Negara telah berada dipersimpangan. Sejarah bakal terlakar dizaman yang penuh mencabar ini. Apabila kesetiaan dan keihklasan benar-benar teruji. Wajah sebenar tidak mampu untuk disorokkan lagi.
Sudah tiba masa untuk memperjelaskan batasan. Meninggikan sempadan sebagai perisai agama dan keturunan. Apabila persahabatan yang dihulur, maruah dan kedaulatan pula mahu disentap tanpa segan.
Si pemimpin tidak jemu berpesan. "Satu Malaysia" sanggup ditawar lebih demi keharmonian. Tanggungjawab ditangan dia. Berat mana pun bebanan , amanah perlu disempurnakan . Apa pun yang akan terjadi usah dipersalahkan kerana yang terbaik sudah dilakukan.
23 tahun pemimpin lagenda mempertahankan. Sungguh kudrat dan usia tidak mengizinkan. Survival bangsa dan agama perlu melangkaui berzaman pemerintahan. Bukan tamat apabila kuasa bertukar tangan.
Kini negara tidak lagi mempunyai pilihan. Pahat dan penukul hampir pasti memuktamatkan. Malaysia hingga kiamat daulatnya Melayu perlembagaannya Al Quran.
No comments:
Post a Comment