Wednesday, February 20, 2013

Kerja Paling Elit


Apakah nasib kita jika Nabi tinggalkan kerja dan hidup sepertimana kita hidup hari ini?..


"Terlalu banyak sangat diskusi, mengejar pengaruh dan sanjungan..Kerja Nabi adalah kerja yang kita semua telah tinggalkan... Jawablah diakhirat nanti atas kecuaian besar ini.." 

Kita yakin dengan Kalamullah bahawa sesungguhnya pada Rasulullah itu terdapat suri teladan yang baik. Namun pernahkah kita menjengah seketika amal-amal harian yang dilakukan sendiri oleh Nabi Besar Muhammad SAW dari mula bangkit dari tidur hingga Baginda beristirehat dimalam hari? Kerja yang Nabi lakukan dari awal pagi hingga ke hujung harinya adalah menyampaikan risalah Allah. Adakah kerja kita dari awal pagi kehujung hari atau mungkin hanya sebahagian daripadanya menyamai apa yang dilakukan oleh Rasulullah. Lalu contoh kehidupan siapakah yang kita ikuti jika sesaatpun tidak melakukan kerja Nabi? 



Penghulu segala Nabi ini adalah penyampai risalah Allah yang terakhir. Sesudahnya tiada lagi diturunkan nabi untuk membimbing manusia. Menyedari tugas berat yang ditangunginya hingga kehujung hayat Baginda masih menyatakan rasa risau "ummati..ummati..ummati". Kerana apabila Baginda tiada lagi maka ummatnyalah yang akan menyambut usahanya untuk menyampaikan risalah Allah kepada yang hadir kemudian di muka bumi ini.

Cuba bayangkan jika Nabi meninggalkan kerja ini dan hidup seperti kehidupan yang kebanyakan kita lalui kini? Mungkin seluruh nusantara ini penuh dengan candi hindu dan gereja khatolik yang mana kita terpaksa penuhkannya semenjak kecil lagi...

Ucapan Pierre Andre ini dianggap sebagai ucapan yang terbaik pernah dikeluarkan dari mulut seorang anak seni..


Kerja Nabi adalah kerja ELIT dan diberikan segala keistimewaan yang mana majikannya Allah dan upahnya  pula hanyalah Syurga paling tinggi berjiran dengan para Nabi dan Rasul. Kerja yang Allah sanggup lihat Kekasihnya bersusah payah dan menderita kerananya. Kerana kerja ini jualah Kekasih Allah dikejar berbatu-batu sambil dibaling batu sehingga kasutnya bertakung darah.

Al Quran itu penuh kisah-kisah kerja yang dilakukan oleh utusanNya yang menjadi kebanggaan Allah  siap dengan dialog-dialog secara terpeinci.  


Kerja ini tidak perlukan kelulusan apatah lagi tauliah pejabat agama. Kerja ini ditawarkan mengikut kesanggupan. Ada yang separuh masa, sepenuh masa, dan seumur hidup.  Sepertimana besarnya ganjaran tahunan diberikan oleh sebuah bank kepada Marketing Department maka besar lagi ganjaran bagi mereka yang sanggup melakukan Kerja Elit ini. Menyebarkan agama Allah bermakna membantu agama Allah. Segala urusan hidupnya bukan lagi diuruskannya, Allahlah yang menguruskannya dan memenuhi segala keperluannya. Bukan pemilik jawatan itu sahaja akan menikmati ganjarannya malah seluruh kaum kerabat dan manusia yang pernah dikaitkan dengan dirinya berpeluang mendapatkan syafaat yang diperuntukan khas sebanyak 70,000 orang bagi setiap pemilik jawatan. Syafaat bagi orang-orang yang memudahkan dan membantu kerja seorang da'ie dan kaum keluarganya yang banyak berkorban. Sama seperti seorang penjual yang sanggup tebalkan muka untuk menjual barangan.. bezanya Kerja Elit ini memerlukan seseorang itu tebalkan muka untuk menyampaikan kalimah Allah.


“Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)



No comments:

Post a Comment