Thursday, December 19, 2013

Rakyat Tak Perlu Bantu Fakir Miskin Sebab Dah Bayar Cukai?




Rakyat Tak Perlu Bantu Fakir Miskin Sebab Dah Bayar Cukai?

Tiada siapapun dapat menafikan usaha kerajaan yang telah berjaya mengeluarkan golongan miskin tegar yang mana mungkin orang tua kita atau sanak saudara kita sendiri sebelum ini termasuk dalam golongan itu suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi yang perlu dibantu termasuk mereka yang tersepit dalam kos kehidupan bandar yang sangat tinggi.

Namun, wajarkah rakyat mengecualikan diri mereka sendiri dari tanggungjawab membantu fakir miskin dan menyerahkan segala urusan ini kepada kerajaan semata? Kalau perkataan ini keluar dari mulut seorang yang mengaku dirinya Islam pasti sesuatu yang tidak kena pada ilmu agamanya.  

Dalam ayat 12, Surah Al Mujadila ini, telah diwajibkan oleh Allah bagi setiap rakyat yang mahu mengadap Rasulullah (sebagai pemerintah) untuk bersedekah terlebih dahulu. Cuba fikir mengapa yang diminta Allah untuk bersedeqah itu rakyat, bukannya pemerintah?    

Al-Mujādila:12 - Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya; (pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih. Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai perkara yang tak dapat dielak), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Jelas dalam ayat ini Allah ingin mendidik rakyat bahawa menolong orang miskin bukanlah tanggungjawab kerajaan semata-mata. Setiap orang Islam tidak terkecuali dalam sistem sisio ekonomi Islam seperti digariskan dalam AlQuran iaitu amalan bersedaqah dan bukan hanya tahu menyalahkan kerajaan kononnya tidak prihatin dengan rakyat yang miskin.

Mereka yang hidup dicelah-celah kesusahan rakyat, melihat sendiri penderitaan orang lain takkan hanya mampu melihat dan memaki hamun kerajaan semata tanpa sanggup menghulurkan bantuan? Sejak bila Allah kecualikan pembayar cukai dari amalan bersedeqah. Amalan bersedaqah seperti yang kita tahu mempunyai fadhilat yang besar dalam melapangkan rezki dan menarik kurniaan Allah. Orang yang bersedaqah Allah akan bersihkan hatinya dari kecintaan kepada dunia dan mengharapkan balasan pahala yang lebih layak direbutkan oleh manusia diakhirat kelak.

Maka ketika isu kemiskinan diperbesarkan untuk menghentam kerajaan eloklah kerajaan melaksanakan pula Kempen "Saya Orang Islam, Saya suka bersedaqah" ke seluruh negara dengan agensi dakwah YADIM dan Kementerian Penerangan. Kerana bukan kerajaan sahaja yang kena ikut Al Quran, Rakyat yang mengaku Islam pun jangan lupa pada tanggungjawab diri sendiri terhadap masyarakat.

Banyak lagi ayat Al Quran yang menyuruh orang Islam untuk bantu fakir miskin seperti yang berikut. Insaflah dan jangan tahu menuding jari kepada orang lain tetapi diri sendiri pun masih dalam kehinaan ingkar perintah Allah..


Al-Baqarah:215 - Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).


Adh-Dhāriyāt:19 - Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).

Al-Baqarah:268 - Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

No comments:

Post a Comment