Thursday, November 28, 2019
PEDULI APA DENGAN ORANG LAIN!
Apa ni? Setiap hari kita dipaksa untuk tahu tentang masalah orang ini dan itu. Buka saja handphone keluar pelbagai cerita. Semua nak diluahkan. Hal dalam kain pun nak dikongsikan. Mana yang sengaja cari peluang untuk dapat lebih perhatian. Terdesak melakukan segala macam adegan pelik malah tidak senonoh hanya kerana mahukan lebih banyak follower dan like.
Semua orang mahu mencuba nasib untuk jadi popular. Tak perlu siaran TV malah TV semakin hilang pengaruh ditenggelamkan Handphone. Manusia celik mata saja dah cari handphone. Memanglah handphone tu kecil dan nipis tetapi kesannya amat besar dan telahpun berjaya mengubah dunia. Ketika ini kita melalui suasana yang cukup berbeza berbanding 10 ke 15 tahun yang dulu. Cara kita menguruskan kehidupan pun sudah berubah. Bukan sekadar satu kemudahan, keboleh capaian kita terhadap maklumat dari penyiar amatur dan keupayaan diri kita sendiri untuk menyiarkan segala macam perkara membentuk satu zaman baru yang amat asing dan membingungkan.
Kita mungkin tidak perasan. Tetapi lihatlah kini betapa banyaknya jenis2 pekerjaan semakin luput digantikan dengan jenis pekerjaan yang langsung kita tidak sangka boleh menjana pendapatan. Ramai kini tidak perlukan pejabat dan majikan. Siapa sangka hanya buat siaran main game pun boleh buat duit macam seorang yang bekerja sebagai pengurus bank.
Kita sebenarnya dieksploitasi oleh dunia koperat yang sentiasa pantas mengenalpasti peluang dikala kita sedang asyik melayari perkara yang kita suka lihat setiap hari. Lebih banyak masa kita habiskan dengan handphone maka lebih besarlah nilai platform itu dan kos yang perlu dilaburkan kepada penyiarnya yang berpengaruh.
Penyiar2 ini semakin ligat mencari sumber untuk mendapatkan lebih banyak pengaruh. Mereka mengkaji apa yang kita suka lihat. Hiburan yang kita selalu cari. Kisah yang mudah buat kita terbawa2. Dan boleh juga isu yang buat kita marah dan melenting. Kita dimanipulasi setiap hari untuk mendapatkan perhatian.
Bagi yang sekadar mahu mendapatkan perhatian dan tidak mahu ketinggalan melihat kawan2 lain yang ada ramai kawan. Setiap hari kita berfikir apa yang mahu dipostkan di FB dan IG untuk ramai orang like. Tidak hairanlah ramai yang berhabis duit untuk bercuti keluar negara sekadar mahu bersiaran di FB dan IG. Bila pulang pun masih boleh buat throwback dari ribuan pict yang dah disnap. Bukan itu sahaja.. Yang dah kahwin cukup sepuluh tahun dapat idea pula nak postkan gambar perkahwinan sekali lagi lengkap dengan dandanan mak andam dan sesi photoshoot outdoor. Berapa pula RM habis tu? Nak lagi kuat magnet tarik likers buatlah photoshoot kawin di kuburan. Lagi pelik lagi power. Terbaru budak baru merdeka SPM pakat dengan kawan2 buat video celebrate di tengah2 jalanraya. Mereka ni baru 17 tahun ..generasi ni akan ada lebih banyak idea pelik dalam tempoh 10 tahun lagi dan adik2 mereka akan menyusul dengan modal yang lebih hebat lagi.
Semua ini kita lakukan adalah semata mata untuk mendapatkan perhatian orang lain. SIAPA ITU ORANG LAIN? Tak bolehkah kita buat sesuatu itu hanya untuk kepuasan diri sendiri sahaja. Tak perlu publish dan tak perlu posting. Simpan dalam handphone berkurun. Tak mungkin bukan..
Like dan perhatian amat penting bagi diri kita ketika ini. Cara baru bersosial ini amat pelik tetapi bayangkan orang yang duduk dihujung kampung tidak dikenali sesiapa apakah jenis kehidupan yang mereka lalui. Walaupun anda seorang yang peramah tetapi tidak menjadikan anda seorang yang ramai kawan jika tak suka buat live di FB dan IG.Cara kita bermasyarakat pun kini berubah dan bersosial adalah keperluan asas sebagai seorang manusia. Jadi bagaimana pula cara kita untuk sampai ke syurga kerana kehidupan kita ini sebenarnya adalah sekadar jambatan untuk sampai ke sana? Adakah cara kira dosa dan pahala juga kini berbeza?
Tuesday, November 12, 2019
DIHUJUNG NYAWA BIMBANG ZAMAN GELAP
Di hujung nyawa bimbang zaman gelap?
Ya mungkin ketika ini kita bukan berada di dalam kedudukan itu. Kita tahu masanya akan sampai tetapi buat masa ini ada perkara yang lebih menarik untuk difikirkan dahulu. Impian masih panjang. Namun apakah dapatanmu apabila saat itu hampir tiba, zaman yang sering menjadi kebimbangan, zaman gelap yang penuh dengan noda hitam itu rupa-rupanya adalah zaman ini.
Dihujung nyawa kita berharap jika diberikan peluang ingin kita padam terus zaman gelap itu. Atau jika diizinkan kembali mahu saja kita menghambat diri sendiri diketika sedang asyik mencipta noda demi noda sambil berkata tidakkah kamu sedar betapa perbuatan mu itu membuatkan hari-hari akhir mu di dunia penuh dengan kegelisahan, Diakhirat menanti penderitaan tidak berkesudahan! Nikmat yang kamu kejar pula hanya memanjangkan tempoh kebinasaan.
Alangkah bagusnya jika laungan penyesalan itu dapat didengar oleh kita yang masih berada dizaman gelap ini. Saban hari merayu memohon belas kasihan agar dihentikan perbuatan dosa lalai leka. Setiap kali kedengaran maka hati serta merta sayu keinsafan. Terbantut maksiat dan dosa ditinggalkan. Nafsu terhidang tidak disapa. Lebih jauh suara situa itu kedengaran menjengah dirinya sewaktu masih muda remaja lebih banyak peluang untuk dirinya membersihkan dosa. Jiwa yang dulu kegelisahan bertukar tenang dan yakin berdepan dengan saat tercabutnya nyawa.
TETAPI sayang semua itu tidak pernah berlaku kepada sesiapa pun. Tiada upaya seseorang itu memberi peringatan kepada dirinya sendiri diwaktu lampau. Hari demi hari dilalui dengan kehidupan nikmat dosa dan leka tanpa sedar makan bertahun lamanya. Baki masa yang tinggal belum tentu dapat mengumpulkan amal yang cukup untuk menimbuskan dosa. Jiwa longlai pasrah tanpa rela diheret ke perkuburan entah apa nasib malang bakal menimpa.
Sunday, October 13, 2019
TAK PERLU BAJET ALTERNATIF DAN MANIFESTO
Saya cadangkan alang2 BN tak bawa bajet Alternatif elok juga BN jangan bawa sebarang Manifesto terutama sekali melibatkan bajet kerajaan.
Dari dulu pun PH tak sepatutnya ada bajet Alternatif dan manifesto kerana terbukti mereka tiada kredibiliti untuk menyempurnakannya.
BN tidak tahu dengan jelas situasi kewangan negara yang sebenar dibawah PH dan Rakyat kalau nak pilih BN tak perlu Manifesto dan Bajet Alternatif kerana BN ada track record 60 tahun cemerlang bangunkan negara. Rakyat saja buang masa layan penipuan dan menanti Menteri PH yang tak perlu bimbang dipecat buat kesilapan demi kesilapan.
Thursday, October 3, 2019
MARUAH MELAYU : LEBUR KERANA EGO DUA PEMIMPIN
Adakah orang Melayu tidak sedar apa yang sedang mereka lakukan ketika ini hanya memenuhi kehendak musuh? Bila ada satu pihak yang beralah pasti pihak yang satu lagi tunjuk ego dan mengaku kuat dan hebat. Begitulah tempat mereka saling bertukar. Yang menjadi mangsa orang Melayu itu sendiri. Negara terus kekal berada ditangan musuh dan sudahpun masuk tahun ke-2. Berbillion aset kebanggaan orang Melayu yang menjadi tempat bergantung harap memenuhi keperluan pendidikan dan kebajikan mereka dilelong kepada pihak asing. Mereka ini tidak mampu berkata apa-apa hanya mampu berharap situasi perit ini akan pulih segera. Tidak dapat ditaksirkan besar manakah kerugian yang harus ditanggung apabila segala perancangan yang sekian lama berjalan tiba-tiba terbantut dan disekat dengan pelbagai alasan. Rayuan mereka pula dibalas dengan cemuhan.
Segolongan lagi kumpulan profesional Melayu yang masih baru nak merasa hidup senang sibuk mencari ruang untuk memajukan diri hanya memandang sepi nasib bangsa mereka yang tidak terbela ini dan tidak pula mampu untuk menghulurkan bantuan menggantikan tempat kosong yang ditinggal kerajaan Melayu yang telah tumbang.
Ya Mahathir pengkhianat, Mahathir itu dan ini. Biarlah dia tanggung segala perbuatan dia. Tetapi ingatlah dia boleh saja terima cemuhan oleh anak cucu hingga kiamat dengan jaminan keturunan beliau sentiasa dijaga seperti Othman Wok tetapi sekirannya beliau menyeru kepada penyatuan maka itu tandanya apa yang beliau lakukan selama ini bukanlah apa yang sebenarnya beliau mahukan.
Bukan lagi rahsia, segala macam malapetaka yang menyelubungi umat Melayu kini pada mulanya hanyalah sekadar api yang amat kecil dan cukup mudah untuk dipadamkan. Tetapi disebabkan tersilap perkiraan dalam membuat sekecil-kecil keputusan kesannya tidak pernah sampai dalam jangkauan. DS Najib tidak sangka boleh sampai sebegini dasyat amarah seorang yang bernama Mahathir. Tidak pernah terlintas seorang negarawan yang sentiasa menjadi penunjuk jalan dan aspirasi bagi anak bangsa ketika mereka leka dan bingung sanggup menggunakan apa saja pengaruh yang ada untuk melepaskan segala kekecewaan.
Dalam masa yang sama Tun Mahathir jua tidak pernah mengjangka DS Najib mampu mencetuskan fenomena dan PAS sedia menerima UMNO untuk berdepan dengan kerajaan pimpinannya. Yang lebih membimbangkan ialah ancaman sebenar yang selalu beliau peringatkan Melayu bakal menjadi kenyataan sekiranya beliau berundur. Disaat ini dalam tekanan dan krisis kepercayaan terhadap janji beliau untuk melepaskan tampuk kuasa sekali sekala beliau menyeru mengharapkan ada yang faham akan risiko besar bakal menimpa umat Melayu jika masih enggan bersatu.
Baik DS Najib dengan tersilap jangkaannya dan Tun Mahathir dengan letusan amarah, mereka masing-masing telah menerima hukumannya. Namun apa yang tidak patut terus dibiarkan menerima kesan ialah MELAYU.
Melayu perlu bergerak tinggalkan dua pemimpin ini bersama masalah dan sengketa mereka. Melayu perlu memikirkan masa depan mereka. Tiada yang perlu ragu tentang semangat kemelayuan kedua-dua tokoh ini tidak kira siapa yang bakal memimpin negara. Singkirkan musuh yang sedang bermaharajalela perlu menjadi keutamaan. Jika kuasa sudah kembali ke tangan ayuh kita hukum mereka pula atas tembelang yang mereka pentaskan selama berkuasa. Bersatulah umat Melayu kembalikan MARUAH mu!
Melayu perlu bergerak tinggalkan dua pemimpin ini bersama masalah dan sengketa mereka. Melayu perlu memikirkan masa depan mereka. Tiada yang perlu ragu tentang semangat kemelayuan kedua-dua tokoh ini tidak kira siapa yang bakal memimpin negara. Singkirkan musuh yang sedang bermaharajalela perlu menjadi keutamaan. Jika kuasa sudah kembali ke tangan ayuh kita hukum mereka pula atas tembelang yang mereka pentaskan selama berkuasa. Bersatulah umat Melayu kembalikan MARUAH mu!
Tuesday, September 17, 2019
"ANAK KECIL MAIN API".. MIMPI NGERI JADI KENYATAAN!
KUALA LUMPUR 17 Sept. - Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dilaporkan berada dalam proses akhir penjualan pegangannya dalam Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada sebuah syarikat pengurusan lapangan terbang di London iaitu Vinci & Gatwick Airports.
Jika rundingan tersebut benar berlaku dan diteruskan, MAHB dikatakan tidak lagi mengawal dan mengurus lapangan terbang seluruh negara sebaliknya akan dilakukan oleh syarikat asing.
Sekiranya ini benar ini adalah pengkhianatan kepada negara dan bangsa terutama sekali bumiputera.
Menurut bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi, beliau terkejut dengan pendedahan penganalisis politik Badrul Hisham Shaharin apabila Khazanah memutuskan untuk menjual aset bertaraf nasional itu.
“Nampaknya ada muslihat dan konspirasi beberapa pihak dalam kerajaan dan Khazanah dan dipengaruhi oleh satu pihak swasta yang ingin melihat sebuah institusi bumiputera yang agak berjaya dan terkenal seluruh dunia hancur ranap,” katanya dalam satu kenyataan dalam Facebook miliknya hari ini.
Tambah beliau, MAHB pernah menerpa beberapa kejayaan dalam pengendalian lapangan terbang termasuklah pemilikan lapangan terbang kedua terbesar di Turki iaitu Sabiha Gochken Istanbul dan berjaya meraih keuntungan sebelum cukai RM700 juta pada 2018.
“MAHB juga diberi kepercayaan untuk mengendali fasiliti di lapangan terbang antarabangsa Hamad, Doha salah satu lapangan terbang antarabangsa terbaik dunia.
“MAHB sebagai satu syarikat yang berjaya patut diberi galakan untuk mencebur diri di persada antarabangsa kerana banyak negara di Timur Tengah dan Afrika berminat untuk belajar dari Malaysia untuk mengendali lapangan terbang dengan berjaya dan menguntungkan.” tegasnya.
Semalam, Badrul atau che’Gu Bard dalam status Facebook miliknya mendakwa, Khazanah menolak cadangan awal yang dikemukakan oleh ADP Incorporated untuk mengekalkan kerajaan Malaysia sebagai pemegang saham utama MAHB.
“Kami dimaklumkan dari sumber maklumat yang diperoleh, bahawa MAHB akan terlelong kepada GATWICK – London yang tidak mempunyai rekod kecemerlangan dalam pengurusan.
“Kita tahu mesyuarat diadakan dan cadangan dibuat untuk ADP melabur dalam MAHB dengan menetapkan kerajaan Malaysia sebagai pemegang utama saham dan perjalanan masih ditentukan oleh pihak berkuasa kerajaan. Ini berlaku pada sekitar bulan Mei 2019,” katanya.
Tambah bekas Ketua Cabang PKR Rembau itu, penjualan MAHB kepada syarikat luar menyebabkan keuntungan dan urusan pintu masuk negara dikawal oleh pihak asing. - UTUSAN ONLINE
Info MAHB:
- MAHB pengendali lapangan terbang ke-4 terbesar di dunia.
- Pulangan saham MAHB 2004 hingga 2017 adalah 17.3% setahun:
Telekom Malaysia: 15.2%
IHH: 14.9%
Tenaga Nasional Berhad: 9.9&
Axiata: 2.7%
UEM: 9.3%
Sunday, August 18, 2019
ZAKIR NAIK : CINA INDIA TAKUT ISLAMISASI
NABI Muhammad SAW hidup aman di Mekah sekian lama. Hanya apabila Baginda mula berdakwah barulah pelbagai gangguan malah cubaan BUNUH beliau terpaksa hadapi. Dakwah adalah kerja setiap yang mengaku Muslim. Tetapi kerja ini ditinggalkan sekian lama. Sebab itu tidak pernah golongan kafir merasa terganggu selama ini.
Orang Islam tidak sepatutnya mengharapkan Dr Zakir untuk berdakwah dinegara kita. Jika kita telah melakukan kerja dakwah ini sejak awal Kemerdekaan dahulu, sudah tentu kini perihal yang dibawa Dr Zakir Naik bukan asing dalam polemik perdebatan antara agama bagi rakyat negara kita.
Namun dunia sebenarnya tidak pernah bebas dari perselisihan diantara Agama. Sebab itu tema dibawa Dr Zakir ialah PEACE atau AMAN. Agama tidak perlukan kekerasan. Allah telah bekalkan kita cukup maklumat melalui AlQuran untuk berdakwah mengajak lebih ramai manusia kembali kepada agama fitrah.
Sungguh malang negara majoriti Muslim seperti Malaysia tidak mampu mengislamkan lebih ramai orang cina dan india malah hak kedudukan mereka sebagai Pribumi dan agama mereka dalam perlembagaan pula berdepan dengan pelbagai ancaman.
Sunday, June 2, 2019
Serah zakat, Iftar di kuil KONGSI KEKUFURAN
Serah zakat, Iftar di kuil KONGSI KEKUFURAN
Dalam menangani isu orang kafir menyerahkan zakat dan jemputan majlis berbuka puasa di rumah ibadat orang bukan Islam ini ternyata masih ramai diantara kita termasuk mereka yang berotoriti dalam urusan agama pihak berkuasa negeri masih keliru. Tiada persepakatan dan ini amat menjelaskan kelemahan orang Islam di negara kita tentang kefahaman mereka terhadap agama mereka sendiri dalam menyesuaikan dengan nilai2 yang diperkenalkan oleh orang kafir.
Pesanan Allah yang diulang2 dalam Al Quran tentang bahaya kekufuran dan sikap orang beriman terhadapnya sepatutnya menjelaskan pendirian kita terhadap isu ini. Allah berpesan Janganlah kamu mati melainkan dalam agama Islam dan banyak ayat2 lain yang menzahirkan kebencian Allah terhadap dosa kekufuran iaitu mensyarikatkan Allah dengan lain2 sembahan seperti yang dilakukan oleh agama2 lain. Jauhnya berbedaan nasib dan ancaman siksa yang tiada kesudahan terhadap golongan yang menolak keesaan Allah di hari pembalasan amat menggerunkan.
Hal ini sepatutnya menanamkan rasa gementar dan ketakutan terhadap jiwa kita sebagai orang Islam apabila mendekati mahupun sekadar melihat dari jauh rumah ibadat dan simbol2 agama lain ini yang mana telah menjadi asbab jutaan manusia terpaksa menerima seburuk2 pembalasan di akhirat kelak.
Orang kafir mencipta nilai2 yang disifatkan sebagai sejagat memerangkap orang Islam untuk membenci agama sendiri. Apabila Islam tidak mengiktiraf agama lain.. Apabila Islam mahu meletakkan diskriminasi melalui sikap kita terhadap mereka yang bukan Islam.. Apabila kita mengasingkan barang keperluan mahupun tidak menjamah makanan yang mereka sediakan... Semua ini bertentangan dengan nilai sejagat ciptaan mereka dan Islam akan dianggap terasing, anti perpaduan dan keharmonian, malah memandang hina agama2 lain. Kita kemudiannya makin malu dengan ajaran agama kita sendiri dan mula melakukan penyesuaian untuk memuaskan hati penganut agama lain sungguhpun bertentangan dengan syarak.
Islam itu datang dengan sifatnya yang ungul sebagai satu2nya agama yang diiktiraf oleh Allah. Mana mungkin cahaya dan pentunjuknya dapat ditandingi oleh apa yang ada pada agama lain. Sikap baik terpuji yang dilakukan oleh penganut agama lain untuk mengambil hati umat Islam tidak sedikitpun melepaskan mereka dari tuntutan untuk mengakui keesaan Allah. Malah segalanya seperti debu ditiup angin dan tidak bermanfaat sedikitkan untuk menyelamatkan diri mereka dari siksa dosa kekufuran.
Meletakkan agama Islam seolah2 sama kedudukannya dengan agama2 lain adalah satu fitnah yang besar menggelapkan cahaya hidayah yang mungkin berasal dari batang tubuh yang sudah lama bergelumang dengan zulumat yang akhirnya sanggup berkongsi segalanya termasuk tempat kembali selepas mati.
Wednesday, May 8, 2019
TIDUR SELEPAS SAHUR KEMPUNAN LAYANAN VVIP
Alangkah ruginya mereka yang berjaya bangun menyediakan juadah dengan hiruk pikuk ahli keluarga terpekik terlolong mengejutkan mereka yang sukar bangun tidur, namun setelah bersahur mereka terus kembali ke tempat tidur dan kemudiannya terpaksa dikejutkan semula ketika masuk waktu Subuh.
Tahukah kita waktu apakah ketika kita bersahur itu?
Tahukah kita bahawa ada dua kumpulan manusia yang Allah panggil untuk dibenarkan masuk ke dalam Syurga serta merta ketika seluruh manusia berkumpul di padang Mashyar iaitu sebelum hisab atau pengadilan dijalankan? Dua golongan elit dilayan bagai VVIP meninggalkan yang lain untuk menghadapi saat yang paling mendebarkan.
Layanan istimewa ini diberikan kepada mereka yang bangun malam bersolat tahajjud ketika yang lain sedang lena dibuai mimpi dan mereka yang sentiasa dalam keadaan memuji muji Allah.
Ramadhan bulan yang penuh dengan ganjaran yang dilipatkaligandakan tersembunyi amalan istimewa golongan manusia terhebat namun disia-siakan dengan dengan kajahilan kita tentangnya. Ibadah kita tempelkan dengan objektif yang palsu sedangkan yang benar-benar menjadi buruan diabaikan.
Inilah masa untuk melatih diri agar tidak liat bangun waktu tahajjud dan akhirnya menjadi kebiasaan untuk dijadikan amalan melengkapkan syarat-syarat khas untuk dipilih sebagai ahli kumpulan elit VVIP ketika jutaan manusia dalam kekesalan.
Wednesday, April 3, 2019
TUNKU BUANG SINGAPURA KERANA NAMPAK BAHAYA CINA
Bila cakap pasal Singapura yang jatuh ketangan bangsa pendatang je ade yang tuduh ia kerja Tunku..
Tunku dipaksa terima Singapore oleh British jika mahu Merdeka.. Singapore terlalu ramai Cina.. Sebab tu Tunku akhirnya keluarkan Singapura dari Malaysia.. Ketika itu Lee Kuan Yew dah hasut Sabah Serawak untuk keluar dari Malaysia.
Keadaannya tidak sama dengan tindakan sesetengah orang Melayu yang sanggup serahkan kuasa kepada cina DAP hanya kerana dengki sesama bangsa.
Sunday, March 17, 2019
BENCANA PASIR GUDANG SERIUS KE TAK?
Hanya separuh dari masyarakat Pasir Gudang tadi saya lihat tidak mengenakan face mask. Padahal keadaan berbeza di Stadium Pasir Gudang apabila semua mengenakan face mask dan kakitangan frondesk siap dengan baju khas. Sudah pasti mereka sentiasa dalam keadaan bersiapsiaga tahu dan sedar tentang bahaya dan risiko yang mereka hadapi berbanding penduduk pasir gudang sendiri.
TAKUT PANIK
Oleh kerana MB sendiri menyatakan bahawa perkara pertama yang menjadi keutamaan beliau ialah tidak mahu orang ramai panik maka sudah pasti dalam membuat sebaran maklumat terdapat maklumat yang dianggap serius dan berbahaya dielakkan dari terlepas kepada pengetahuan ramai.
Sebagai contoh maklumat bahawa kawasan pencemaran bukan hanya di sungai kim kim, Menteri terpaksa menggunakan media untuk beri amaran kepada pengilang supaya jangan membuat sebarang pembuangan sisa toksid secara panik. Melalui hebahan ini sudah pasti menteri mempunyai maklumat berkenaan penemuan lokasi baru. Sehingga kini tiada hebahan media secara rasmi tentang penemuan sisa kimia berbahaya itu di lokasi baru iaitu Sungai Masai. Mereka hanya diingatkan bahawa keadaan udara di Pasir Gudang belum benar2 selamat.
SOP di pusat rawatan kecemasan pula yang mahu pesakit mandi dan menukar pakaian sebelum masuk ke dalam kawasan rawatan memberi gambaran betapa berbahayanya bahan pencemaran ini hingga jika terdapat bahan tersebut pada pakaian pun boleh mendatangkan mudhorat.
Bencana toksid ini adalah merupakan bencana yang buat pertama kali dihadapi oleh semua pihak. Tidak seperti kejadian jerebu dan banjir sebelum ini, banyak perkara yang masih tidak jelas dan hanya boleh diberikan jawapan setelah melalui kajian teliti. Baik dari pihak petugas mahupun masyarakat masih bingung apa yang perlu dilakukan. Bagi mereka yang mengambil berat dan sedar tentang bahaya bencana pencemaran toksid ini mereka segera mencari jalan meninggalkan kawasan. Ada juga yang tak mahu bertindak apa2 dan menganggap hebahan di mediasosial hanya perbuatan nakal mengganggu ketenteraman ramai.
#PRAYFORPASIRGUDANG
Saturday, March 16, 2019
HOLYWOOD BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEGANASAN DI NEW ZEALAND
Siapa pernah saksikan filem Sicario : Day of the Soldado? Salah satu babak di sebuah pasaraya seperti yang dibincangkan dalam screenshot ini amat menyayat hati.
Setelah 2 pengganas Islam (Bom diletupkan sambil pengganas mengangkat tangan berdoa dengan menyebut nama Allah) berjaya meletupkan diri, rakan mereka yang sepatutnya meletupkan bom yang ke 3 masih teragak2 mengambil sedikit masa dihampiri seorang Ibu bersama anak perempuan yang ketakutan merayu agar mengizinkan mereka keluar dari pasaraya tersebut. Namun pengakhirannya menyentap hati sesiapapun yang menontonnya meninggalkan rasa geram, benci dan terkilan yang amat walaupun ia sekadar babak dalam sebuah filem.
Terkini bukan sahaja SKMM malah Facebook dan beberapa platform perkongsian media sosial bertindak mengharamkan rakaman pembunuhan beramai2 umat Islam yang sedang menunaikan solat Jumaat (Mendengar Khutbah) oleh pengganas kulit putih di Christchurch, New Zealand.
Alasan mereka ialah rakaman tersebut amat menyinggung dan boleh meninggalkan kesan buruk selain tidak menghormati mereka yang sedang bersedih dengan kehilangan ahli keluarga dalam insiden itu. Namun persoalannya bagaimana pula dengan deretan filem Holywood yang masih menampilkan babak pengganas Islam dijaja ke seluruh dunia hingga memarakkan lagi kebencian seluruh dunia terhadap agama Islam?
Walaupun ia sekadar filem, dengan teknologi canggih pembikinan filem masa kini gambarannya amat realistik hingga kelihatan ia seperti benar2 berlaku.
Saya sebagai peminat filem aksi terutama sekali dari tema ketenteraan atau taktikal yang melibatkan banyak penggunaan senjata api apabila menyaksi video yang diharamkan seluruh dunia itu saya seolah2 tidak dapat membezakan kejadian itu dengan babak dalam filem Holywood.
Jelas pengharaman video ini hanya menggambarkan ketakutan orang kulit putih bukan Islam yang rasa terancam sekiranya kejadian yang amat menyayat hati pembunuhan kejam yang menyasarkan rumah ibadat orang Islam itu bakal memarakkan kebencian kepada mereka.
Oleh itu dimanakah keadilan terhadap orang Islam apabila filem Holywood pula bebas menyebarkan kebencian seluruh dunia terhadap umat Islam dan mungkin juga menghasut keganasan dilakukan terhadap penganut agama itu?
Friday, March 8, 2019
KALAU MELAYU TAK SEDAR LAGI TAK TAHU LAH
"KALAU MELAYU TAK SEDAR LAGI TAK TAHU LAH"
Inilah yang selalu diulang-ulang oleh bapak setiap kali saya menjenguknya. Berbaki 2 bulan sahaja lagi maka cukuplah setahun negara kita buat kali pertamanya sejak merdeka berada dibawah kuasa DAP. DAP yang sekian lama dibiar terus hidup setelah jelas berniat jahat terhadap kedudukan orang Melayu dan tidak langsung menghormati Perlembagaan Negara tentang agama Islam. Padahal Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang dikatakan agen UMNO telah lama diharamkan. Mungkin UMNO tidak fikir DAP mampu mendapatkan cukup sokongan untuk menumbangkan parti itu dan mereka juga percaya akan terus mendapat sokongan orang Melayu yang membentuk kumpulan majoriti pengundi di negara ini.
Namun, zaman sudah berubah. Benih ditabur dahulu kini telah membuahkan hasil. Jika duhulu mereka di bangku sekolah dan universiti, kini anak-anak Melayu yang bangkit dari kemiskinan memegang jawatan penting di dalam organisasi besar. Mereka mungkin tidak pernah merasai kerut dahi ayah dan ibu ketika mencongak belanja yang perlu diketepikan untuk membiayai perjalanan pertama mereka ke universiti. Malah mungkin sudah timbul rasa benci untuk mengenang saat dibesarkan di pondok kecil dan sempit, ke sekolah dengan kasut yang koyak dan berlubang hingga terpaksa diseret. Kehidupan baru mereka dibandar besar ternyata cukup hebat hingga mereka anggap ia sekadar nasib yang hadir secara tiba-tiba.
Saya bersama rakan-rakan lain secara konsisten sejak 10 tahun dahulu telahpun mengingatkan orang Melayu bahawa apa yang mereka nikmati pada hari ini boleh hilang jika UMNO hilang kuasa. Mungkin kini ramai yang sudah hidup senang tetapi perlu ingat masih ramai lagi Melayu lain yang miskin perlu dibantu. Bahkan tiada jaminan anak dan keturunan kita sendiri boleh bernasib baik seperti kita atau mungkin hanya sekadar berebut hasil peninggalan apabila kita meninggal dunia nanti.
10 tahun dahulu kami hanya sekadar membuat simulasi berdasarkan agenda tersurat melalui tindak -tanduk parti DAP dalam banyak isu negara dan menjelmakan keinsafan melalui nasib orang Melayu di Singapura untuk dijadikan sempadan menduga bahaya agenda tersirat. Namun ada Melayu begitu yakin itu semua tidak akan berlaku kerana negara masih mempunyai perlembagaan dan Raja-raja. Ada juga yang menganggap kami hanya berpropaganda untuk menyelamatkan pemimpin-pemimpin ketar lutut takut hilang pangkat dan jawatan.
Kini 10 bulan telah berlalu. Masa untuk bersimulasi telah lama tamat. Hanya memperhatikan apa yang dijangka berlaku.. terjadi satu persatu. Kalau Melayu tidak sedar lagi aku tak tahulah..
Tuesday, February 26, 2019
PERKAHWINAN NABI PANDUAN ORANG ISLAM ..BUKAN UNTUK ORANG KAFIR
Nabi berkahwin dengan Aisyah dikata orang kafir sebagai PEDOFILIA. Itu sudah memang sikap orang kafir sentiasa ingin memburuk2kan Islam dan merosakkan pegangan orang Islam. Umur 9 tahun mungkin masih kategori kanak2 bagi zaman ini. Namun perkembangan kanak2 pada usia itu secara biologinya sudahpun bermula kitaran haid membuktikan Islam menepati ciri2 agama FITRAH yang didatangkan terus dari Tuhan yang menciptakan manusia.
Kehidupan Nabi Muhammad yang menjadi rujukan bagi seluruh umat Islam hikmahnya menjadikan perkahwinan Baginda dengan Siti Aisyah sebagai panduan bahawa itulah usia paling muda dibolehkan untuk dikahwini. Zaman mutakhir mengelaskan umur itu sebagai masih kanak2 adalah mengambil kira proses pendidikan kanak2 yang umumnya hanya akan tamat antara 6 hingga 8 tahun kemudian.
Jika perkahwinan Baginda ini disifatkan sebagai salah satu jenayah PEDOFILIA maka tuduhan itu natijah dari kejahilan dan sikap orang kafir yang tidak mahu memahami tetapi hanya berminat untuk menghina.
Subscribe to:
Posts (Atom)