Tuesday, August 27, 2013

Saya sahaja boleh ajar orang cina : Lee Kuan Yew


Mendisplinkan rakyat tanggungjawab siapa?

Sebelum membaca catatan dari tokoh wartawan Tan Sri Zainudin Maidin ini, ingin saya kongsikan sedikit peristiwa yang cukup memberikan kita idea bagaimanakah cara kerajaan Singapura dalam mendisplinkan rakyatnya. Peristiwa ini berlaku ketika saya turut berasak-asak dengan warga Singapura yang lain pada malam sambutan tahun baru beberapa tahun yang lalu. Seorang anggota polis dilanggar bahunya oleh seorang lelaki cina lalu polis itu tangkas menarik leher baju lelaki tersebut dan menyuluh lampu picit kemukanya sambil menghamburkan kata-kata kesat.

Tidak berapa lama selepas itu ketika sedang beratur mengikut arahan polis, seorang wanita telah membuka pengadang jalan dan cuba melintas keseberang jalan. Seorang polis yang sempat melihat kelakuan wanita tersebut menjerit kuat sambil menghayunkan cotar ke kepala sebelum wanita itu berjaya melarikan diri. Kami yang sedang beratur tergamam seketika dan terus akur untuk beratur mengikut laluan yang ditetapkan.

Jika perkara yang sama berlaku di Malaysia pasti ia akan dihebahkan dan dijadikan modal untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa dalam menjalankan tanggungjawab mendisplinkan rakyat. Bukan sikap keras dan kasar menjadi pujian tetapi mereka yang enggan mengikuti peraturan PERLU diperkenalkan dengan akibatnya tanpa mencongak akan hilangnya mandat atau undi yang bakal diterima kerana tanggungjawab kepada negara bukanlah sesuatu yang boleh diperdagangkan. - MZF




Saya sahaja boleh ajar orang cina : Lee Kuan Yew
by

Pengurus Kilang Utusan Melayu Yusuf Mahmud (Allahyarham) atau lebih terkenal dengan panggilan Pak Yusuf memberitahu saya bahawa Lee Kuan Yew yang sering datang ke Ibu Pejabat Utusan Melayu 185 Cecil Street Singapura ketika menjadi Peguam Utusan Melayu di awal tahun 50an telah memberitahunya "Saya saja boleh ajar orang Cina."

LKY memang keluar masuk pejabat Utusan Melayu kerana membincangkan politik dan penubuhan PAP dengan Timbalan Ketua Pengarang Utusan Samad Ismail dan Devan Nair 

Sama ada benar atau tidak maklumat Pak Yusuf itu saya tidak tahu tetapi kita dapat menyaksikan buktinya selepas Singapura tersingkir dari Malaysia.

Menurut buku memoir LKY From Third World To First Bab 11 Many Tongue, One Language, lapan minggu selepas perpisahan, Dewan Perniagaan Cina Singapura telah menuntut supaya kerajaan Singapura mempastikan kedudukan bahasa Cina sebagai salah satu bahasa rasmi Singapura dengan alasan bahasa itu digunakan oleh lebih 80% rakyat Singapura.

LKY mematahkan hasrat ini sebelum kebangkitan sokongan lebih besar terutama dari Kesatuan-kesatuan Guru Sekolah Cina dan Pengurus-pengurus Sekolah Cina. Beliau menakutkan perwakilan mereka dengan menemui mereka di bawah sinaran lampu televisyen siaran langsung dan memberi amaran bahawa beliau tidak akan membiarkan sesiapapun menjadikan soal bahasa China sebagai isu politik.

Bagaimanapun bangkangan berterusan dengan pelajar-pelajar universiti Cina Nanyang Universiti dan Ngee Ann College mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat LKY dan bertempur dengan polis.

Apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew? Beliau membuang negeri dua rakyat Malaysia yang mengetuai demonstrasi itu dan dengan itu tidak ada lagi demonstrasi.

Apabila akhbar Cina, Nanyang Siang Pau menuduh kerajaan menekan bahasa, pelajar dan kebudayaan Cina serta menggambarkan LKY sebagai pseudo foreigner yang melupakan keturunannya, LKY menangkap Pengurus Besar akhbar itu Lee Mau Seng dan Ketua Pengarang Shamsuddin Tung Tao Chang dan Ly Singko penulis kanan rencana pengarang.

Seorang lagi, Ho Juan Thai bekas Ketua Kesatuan Pelajar Nanyang yang membantah penggunaan Bahasa Inggeris bagi kertas peperiksaan dan menuduh kerajaan hendak membunuh pelajaran Cina,  telah melarikan diri ke London setelah kalah dalam Pilihan Raya Umum Singapura 1979.

LKY  berjaya menukarkan pengantar Bahasa Cina di Nanyang Univesiti dan Ngee Ann College ke Bahasa Inggeris. Beliau menggabungkan Nanyang Universiti dengan National Universiti of Singapore  dan mengadakan program belajar bahasa Inggeris secara intensif.

Tidak ada negara di Asia Tenggara yang mahukan Universiti Bahasa Cina, kata Lee Kuan Yew (Muka 177)

30 tahun sesudah perpisahan, LKY tidak sahaja berjaya menjadikan orang Cina sebagai Singaporean malah menurut suatu kajian (Herald Tribune 20 Disember 1999) kalangan pelajar mahu menjadi Caucasian (orang putih) atau Jepun yang menurut tinjauan itu kerana mereka dipengaruhi globalisasi dan metrialisme yang mengikis identiti dan patriotisme.

Apa pun anggapan kita terhadap Lee Kuan Yew, kita harus berterima kasih kepadanya kerana telah melahirkan Singaporean Singapore.

Jika tidak kebangkitan cauvinisme Cina yang berlaku di Malaysia sekarang ini akan mendapat sokongan dari orang Cina Singapura tetapi sikap Cina Singapura bebeza dari Cina Malaysia yang kebanyakannya tidak dapat menyesuaikan diri dengan aliran perdana negara. 

Sebenarnya Lee Kuan Yew telah menghapuskan suatu masalah besar kepada Malaysia iaitu ancaman perkauman Cina dari Singapura.

Cina Malaysia telah tersalah perhitongan apabila menyangka akan mendapat simpati dari orang Cina Singapura bila berdemonstrasi di republik itu baru-baru ini sebaliknya mereka telah ditangkap dan permit kerja dibatalkan. 

Untuk  mengetahui sepenuhnya bagaimana LKY menangani cauvinisme Cina di Singapura maka saya syorkan bacalah Memoirs of Lee Kuan Yew From Third  World to First (The Singapore Story 1965-2000.

No comments:

Post a Comment