Bila minta berterima kasih kepada sumbangan kerajaan dikata orang Islam sepatutnya bersyukur kepada Allah.. Allah yang bagi rezki.. Mana boleh bersyukur kepada manusia...
Tetapi apabila ditimpa kesusahan mahu pula disalahkan terus kepada kerajaan Tidak pula mengakui bahawa segala kesusahan, ujian dugaan dan kesempitan itu datang dari Allah...
Jika rakyat marah kerajaan kerana kesempitan hidup yang mereka hadapi... Maka mereka sebenarnya telah meletakkan kerajaan sama taraf dengan Tuhan...
Kerana...
Tuhan yang memberi kesusahan.. Tuhanlah yang memberi kemudahan..Tuhanlah yang memberi Manfaat.. Tuhanlah yang memberi mudhorat..Tuhanlah yang memberi kelapangan ..
Tuhan juga yang menimpakan kesempitan Tuhan mengaku akan hal ini berpuluh kali banyaknya dalam Al Quran. Lalu bagaimana kerajaan selalu dipersalahkan?
Kita semua berusaha dan Kerajaan pun berusaha. Namun Akhirnya Allah jualah yang menentukan hasilnya. Seperti manusia lainnya, kerajaan pun menanti dengan penuh bimbang akan musibah dan kesusahan yang bakal menimpa negara.
Apa hak kita mengatakan kerajaan tidak berbuat apa-apa dan sengaja menimpakan kesusahan kepada kita? Adakah kita terlibat secara langsung dengan setiap usaha kerajaan untuk memperbaiki mutu kehidupan kita? Atau kita hanya seronok menyalahkan orang lain atas nasib malang yang Allah telah timpakan ke atas diri kita? Doktrin ini disebar luas mengajak manusia untuk berfikir dan bercakap tentang perkara yang salah demi memenuhi citarasa politik kebencian yang melampau dan tidak masuk akal.
Al-Ĥadīd:22 - Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
Al-'Anbyā':35 - Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
At-Taghābun:11 - Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Ash-Shūraá:30 - Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
An-Naml:62 - Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).
Saya setuju pada pendapat saudara yang mengatakan bahawa sebagai manusia Allah pasti akan menurunkan pelbagai dugaan kepada kita. Walaubagaimanapun, adakah ini bermakna kita perlu redha, diam dan tidak buat apa-apa? Allah boleh menurunkan dugaan dalam bentuk penyakit, adakah ini bermakna kita tidak perlu ke hospital? Allah boleh menurunkan dugaan dalam bentuk kemalangan, adakah ini bermakna kita perlu membiarkan kenderaan yang rosak? Kesimpulannya apabila Allah menurunkan dugaan kepada kita selain daripada redha kita perlulah berubah untuk menjadi lebih baik.
ReplyDeleteSama juga dengan kenaikan harga barang pada masa kini. Selain daripada redha, pelbagai cara hendaklah dilakukan untuk menangani masalah ini. Berjimat cermat dan mengubah gaya hidup adalah antara penyelesaiannya. Walaubagaimanapun, bagaimana pula dengan pihak kerajaan, yang telah dipilih rakyat untuk menjaga kebajikan mereka?
Rakyat pada masa sekarang berbeza dengan masa dahulu. Kewujudan internet membolehkan mereka mendapat pelbagai maklumat dari pelbagai sumber. Hasil daripada maklumat yang mereka dapati, mereka menyimpulkan bahawa kerajaan telah memangsakan mereka hasil daripada kegagalan mengurus ekonomi negara. Pembaziran seperti yang dinyatakan oleh laporan audit, pengaliran wang haram, hutang negara yang semakin bertambah sehingga hampir mencapai tahap yang dibenarkan, rasuah dan penyelewengan dilihat sebagai punca negara terjerumus kepada krisis kenaikan harga barang pada mutakhir ini.
Rakyat juga melihat dan menilai bagaimana mereka berhempas pulas untuk meneruskan kehidupan, para pemimpin mereka pula bermewah-mewah dengan pelbagai keistimewaan, elaun dan pelbagai kemudahan walhal rakyat melihat kesusahan mereka hasil daripada kegagalan kerajaan untuk mengurus hasil makhsul negara. Malaysia adalah negara yang kaya dengan pelbagai sumber jika hendak dibandingkan dengan negara lain tetapi bagaimana negara lain mampu untuk menjadi lebih maju, makmur dan kaya walaupun dengan sumber yang terhad?
Selain itu, rakyat merasakan bahawa, pemimpin mereka melihat rakyat sebagai lubuk wang bukan sebagai golongan yang akan dipertanggungjabkan oleh Allah di akhirat kelak. Kerajaan dilihat lebih mementingkan kepentingan syarikat-syarikat besar daripada kepentingan rakyat. Walaupun syarikat ini dilihat sebagai alat untuk memakmurkan ekonomi negara tetapi hasil keuntungan syarikat ini tidak pernah sampai kepada rakyat. Jika adapun mungkin sisa-sisanya sahaja manakala isinya diagih-agihkan kepada golongan terpilih. Rakyat berasa ragu mengapa harga gula di Malaysia dijual dengan harga yang tinggi sedangkan di negara lain harga gula dijual dengan harga yang lebih murah. Bagaimana pula dengan kewujudan IPP yang menjual tenaga elektrik dengan kadar yang lebih tinggi daripada TNB dan mengaut keuntungan hampir separuh daripada hasil industri pembekalan tenaga walhal TNB lah yang melakukan hampir ¾ kerja yang merangkumi menjana, menghantar dan menggihkan tenaga elektrik kepada pengguna. Bagaimana pula dengan 1MDB yang membeli Genting Sanyen dengan jumlah RM 2.3 bilion padahal harganya hanya RM 400 juta sahaja. Perjanjian dengan konsesi tol juga dilihat rakyat sebagai merugikan mereka. Syarikat konsesi telah mendapat keuntungan berlipat kali ganda walhal jika mereka rugi, kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada mereka. Ini tidak termasuk PETRONAS yang dikatakan menjual gas dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran kepada syarikat Jepun.
Kesimpulannya, rakyat dan kerajaan hendaklah bekerjasama dalam menangani permasalahan ini. Rakyat sebenarnya sanggup mengubah gaya hidup tetapi rakyat sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada kerajaan. Rakyat melihat kerajaan tidak amanah dalam menguruskan hasil negara kemudian menyalahkan rakyat yang dikatakan terlalu bergantung kepada subsidi apabila hasil negara berkurangan. Keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan hanya dapat dikembalikan jika rasuah, penyelewengan dan kronisme dihapuskan, pengurusan hasil negara menjadi lebih efektif dan kekayaan negara diagihkan kepada rakyat secara amnya.
Adakah anda terlibat secara langsung dan menyaksikan sendiri segala perkara yang telah anda dakwakan terhadap kerajaan atau sekadar mendengar dari pihak lain seperti anda katakan sebagai informasi dari internet? Adakah ia boleh dipercayai kesemuanya? Jika itu semua dianggap kredibel saya pasti anda terlalu naif dalam menilai dan menapis segala informasi yang anda terima dari internet.Seperti yang anda katakan .. Kita tidak boleh pasrah tanpa usaha, maka usahalah untuk mendapatkan kurniaan Allah di bumi yang sangat luas ini.Jangan asyik nak mengaharapkan bantuan kerajaan semata.. Memainkan sentimen anti kerajaan tidak menambahkan sesen pun pendapatan rakyat.. Yang pasti gaji Menteri Besar pembangkang yang dinaikkan berlipat kali ganda atas hasil usaha gigih anda. Tahniah
DeletePembaziran yang dilaporkan oleh audit negara dan hutang negara yang menghampiri tahap siling adalah fakta yang telah disahkan oleh kerajaan sendiri. Pembelian 1MDB, perjanjian Petronas dengan syarikat Jepun, serta TNB dan IPP adalah daripada sumber yang dikatakan pro-kerajaan. Dalam artikel saya tidak ada satu perkataan pun yang manyatakan saya mengharapkan bantuan kerajaan.Yang saya katakan adalah pihak rakyat dan kerajaan hendaklah bersama-sama menangani masalah ini. Rakyat hendaklah mengubah cara hidup mereka agar pengurusan perbelanjaan mereka menjadi lebih efisien. Pada masa yang sama, rakyat mengharapkan sistem pengurusan ekonomi sedia ada yang diamalkan kerajaan hendaklah diubah. Adakah dengan mengharapkan bahawa kerajaan supaya mengubah sistem yang mereka pakai ini kepada yang lebih baik dilihat sebagai anti kerajaan? Yang pasti sistem yang lebih efisien, berorientasikan rakyat dan tidak mementingkan kroni dan syarikat besar handaklah dilaksanakan tidak kisahlah sama ada kerajaan itu kerajaan pusat, kerajaan negeri, kerajaan BN atau kerajaan PR.Kenaikan gaji Menteri Besar Selangor (istilah Menteri Besar pembangkang adalah amat tidak tepat) tidak akan menghapuskan hakikat bahawa sistem ekonomi yang diamalkan sekarang telah membawa rakyat Malaysia terjerumus ke krisis kenaikan harga barang.
DeleteKenaikan harga barang berlaku sejak berpuluh tahun dulu dan ia berlaku dimana-mana negara di dunia.. Bezanya di Malaysia kita ada parti pembangkang yang gemar memanipulasikan kejahilan sesetengah warganegara hingga tiba2 saja kenaikan harga barang boleh dikaitkan dengan prestasi kerajaan yang memerintah. Ini pandangan yang tidak adil kerana tidak langsung mengambil kira kuasa peniaga cina yang mengambil kesempatan dan belum lagi sumber bahan tenaga yang tertakluk kepada harga pasaran dunia. Lalu tiba-tiba Malaysia mempunyai kerajaan yang sangat besar pengaruhnya hingga boleh memberikan rakyatnya kehidupan yang tidak perlu berdepan dengan sebarang kenaikan kos berbanding nasib malang rakyat dinegara lain di seluruh dunia.. Kebodohan ada hadnya tuan...
DeleteYg bodoh kamu la,,, aku pegang satu je... Menteri dilantik oleh rakyat dan menjadi harapan rakyat utk menguruskan wang neegara dgn telus,, tiba2 depa anak beranak jadi kaya,, tengok wakil rakyat pun dah cukup macam macam ada! Ini bukan rahsia.... Kebodohan orang zaman sekarang ni ada hadnya tuan,,,, betulkan yg salah dan biasakan yg betul
DeleteMereka yang kamu tuduh tu orang Islam juga.. Tahu halal dan haram.. Yang kamu sedap2 tuduh tu ada sebarang buktikah? Kalau ada kenapa tidak dibawa kepada SPRM... Anggaplah semua orang yang mendapat manfaat itu adalah rezki mereka. Kalau kita kaya pun pasti tempiasnya akan terkena kepada orang terdekat dengan kita.. Sama ada halal atau haram ... yang pasti sifat dengki dan iri hati atas kelebihan orang lain itu jelas diharamkan dalam Islam... Mereka belum tentu bersalah tetapi kamu dah jelas bersalah
Delete