Sunday, December 29, 2013

Tak Semua Orang PAS sanggup Di Perbodohkan







Anuar Salehudin

Tuan Suhaizan yang dihormati, saya adalah salah seorang ahli pemuda Pas dan merupakan ahli seumur hidup, saya sebelum ini merupakan pemuda Umno, saya cuma mahu memberi pandangan dan cadangan, selain dari membuat demonstrasi pada 31 Disember ini, saya ingin mencadangkan agar DPPPM untuk menganjurkan kursus, seminar atau konvensyen keusahawanan kepada pemuda2 khususnya dan rakyat marhaen yg lain. Kita dapat memupuk minda orang melayu khususnya betapa peri pentingnya kita menjana pendapatan lebih melalui bidang keusahawanan dan perniagaan. Saya bukan tidak mahu turut serta meraikan bantahan kepada kerajaan, cuma saya rasa ia satu perbuatan yang memberi impak dari segi political mileage sesuatu pihak sahaja. Percayalah, kerajaan hanya akan membutakan mata dan perut mereka. Jika kita ada kekuatan ekonomi didalam jamaah dan barisan kita, sang penguasa juga tidak dapat memperlekehkan permintaan dan kehendak kita. Teringat seorang mentor saya berkata, perut kita, kita yang isi. Tiada siapa mahu mengenyangkan perut kita tanpa kita melakukannya sendiri. Jangan sampai kita ketahap kena makan kucing atau kotak. Baru terfikir mahu melihat peluang yang ada.


Realitinya adalah, ekonomi mengembang dan menguncup mengikut trend ekonomi dunia dan juga negara kuasa besar. Pada tahun 70an adalah tidak sama pertumbuhan ekonominya, taraf hidup rakyat serta sosial. 80an dan 90an juga begitu, hakikat yang kita perlu terima adalah, manusia senantiasa mahukan keuntungan didalam kehidupan mereka. Tiada siapa mahu rugi kecuali mereka sudah tiada iman/kepercayaan didalam dada. Harga barang dahulu dengan sekarang memang akan berubah, ia akan sentiasa dalam bentuk graf menaik secara puratanya. Tiada yang akan semakin menurut. Ia adalah logik akal ekonomi manusia. Cuma ada dua cara saja bagi mendepani ekonomi yang tidak menentu ini. Pertama kurangkan perbelanjaan dari pendapatan, kedua adalah menambah pendapatan sedia ada bagi menampung perbelanjaan. Jika anda semua asyik mengeluh, mengutuk, mengeji atau membantah saja tanpa ada tindakan menambah pendapatan keluarga, saya tahu anda adalah golongan yang mahu mencari alasan dan sebab. Mana mungkin rezki lebih diperolehi hanya dengan berkata kata dan berangan angan. Tindakan anda adalah penentu hidup anda. Melainkan anda tergolong didalam golongan 9 asnaf yang disebut. Anda tidak layak mengatakan hanya mereka saja yang salah, hanya mereka saja yang bodoh, hanya mereka saja yang tidak tahu mentadbir, hanya kami saja yang betul, hanya kami yang merana. Ya saya tahu dan amat fasih dengan kekurangan kecerdikan pimpinan kerajaan yang ada sekarang, disamping keborosan, rasuah dan ketirisan. Tetapi cuba tuan2 fikirkan, adakah sudah cukup aku usahakan untuk diriku, keluargaku dan masyarakatku? Atau kita sekadar hidup seadanya dengan hanya pandai menyalahkan orang lain? Saya tak bermaksud mahu menongkah arus, saya hanya mahu sahabat2 sedar, perut kita, kita yang isi!!




Setuju dengan cadangan tuan Anuar Salehudin...Sebagai seorang Islam kita tidak sepatutnya tunduk dengan mainan strategi politik ala zionist.. Kita perlu bimbing rakyat untuk tingkatkan pendapatan dan terokai peluang ekonomi agar kita mampu atasi cabaran yang lebih hebat pada masa akan datang.. Tuan Suhaizan mewakili rakyat perlu menunjukkan contoh yang baik dan orang Johor mampu membawa haluan mengikut acuan Islam yang sebenar.. Bukan dengan cara berdemonstrasi.. Kita sedia maklum dan malu dengan kemampuan kerajaan UMNO yang mendahului dalam segala kemasyhalatan umat Islam dinegara ini.Saya yakin PAS adalah platform pendesak yang sangat berguna untuk memaksa kerajaan memberi kelebihan kepada umat Islam di negara ini.. Hasilnya kita sudah ada ramai teknokrat dan lulusan agama.. Bukan itu saja.. Pendidikan Islam semakin berkembang. Kewangan Islam yang kita kini menjadi contoh kepada negara Islam yang lain adalah satu pencapaian luar biasa . Dr Asyraf Dusuki ada buktinya. Pembangunan masyarakat dan pembelaan yang sepatutnya kepada orang Islam dalam menunaikan tanggungjawab mereka telah tersedia dengan lembaga tabung haji, YADIM, PERKIM, PPZ, Halal Development Corp. Dan banyak lagi.. Ini yang menyebabkan bangsa lain terutamanya cina sangat cemburu padahal merekalah penyumbang kepada pendapatan kerajaan paling banyak berbanding kita.. Apa lagi yang kita mahu? Apakah jawapan kita di akhirat kelak jika kita didunia sibuk menjadi alat untuk kelangsungan orang kafir bagi manjayakan agenda mereka..? Kita yang mencari kemuliaan disisi orang kafir telah dijatuhkan hukum sebagai munafik oleh Allah SWT seperti dalam AlQuran. Saya percaya kita tak sanggup untuk padamkan peluang diri kita untuk pulang ke kampung syurga hanya kerana terperangkap dengan strategi politik orang kafir...

Sunday, December 22, 2013

Tumbang BUKAN kerana kenaikan Harga Barang. Tetapi kerana gagal PERBETULKAN rakyat.


Kenaikan harga barang dan perkhidmatan adalah sebahagian dari langkah mengurangkan subsidi kerajaan kerana subsidi adalah perbelanjaan hangus yang memperdaya rakyat dengan kos sara hidup yang PALSU.

Ketika seluruh penduduk dunia merasai peningkatan kos sara hidup termasuk di negara besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah, penduduk di Malaysia masih mahu hidup seperti dilindungi awan, masih berbelanja sakan di gedung ternama, mengubahsuai rumah, melancong ke luar negara serta menukar kereta.

Mereka dilekakan dari menerima hakikat bahawa kelebihan wang saku mereka adalah atas tampungan wang subsidi kerajaan dalam minyak kenderaan, bil api dan air, barang keperluan asas yang mereka nikmati setiap hari. Hal ini masih terus berlaku di Malaysia kerana tekanan hebat rakyatnya terhadap kerajaan berbentuk ugutan politik sekiranya kos hidup mereka meningkat. Kerajaan pasti tidak akan selama-lamanya mampu untuk menanggung perbelanjaan sebegini.



UGUTAN POLITIK

Negara yang seimbang bukanlah apabila kerajaan sentiasa tunduk dengan permintaan rakyat. Bukan semua yang rakyat mahu adalah baik untuk negara. Kerajaan yang diamanahkan untuk menguruskan negara perlu jua mempunyai kualiti untuk memimpin, mengawal dan mempengaruhi rakyat agar turut sama memastikan kesejahteraan negara.

Namun sejak akhir-akhir ini kerajaan yang terperangkap dengan ideologi kebebasan media dan demokrasi mutlak, gagal menyaingi kehebatan pembangkang dalam menguasai minda rakyat. Kerajaan yang semakin lemah ditambah pula dengan ugutan politik oleh rakyat melalui peti undi, terpaksa "menunda" kenaikan harga barang untuk beberapa ketika sebelum pilihanraya. Tamat sahaja pilihanraya maka naiklah harga segala jenis barang dan tarif utiliti yang selama ini ditahan-tahan. Kerajaan menyalahgunakan kuasa untuk "menunda" kenaikan harga yang sepatutnya tiada kena mengena dengan politik.  

Mentaliti rakyat ternyata masih terlalu naif dan belum cukup bersedia untuk menapis serangan propaganda dan persepsi salah pembangkang. Hingga kerajaan tidak yakin rakyat boleh menerima fakta mudah berkaitan kos sara hidup yang semakin meningkat dan hubungannya dengan ekonomi global. Walaupun inflasi telah berlangsung sekian lama secara natural di negara ini dan malah di seluruh dunia, tetapi dengan kebijaksanaan pembangkang dan kuasa media mereka untuk mempengaruhi rakyat, kenaikan harga barang tiba-tiba sahaja boleh dikaitkan dengan kegagalan kerajaan mengurus ekonomi negara. 

Lebih malang apabila mereka yang dilantik dalam kabinet mahupun MT UMNO pun boleh terbawa-bawa dengan konsep kejahilan ekonomi ini dan lebih rela kerajaan menanggung defisit serta keruntuhan ekonomi yang bakal menjejaskan semua semata-mata tidak tahan dengan cemuhan yang tidak berasas. Hanya Perdana Menteri dan menteri kewangan yang giat menerangkan tentang proses rasionalisasi yang termanya rakyat sudah tidak peduli untuk memahaminnya. 

Corrective action atau langkah pembetulan ini semakin menjadi mustahil sekiranya penguasaan media tidak berpihak kepada kerajaan. Kekeliruan yang dicipta pembangkang telah melakukan cukup kerosakkan terhadap ekonomi, politik dan minda rakyat di negara ini. Hatta kekeliruan agama pun manusia sanggup berbunuhan tanpa sebab, ini kan pula kekeliruan yang dicipta atas nama kebebasan yang sedang mengumpul kekuatan untuk menumbangkan kerajaan.



Munafik mencari KEKUATAN & KEMULIAAN di sisi Orang KAFIR




Baik UMNO mahu pun PAS belum mampu untuk laksana hukum Allah sepenuhnya. Namun adakah orang PAS sanggup mati sebagai munafik kerana tidak mampu berpisah dengan DAP? Apakah alasan nak beri depan Allah nanti? Kerana dendam?...Bila masa Allah halalkan dendam?

An-Nisā':138 - Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; 

An-Nisā':139 - (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). 

An-Nisā':140 - Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.


Al-Mā'idah:51 - Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.


Al-Mā'idah:52 - Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya.


Friday, December 20, 2013

BERTINDAK! Masa berpolitik sepanjang masa telah TAMAT



Saya sokong tindakan kerajaan yang menggantung akhbar The Heat... dan banyak lagi tindakan perlu dilakukan untuk memperkenalkan padah kepada mereka yang biadap dan menafikan hak kerajaan yang sah. Setelah menang pilihanraya apalagi perlu untuk melayan kerenah politik? Sebagai kerajaan yang sah, tidak ada halangan bagi kerajaan untuk melaksanakan haknya  bertindak terhadap individu dan organisasi yang masih galak berkempen dan menyebarkan fahaman politik untuk mengelirukan rakyat. Tindakan yang tegas juga patut dikenakan terhadap guru-guru serta kakitangan kerajaan dengan memantau kegiatan politik mereka diluar tugas termasuk posting dalam akaun FB.. 

Sebelum ini kerajaan melakukan kesilapan kerana percaya amalan berpolitik dikalangan penjawat awam adalah manifestasi kebebasan demokrasi. Harus diingat kakitangan kerajaan terutama sekali guru-guru mempunyai peranan besar dalam membentuk anak bangsa mengikut kehendak dan aspirasi kerajaan. 

Sampai bila kerajaan perlu membiarkan rakyat giat berkempen politik sebaik sahaja tamat pilihanraya? Bukankah lebih baik semua pihak berganding bahu menumpukan usaha untuk membangunkan negara dan mensejahterakan rakyat? Jika dibiarkan rakyat dipaksa berpolitik seolah-olah menghadapi pilihanraya sebulan sekali maka kerajaan pula akan habis masa menjawab tohmahan demi tohmahan tidak henti-henti hingga hilang fokus dan mengabaikan tanggungjawab hakiki untuk berkhidmat kepada rakyat. 



Masa bersilat politik telah tamat.. Laksanakan tindakan demi tindakan.. bukan layanan demi layanan

Thursday, December 19, 2013

Rakyat Tak Perlu Bantu Fakir Miskin Sebab Dah Bayar Cukai?




Rakyat Tak Perlu Bantu Fakir Miskin Sebab Dah Bayar Cukai?

Tiada siapapun dapat menafikan usaha kerajaan yang telah berjaya mengeluarkan golongan miskin tegar yang mana mungkin orang tua kita atau sanak saudara kita sendiri sebelum ini termasuk dalam golongan itu suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi yang perlu dibantu termasuk mereka yang tersepit dalam kos kehidupan bandar yang sangat tinggi.

Namun, wajarkah rakyat mengecualikan diri mereka sendiri dari tanggungjawab membantu fakir miskin dan menyerahkan segala urusan ini kepada kerajaan semata? Kalau perkataan ini keluar dari mulut seorang yang mengaku dirinya Islam pasti sesuatu yang tidak kena pada ilmu agamanya.  

Dalam ayat 12, Surah Al Mujadila ini, telah diwajibkan oleh Allah bagi setiap rakyat yang mahu mengadap Rasulullah (sebagai pemerintah) untuk bersedekah terlebih dahulu. Cuba fikir mengapa yang diminta Allah untuk bersedeqah itu rakyat, bukannya pemerintah?    

Al-Mujādila:12 - Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya; (pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih. Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai perkara yang tak dapat dielak), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Jelas dalam ayat ini Allah ingin mendidik rakyat bahawa menolong orang miskin bukanlah tanggungjawab kerajaan semata-mata. Setiap orang Islam tidak terkecuali dalam sistem sisio ekonomi Islam seperti digariskan dalam AlQuran iaitu amalan bersedaqah dan bukan hanya tahu menyalahkan kerajaan kononnya tidak prihatin dengan rakyat yang miskin.

Mereka yang hidup dicelah-celah kesusahan rakyat, melihat sendiri penderitaan orang lain takkan hanya mampu melihat dan memaki hamun kerajaan semata tanpa sanggup menghulurkan bantuan? Sejak bila Allah kecualikan pembayar cukai dari amalan bersedeqah. Amalan bersedaqah seperti yang kita tahu mempunyai fadhilat yang besar dalam melapangkan rezki dan menarik kurniaan Allah. Orang yang bersedaqah Allah akan bersihkan hatinya dari kecintaan kepada dunia dan mengharapkan balasan pahala yang lebih layak direbutkan oleh manusia diakhirat kelak.

Maka ketika isu kemiskinan diperbesarkan untuk menghentam kerajaan eloklah kerajaan melaksanakan pula Kempen "Saya Orang Islam, Saya suka bersedaqah" ke seluruh negara dengan agensi dakwah YADIM dan Kementerian Penerangan. Kerana bukan kerajaan sahaja yang kena ikut Al Quran, Rakyat yang mengaku Islam pun jangan lupa pada tanggungjawab diri sendiri terhadap masyarakat.

Banyak lagi ayat Al Quran yang menyuruh orang Islam untuk bantu fakir miskin seperti yang berikut. Insaflah dan jangan tahu menuding jari kepada orang lain tetapi diri sendiri pun masih dalam kehinaan ingkar perintah Allah..


Al-Baqarah:215 - Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).


Adh-Dhāriyāt:19 - Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).

Al-Baqarah:268 - Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

Wednesday, December 18, 2013

Kerajaan yang timpakan Kesempitan, Kesusahan, Dugaan & Ujian ?


Bila minta berterima kasih kepada sumbangan kerajaan dikata orang Islam sepatutnya bersyukur kepada Allah.. Allah yang bagi rezki.. Mana boleh bersyukur kepada manusia...

Tetapi apabila ditimpa kesusahan mahu pula disalahkan terus kepada kerajaan Tidak pula mengakui bahawa segala kesusahan, ujian dugaan dan kesempitan itu datang dari Allah...

Jika rakyat marah kerajaan kerana kesempitan hidup yang mereka hadapi... Maka mereka sebenarnya telah meletakkan kerajaan sama taraf dengan Tuhan...

Kerana...

Tuhan yang memberi kesusahan.. Tuhanlah yang memberi kemudahan..Tuhanlah yang memberi Manfaat.. Tuhanlah yang memberi mudhorat..Tuhanlah yang memberi kelapangan ..

Tuhan juga yang menimpakan kesempitan Tuhan mengaku akan hal ini berpuluh kali banyaknya dalam Al Quran. Lalu bagaimana kerajaan selalu dipersalahkan?

Kita semua berusaha dan Kerajaan pun berusaha. Namun Akhirnya Allah jualah yang menentukan hasilnya. Seperti manusia lainnya, kerajaan pun menanti dengan penuh bimbang akan musibah dan kesusahan yang bakal menimpa negara.

Apa hak kita mengatakan kerajaan tidak berbuat apa-apa dan sengaja menimpakan kesusahan kepada kita? Adakah kita terlibat secara langsung dengan setiap usaha kerajaan untuk memperbaiki mutu kehidupan kita? Atau kita hanya seronok menyalahkan orang lain atas nasib malang yang Allah telah timpakan ke atas diri kita? Doktrin ini disebar luas mengajak manusia untuk berfikir dan bercakap tentang perkara yang salah demi memenuhi citarasa politik kebencian yang melampau dan tidak masuk akal.

Al-Ĥadīd:22 - Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

Al-'Anbyā':35 - Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

At-Taghābun:11 - Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ash-Shūraá:30 - Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

An-Naml:62 - Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).

Tuesday, December 17, 2013

Gemar kata Orang Lain Tak Betul?




Dalam kehidupan kita yang singkat ini, usahlah kita asyik mmperhatikan kesalahan dan kecacatan amal perbuatan orang lain..

Perhatikanlah diri kita sendiri. Itu lebih patut dijadikan keutamaan dan lebih mudah untuk diurus berbanding sibuk dan bimbang dengan amal perbuatan orang lain..

Apakah untungnya kita seharian dan semalaman mengerutkan dahi berbicara fikir risau atas keburukan dan kelemahan orang lain jika diri kita sendiri tidak dapat menjamin keselamatan ketika berhadapan dengan siksa Allah di alam kubur yang sunyi sepi.

Al-'Isrā':84 - Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang lebih betul jalannya".     


Al-'An`ām:164 - Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.

Kuat Merungut dan Mengeluh Bukan Orang Islam





Tak takut ke kalau mulut hanya asyik tahu merungut.. mengeluh... menyalahkan orang lain atas kesempitan diri sendiri? 

Bukankah Allah dah kata jika kita bersyukur dan bertakwa Allah akan tambahkan rezki kita..

Kalau dah tak yakin maka kita semakin kurang iman.. Tidak mustahil jika iman tidak dijaga lambat laun ia akan hilang jua.. Manusia yang mati tanpa iman sebesar zarrah maka diharamkan syurga baginya..

Manusia semakin jauh dari agama.. Nilai yang di ajar dalam agama dah menjadi terlalu asing bagi diri mereka..

Adalah sangat penting bagi kita orang Islam untuk menjaga perkataan yang keluar dari mulut kita kerana ia sangat memberi kesan kepada hati.. Hati menjadi tempat letaknya pandangan Allah maka peliharalah hati kita dari kerosakkan  kata-kata sendiri..


Hūd:9 - Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.



At-Taghābun:11 - Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


Aţ-Ţalāq:7 - Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.



'Ibrāhīm:7 - Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".


Al-Baqarah:177 - Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.


Monday, December 16, 2013

Cadangan Menteri yang BODOH atau DIBENCI?




An-Nisā':97 - Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Cadangan menteri yang bodoh atau dibenci?  Salahkah jika menteri itu sekadar mahu menunjukkan pilihan yang lain kepada rakyat sekiranya kenaikan harga bagi kemudahan yang disediakan tidak lagi mampu untuk digunakan? 

Alasan menteri yang disifatkan bodoh ini rupanya adalah senada dengan gesaan Allah dalam Al Quran agar menusia sentiasa cari jalan yang lain agar tidak terus dalam kebinasaan. Begitu juga cadangan-cadangan yang lebih kurang sama dalam isu lain seperti... Sila keluar dari Malaysia jika tidak sanggup patuh undang-undang... Sila elakkan makan ayam jika tidak mampu membelinya... dan yang terbaru .. Boleh guna jalan biasa jika tidak mampu bayar tol... Pilihan sentiasa ada walaupun dalam isu kenaikan harga minyak yang mana cadangannya mungkin berkongsi kereta untuk ke tempat kerja ataupun munggunakan menggunakan NGV atau kenderaan Hybrid..

Yang menjadi kemarahan dan kebencian ialah cadangan menteri itu memberi isyarat bahawa sebarang bantahan tidak akan dilayan. Kenaikan harga bukanlah kehendak kerajaan yang sengaja ingin meyusahkan rakyat, tetapi seperti Ustaz Fathul Bari pernah sebutkan, ia adalah ketentuan yang tidak sukai oleh semua orang baik rakyat mahupun kerajaan. Tetapi itulah hakikat yang perlu diterima dan tidak boleh lagi dielakkan. Bagaimana rakyat hanya mahukan manfaat seperti subsidi dan bantuan tetapi tidak pula mahu bayar cukai dan menerima kenaikan harga barang? Bukankah ini sikap mementingkan diri sendiri. Hanya mahu manfaat dan keuntungan tetapi tidak pula sanggup menerima musibah dan kerugian.. Mentalitikah apa ini?

Dari dahulu lagi kenaikkan harga berlaku di mana-mana negara di dunia... Jika ia dipolitikkan maka ia hanya sekadar memberikan tekanan kepada kerajaan dengan bantahan demi bantahan.. Tidak langsung membantu untuk menurunkan harga mahupun meningkatkan pendapatan... Jika ada yang berkata menteri memberi alasan dan cadangan yang bodoh maka tindakan tidak mahu langsung menerima kerugian dalam kehidupan pula adalah sepuluh kali ganda lebih bodoh. 

Sunday, December 15, 2013

Apabila Pembangkang Memerintah Segala Harga Barang Jadi MURAH?



Apabila  pembangkang memerintah  maka segala harga barang akan jadi murah? Berdasarkan teori kegilaan apakah ini? Jika tidak, mengapa setiap kali berlaku kenaikan harga barang mahupun perkhidmatan pembangkang tampil bersorak dengan megah meminta rakyat menyesal kerana bukan pembangkang yang mereka pangkah?  

Jika pembangkang benar-benar bersimpati dengan kesusahan rakyat, kenapa tidak bentangkan sahaja kertas kerja. Demi rakyat sanggup duduk semeja. Sumbangkan idea buktikan otak kamu lebih bergeliga? Apa guna rakyat lantik duduk dalam parlimen bila datang masalah hanya tahu melemparkan fitnah, Paling hebatpun ajak rakyat marah dan bantah supaya mereka yakin kononnya dizalimi pemerintah.



Apa kaitannya kenaikan harga barang dan mengundi pembangkang? Malah tidak sesenpun turunnya harga barang bagi setiap satu undi yang diberikan kepada si kaki temberang. Namun, kerana kuasa dan pangkat, mereka sanggup jadikan kesusahan rakyat sebagai alat. Semakin teruk rakyat ditimpa musibah semakin galak mereka melemparkan fitnah.

Inflasi dan kenaikan harga barang berlaku sepanjang zaman. 30 tahun yang sudah nasi lemak 50 sen pun dah puas makan.  Kerja kilang pun RM 140 sebulan. Naik bas turun bas tak rasa terhina kerana dah terbiasa. Makan diluar pun sekali sekala. Kini gaji telah meningkat hampir sepuluh kali ganda. Berkereta telah dianggap sebagai keperluan semua. Makanan di mamak mahal macam manapun masih jadi pelanggan setia.



Kehidupan orang kita telah jauh berubah, zaman orang tua kita kalau buka cerita serba serbinya susah. Berpuluh tahun Tun M perintah, nak bagi wang tunai memang tak mampu dan tak pernah. Orang kata biar kita ajar mereka tangkap ikan dari terus beri ikan. Berkat kesabaran anak-anak kita yang ketinggalanpun ada sijil latihan dan kemahiran. Sebagai persiapan untuk mendepani cabaran kehidupan. 

Mereka tahu nak hidup senang mesti rajin berusaha, bukan maki hamun kerajaan semata. Namun orang sekarang bila dah senang, datang kesusahan sedikit maka kerajaanlah tempat tumpahnya  sumpah dan seranahnya. Seolah-olah kerajaan itu tuhan. Menentukan sempit dan lapangnya rezki kita. Sebab itulah masalah rakyat tak pernah selesai, semakin marah semakin ditimpa badai. 






   







Saturday, December 14, 2013

Antara Tongkat, Subsidi dan Ketirisan



Melayu perlu di tolong dan sungguh pun melayu sudah mampu berdikari , melayu perlu terus diberi kelebihan dari bangsa lain kerana ini Tanah Melayu.. Tiada kompromi soal itu.

Negara bukan sahaja menanggung hutang tetapi juga menikmati limpahan pendapatan dari kepesatan ekonominya. Namun sistem subsidi menyebabkan Malaysia bakal gagal untuk menjadi negara maju menjelang 2020.

Singapura menjadi antara negara terkaya di dunia. Dikatakan jika Singapura menghadapi peperangan dengan Malaysia, mereka mampu untuk membina semula negara mereka setelah melalui 7 kali kehancuran total. Ini kerana kerajaannya menjana pendapatan luar biasa dan dalam masa yang sama mengelak dari sebarang penanggungan subsidi kepada rakyatnya.

Kenaikan harga barang... inflasi... subdisi semuanya berkaitan dengan aktiviti mengawal fiskal kewangan negara dalam subjek macro economics.. Berbeza dengan ketirisan...rasuah.. kecekapan kewangan.. yang perlu ditangani secara berterusan kerana ia berkaitan dengan kebolehpercayaan kerajaan kepada orang yang diberi amanah.. Sekadar pendapat orang yang tidak terlibat secara langsung dengan pentadbiran kewangan negara..

Thursday, December 12, 2013

Mana dia DUIT RAKYAT?




Mana dia DUIT RAKYAT? Jangan main-main dengan DUIT. Ramai orang cepat marah kerana DUIT. Nak cari DUIT bukan senang. Keluar awal pagi dari rumah kerana DUIT. Kalau lambat balik rumah kerana DUIT. Siang malam jadi hamba DUIT. Sebab itu sebut DUIT RAKYAT kene jerit-jerit!

Tetapi dimanakah DUIT RAKYAT sebenarnya? Kalau DUIT itu RAKYAT yang punya, kenapa tak dipulangkan saja kepada mereka? Kalau kerajaan pegang DUIT RAKYAT, ayuh minta mereka pulangkan segera! Tapi malang ... Sayang seribu kali sayang... Yang dimaksudkan DUIT RAKYAT itu sebenarnya adalah DUIT kerajaan. Kerana hanya kerajaan sahaja yang berhak membuat keputusan ke mana DUIT itu hendak dibelanjakan. Hak kerajaanlah nak guna duit itu untuk membaiki jalan mahupun jambatan, Hak kerajaanlah nak beri subsidi baja atau nak bangunkan sukan. Hak kerajaanlah nak bina sekolah, masjid dan dewan. Kalau tak mahu belanja langsung bukan satu kesalahan. Jadi di manakah DUIT RAKYAT tadi jika kerajaan nak belanja pun rakyat tidak diminta pandangan? 



Cukai itu DUIT RAKYAT?

Di mana-mana bumi yang ada kerajaan pasti ada cukai. Cukai adalah hak kerajaan setelah rakyat berjaya mengumpul pendapatan melebihi jumlah tertentu melalui kegiatan ekonomi yang dijalankan.

DUIT RAKYAT pula adalah pendapatan yang tinggal setelah rakyat membayar cukai kepada kerajaan. 

Kerana rakyat bayar cukai lalu kerajaan perlu tunduk kepada rakyat? Maka apa pula kisah pelabur asing dan pihak koperat yang bayar cukai lagi banyak? Bukankah sama saja statusnya antara industri dan rakyat, sama-sama mendapat untung dan pendapatan, sama-sama dikejar cukai untuk dibayar kepada kerajaan.

Campaklah di negara mana pun, cukai tetap kena bayar beb. Sama ada kau penyokong kerajaan mahupun pembangkang, sesen pun tak kurang. Ke mana kerajaan nak belanja duit cina dan india, yang pasti mereka lebihkan untuk Melayu dan Islam. Bukan zalim kepada pembayar cukai tak sebangsa dan agama, tetapi dah termaktub dalam perlembagaan negara sejak dahulu kala. Itu lah untungnya kerajaan masih ditadbir oleh orang kita.. Kalau nak berebut boleh, tapi jangan sampai cina naik tahta.

Kerana cukailah cina tak pernah senang dengan kita.. Mana cina tak marah? Cina yang bayar lebih, melayu pula yang ramai ditolong dan dijaga. Mereka kata Malaysia takkan maju jika tiada cina. Apakan daya nak menyesalpun tak guna. Pemimpin Melayu memang hebat-hebat belaka. Kuasa yang ada perlu digunakan sebaiknya. Kalau tak suka tak mengapa, boleh bayar cukai di negara selain Malaysia. Kalau cina tak ada pun tak mengapa.. Anak melayu pun mampu jadi taukeh kedai runcit dan pemilik hotel ternama. Mana melayu yang tak suka jika top 10 orang terkaya dah bersih dari nama cina. Mase tu baru kita tahu merekalah yang tutup peluang kita jadi kaya raya.     



Wednesday, December 11, 2013

Rakyat sudah "BIJAK" menilai?



Syabas kepada Dato Seri Najib Tun Razak kerana lebih peka dan bijak melihat suasana politik masa kini yang hampir keseluruhannya dipengaruhi oleh gerakkan di alam cyber ini. 

Namun bagi saya kerajaan perlu wujudkan satu jabatan pemantauan cyber dibawah seliaan PM sendiri untuk merangka dasar dan akta bagi mengawal pengguna internet dari terus dipengaruhi agenda serta propaganda parti lawan. 

Selaras dengan ucapan dasar Presiden UMNO tempohari. Sesuatu yang lebih jelas dari kesatuan blogger pro kerajaan  ini perlu diusahakan. Pergantungan kerajaan kepada blogger pro kerajaan untuk menjelaskan aspirasi kerajaan dan melawan fitnah pembangkang adalah tidak memadai. Undang - undang perlu dirangka dan kebebasan media perlu dikawal sebelum seluruh rakyat berjaya diracuni pemikirannya oleh pembangkang..

Sangkaan bahawa rakyat sudah bijak menilai tidak boleh lagi diguna pakai. Kerajaan perlu agresif menggunakan kuasa sebijaknya untuk membentuk pemikiran rakyat.

Tuesday, December 10, 2013

Alasan KUKUH untuk LAWAN Pemerintah




Apakah alasan kukuh untuk lawan pemerintah?


Adakah kerana rambut isteri pemimpin yang tidak bertutup?

Gaya hidup mewah ahli keluarga pemimpin?

Projek penternakan daging halal yang diberi kepada keluarga pemimpin?

Kos sara hidup yang semakin meningkat? 

Saman yang perlu dibayar kerana memandu laju?

Rasuah yang berleluasa dikalangan kakitangan kerajaan?

Perbelanjaan dana rakyat yang tidak berhemah? 

Tuduhan kerajaan tidak Islamik dan mengamalkan sekularisme?

Tuduhan kerajaan tolak Islam kerana tidak bersedia laksana hukum jenayah? 

Tuduhan pemimpin kerajaan mengamalkan rasuah dan kronisme?

Tuduhan pemimpin kerajaan merompak duit rakyat dan harta perbendaharaan negara?

Tuduhan pemimpin kerajaan membunuh perempuan Mongolia?


Berfikirlah sejenak.... Apa sebenarnya yang kita mahukan?

Keperluan apakah yang belum dipenuhi?

Berapa ramaikah anak-anak kita yang berjaya menjejakkan kaki ke universiti?

Tidak cukupkah rezki dari peluang pekerjaan yang disediakan?

Perlu mengemiskah kita untuk mendapatkan sepinggan makanan? 

Berapa kereta yang kita pakai dan berapa pula kereta yang kita simpan? 

Pernahkah kita keluar semula dari hospital kerana bil tak mampu bayar? 

Gedung membeli belah sentiasa meriah, Hotel dan homestay bukannya murah


Bukalah mata... Pandanglah sekeliling.. Tinggalkanlah sementara momokkan sutradara politik yang membinasa.. Lihatlah dengan mata kepala mu sendiri... Pancaindera Allah kurniakan tidak pernah menipu...Seluruh alam menjadi saksi.. Tiada apa yang kurang di sini...   Tariklah nafas lega.. Panjatkanlah kesyukuran yang tidak terhingga.. Tiada tempat tinggal yang lebih selesa...

Anak muda gigih berusaha mengejar cita-cita.. Si pesara aman beribadah tidak perlu lagi bekerja.. Yang sakit di tanggung... Yang nak ke universiti tersedia pinjaman hingga berjaya.. Yang mahu menunaikan haji diberikan khursus dan diberikan wang belanja.. Yang ragu pembiayaan berunsur riba.. Kewangan lulus syar'ei, kita nombor satu di dunia...

Lalu dimanakah untungnya melayan momokkan si sutradara yang hebat mereka cipta? Mulut penuh dengan dosa nista tuduhan yang tidak berfakta.. Hanya mahu merampas kuasa dengan menyebarkan buruk sangka.. Mempergunakan rakyat yang buta untuk menjadi hamba secara percuma... 


 





Sunday, December 8, 2013

BRIM Hanya untuk Pengundi BN


BRIM hanya untuk pengundi BN

Begitulah usul salah seorang perwakilan UMNO dari Wilayah Persekutuan ketika perhimpunan agong parti itu berlangsung yang mengundang kemarahan besar penyokong pembangkang dan sebahagian penyokong BN sendiri. 

Penyokong pembangkang mengaitkan pemberian BRIM dengan cukai dan kenaikan harga barang. Mereka meminta semua itu dikecualikan kepada mereka sekiranya usul BRIM untuk pengundi BN diterima. 

Penyokong BN pun menyifatkan usul itu keterlaluan dan tidak matang kerana BN menjadi kerajaan untuk seluruh rakyat dan tidak beretika jika melaksanakan usul itu. 

Namun harus kita sedari bahawa usul itu datangnya dari perwakilan yang kawasan mereka UMNO kalah teruk. Nada yang sama penuh dengan semangat dan emosi oleh perwakilan dari negeri pembangkang Pulau Pinang dan Selangor. Bukan soal matang atau tidak matang, tetapi kesungguhan mereka untuk menang sangat luar biasa berbanding orang UMNO lain yang masih leka dan selesa. Pemimpin UMNO juga sebelum ini sering menimbulkan kebimbangan berhubung dengan gerak kerja parti lawan yang sangat sistematik dan bersungguh-sungguh.

Pihak pembangkang sangat bersungguh-sungguh kerana mereka tidak pernah menang (Putrajaya). Orang UMNO pula leka dan selesa kerana tidak pernah kalah.

Ramai yang meramalkan sekiranya UMNO gagal berubah, maka kita semua bakal menyaksikan UMNO akan rebah pada musim PRU akan datang. Malah kejayaan UMNO mengekalkan kuasa ketika ini pun seperti kata Tun M, adalah atas sumbangan kesungguhan orang Melayu bukan ahli UMNO yang bimbang dengan kemaraan DAP.

Pemimpin UMNO perlu memberikan keutamaan untuk mengkaji dan mempertimbangkan usul dari perwakilan Penang, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Apa guna UMNO diberikan peluang memerintah lagi tetapi tidak mampu menggunakan kuasa yang ada sepenuhnya untuk melemah dan menyekat kemaraan pembangkang. Umum pun tahu apa rancangan pembangkang sekiranya kerajaan cina tertubuh di malam 505. Mereka akan pastikan orang melayu takkan mampu bangun semula. Malah mereka mahu mempergunakan kuasa untuk menghapuskan kuasa raja-raja Melayu untuk menubuhkan sebuah negara republik. Malangnya UMNO yang masih mempunyai kuasa diperbodohkan dengan prinsip kesaksamaan. Ada kelebihan kuasa tetapi sanggup menyusahkan diri bersaing secara adil. 

Prinsip pilihanraya ADIL DAN SAKSAMA yang dituntut pembangkang memaksa kerajaan menyimpan kuasanya ke dalam poket agar mereka mempunyai peluang lebih baik untuk menang. Tidak sedarkah kita bahawa situasi politik di negara ini bukan lagi soal pihak manakah yang mampu memberikan yang terbaik untuk rakyat, tetapi ia adalah pertembungan yang bakal menggugat kedaulatan agama bangsa dan negara. Ini adalah peperangan. Dalam peperangan, pihak yang menang mempunyai kedudukan yang dikenali sebagai Unfair Advantage. Kalau sama level letih lah. Terlalu asyik nak melayan tuntutan pembangkang, silap-silap PRU 14 adalah menjadi permulaan bencana serta mimpi ngeri terhadap nasib agama, bangsa dan negara.


BRIM hanya untuk pengundi BN?

Apa salahnya usul ini? Bukankah BRIM selama ini pun disifatkan sebagai sogokkan kerajaan untuk mendapat sokongan pengundi? Ya, ia berkali-kali dijelaskan sebagai mekanisme bantuan kerajaan yang lebih cekap berbanding subsidi yang mengundang pelbagai penyelewengan dan tidak menepati golongan sasar. Namun penjelasan ini tidak dipedulikan pembangkang, malah mereka tetap menganggap ia adalah umpan untuk menarik undi. Lalu apakah perlu kerajaan berselindung dan masih mempertahankan alasan? Bukankah lebih baik ia benar-benar dijadikan sebagai habuan atau penghargaan kepada rakyat yang masih tahu mengenang budi dan jasa UMNO. Apa perlunya memikat hati pengundi pembangkang dengan duit jika hanya dengan mengatakan BRIM adalah duit rakyat dan bukannya duit BN, lalu segalanya jadi sia-sia belaka?

"Kecualikan penyokong pembangkang dari cukai dan kenaikan harga barang kerajaan UMNO!"Apa kena mengena BRIM dengan cukai dan kenaikan harga barang? Inilah hujah pembangkang bila cadangan BRIM untuk pengundi BN dikemukakan. Semua pun tahu jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan persekutuan, tidak ada jaminan mereka boleh menghalang kenaikan harga barang dan mengurangkan pungutan cukai. BRIM adalah sebahagian daripada MANIFESTO BN dan tidak mengundi BN bermakna mereka tidak bersetuju untuk menerima BRIM. Memberi BRIM kepada pengundi pembangkang sudah tentu melukakan hati pengundi BN. BN sepatutnya meletakkan survival mereka sebagai no 1 untuk dipertahankan kerana jika mereka gagal membentuk kerajaan sudah parti agenda mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara turut sama musnah.

Mereka sangat marah?

Bagi saya, apa yang buat mereka marah itu yang patut kita lakukan dahulu. Di media sosial setiap hari siang dan malam mereka menghasut rakyat supaya marah dan benci kepada kerajaan. Lalu terpaksa berputih mata kerana tidak dapat BRIM, bukankah makin menambah kemarahan mereka? Cuma kemarahan ini bukan lah kemarahan yang direka-reka.. Kemarahan kali ini adalah kemarahan yang menginsafkan atas segala perbuatan mereka.

BRIM boleh diberikan jenama baru khas tujuannya untuk membalas jasa mereka yang mengundi BN. Had pendapatannya boleh longgarkan hingga membolehkan mereka yang berada di golongan pertengahan yang sebelum ini diabaikan turut menerima penghargaan. Pengecualian BRIM terhadap menyokong pembangkang adalah satu tamparan yang hebat kerana ia menginsafkan mereka tentang siapa yang sebenarnya membantu mereka dan siapa yang sebenarnya mengkhianati mereka.

Musim pemberian BRIM untuk mengundi BN adalah musim yang sangat GETIR bagi pengundi pembangkang. Derita yang berulang setiap tahun itu pasti akan menjadikan parti pembangkang sebagai tempat mereka melepaskan segala kemarahan kerana selama ini mereka dihasut untuk menjadi rakyat yang tidak mengenang budi.

Jika mereka ingin mengikut langkah yang sama terhadap pengundi BN di negeri mereka.. Silakan. BN mampu untuk memberikan BRIM kepada setiap pengundi BN di seluruh negara termasuk di negeri-negeri pembangkang. Manakala pembangkang hanya mampu memberi upah kerada beberapa tok imam dan guru kafa yang bertugas dinegeri mereka.

      
  

Wednesday, December 4, 2013

Apa BEZAnya kenaikan Tarif Elektrik dan Harga Minyak?




Apa bezanya menentang kenaikan harga minyak dan menentang kenaikan tarif elektrik? Bukankah kedua-duanya sama saja.

Yang pertama, ia adalah sebahagian dari langkah mengurangkan subsidi kerajaan kerana subsidi adalah perbelanjaan hangus yang memperdaya rakyat dengan kos sara hidup yang PALSU. Ketika seluruh penduduk dunia merasai peningkatan kos sara hidup termasuk di negara besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah, penduduk di Malaysia masih mahu hidup seperti dilindungi awan, masih berbelanja sakan di gedung ternama, mengubahsuai rumah, melancong ke luar negara serta menukar kereta. Mereka dilekakan dari menerima hakikat bahawa kelebihan wang saku mereka adalah atas tampungan wang subsidi kerajaan dalam minyak kenderaan, bil api dan air, barang keperluan asas yang mereka nikmati setiap hari. Hal ini masih terus berlaku di Malaysia kerana tekanan hebat rakyatnya terhadap kerajaan berbentuk ugutan politik sekiranya kos hidup mereka meningkat. Kerajaan pasti tidak akan selama-lamanya mampu untuk menanggung perbelanjaan sebegini.

Yang kedua, tarif elektrik dan harga minyak, adalah berkaitan dengan TENAGA. Sejak dahulu lagi para saintis dan pakar ekonomi menjangkakan krisis tenaga akan berlaku melalui pergantungan manusia terhadap sumber tenaga fosil yang tidak boleh diperbaharui. Sumber tenaga menjadi asas kepada ekonomi dunia dan menjadi penyebab berlakunya perebutan kuasa-kuasa besar dunia untuk memastikan kelangsungan survival mereka. Di Malaysia, Suruhanjaya Tenaga telahpun melancarkan banyak program kepada pihak industri agar mencari jalan mengurangkan penggunaan tenaga kerana peningkatan kosnya bakal menerbitkan inflasi kepada rakyat. 

Salahkan penyedia tenaga bebas (IPP)?

Sejarah kewujudan IPP dan perjanjian yang disifatkan sebagai berat sebelah boleh kita fahami dengan analogi pengusaha kantin disebuah kilang. Kilang memerlukan kantin supaya operator tidak perlu keluar premis untuk membeli makanan. Kilang menyediakan bangunan dan segala macam keperluan kantin termasuk menanggung kos penggunaan elektrik dan gas memasak. Ini semua bertujuan agar kantin dapat terus beroperasi memenuhi keperluan operator dalam keadaan pihak kilang tidak berkongsi keuntungan hasil dari perniagaan yang djalankan.

Sama juga dengan kewujudan IPP pada pertengahan era 90 an. Ketika itu pertumbuhan ekonomi sedang memuncak, kerajaan perlu menyediakan sumber elektrik yang mencukupi bagi memenuhi keperluan industri namun tidak boleh menunggu hingga dana mencukupi. Lalu kerajaan menjemput beberapa pihak swasta dengan tawaran yang menarik agar dapat membantu kerajaan memenuhi keperluan ini. Tawaran yang wujud dalam bentuk perjanjian ini memberikan jaminan serta perlindungan agar pelaburan besar pihak swasta dipelihara dan diberi keutamaan sebagai penghargaan atas kesanggupan mereka membantu kerajaan memenuhi keperluan pihak industri.

Namun perlindungan yang wujud dalam bentuk subsidi bahan bakar serta keutamaan penyaluran tenaga disifatkan sebagai berat sebelah membebankan TNB dan kemudiannya membebankan rakyat yang membayar bil. Ramai yang mahu agar perjanjian ini dikaji semula. Namun perkara itu tidak pernah berlaku melainkan kerajaan sanggup berbelanja besar mengambil alih semua IPP yang ada. Perjanjian yang dikaji semula pula hanya merosakkan imej kerajaan di mata sektor swasta dan menyukarkan sebarang kerjasama kedua-dua belah pihak pada masa akan datang. 

Lalu soal IPP bukanlah suatu perkara yang patut dibincangkan. Sepatutnya cadangan seperti penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui seperti Hydroelectric, Solar, Angin dan Nuklear menjadi tajuk utama perbincangan. Namun IPP menjadi pilihan kerana ia dijadikan modal politik secara tidak bertanggungjawab oleh pihak pembangkang.. Ternyata penguasaan pembangkang dalam mempengaruhi pemikiran rakyat terlalu besar mengatasi kerajaan sehingga menyukarkan kerajaan membuat keputusan. Memang sudah menjadi keingginan pihak pembangkang untuk menekan kerajaan dari membuat keputusan bertanggungjawab yang akhirnya merugikan rakyat juga.



Tuesday, December 3, 2013

Siapa sebenarnya MACAI?




Orang Melayu telah pun bersatu dibawah UMNO yang meningkatkan jumlah kerusinya dari 79 ke 88. Manakala PAS adalah parti yang paling banyak bertanding berbanding rakan pakatan yang lain tetapi hanya memenangi 20 kerusi berbanding 21 kerusi sebelumnya.. 99.2 peratus orang cina mengundi PR percaya akan tertegaknya kerajaan cina sebaik sahaja tamat pengiraan undi. Syukur Alhamdulillah berkat doa orang soleh yang masih sayangkan Malaysia Kerajaan ini masih lagi didominasi oleh orang Melayu Islam.. Tidak seperti PR yang dikuasai 53 kerusi bukan Islam dan hanya 36 kerusi milik orang Islam FAKTA jelas didominasi bukan Islam. Sebab itu dalam banyak hal "PAS akan ikut saja" isu yang dimastermindkan DAP dari isu kalimah Allah, negara kristian, chin peng, arak, rumah urut, pluralism agama, raja2 melayu dan banyak lagi. Dalam bahasa yang mudah, sesiapa saja yang menyokong PAS maka mereka rela dijadikan sebagai MACAI kepada DAP.  

 
Saya pernah menghadiri mesyuarat PKR sebaik sahaja selesai PRU12. Yang hadir semua bekas orang kuat UMNO. Mereka ditanyakan soalan adakah kuasa orang melayu dapat dipertahankan di bawah PR. Lalu jawapan ketua penerangan ketika itu ialah "PKR sentiasa mahukan jumlah kerusi mengatasi DAP". Maka kita semua tahu bahawa PKR sendiri tidak pernah yakin DAP boleh mempertahankan hak orang melayu. Mereka bergabung dengan DAP hanya kerana dendam terhadap UMNO. Bukan kerana nak bela orang melayu. Melalui keputusan PRU 13 ini jelaslah bahawa melayu tiada tempat dalam pembangkang melainkan sebagai perkakas orang cina untuk menguasai negara.   Saya di nasihatkan oleh pimpinan tertinggi UMNO baru-baru ini agar tidak terlalu menyerang PAS kerana usaha untuk menyatukan UMNO dan PAS berada diperingkat akhir ketika ini. Melalui Multaqa majlis Syura PAS baru-baru ini kita nampak tanda-tandanya walaupun ditentang pemimpin PAS pro DAP. Siapa yang mampu menafikan bahawa tahaluf siyasi antara PAS dan sekutu kafir PR nya hanya merugikan PAS? FAKTA.. Kita semua orang Islam harus kembali kepada Al Quran apabila berlaku perbalahan ..FAKTA.. khatib pun selalu sebut masa berkhutbah. Siapa yang terus memberi pelbagai alasan untuk menolak perpaduan Islam dan mengutamakan dendam kesumat maka jelaslah itu sekadar hasutan syaitan semata. Kita kenal Ahlak dan peribadi Nabi kita. Takkan hanya sekadar berserban dan berjubah habis semua yang dikatakannya benar belaka termasuk yang jelas bertentangan dengan Islam? Namun itulah taktik yang sehingga kini terus diguna pakai untuk mendapat sokongan walaupun jelas PAS tidak lagi releven dalam mempertahankan orang Melayu dan agama Islam.   Malah kini lebih layak dipanggil sebagai MACAI atau pencacai kepada kuasa politik dominan orang kafir untuk terus memperdayakan Melayu dan umat Islam di negara ini.


Mahasiswa hingusan bagi kerajaan. Permata bagi pembangkang



Mungkin melihat suasana mahasiswa yang berbaring diatas jalanraya adalah sesuatu yang menjadi tanda tanya. Ia bukanlah baru bermula ketika saat ini dirakamkan, malah ia telah lama mengakar seawal semester pertama berkenalan dengan abang dan kakak senior. Jejaknya kaki anak muda di lembah ilmu dengan penuh kesyukuran Si Ayah dan harapan Si Ibu. Namun bukan sekadar ilmu ikhtiar hidup yang berbekal, tetapi bibit kebencian kezaliman rekaan serta keberanian dalam kebodohan yang diprogramkan. Kononnya tidak mahu digelar mahasiswa lesu mahasiswa ulat buku.. Mulalah menyertai jemaah dan usrah yang entah mana datangnya modul dan pilihan buku. Idealisme bejat pengkhianat negara bertimbun-timbun buku untuk dihabiskan. Kalamullah Al Quran pun tak pernah habis kaji buku karangan pak Fathi Yakan pula yang sibuk dijampi. Belum lagi pemikiran ulamak Ikhwan Muslimin yang dizikir berulang kali. Bila disebut ayat Al Quran dan kisah Nabi terbeliak-beliak kehairanan seperti baru dengar pertama kali. 

Lalu mereka berbicara tentang perjuangan menentang kezaliman. Mereka memuncakkan semangat yang tingginya ke bintang dan ke bulan. Memperlihatkan diri mereka sebagai orang kecil yang berjiwa besar kerana sanggup berdepan dengan segala risiko demi sesuatu yang dianggap sebagai perjuangan. Makin disiksa dan ditekan, makin tinggi mereka bangkit menerobosi awan. Mereka bersedia pada bila-bila masa sahaja apabila mendengar seruan.. Suara yang dinanti adalah datang dari manusia yang mereka anggap suci dan berkeramat. Apatah lagi jika manusia ini di jentik dan digugat, bingkas mereka bertempik bahkan ayah ibu sendiri pun tidak pernah dibela sebegitu hebat. 

Besarnya pahala pemimpin kerajaan tidak pernah jemu mempersiapkan anak bangsa sebagai graduan. Tidak cukup dengan itu kerja yang lebih besar perlu dilakukan dengan menarik pelabur asing agar graduan mampu mendapatkan tempat sebaik sahaja menamatkan pengajian. Tapi sayang trojan pembangkang dibiarkan sahaja dominan membiak dan berkembang. Yang mensyukuri nikmat pula diasing dan dipulau. Kini mana-mana menara gading pun mampu mengumpul lautan tentera yang digelar aktivis lulus diprogram. 

Mahasiswa yang selamat diprogramkan pembangkang, fasilitator BTN pun mereka boo dan serang. Jentera kerajaan nak jaga mahasiswa peruntukan semua nak mewah tetapi bab kerja turun ke padang semua nak pilih yang senang. Berbangga dengan 3 juta ahli UMNO? Bab sponsor dan jawatan semua nak kencang,tetapi program di universiti dan berdebat di Malaysiakini? 3 juta pun jadi sunyi sepi. Hidup dah rasa selesa masuk UMNO pun sibuk berebut jawatan dan kuasa. Tak sedar-sedar lagi ke dah beberapa kali kerajaan nak tumbang? Tak hairanlah jika mahasiswa terbiar hingga sanggup berbaring di atas jalanan dengan tuntutan yang bukan-bukan.

Tamat pengajian, mahasiswa yang sama ditatang menjadi pegawai kerajaan. Nak harapkan sektor swasta? Bukan tak tahu diorang semua ada rahsia koata cina. Habis jawatan dari KDN ke Khazanah, dari guru ke penghulu istiadat Istana, dipenuhi bekas mahasiswa yang dulu baring di atas jalanraya. Yang luluskan penerima pinjaman TEKUN pun wall statusnya penuh dengan hasutan kebencian kepada kerajaan dan pemimpin negara. Sanggup pula mempertahankan pemimpin chauvinist DAP hingga sanggup unfriend member. Apakan daya, dari zaman masa banyak senggang dan lapang jemaah dah ajak berprogram di air terjun dan bendang. Otak dah tepu dengan ideologi pengkhianat dan pembangkang bila nak buang bukannya kerja senang.

Itulah akibatnya apabila mahasiswa kerajaan layan seperti budak hingusan, dianggap permata pula oleh pembangkang. Sampai kesudah pemimpin terpinga-pinga anak melayu profesional yang ditatang, merekalah yang paling kuat menentang.

Mahasiswa bukanlah sekadar anak muda yang belum habis belajar. Kelebihan ilmu serta pekerjaan yang baik setelah menamatkan pengajian memberikan mereka kedudukan yang selesa untuk mempengaruhi masyarakat. Oleh itu jangan kita alpa membiarkan pembangkang bermaharajalela merosak binasa, kerana  seorang Mahasiswa nilainya sepuluh kali ganda lebih dari orang biasa.