Tuesday, August 27, 2013

Pembangkang Tempat Berkumpulnya PENGKHIANAT NEGARA





Demokrasi memberi peluang kepada pihak lain untuk menggantikan kerajaan sedia ada sekiranya mereka mempunyai kemampuan untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. Namun berbeza keadaannya di Malaysia kerana demokrasi menjadikan  pembangkang sebagai tempat berkumpulnya PENGKHIANAT NEGARA.

Parti-parti yang wujud dalam sistem demokrasi seharusnya menjunjung tinggi perlembagaan dan undang-undang negara. Namun terdapat jurang yang amat besar antara pembangkang dan kerajaan kerana pucuk pimpinan dan pembuat dasar pembangkang adalah dari kalangan mereka yang lantang mencabar perlembagaan, kontrak sosial dan undang-undang negara. Mereka bukan saja tidak layak mewakili rakyat dinegara ini malah kerakyatan mereka sepatutnya di persoal kerana karektor pengkhianat mereka terhadap negara. Mereka juga dikategorikan sebagai orang yang kecewa....   

Mereka ini kecewa kerana kempunan untuk mendapatkan kuasa ketika berada dalam kerajaan.

Mereka ini sebahagian besarnya kecewa kerana gagal menukar sistem negara ini setelah berpuluh tahun berjuang dalam hutan demi untuk mendapat hak sama rata dan menghapuskan hak peribumi dalam perjuangan KOMINIS.

Mereka kecewa dengan perlembagaan negara yang berat sebelah dan melebihkan agama ISLAM berbanding agama lain hingga menghalang matlamat penyebaran agama mereka.

Mereka merupakan penyokong dan pengamal budaya pergaulan terlampau yang amat kecewa kerana disekat kebebasannya oleh undang-undang dinegara ini.

Ada diantara mereka juga yang sanggup menjadi pengkhianat tulen dengan mengambil upah sebagai orang suruhan pihak asing yang tidak senang dengan pemerintah sedia ada dan  mahu menukarnya dengan pihak yang boleh mengikut telunjuk mereka.

Oleh itu mereka akan gunakan apa sahaja cara untuk mempengaruhi rakyat sebagai pengundi agar memberikan kuasa negara kepada mereka. Mereka berjuang semata-mata untuk membalas rasa kekecewaan mereka dan bukan untuk kesejahteraan rakyat KERANA MEREKA ADALAH PENGKHIANAT NEGARA





No comments:

Post a Comment