Apabila pembangkang memerintah maka segala harga barang akan jadi murah? Berdasarkan teori kegilaan apakah ini? Jika tidak, mengapa setiap kali berlaku kenaikan harga barang mahupun perkhidmatan pembangkang tampil bersorak dengan megah meminta rakyat menyesal kerana bukan pembangkang yang mereka pangkah?
Jika pembangkang benar-benar bersimpati dengan kesusahan rakyat, kenapa tidak bentangkan sahaja kertas kerja. Demi rakyat sanggup duduk semeja. Sumbangkan idea buktikan otak kamu lebih bergeliga? Apa guna rakyat lantik duduk dalam parlimen bila datang masalah hanya tahu melemparkan fitnah, Paling hebatpun ajak rakyat marah dan bantah supaya mereka yakin kononnya dizalimi pemerintah.
Apa kaitannya kenaikan harga barang dan mengundi pembangkang? Malah tidak sesenpun turunnya harga barang bagi setiap satu undi yang diberikan kepada si kaki temberang. Namun, kerana kuasa dan pangkat, mereka sanggup jadikan kesusahan rakyat sebagai alat. Semakin teruk rakyat ditimpa musibah semakin galak mereka melemparkan fitnah.
Inflasi dan kenaikan harga barang berlaku sepanjang zaman. 30 tahun yang sudah nasi lemak 50 sen pun dah puas makan. Kerja kilang pun RM 140 sebulan. Naik bas turun bas tak rasa terhina kerana dah terbiasa. Makan diluar pun sekali sekala. Kini gaji telah meningkat hampir sepuluh kali ganda. Berkereta telah dianggap sebagai keperluan semua. Makanan di mamak mahal macam manapun masih jadi pelanggan setia.
Kehidupan orang kita telah jauh berubah, zaman orang tua kita kalau buka cerita serba serbinya susah. Berpuluh tahun Tun M perintah, nak bagi wang tunai memang tak mampu dan tak pernah. Orang kata biar kita ajar mereka tangkap ikan dari terus beri ikan. Berkat kesabaran anak-anak kita yang ketinggalanpun ada sijil latihan dan kemahiran. Sebagai persiapan untuk mendepani cabaran kehidupan.
Mereka tahu nak hidup senang mesti rajin berusaha, bukan maki hamun kerajaan semata. Namun orang sekarang bila dah senang, datang kesusahan sedikit maka kerajaanlah tempat tumpahnya sumpah dan seranahnya. Seolah-olah kerajaan itu tuhan. Menentukan sempit dan lapangnya rezki kita. Sebab itulah masalah rakyat tak pernah selesai, semakin marah semakin ditimpa badai.
No comments:
Post a Comment