Apakah alasan kukuh untuk lawan pemerintah?
Adakah kerana rambut isteri pemimpin yang tidak bertutup?
Gaya hidup mewah ahli keluarga pemimpin?
Projek penternakan daging halal yang diberi kepada keluarga pemimpin?
Kos sara hidup yang semakin meningkat?
Saman yang perlu dibayar kerana memandu laju?
Rasuah yang berleluasa dikalangan kakitangan kerajaan?
Perbelanjaan dana rakyat yang tidak berhemah?
Tuduhan kerajaan tidak Islamik dan mengamalkan sekularisme?
Tuduhan kerajaan tolak Islam kerana tidak bersedia laksana hukum jenayah?
Tuduhan pemimpin kerajaan mengamalkan rasuah dan kronisme?
Tuduhan pemimpin kerajaan merompak duit rakyat dan harta perbendaharaan negara?
Tuduhan pemimpin kerajaan membunuh perempuan Mongolia?
Berfikirlah sejenak.... Apa sebenarnya yang kita mahukan?
Keperluan apakah yang belum dipenuhi?
Berapa ramaikah anak-anak kita yang berjaya menjejakkan kaki ke universiti?
Tidak cukupkah rezki dari peluang pekerjaan yang disediakan?
Perlu mengemiskah kita untuk mendapatkan sepinggan makanan?
Berapa kereta yang kita pakai dan berapa pula kereta yang kita simpan?
Pernahkah kita keluar semula dari hospital kerana bil tak mampu bayar?
Gedung membeli belah sentiasa meriah, Hotel dan homestay bukannya murah
Bukalah mata... Pandanglah sekeliling.. Tinggalkanlah sementara momokkan sutradara politik yang membinasa.. Lihatlah dengan mata kepala mu sendiri... Pancaindera Allah kurniakan tidak pernah menipu...Seluruh alam menjadi saksi.. Tiada apa yang kurang di sini... Tariklah nafas lega.. Panjatkanlah kesyukuran yang tidak terhingga.. Tiada tempat tinggal yang lebih selesa...
Anak muda gigih berusaha mengejar cita-cita.. Si pesara aman beribadah tidak perlu lagi bekerja.. Yang sakit di tanggung... Yang nak ke universiti tersedia pinjaman hingga berjaya.. Yang mahu menunaikan haji diberikan khursus dan diberikan wang belanja.. Yang ragu pembiayaan berunsur riba.. Kewangan lulus syar'ei, kita nombor satu di dunia...
Lalu dimanakah untungnya melayan momokkan si sutradara yang hebat mereka cipta? Mulut penuh dengan dosa nista tuduhan yang tidak berfakta.. Hanya mahu merampas kuasa dengan menyebarkan buruk sangka.. Mempergunakan rakyat yang buta untuk menjadi hamba secara percuma...
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete