Wednesday, February 6, 2013

Wira Penyatuan Umat






USTAZ NASHARUDIN MUNCUL DI TV3 dalam program SOAL JAWAB. Inilah dia wira penyatuan umat Islam yang dinanti-nanti setelah sekian lama kita terpaksa menelan pahit derita perpecahan ummah. Wira yang dahulunya ditatang seperti minyak yang penuh oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor ditinggalkan sendirian menempuhi mehnah dan tribulasi dari rakan disekelilingnya. Namun beliau tetap istiqamah demi menegakkan tuntutan agama agar umat Islam kembali bersatu padu dan menumpukan kekuatan.

Pintu hati beliau telah diketuk apabila menyaksikan sendiri kesantunan DS Najib Tun Razak yang ketika itu merupakan Menteri Pertahanan antara orang pertama tiba untuk melawat jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Noor. DS Najib sendiri menguruskan jenazah pemimpin PAS itu untuk dibawa ke kampung halamannya dengan menggunakan pesawat TUDM. Manakala Pak Lah yang juga Perdana Menteri Malaysia ketika itu menyambut sendiri jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Noor sebaik sahaja tiba dilapangan terbang Subang.

Terharu dengan sikap yang ditunjukkan kedua dua pemimpin besar negara itu beliau menyedari masanya telah tiba untuk PAS memperbetulkan salah sangkanya selama ini terhadap saudara seagamanya sendiri. Beliau sanggup menongkah arus kerana tidak mahu melihat umat Islam hanya menyedari kesilapannya setelah segalanya telah hancur dan berkecai.

No comments:

Post a Comment