Sunday, December 8, 2013

BRIM Hanya untuk Pengundi BN


BRIM hanya untuk pengundi BN

Begitulah usul salah seorang perwakilan UMNO dari Wilayah Persekutuan ketika perhimpunan agong parti itu berlangsung yang mengundang kemarahan besar penyokong pembangkang dan sebahagian penyokong BN sendiri. 

Penyokong pembangkang mengaitkan pemberian BRIM dengan cukai dan kenaikan harga barang. Mereka meminta semua itu dikecualikan kepada mereka sekiranya usul BRIM untuk pengundi BN diterima. 

Penyokong BN pun menyifatkan usul itu keterlaluan dan tidak matang kerana BN menjadi kerajaan untuk seluruh rakyat dan tidak beretika jika melaksanakan usul itu. 

Namun harus kita sedari bahawa usul itu datangnya dari perwakilan yang kawasan mereka UMNO kalah teruk. Nada yang sama penuh dengan semangat dan emosi oleh perwakilan dari negeri pembangkang Pulau Pinang dan Selangor. Bukan soal matang atau tidak matang, tetapi kesungguhan mereka untuk menang sangat luar biasa berbanding orang UMNO lain yang masih leka dan selesa. Pemimpin UMNO juga sebelum ini sering menimbulkan kebimbangan berhubung dengan gerak kerja parti lawan yang sangat sistematik dan bersungguh-sungguh.

Pihak pembangkang sangat bersungguh-sungguh kerana mereka tidak pernah menang (Putrajaya). Orang UMNO pula leka dan selesa kerana tidak pernah kalah.

Ramai yang meramalkan sekiranya UMNO gagal berubah, maka kita semua bakal menyaksikan UMNO akan rebah pada musim PRU akan datang. Malah kejayaan UMNO mengekalkan kuasa ketika ini pun seperti kata Tun M, adalah atas sumbangan kesungguhan orang Melayu bukan ahli UMNO yang bimbang dengan kemaraan DAP.

Pemimpin UMNO perlu memberikan keutamaan untuk mengkaji dan mempertimbangkan usul dari perwakilan Penang, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Apa guna UMNO diberikan peluang memerintah lagi tetapi tidak mampu menggunakan kuasa yang ada sepenuhnya untuk melemah dan menyekat kemaraan pembangkang. Umum pun tahu apa rancangan pembangkang sekiranya kerajaan cina tertubuh di malam 505. Mereka akan pastikan orang melayu takkan mampu bangun semula. Malah mereka mahu mempergunakan kuasa untuk menghapuskan kuasa raja-raja Melayu untuk menubuhkan sebuah negara republik. Malangnya UMNO yang masih mempunyai kuasa diperbodohkan dengan prinsip kesaksamaan. Ada kelebihan kuasa tetapi sanggup menyusahkan diri bersaing secara adil. 

Prinsip pilihanraya ADIL DAN SAKSAMA yang dituntut pembangkang memaksa kerajaan menyimpan kuasanya ke dalam poket agar mereka mempunyai peluang lebih baik untuk menang. Tidak sedarkah kita bahawa situasi politik di negara ini bukan lagi soal pihak manakah yang mampu memberikan yang terbaik untuk rakyat, tetapi ia adalah pertembungan yang bakal menggugat kedaulatan agama bangsa dan negara. Ini adalah peperangan. Dalam peperangan, pihak yang menang mempunyai kedudukan yang dikenali sebagai Unfair Advantage. Kalau sama level letih lah. Terlalu asyik nak melayan tuntutan pembangkang, silap-silap PRU 14 adalah menjadi permulaan bencana serta mimpi ngeri terhadap nasib agama, bangsa dan negara.


BRIM hanya untuk pengundi BN?

Apa salahnya usul ini? Bukankah BRIM selama ini pun disifatkan sebagai sogokkan kerajaan untuk mendapat sokongan pengundi? Ya, ia berkali-kali dijelaskan sebagai mekanisme bantuan kerajaan yang lebih cekap berbanding subsidi yang mengundang pelbagai penyelewengan dan tidak menepati golongan sasar. Namun penjelasan ini tidak dipedulikan pembangkang, malah mereka tetap menganggap ia adalah umpan untuk menarik undi. Lalu apakah perlu kerajaan berselindung dan masih mempertahankan alasan? Bukankah lebih baik ia benar-benar dijadikan sebagai habuan atau penghargaan kepada rakyat yang masih tahu mengenang budi dan jasa UMNO. Apa perlunya memikat hati pengundi pembangkang dengan duit jika hanya dengan mengatakan BRIM adalah duit rakyat dan bukannya duit BN, lalu segalanya jadi sia-sia belaka?

"Kecualikan penyokong pembangkang dari cukai dan kenaikan harga barang kerajaan UMNO!"Apa kena mengena BRIM dengan cukai dan kenaikan harga barang? Inilah hujah pembangkang bila cadangan BRIM untuk pengundi BN dikemukakan. Semua pun tahu jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan persekutuan, tidak ada jaminan mereka boleh menghalang kenaikan harga barang dan mengurangkan pungutan cukai. BRIM adalah sebahagian daripada MANIFESTO BN dan tidak mengundi BN bermakna mereka tidak bersetuju untuk menerima BRIM. Memberi BRIM kepada pengundi pembangkang sudah tentu melukakan hati pengundi BN. BN sepatutnya meletakkan survival mereka sebagai no 1 untuk dipertahankan kerana jika mereka gagal membentuk kerajaan sudah parti agenda mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara turut sama musnah.

Mereka sangat marah?

Bagi saya, apa yang buat mereka marah itu yang patut kita lakukan dahulu. Di media sosial setiap hari siang dan malam mereka menghasut rakyat supaya marah dan benci kepada kerajaan. Lalu terpaksa berputih mata kerana tidak dapat BRIM, bukankah makin menambah kemarahan mereka? Cuma kemarahan ini bukan lah kemarahan yang direka-reka.. Kemarahan kali ini adalah kemarahan yang menginsafkan atas segala perbuatan mereka.

BRIM boleh diberikan jenama baru khas tujuannya untuk membalas jasa mereka yang mengundi BN. Had pendapatannya boleh longgarkan hingga membolehkan mereka yang berada di golongan pertengahan yang sebelum ini diabaikan turut menerima penghargaan. Pengecualian BRIM terhadap menyokong pembangkang adalah satu tamparan yang hebat kerana ia menginsafkan mereka tentang siapa yang sebenarnya membantu mereka dan siapa yang sebenarnya mengkhianati mereka.

Musim pemberian BRIM untuk mengundi BN adalah musim yang sangat GETIR bagi pengundi pembangkang. Derita yang berulang setiap tahun itu pasti akan menjadikan parti pembangkang sebagai tempat mereka melepaskan segala kemarahan kerana selama ini mereka dihasut untuk menjadi rakyat yang tidak mengenang budi.

Jika mereka ingin mengikut langkah yang sama terhadap pengundi BN di negeri mereka.. Silakan. BN mampu untuk memberikan BRIM kepada setiap pengundi BN di seluruh negara termasuk di negeri-negeri pembangkang. Manakala pembangkang hanya mampu memberi upah kerada beberapa tok imam dan guru kafa yang bertugas dinegeri mereka.

      
  

No comments:

Post a Comment