Monday, December 16, 2013

Cadangan Menteri yang BODOH atau DIBENCI?




An-Nisā':97 - Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Cadangan menteri yang bodoh atau dibenci?  Salahkah jika menteri itu sekadar mahu menunjukkan pilihan yang lain kepada rakyat sekiranya kenaikan harga bagi kemudahan yang disediakan tidak lagi mampu untuk digunakan? 

Alasan menteri yang disifatkan bodoh ini rupanya adalah senada dengan gesaan Allah dalam Al Quran agar menusia sentiasa cari jalan yang lain agar tidak terus dalam kebinasaan. Begitu juga cadangan-cadangan yang lebih kurang sama dalam isu lain seperti... Sila keluar dari Malaysia jika tidak sanggup patuh undang-undang... Sila elakkan makan ayam jika tidak mampu membelinya... dan yang terbaru .. Boleh guna jalan biasa jika tidak mampu bayar tol... Pilihan sentiasa ada walaupun dalam isu kenaikan harga minyak yang mana cadangannya mungkin berkongsi kereta untuk ke tempat kerja ataupun munggunakan menggunakan NGV atau kenderaan Hybrid..

Yang menjadi kemarahan dan kebencian ialah cadangan menteri itu memberi isyarat bahawa sebarang bantahan tidak akan dilayan. Kenaikan harga bukanlah kehendak kerajaan yang sengaja ingin meyusahkan rakyat, tetapi seperti Ustaz Fathul Bari pernah sebutkan, ia adalah ketentuan yang tidak sukai oleh semua orang baik rakyat mahupun kerajaan. Tetapi itulah hakikat yang perlu diterima dan tidak boleh lagi dielakkan. Bagaimana rakyat hanya mahukan manfaat seperti subsidi dan bantuan tetapi tidak pula mahu bayar cukai dan menerima kenaikan harga barang? Bukankah ini sikap mementingkan diri sendiri. Hanya mahu manfaat dan keuntungan tetapi tidak pula sanggup menerima musibah dan kerugian.. Mentalitikah apa ini?

Dari dahulu lagi kenaikkan harga berlaku di mana-mana negara di dunia... Jika ia dipolitikkan maka ia hanya sekadar memberikan tekanan kepada kerajaan dengan bantahan demi bantahan.. Tidak langsung membantu untuk menurunkan harga mahupun meningkatkan pendapatan... Jika ada yang berkata menteri memberi alasan dan cadangan yang bodoh maka tindakan tidak mahu langsung menerima kerugian dalam kehidupan pula adalah sepuluh kali ganda lebih bodoh. 

No comments:

Post a Comment