSABOTAJ EKONOMI NEGARA SENDIRI



Saya lihat kerajaan PH seperti masih berperanan sama seperti ketika mereka menjadi pembangkang iaitu mensabotaj ekonomi negara.

Tidakkah mereka sedar apa yang mereka lakukan ini hanya memburukkan rekod pencapaian mereka sendiri setelah rakyat sanggup memberi kepercayaan.

Setelah 61 tahun baru diberi peluang sepatutnya inilah masanya PH membuktikan mereka merupakan kerajaan yang jauh lebih baik dari BN.. Bukan terus melakukan kerja2 sabotaj terhadap ekonomi negara sendiri seperti ketika berada dalam kem pembangkang.

Saturday, August 4, 2018

KEPERCAYAAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN SEPATUTNYA RUNTUH



Maaf.. Saya amat tidak berpuas hati dengan keputusan PRK ni. Kepercayaan rakyat terhadap PH sepatutnya sudah runtuh. BN mempunyai banyak kelebihan dan perlu meletakkan strategi yang lebih berani kerana parti itu bukan lagi parti kerajaan. Kemenangan yang berpihak kepada PH membuktikan mereka masih mampu bertahan setelah rakyat tahu apa yang mereka lakukan apabila membentuk kerajaan.

BN dan UMNO mempunyai jentera yang serba kompleks namun masih gagal mencari apakah sebenarnya kemahuan pengundi. Tidakkah mereka melakukan sebarang kajian dan bertindak atas hasil kajian itu. Bagai mana isu2 besar masih tidak dapat dipergunakan sebaiknya untuk menghasilkan impak paling maksimum dalam peti undi?

Apakah strategi yang dijalankan masih lagi ketinggalan berbanding parti lawan atau kerja2 yang dilakukan hanya sekadar cantikkan report kepada pimpinan tanpa sebarang kemahuan untuk menghasilkan keputusan yang benar2 memberi makna atas segala susah payah yang dilakukan?

Sekiranya keadaan ini berterusan tanpa sebarang langkah drastik maka saya lihat PH dapat terus bertahan dan berjaya memujuk pengundi mereka untuk terus mengekalkan kerajaan sedia ada buat masa yang cukup lama.

Tuesday, July 31, 2018

PEMIMPIN JUJUR DIBUANG. PENGKHIANAT DAN PENZALIM MENJADI GANTI




Apa nak jadi dengan orang Malaysia ni?

Pemimpin yang jujur dan banyak membantu rakyat di jatuhkan. Diganti pula dengan pemimpin yang hanya mengulangi sejarah hitam negara dengan sikap kuku besi dan kleptokarsi disiangharinya.

Ditambah parahnya pemimpin tua ini membawa bersama kuasa politik orang cina menyokong dibelakangnya. Membelenggu setiap kata-kata  dan gerak gerinya. Meminggirkan kaum bumiputra yang membentuk majoriti rakyat negara ini.

Diangkat pula jadi Menteri dan ketua syarikat kaitan kerajaan mereka yang tidak berpengalaman dan merosakkan prestasi baik yang dibina kerajaan terdahulu.

Semua ini kita saksikan bersama meniti hari2 gelap runtuhnya kegemilangan yang kita banggakan selama ini.

Thursday, July 12, 2018

HUKUMAN KEPADA MEREKA YANG ISLAM HANYA PADA NAMA




Jawatan strategik yang berkuasa untuk tentukan orang lain buat tu betul atau salah telah pun diberikan kepada orang bukan Islam. Jadi apa yang kita boleh buat sekarang ialah usahakanlah agar mereka memeluk agama Islam ataupun setidak2nya faham dan tidak memusuhi Islam.

Islam itu agama yang dinamik dan paling cepat luas berkembang di dunia. Tetapi tidak bagi Malaysia.. Islam amat tidak disukai malah dibenci oleh penganut lain.

Sungguhpun Malaysia mempunyai majoriti rakyat beragama Islam, kita masih lagi berdepan dengan masalah memberi kefahaman kepada minoriti bukan Islam.

Pada pendapat saya mereka yang bukan Islam di Malaysia ini masih rendah kefahaman mereka terhadap Islam hingga mereka rasa tidak selamat apabila negara ditadbir oleh orang Islam.

Yang menjadi masalah sebenarnya orang Islam itu sendiri. Mereka tidak faham tentang Islam. Tindak tanduk kelakuan mereka tidak membezakan antara mereka dan penganut2 agama lain. Malah Islam dikalangan orang Melayu termasuk mereka yang bergelar asatizah pun sifatnya terlalu negatif hingga saling berbalah dan menggambarkan Islam sebagai agama yang bermasalah.

Pengabaian orang Melayu terhadap agama mereka sendiri menyebabkan tumbangnya pemerintah yang selama ini gigih menjaga kepentingan agama Islam. Mereka tidak menjadikan Al Quran sebagai sumber rujukan dalam mendepani sebarang permasalahan ummah. Akhirnya mereka mengikut hawa nafsu sendiri dan itulah natijah dari perbuatan mereka yang selama ini Islam hanya pada nama.

Friday, July 6, 2018

KERAJAAN MILIK RAKYAT. BUKAN MILIK PERIBADI MANA2 INDIVIDU




Bolehkah guna mandat kerajaan untuk tujuan balas dendam?

Kerajaan ni bukan hak peribadi mana2 individu.  Kerajaan adalah milik rakyat dan berfungsi untuk menjaga kepentingan rakyat.

Jika kuasa diberi digunakan oleh individu tertentu untuk memenuhi dendam peribadi maka ia satu perbuatan yang menyalahgunakan kuasa.

Jangan gunakan kuasa yang ada pada Polis dan SPRM untuk tujuan peribadi. Polis dan SPRM adalah badan berkecuali yang tidak sepatutnya dilacurkan untuk memenuhi dendam peribadi sesiapa pun.

Pasukan ini diwujudkan untuk menjaga keamanan negara. Hak setiap rakyat untuk hidup aman jauh dari ketakutan dan gangguan perlu dipertahankan. Bukan manjadi senjata mana2 ahli politik untuk menakut2kan sesiapa demi menyelamatkan kedudukan sendiri.

Ketua Polis dan Ketua Pengarah SPRM juga sepatutnya tidak menjalankan tugas untuk memenuhi hasrat mana2 ahli politik atau sebagai menjamin jawatan yang mereka duduki sendiri.

Kerjasama antara IGP dan KP SPRM dengan ahli politik adalah perbuatan yang tidak menghormati mandat yang rakyat berikan. Perbuatan memberi tekanan dan memangsakan warganegara lain bukanlah urusan rasmi kerajaan dan ia mencemarkan imej dan integriti kerajaan dimata dunia.

Thursday, July 5, 2018

KERAJAAN PH MILIK ORANG KAFIR. MELAYU DAH JADI HAPRAK DINEGARA SENDIRI.





Rafizi tak tahu ke Kerajaan PH ni memang milik orang KAFIR. Sekarang dah kene maki dengan orang KAFIR baru Rafizi nak terkedu?

Kerajaan PH adalah kerajaan yang mempunyai majoriti orang kafir. Serta merta suara orang Islam macam Rafizi yang mahu menegur kerajaan PH akan dibalas dengan maki hamun orang Kafir. Tak kiralah berapa besarnya peranan Rafizi untuk tumbangkan UMNO. Yang penting orang Kafir lah akhirnya yang mendapat manfaat.

Rafizi selama ini bekerja untuk berikan kuasa kerajaan kepada orang KAFIR.

Pengundi Pakatan Harapan mengundi untuk berikan kuasa kerajaan kepada orang KAFIR.

Macai yang bermati-matian siang dan malam bergelumang dengan cerita fitnah, mendabik dada kononnya mereka sudah menang pun rupanya hanya bersusah payah untuk memberikan kuasa kerajaan kepada orang KAFIR.

Jika panglima perang yang hebat sanggup terima apa saja risiko demi Pakatan Harapan pun dilayan sebegitu rupa orang2 KAFIR PH, layanan yang macam mana pencacai bawahan PH boleh harapkan jika tidak setuju dengan kerajaan. Melayu PH tiada nilai apa2.. Tak mampu buka mulut untuk suarakan pendapat kepada kerajaan pilihan sendiri. Ini kerana mereka Melayu dan mereka beragama Islam.

Allah dah larang kita orang Islam dari bersekongkol dengan kuasa politik orang KAFIR. Tetapi korang DEGIL. Korang tak pedulikan hukum agama sendiri. Korang dah bertuhan nafsu dendam terhadap saudara seagama. Akhirnya seluruh orang Melayu termasuk sikitol seperti kau kini seperti melukut ditepi gantang. Ramai tetapi lemah seperti buih dipantai. Tadah dan pasrah dengan apa saja keputusan kerajaan orang KAFIR ni.

Allah tetapkan larangan sebab nak orang Islam kuat. Allah benci dengan orang Islam yang lemah. Agama bakal tergadai. maruah Islam akan tercemar. Orang Islam akan jadi orang suruhan dan mangsa buli orang KAFIR dinegara mereka sendiri. Malang sungguh nasib orang Melayu Islam di Malaysia ini..


TEKANAN KEWANGAN TERHADAP PARTI LAWAN MENCABUL HAK ASASI RAKYAT DAN MEMPERKOSA DEMOKRASI






Satu daripada strategi PAP Singapore benamkan musuh politik mereka ialah dengan memberi tekanan dari segi KEWANGAN. Musuh politik mereka sungguhpun tidak dipenjara tetapi mereka akan jadi bankrap dengan saman dari kerajaan. Di Malaysia saya percaya cara yang sama di ilhamkan oleh DAP dengan membekukan semua akaun yang ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri dan parti yang beliau wakili.

Ini jelas adalah satu tindakan yang mencabul hak asasi rakyat negara ini. Parti yang membentuk kerajaan sekarang telah menyalahgunakan kuasa dengan mencipta alasan dan melanggar SOP penguatkuasaan untuk menekan parti lawan.

Kerajaan PH ternyata tidak profesional dan sanggup mencemar imej mereka yang kononnya mempertahankan prinsip KEADILAN UNTUK SEMUA. Adakah kerajaan hari ini sedar kerana demokrasi yang suburlah mereka dapat merasa menjadi Kerajaan selama ini? Adakah kini mereka ingin BUNUH demokrasi kerana bimbang kedudukan mereka tergugat?

MEMPERTAHANKAN DEMOKRASI BERMAKNA MEMPERTAHANKAN HAK MEMILIH RAKYAT. Kerajaan PH perlu berhenti dari sewenang2nya mempergunakan kelebihan kuasa yang rakyat telah amanahkan kepada mereka dari terus diperkosa dengan agenda politik sempit dan kotor mereka.

Kerajaan PH sepatutnya menumpukan kepada prestasi mereka bagi memberi keyakinan kepada rakyat bahawa mereka tidak tersalah pilih pada pilihanraya yang lalu. Menyalahgunakan kuasa dengan menafikan hak rakyat bersuara adalah satu pengkhianatan dan penyelewengan terhadap amanah yang rakyat telah berikan.




Tuesday, July 3, 2018

KORANG SIBUK BERGADUH HABIS RAKYAT NI MACAM MANA?




Baik ketika zaman BN mahupun PH keadaannya sama saja. Pelbagai isu digunakan untuk menjatuhkan pihak lawan. Isu menjadi senjata untuk dikumandangkan setiap hari tanpa mengharapkan kesudahan.

Rakyat diheret dalam kancah permusuhan dan perebutan kuasa orang lain hingga mereka terlupa untuk bertanya apakah ini semua memberi manfaat dan membantu memperbaiki kehidupan diri mereka sendiri dan keluarga?

Apakah politik itu sama nilainya seperti menang dan kalahnya pasukan bolasepak pilihan? Perasaan sedih dan gembira atau mainan ejekkan kepada mereka yang kalah tanpa ada apa2 kesan dalam kehidupan kita sehari hari?

Cukup2lah rakyat dipermainkan seperti lembu dan kambing ternakan. Kita semua dianugerahkan dengan kelebihan akal menilai untung rugi hasil dari perbuatan sendiri dan orang sekeliling.

Menggunakan kebijaksanaan untuk mengelak dari membuat keputusan yang boleh memudhoratkan diri sendiri. Mengambil langkah berjaga2 agar tidak menjadi mangsa mereka yang sentiasa berniat buruk dan mahu kelebihan yang ada pada diri kita dilucut dan keturunan kita dimalukan.

Sudah tiba masanya rakyat bangkit memikirkan nasib mereka sendiri. Jangan mudah terbawa2 dengan isu yang bertujuan untuk melekakan diri kita dari menuntut hak dan janji2. Mereka pihak yang berjanji gunung dan laut memang licik memberikan alasan untuk melepaskan diri. Kuasa sudah ditangan rakyat diabaikan. Kemahuan mereka menggenggam rakus melepaskan dendam menjadi keutamaan.

Apa jadi dengan rakyat dan negara? Di manakah tahap dan prestasi mereka? Adakah memuaskan atau sekadar dilapikkan pelbagai alasan? Sejauh mana ketelusan? Apakah jaminan negara ditadbir dengan jujur? Adakah tuntutan dan teguran rakyat dilayan selayaknya? Atau tekanan dan ugutan melalui kuasa yang diberikan pula menjadi balasan?

Jika rakyat tidak biarkan minda mereka dikawal sesiapa sudah pasti skandal dan isu bukan menjadi kepentingan mereka. Mereka hanya perlu lihat hasil dan manfaat kebaikan yang diterima. Abaikan serangan cerita yang berteraburan.

Selagi rakyat mengabaikan nasib mereka sendiri maka jangan haraplah ada kerajaan yang akan ambil peduli menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup mereka. Mereka akan terus ditindas dan diperbodohkan dengan cerita2 yang sedikit pun tidak melegakan perut anak yang kelaparan.

Friday, June 8, 2018

PROPAGANDA "HUTANG NEGARA TERUK" AMAT BERGUNA UNTUK PH BUAT MASA INI.




PROPAGANDA "HUTANG NEGARA TERUK" AMAT BERGUNA UNTUK PH BUAT MASA INI.

1)TAK PAYAH TUNAI MANIFESTO.

2)TAMATKAN PROJEK LEGASI NAJIB.

3) NAFIKAN PRESTASI KERAJAAN BN.

4) LETAKKAN SEMUA KESALAHAN KEPADA BN.

5) MEMPUNYAI LEBIHAN DANA TIDAK DIGUNAKAN MELALUI DERMA ORANG RAMAI DAN PEMBATALAN PROJEK RAKYAT.

6)TIDAK PERLU FIKIR TENTANG PRESTASI KEWANGAN NEGARA DIBAWAH PENTADBIRAN PH.

OLEH ITU KITA BAKAL SAKSIKAN LEBIH BANYAK ATUCARA KEMPEN KUTIP DERMA DARI SEMASA KE SEMASA HINGGA KE BEBERAPA TAHUN AKAN DATANG.

Tuesday, June 5, 2018

NAJIB PENCURI: PELUANG PH BUKTIKAN MEREKA BENAR



Apabila PH berjaya membentuk kerajaan, ia adalah peluang yang amat dinantikan pengundi agar mereka dapat membuktikan apa yang didakwa selama ini terhadap parti lawan adalah benar.

Kini tiada lagi alasan bukti disembunyikan, agensi penguatkuasa dan badan kehakiman tidak bebas menjalankan tugas, siasatan bebas dari dipengaruhi atau disekat oleh sesiapa yang berkepentingan.

Kegagalan mereka dalam hal ini akan menyebabkan hilangnya sokongan rakyat malah segalanya akan beralih serta memihak kepada pihak lawan.












Sunday, June 3, 2018

RINGKASAN KISAH DONGENG POLITIK NEGARA




Sejak Merdeka, Malaysia tidak pernah kenal kerajaan selain daripada Barisan Nasional. Oleh itu, pertukaran "peranan" melalui PRU14 yang lalu persis sebuah cerita dongeng bagi Pakatan Harapan. Saya percaya dari riak wajah Mat Sabu melalui hari-hari serba baru sebagai salah seorang pemimpin kerajaan juga adalah seperti menonton sebuah kisah dongeng. Kisah-kisah dongeng yang dihidangkan pada hari ini adalah sebenarnya bermula dari sebuah kisah dongeng juga.

KISAH DONGENG 40 BILLION

Tok Selampitlah yang memainkan peranan bermula dengan kisah dongeng hilangnya wang 40 Billion Ringgit dari sebuah syarikat pelaburan milik negara. Kisah ini berjaya menyukarkan syarikat tersebut mendapatkan dana melalui penyenaraian IPO di Bursa. Namun belum berjaya mempengaruhi sesiapa bahkan tidak menjejaskan sokongan ahli terhadap kedudukan Presiden UMNO.

KISAH DONGENG 2.6 BILLION

Apabila orang paling kanan Presiden dipecat maka bermulalah kisah dongeng yang benar-benar menjadi ibu bagi segala kisah-kisah dongeng yang lain. Muhyiddin menyimpan pelbagai rahsia seiring dengan kedudukannya. Apabila kisah 2.6 Billion keluar dari mulutnya, maka Presiden tidak mampu berterus terang kerana tidak mahu rahsia itu keluar dari mulutnya. Maka segeralah dongeng ini dikaitkan dengan kisah dongeng yang diceritakan sebelum ini cuma ia dikurangkan nilai yang hilang dari 40 billion ke 2.6 billion. Presiden yang kelihatan gugup menjadikan kisah ini benar-benar membangkitkan kemarahan rakyat. Rakyat mula dapat menerima pemimpin negara mereka adalah seorang yang tidak amanah, menyalahgunakan kuasa untuk memperkayakan diri sendiri. Apa sahaja alasan hadir selepas itu dianggap sebagai cover up atau damage control kerana ia mengambil masa yang lama hingga membenarkan kisah ini mencapai tahap DONGENG MASYARAKAT.

Dongeng inilah yang menjadi punca kejatuhan Presiden malah sehingga kini ia dimainkan oleh kerajaan yang baru untuk mengukuhkan kedudukan dongeng itu dalam minda rakyat. Begitulah cara mereka mengekalkan momentum kisah dongeng ini agar dapat bertahan selama bertahun-tahun. Bezanya dahulu mereka perlukan bantuan laporan WSJ dan 2 kali pengumuman DOJ, kini mereka boleh gunakan hebahan siasatan dan geledahan SPRM dan Polis yang kini mutlak dalam kawalan mereka.

Sejauh mana kisah dongeng ini dapat bertahan dalam fasa baru pasca PRU14 memang menjadi persoalan besar kerana dahulu mereka boleh menggunakan alasan Presiden masih berkuasa dan mampu menutup bukti. Apabila presiden dilucutkan kuasa barulah kebenaran dakwaan mereka dapat dirungkai. Bagaimana mungkin ia berlaku kerana kisah dongeng tetap kan menjadi kisah dongeng selamanya. Ia kisah yang tidak berpijak dibumi yang nyata.

KISAH DONGENG HUTANG NEGARA

Maka kerajaan hari ini memaksa rakyat untuk hidup dalam kisah dongeng mereka. Hari-hari mereka berusaha menyulamkan cerita kononnya negara tiada wang kerana percaya cerita dongeng seperti ini mampu mengekalkan kedudukan mereka. Namun realiti semakin mencengkam dan ia bukan berasal dari perbuatan sesiapa. Ia hadir dengan sendirinya. Rakyat sedikit demi sedikit keluar dari terus dikuasai segala macam cerita dongeng dan kini terpaksa berhadapan dengan realiti. Hanya dengan cerita dongeng jualah kerajaan terpaksa mempertahankan diri mengharapkan masih mempunyai nasib yang lebih kurang baik sama seperti sebelum menggapai kuasa.



Friday, June 1, 2018

SAYA RAKYAT MALAYSIA. SAYA TAK MAHU KERAJAAN PH BANKRAP




Sungguhpun sokongan kita bukan kepada govt of the day, Islam mengajar kita untuk mendoakan pemerintah dengan doa yang baik2.

Baik keputusan yang dibuat pemerintah.. Baiklah jua manfaat dapat dinikmati oleh rakyat. Sebaliknya jika pemerintah tersilap percaturan maka negara dan rakyat semua akan menanggung bencananya.

Saya tetap berharap kerajaan PH dapat mengelakkan dari memenuhi manifesto yang boleh merugikan rakyat dan negara ini. PH sudah pun berkuasa, tidak perlulah bimbang dengan undi lagi. Fokus kepada rakyat yang sentiasa mengharapkan nasib mereka dibela. Cukuplah dengan sekadar mengakui kesilapan atas janji yang dibina tidak berlandaskan realiti pengurusan sebuah negara. Rakyat akan cuba memahaminya.

Saya tidak mahu kerajaan bangkrap hanya kerana tekanan golongan peniaga yang tidak mesra dengan cukai GST. Kerajaan perlu terus disokong oleh sistem percukaian yang cekap agar mempunyai kewangan yang kukuh untuk meneruskan projek2 penbangunan yang mampu mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat.

Kerajaan mungkin akan dikecam, namun ia lebih baik dari memperjudikan kemakmuran dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

MANSUH GST PERANGKAP BAGI KERAJAAN PH






NAJIB pernah kata negara bernasib baik kerana harga minyak jatuh, kita telahpun mulakan GST. Tanpanya kemungkinan besar negara kita akan bankrap.

Kini hari pertama negara hilang pendapatan GST dan dijangka jumlah hasil kutipan yang hilang itu akan mencapai 21 Billion ringgit sebelum SST diperkenalkan. SST pula dijangka berupaya mengutip sekitar 17 Billion ringgit dan lompong yang ditinggalkan melalui pemansuhan GST akan ditanggung dengan menggunakan pendapatan negara melalui Petronas yang mencatatkan keuntungan yang besar baru2 ini.

Dalam keadaan itu pun kerajaan terpaksa mengkaji beberapa projek pembangunan yang dirasakan perlu dibatalkan disebabkan oleh hilangnya pendapatan melalui GST.

Persoalannya sekiranya harga minyak jatuh lagi, dimanakah kedudukan kewangan negara ketika itu? Adakah kerajaan akan memperkenalkan semula GST seperti banyak negara2 yang pernah mansuhkan GST sebelum  ini? Pemansuhan GST adalah perangkap bagi kerajaan PH untuk bertahan lama dan bakal menyebabkan negara berada diambang KEBANKRAPAN.

Monday, May 28, 2018

TIDAK ADA GUNANYA BERBAKTI KEPADA RAKYAT MALAYSIA




Ibarat menyiram air ke daun keladi, itulah pepatah yang tepat untuk disimpulkan kepada sikap majoriti rakyat negara ini. Segala usaha susah payah mencurah idea melaksanakan pelan pembangunan demi kesenangan hidup rakyat pada masa hadapan hanyalah perkara yang sia-sia belaka. Rakyat tidak pandangpun segala usaha baik pemimpin mereka telah lakukan.

Pemimpin pada masa hadapan akan ingat apa yang rakyat negara ini telah lakukan kepada Dato Seri Najib. Beliau dibuang setelah memimpin sebuah pentabiran yang meletakkan tumpuan amat luar biasa hebatnya untuk dimanfaatkan oleh rakyat.

Rakyat negara ini memang selayaknya kembali diberikan pemimpin yang sentiasa mencari peluang melalui projek kerajaan untuk memperkayakan ahli keluarga sendiri. Menjadi pemimpin berjasa adalah sesuatu yang amat merugikan. Tidak perlulah terlalu bersungguh-sungguh untuk memperbaiki mutu kehidupan rakyat negara ini. Lihatlah apa yang dibalasnya nanti. Langsung tidak dikenangnya. Malah caci maki dan hinaan sahaja yang dilemparkan.

Saturday, May 26, 2018

UMNO PERLU PERJUANGKAN HAK SAMARATA DALAM ORGANISASI SWASTA





Agenda kesaksamaan peluang untuk maju dalam karier di syarikat swasta sepatutnya menjadi agenda UMNO sebagai pembangkang kini.

Syarikat persendirian yang majoritinya dimiliki oleh orang cina mempunyai komposisi kaum yang tidak seimbang diperingkat pengurusan.

Pekerja dari bangsa Cina mempunyai kelebihan   untuk menjawat jawatan sebagai pengurus dengan menafikan kaum lain yang mungkin mempunyai kelebihan dari prestasi atau  senioriti.

Komposisi ahli parlimen dan perlantikan semula jawatan penting seperti Menteri Kewangan dari kaum Cina dalam kerajaan PH sepatutnya dijadikan contoh oleh pemilik syarikat dinegara ini untuk membuang amalan perkauman dalam organisasi mereka.

Pelbagai cara dilakukan oleh majikan untuk menyekat kemaraan pekerja dari kaum Melayu untuk maju dalam karier mereka agar barisan pengurusan terus dimonopoli oleh kaum cina. Mereka sepatutnya lebih profesional dan memberi keutamaan kepada mereka yang benar2 layak dari segi pengalaman dan keupayaan berbanding perkauman.

PH atau DAP dalam banyak PRU sebelum ini menjadikan agenda kesaksamaan hak samarata sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Idea yang sama sepatutnya mencorakkan organisasi yang beroperasi di negara ini dan UMNO perlu mengambil peluang sebagai parti mewakili orang Melayu mendesak kerajaan PH memperkenalkan undang2 kesaksamaan dalam organisasi swasta dan menjadikan ia manifesto agar UMNO mampu untuk mendapat sokongan penuh orang Melayu yang membentuk suara majoriti dalam pemilihan kerajaan akan datang.

Monday, May 21, 2018

SELAMATKAN MALAYSIA 2.0





Nilah yang menjadi kebimbangan netizen... BN 2.0..  Guna kuasa untuk tutup kesalahan perasuah. Beri pula jawatan di kementerian strategik. Semuanya terletak pada keputusan PM.. PM terpaksa U turn kerana diugut dinasty lim dengan kes forex.

Inilah masalahnya apabila PM kita ada banyak jenayah masa silam. Banyak perkara yang dia nak buat baik untuk negara terpaksa dilupakan kerana tekanan. Belum lagi kisah seorang lagi bakal PM yang dibelenggu dengan masalah seks siap video pernah tersebar. Inilah wajah #Malaysiabaru. Masa depan yang tidak menentu bakal merencatkan kemajuan negara yang sebelum ini amat pesat berkembang dibawah pentadbiran Najib Razak.

Rakyat Malaysia perlu bertindak lakukan sesuatu. Kali ini benar2 untuk selamatkan negara kita dari dikuasai oleh individu2 yang boleh menjahanamkan negara.

Sunday, May 20, 2018

PAKATAN HARAPAN DIHANTUI TUDUHAN KEATAS NAJIB






Apakah peluang untuk UMNO bangkit semula tanpa Najib?

Beliau mungkin ambil tanggungjawab atas kekalahan UMNO tetapi tidak mustahil sokongan rakyat akan kembali pulih apabila lebih banyak dakwaan terhadap Najib dan kerajaan BN dalam PRU sebelum ini terpaksa dibersihkan oleh kerajaan PH sendiri. Situasi ini memberi kelebihan semula kepada Najib apabila rakyat akan mengakui negara sebenarnya dalam kedudukan yang amat baik ketika dibawah kepimpinan beliau.

Apa salahnya DS Najib dikekalkan? DAP yang pernah kalah 12 kali pun masih menggunakan khidmat pemimpin yang sama.

Dalam ucapan beliau ketika merasmikan persidangan cawangan UMNO di Pekan semalam, Najib melihat trend rakyat yang lebih tertarik kepada berita2 palsu yang dilemparkan PH berbanding laporan sahih prestasi ekonomi negara yang membuktikan kecemerlangan kerajaan pimpinan beliau.

Najib mendakwa PH menggunakan kaedah Machiavelli sanggup memperdaya rakyat dengan pelbagai janji palsu hanya semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Beliau dan keluarga menjadi sasaran kerana kedudukan beliau sebagai ketua parti.

KELETAH pemimpin kerajaan PH yang sedikitpun tidak menunjukkan rasa bersalah atau seolah-olah dakwaan seperti BRIM ITU RASUAH, NAJIB JUAL NEGARA KEPADA CHINA, NEGARA MALAYSIA BANKRAP tidak pernah keluar dari mulut mereka, menjadikan rakyat semakin terasa diperbodohkan dan amat terhina.

KEMARAHAN RAKYAT yang sebelum ini dibangkitkan PH terhadap GST yang kononnya menjadi penyebab kenaikan harga barang, begitu jua dengan Tol, hutang PTPTN dan harga petrol yang membebankan kos sara hidup rakyat, akan berpindah kepada mereka.

Demokrasi sepatutnya menghidangkan pilihan idea untuk diperbandingkan manakah parti yang lebih baik menjaga kepentingan rakyat. Walau bagaimanapun kita menyaksikan sebuah parti yang telah banyak berjasa tumbang dek serangan berita dan janji palsu.

Begitu rendahnya nilai susah payah rakyat yang keluar mengundi hanya sekadar  dijadikan bahan percaturan PH untuk menang secara tidak bermaruah. Tuduhan2 Pakatan Harapan terhadap NAJIB akan terus menghantui kerajaan pentadbiran mereka.

Najib tetap akan menjadi faktor untuk kebangkitan UMNO pada masa hadapan sungguhpun kepimpinan dalam UMNO telah bertukar ganti.

Monday, May 14, 2018

UMNO TUMBANG KERANA SI TANGGANG



"Apa mak nasihat dia cara jaga baby dia langsung tak mahu pakai.. die lebih percaya apa orang kata kat internet dari pengalaman mak besarkan 3 orang anak... "

Itulah keluhan mak bile adik aku baru dapat baby.. Itulah keadaan generasi hari ini yang rasa diri mereka sudah lebih cerdik dan tak perlu kepada nasihat orang tua. UMNO kekal memerintah sekian lama kerana hubungan kekeluargaan orang melayu sangat kuat. Mereka amat hormatkan Ibu dan Ayah.. Ayah tak putus2 nasihatkan anak2 jangan lupa kepada jasa UMNO. Kalau tak kerana UMNO kita takkan mampu hidup selesa seperti sekarang ini. Namun zaman sekarang apabila pulang dari bandar anak2 pula paksa mak ayah undi parti musuh dengan pelbagai alasan dengan penuh rasa kebencian.

Hari ni Mak Bapak kata.. Zaman aku dah habis dah.. anak2 aku dah pun hidup senang.. Aku dah tak ada apa2 yang aku mahu sebelum menutup mata. Kau lah yang buat pilihan untuk masa depan anak2 kau sendiri. Renunglah wajah mereka. Usah kau kesal jadi anak derhaka. Mak Bapak tetap doakan kau dan keluarga selamat..

Wednesday, May 9, 2018

LAWAN PEMYELEWENGAN DENGAN DAKWAH. BUKAN DENGAN UNDI



Kalau nak lawan penyelewengan kene lah melalui dakwah agar manusia kembali taat kepada agama dan yakin setiap perbuatan Allah perhatikan. 

Peti undi hanya bagi kuasa kepada orang kafir harbi yang merupakan dosa pula kepada kita bila berbuat demikian.

Monday, May 7, 2018

DAP NAK JAGA CINA, UNDI MELAYU PULA YANG HILANG




Di saat akhir sebelum Malaysia membuat keputusan, kelihatan DAP kini menghadapi situasi yang sukar apabila turun bertemu pengundi. Keadaan ini adalah disebabkan 2 perkara besar DAP lakukan sebelum ini.. Yang pertama: Menerima Tun Mahathir dalam PH...Yang Kedua: Menggunakan logo PKR dalam PRU.

Memanglah dari segi strategi, pimpinan DAP boleh menjelaskannya diperingkat tertinggi. Bagaimana dengan pengundi? Mereka pasti menuntut untuk mendapatkan penjelasan yang sama. Dalam usaha DAP ingin menyakinkan pengundi terutama sekali disaat akhir ini, mereka terpaksa mendedahkannya dalam siri ceramah yang terbuka.

Semalam melalui sebuah rakaman ceramah oleh Nga Kor Meng yang didedahkan melalui TV3, jelas beliau kelihatan menghadapi kesukaran untuk menyakinkan pengundi tentang strategi yang digunakan DAP ini.

Beliau menyatakan tugas Mahathir yang belum selesai ialah untuk menumbangkan Najib. Setelah tugas ini selesai beliau boleh ikut Lee Kuan Yew (meninggal dunia) bermain mahjong.   Strategi dan helah seperti ini tidak sesuai jika didengar oleh penyokong Tun Mahathir sekali gus mengesahkan DAP memperalatkan beliau untuk memperdaya pengundi Melayu.

Logo DAP yang hilang dalam PRU kali ini juga meresahkan ramai pengundi cina. DAP sebenarnya meletakkan calon mereka dibawah telunjuk pengurusi parti keadilan dan pasti jika PH menang, status YB PH adalah lebih terjamin dibawah kepimpinan PKR bebanding DAP.

DAP terpaksa membuang masa membuat penerangan sebegini kepada pengundi mereka diseluruh negara. Itu bagi mereka yang sempat hadir ke siri ceramah ini. Bagi yang tidak sempat hadir jumlahnya mungkin lebih besar lagi. Bak kata pepatah apa yang dikejar tidak kesampaian, yang dikendong pula keciciran..

Sunday, May 6, 2018

CERAMAH DAN ROADSHOW PELUANG TERAKHIR RAKYAT KEPADA PEMBANGKANG





Apa nak dihairankan jika yang hadir dalam siri ceramah pembangkang ramainya bagai LAUTAN?

Keadaan ini telah berlaku sejak dari zaman dahulu lagi. Lebih2 lagi ketika dalam tempoh berkempen. Di zaman belum adanya internet malah ketika kerajaan menyekat media pembangkang acara roadshow dan siri jelajah ceramah ini satu2nya cara mereka untuk sampai kepada rakyat.

Roadshow ini dianggap ekslusif kerana apa yang disampaikan melaluinya mungkin kita tidak berpeluang mendengarnya melalui media arus perdana. Sebagai rakyat yang ingin menjalankan tanggungjawabnya memilih dalam PRU adalah tindakan bijak bagi mereka turut sama menjadikan ceramah dan roadshow ini sebagai sumber maklumat untuk dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

Namun bagaimana pula jika dapatan melalui isi kandungan ceramah yang dihadiri gagal untuk menyakinkan mereka dengan fakta dan hujah yang kuat? Ditambah pula dengan akses media sosial menjadikan mereka lebih bijak menilai sesuatu isu dan memperbandingkan maklumat  yang diperolehi untuk menilai siapa yang jujur dan siapa pula yang sebenarnya menipu?

Ceramah dan roadshow adalah PELUANG terakhir oleh rakyat untuk mendengar versi pembangkang. Bukan tanda sokongan. Jika isinya penuh dengan sumpah seranah dan pembohongan, maka ceramah dan roadshow itu bakal menghukum pembangkang dipeti undi.

ANGKAT SI PEMBOHONG: RAKYAT MENIPU DIRI SENDIRI




Menipu ni bukan dosa bagi mereka.. Ia adalah salah satu dari seni helah peperangan yang boleh diguna pakai dalam perniagaan mahupun politik.

Bagi kita orang Islam menipu pun dibenarkan dalam peperangan namun larangan menipu dalam jual beli ada disebut dalam Al Quran. Namun dalam politik, sifat amanah itu sangat penting. Pemimpin memikul amanah jutaan rakyat untuk dibela dan dijaga kebajikannya. Jika dalam menggapai kuasa pun pemimpin menghalalkan pelbagai cara termasuk penipuan untuk memburuk-burukkan lawan maka jika mereka berkuasa tidak mustahil cara yang sama digunapakai untuk menipu rakyat demi kepentingan tertentu.

Akhirnya rakyat yang terpaksa menerima kesannya apabila membiarkan sipenipu berkuasa dan menjadikan seluruh rakyat mangsanya. Oleh itu kita tidak boleh terima si PENIPU dan si PEMBOHONG mengambil bahagian dalam kuasa politik sistem demokrasi kita. Rakyat sepatutnya menghalang mereka dari terus berpolitik dan berterusan mereka penipuan demi penipuan untuk menang undi.

Namun sayang ada juga segelintir rakyat tidak kisah apapun cara yang digunakan oleh parti sokongan mereka asalkan ia memberi impak negatif kepada parti lawan. Ini adalah satu amalan merosakkan tujuan demokrasi yang mana sepatutnya digunakan rakyat memilih mereka yang benar2 layak untuk memikul tanggungjawab dan seterusnya membela nasib setiap rakyat negara ini. Mengangkat si PENIPU dan si PEMBOHONG sebagai pemimpin adalah seperti MENIPU DIRI SENDIRI.

Thursday, May 3, 2018

MELAYU BANGSA YANG TIDAK BERNEGARA






Kita terlalu naive membuang masa meneliti satu per satu janji2 pembangkang padahal kita sedar mereka tidak pernah serius dan menjadikan ia sekadar alat untuk mencapai matlamat lebih besar iaitu mengUBAH sistem negara ini kepada sebuah negara Republik. Ketika itu mereka akan menjemput semua Singapura untuk menyertai Malaysia yang mana ia telah disuarakan oleh mendiang Lee Kuan Yew sebanyak 2 kali ketika beliau masih hidup.

Seperti yang kita sedia maklum Singapura kini membuka kerakyataan seluas2nya kepada warga china dengan harapan menambahkan jumlah warga negaranya secara sistematik hingga wujudnya masalag sosial dalam menima kehadiran mereka.

Apabila berlakunya penggabungan semula 2 negara berjiran ini maka jumlah orang Melayu tidak lagi significant untuk mewujudkan sebuah negara yang diperintah oleh melayu Islam buat selamanya. Melayu akan menjadi bangsa yang tidak bernegara. Ditindas dan dibuang menjadi bangsat sampai bila2..