Thursday, May 22, 2014

PAS sudah tidak WUJUD, yang ada hanya MELAYU DAP




PAS sudah tidak WUJUD, yang ada hanyalah  MELAYU DAP.

PAS perlu berterus terang kepada rakyat kerana ramai semakin menyedari bahawa kewujudan PAS kini hanyalah untuk memenuhi kehendak dan agenda DAP.

Ia memang kelihatan sangat tidak masuk akal apabila PAS masih bersama DAP malah berkempen pula untuk ke dua-dua calon yang bertekad menentang perlaksanaan HUDUD di parlimen.

Ini membuktikan bahawa PAS hanyalah nama lain bagi parti sayap DAP untuk memperdayakan Melayu yang selama ini meyakini keikhlasan PAS yang kononnya sangat kental memperjuangkan Islam.

PAS sepatutnya dibubarkan jika ahli-ahlinya tidak lagi berminat untuk mempertahankan dasar-dasar penubuhan parti.

Adalah lebih bermaruah sekiranya PAS sanggup berdiri di atas pentas ceramah bercakap dengan suara yang jelas menentang HUDUD dan dasar-dasar yang melebihkan bangsa Melayu. namun PAS memilih untuk jadi PENGECUT berlindung disebalik topeng parti ISLAM dan ULAMAK jadiannya.




No comments:

Post a Comment