Saturday, August 17, 2013

Isu Kalimah Allah dan KRISTIANISASI

Masih ada Melayu Islam yang kata "suka hati gerejalah nak pakaikan tuhan mereka nama apapun."
Masih ada Melayu Islam yang kata "kita dah tanya orang kristian ke mengapa mereka mahu guna kelimah Allah?"
Masih ada Melayu Islam yang kata "Kan bagus mereka sedar Allah itu Tuhan mereka juga.. Sejarah nabi dalam Islam pun sama dengan kristian"
Namun Melayu Islam yang sama tidak terfikir "Seluruh dunia masih menggunakan GOD sebagai tuhan termasuk di Vetican City dan tidak terdapat satupun perkataan "Allah" sejak beribu tahun lamanya dalam Bible. Mengapa baru sekarang nak guna nama Allah? Keganjilan apakah ini? "
Sungguhpun ada yang mendakwa di Arab juga Bible telah menggunakan kalimah Allah, ia sebenarnya semakin menjelaskan bahawa keganjilan ini ditujukan khas untuk orang Islam kerana Arab juga dikenali sebagai bangsa yang menjadi permulaan bagi perkembangan agama Islam. Jelas mereka telah menjadikan bangsa Arab dan Melayu yang sinonim dengan Islam sebagai sasaran. Ia dijelaskan komitmen mereka dalam JOSHUA PROJECT.

JOSHUA PROJECT yang diwujudkan untuk menyasarkan aktiviti kristianisasi terhadap mana-mana  ethnic yang paling sedikit penganut agama Kristian di dunia. Melayu pula adalah ethnic yang paling menjadi tumpuan kerana terlalu sedikit jumlah dikalangan orang Melayu yang menganut agama Kristian.
Melayu adalah antara ethnic yang paling sedikit dapat disentuh kristian kerana sekatan pengembangan agama Kristian di negara ini melalui perlembagaan.

Ada yang akan bertanya mengapa perlu takut jika mereka menggunakan kalimah Allah?
Hatta pengiktirafan kita kepada negara Iran kerana "persamaan" pendirian terhadap Israelpun menjadi sebab penerimaan Syiah di Malaysia . Maka, jika persamaan walaupun sekadar satu kalimah ini yang boleh diwujudkan antara agama Islam dan Kristian sudah pasti mereka yang cetek akidahnya tidak kisah menjadi Kristian seperti segelintir kita yang tidak kisah menjadi Syiah. Mereka kata Syiah itu tetap Islam dan tidak hairan jika bersembahyang digereja juga Islam kerana orang kristian juga menyembah Allah. Helah yang mereka gunakan ini sangat halus dan mereka mampu untuk mencabarnya hingga ke mahkamah atas alasan seperti yang digunakan oleh Ngeh Koo Ham ini:-

Isu bahasa ini sangat sukar untuk dikelirukan kerana Tuhan dalam bahasa Melayu lebih sesuai untuk menggantikan GOD dan bukannya Allah. 
Ada yang akan bertanya "mengapa perlu masuk campur hal agama orang lain? Kalimah Allah sesiapa pun boleh guna sebab ada seorang bekas Mufti Perlis mengatakan Allah telah digunakan oleh orang Arab Quraisy sebelum kedatangan Islam lagi."
Selagi orang Islam berkuasa di bumi bertuah ini silalah bawa agenda kotor agama lain keluar dari Negara ini. Kami tak sebodoh bekas Mufti Perlis yang banyak menghafaz bejuzuk-juzuk ayat-ayat Al-Quran tetapi gagal untuk memahami "arahan Allah" dalam surah pendek Al-Ikhlash " KUL HU ALLAHU AHAD" yang dikeluarkan selepas kedatangan Islam. Bagaimana kita sebagai orang Islam boleh redho dengan kerenah sebuah agama yang mengfitnah Tuhan yang kita sembah sebagai mempunyai anak dan Isteri? Adakah kita sudah terlalu jauh dari agama hingga tidak kenal dengan asas ajaran agama sendiri?

Kita tahu siapa dalangnya... Orang Islam pun dah sepakat dengan isu ini.. Kerajaan nak tunggu apa lagi dengan agama 15% ini?
Sikap pemuka Kristian yang turut disokong oleh duta Vetican City untuk membawa isu larangan kalimah Allah ini ke mahkamah untuk berdepan dengan penentangan seluruh umat Islam Negara ini  adalah sangat bertentangan dengan imej agama itu selaku agama dunia yang menganjurkan perdamaian diantara manusia sejagat. Mereka tidak menghormati pihak berkuasa negara ini yang juga mewakili rakyat majoriti yang berhak membuat keputusan sesuai dengan kehendak masyarakat setempat.

Hujah mereka yang lemah tidak sanggup dibahaskan secara akedemik kerana hanya bergantung kepada strategi evangelist lampau yang merekacipta kebiasaan penggunaan kalimah Allah tanpa hak. Mereka tahu jika ia dibahaskan secara akedemik sudah tentu mereka telah lama tumbang hanya dengan merujuk kepada kamus bersaiz poket dwi bahasa.

Kerajaan sepatutnya tidak hanya sekadar membiarkan hal ini diselesaikan dimahkamah dan ia tidak sepatutnya tidak perlu dipanjangkan hingga ia menjadi perdebatan umum dimedia kerana  ia adalah satu isu sensitif yang perlu dicegah di peringkat awal. Tindakan tegas seperti melucutkan taraf kerakyatan kepada mana-mana individu yang tidak menghormati perlembagaan terutama sekali dengan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan larangan penyebaran agama lain terhadap orang Islam.

Isu kalimah Allah sangat berkait rapat dengan gerakan penyebaran agama kristian dikalangan orang Melayu Islam dan dayuslah kerajaan jika sekadar melihat kami berhimpun diperkarangan mahkamah dengan penuh debaran padahal sepatutnya ia dapat dibenteras dengan lebih awal dibawah langkah-langkah pencegahan tertentu. Mereka yang biadap ini perlu dilucutkan kerakyatan untuk mengajar rakyat agar sentiasa menghormati perlembagaan Negara ini.
















No comments:

Post a Comment