Thursday, August 1, 2013

Marcus Chua Boon Huat : Satu dalam Seribu


Negara dikejutkan dengan pemergian seorang atlit yang banyak menyumbang kepada kemajuan sukan hoki negara. Kemalangan yang menimpa Marcus Chua Boon Huat sangat dirasai bukan saja oleh penggemar sukan hoki tanah air, malah kepada sesiapa sahaja yang pernah melihat kelibat beliau sama ada di dada-dada akhbar mahupun di kaca TV.  
 
Bagi aku pula, ketika bersantai dirumah membuka siaran RTM 1, temuramah berserta dokumentari ringkas menjadi pilihan ketika itu. Kelibat seorang lelaki Cina yang mempunyai susuk tubuh yang tegap dan paras rupa persis "man hunt" menjadi tandatanya siapakah gerangan lelaki ini hingga diberi segmen khas di dalam siaran program sukan.
 
Beberapa hari selepas itu ketika kejohanan bertaraf dunia berlangsung di Johor Bahru barulah aku terperasan beliau merupakan salah seorang pemain senior bagi pasukan hoki negara. Sungguh bersemangat aku mengikuti perkembangan kejuaraan itu melihatkan pasukan negara menumbangkan satu persatu pasukan lawan termasuk gergasi Asia, Pakistan. Aksi Chua yang kelihatan garang mengejar posisi terbaik dipadang memberikan gambaran betapa pentingnya peranan beliau dalam pasukan.
 
 
 
 
Setelah dikejutkan dengan pemergiannya, aku mencari gambar dan cerita tentangnnya. Berasal dari Melaka dan abang sulongnya bernama Alif Nor Najmi Chua seorang mualaf yang juga atlit negara dalam sukan ragbi. Apabila meneliti gambar-gambar beliau di internet, apa yang aku dapat katakan ialah satu keadaan yang sangat aneh. Sangat aneh seperti situasi yang pernah aku lihat sebelum ini.

 
 

Di Malaysia, adalah sangat aneh melihat keadaan hanya seorang berbangsa cina dikelilingi oleh bangsa lain. Aku cuba ingat kembali keadaan yang pernah aku sendiri alaminya ketika zaman persekolahan. Ada seorang dua dari ribuan anak cina akan dihantar ke sekolah kebangsaan. Di sekolah rendah aku ada hanya seorang kawan cina dari seluruh darjah yang ada. Dia kulihat tiada langsung masalah untuk bercampur gaul dengan rakan-rakan yang lain terdiri dari bangsa Melayu dan India. Malah beliau kelihatan sentiasa bersama kawan-kawan tidak mahu ketinggalan dalam apa jua aktiviti dan pernah patah tangan kerana bermain bolasepak. Sehingga satu ketika aku merasakan anak cina yang sepatutnya berasa tersisih kerana bersendirian tiba-tiba muncul sebagai panglipulara yang menjadi tumpuan ditengah-tengah pentas.  
 
 


Di Asrama Penuh pula aku sekali lagi melihat situasi yang sama. Hanya ada seorang pelajar cina dari kesemua pelajar yang ada... Hanya seorang... Beliau kuat merokok seperti pelajar senior yang lain... Beliau menggemari muzik metal sama seperti pelajar yang lain.. Dan beliau sangat pandai bermain gitar menarik pelajar lain menyukai beliau.
 
Aku sangat senang melihat keanehan mereka ini. Persoalan yang tidak pernah terjawab.. Apakah pendirian ibu bapa berbangsa cina yang memilih untuk  menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan bergaul, belajar, bermain dengan bangsa-bangsa lain? Adakah sama tujuannya dengan ibu bapa melayu yang menghantar anak mereka ke sekolah cina?
 
 


Jika anak melayu yang bersekolah di sekolah cina mengharapkan dapat diterima bekerja oleh majikan cina, apa pula harapan anak cina yang menongkah arus bangsanya sendiri kelihatan seperti mahkluk asing yang aneh apabila dikelilingi bangsa lain.
 
Sudah pastinya mereka tidak mahu anak mereka menjadi mahkluk asing di bumi Nusantara ini. Mereka mengharapkan anak mereka diterima baik oleh bangsa-bangsa lain terutama sekali bangsa Melayu yang merupakan bangsa bertaraf peribumi dinegara ini. Mereka tidak mahu mewariskan kesukaran hidup dibumi asing kepada anak mereka. Mereka percaya survival mereka adalah dengan BERASIMILASI dengan masyarakat setempat. Bukan dengan cara MENGASINGKAN diri dan membina dunia sendiri untuk kekal asing di negara sendiri.
 
Namun mereka ini aneh.. Mengapa aku panggil aneh.. Ya kerana jumlah mereka hanya satu... dalam seribu...  Semoga pemergian mu menyedarkan bangsa mu yang lain bahawa kau adalah rakyat Malaysia yang sebenar.






No comments:

Post a Comment