Friday, December 20, 2013

BERTINDAK! Masa berpolitik sepanjang masa telah TAMAT



Saya sokong tindakan kerajaan yang menggantung akhbar The Heat... dan banyak lagi tindakan perlu dilakukan untuk memperkenalkan padah kepada mereka yang biadap dan menafikan hak kerajaan yang sah. Setelah menang pilihanraya apalagi perlu untuk melayan kerenah politik? Sebagai kerajaan yang sah, tidak ada halangan bagi kerajaan untuk melaksanakan haknya  bertindak terhadap individu dan organisasi yang masih galak berkempen dan menyebarkan fahaman politik untuk mengelirukan rakyat. Tindakan yang tegas juga patut dikenakan terhadap guru-guru serta kakitangan kerajaan dengan memantau kegiatan politik mereka diluar tugas termasuk posting dalam akaun FB.. 

Sebelum ini kerajaan melakukan kesilapan kerana percaya amalan berpolitik dikalangan penjawat awam adalah manifestasi kebebasan demokrasi. Harus diingat kakitangan kerajaan terutama sekali guru-guru mempunyai peranan besar dalam membentuk anak bangsa mengikut kehendak dan aspirasi kerajaan. 

Sampai bila kerajaan perlu membiarkan rakyat giat berkempen politik sebaik sahaja tamat pilihanraya? Bukankah lebih baik semua pihak berganding bahu menumpukan usaha untuk membangunkan negara dan mensejahterakan rakyat? Jika dibiarkan rakyat dipaksa berpolitik seolah-olah menghadapi pilihanraya sebulan sekali maka kerajaan pula akan habis masa menjawab tohmahan demi tohmahan tidak henti-henti hingga hilang fokus dan mengabaikan tanggungjawab hakiki untuk berkhidmat kepada rakyat. 



Masa bersilat politik telah tamat.. Laksanakan tindakan demi tindakan.. bukan layanan demi layanan

No comments:

Post a Comment