Friday, February 15, 2013

Malaysia Negara Sekular?




Apa sebab kerajaan sering dituduh sekular?

Adakah masuk akal menuduh seorang Islam itu kononnya begitu beria-ia meminggirkan agamanya sendiri ... Atas sebab apa?..

Rasanya kerajaan bersungguh-sungguh berusaha agar rakyat mendapat pengetahuan agama dan mempunyai kemudahan untuk mengamalkan agama dengan sempurna...

Bagi mereka yang memilih untuk enggan mengamalkan agama dengan sempurna termasuk dikalangan pemimpin mahupun rakyat biasa, itu adalah persoalan antara dirinya sendiri dihadapan Allah kelak. Kita semua pun tidak terlepas dari disoal atas amal perbuatan kita sendiri.

Apabila melihat seorang lelaki yang berjubah dan berserban dan sorang lagi hanya berseluar pendek.. Adakah hanya dengan pakaian sahaja boleh mengaitkan seseorang itu mengamalkan sekularisme? Jelas rakyat Malaysia yang kurang ilmunya akan diperdayakan dengan cara mentafsirkan sesuatu mengikut kaedah berfikir yang sangat ringkas.



No comments:

Post a Comment