Mereka perlu sentiasa katakan kerajaan JAHAT, JAHAT dan JAHAT... |
Pentingkah manifesto bagi penyokong PR?
Apakah gunanya manifesto PR yang terbukti sekadar alat untuk memperdayakan rakyat?
Marahkah penyokong PR jika kerajaan parti mereka gagal menunaikan janji dalam manifesto?
Tak....Mereka tak pernah marah...
Penyokong PR sendiri pun tahu PR tak mampu dan takkan buat apa yang dijanjikan dalam manifesto mereka.. Mereka tidak kisah rakyat ditipu asalkan dapat memuaskan nafsu kebencian mereka terhadap kerajaan yang selama ini disuapkan pemimpin mereka.... Cara ini memang terbukti berkesan dan berjaya menguasai minda manusia ..
Saya sendiri pernah menyaksikan ceramah politik dengan jeritan maki hamun hingga kedengaran di luar dewan yang mana penontonnya hanyalah ratusan kanak-kanak tadika PASTI. Tiada orang dewasa di situ melainkan guru tadika yang mengawas anak muridnya. WAJARKAH pada umur seawal itu mereka telah pun mula menggunakan pendekatan menyemai kebencian ini? Keadaan ini berlaku kerana mereka terlalu yakin bahawa cara ini sangat berkesan dan terbukti berjaya menumbangkan mana-mana kerajaan pun.
Kebencian perlu sentiasa disuap untuk mengekalkan momentum.. |
Ketagihan untuk mendengar cerita yang mendatangkan kebencian kepada kerajaan..Mereka sendiri akan sanggup bersusah payah mencari sumbernya.. |
Seperti seorang yang dipengaruhi dadah, setiap hari mereka yang telah dibiasakan dengan cara ini akan ketagihan untuk mendengar cerita yang mendatangkan kebencian kepada kerajaan...Walau apa cara sekalipun pemimpin mereka perlu bersedia dengan cerita walaupun terpaksa direka kerana kegagalan berbuat demikian akan menghilangkan ketagihan dan seterusnya mereka akan kehilangan pengaruh.
Walau apa cara sekalipun pemimpin mereka perlu bersedia dengan cerita walaupun terpaksa direka |
Satu kelemahan yang perlu diuji termasuk diri anda sendiri ialah mereka yang ketagihan ini memang langsung tidak boleh DENGAR perkara baik yang kerajaan buat... LANGSUNG TAK BOLEH.. Itulah pantang mereka yang paling besar.. Jika sedikit ada rasa dalam hati mereka mengakui kebaikan kerajaan maka mereka akan tergelincir jatuh dan bebas dari ketagihan... LALU, kempen habis-habisan mereka lakukan untuk memboikot segala punca media yang menyampaikan kebaikan kerajaan. Untuk terus mengekalkan pengaruh mereka perlu sentiasa katakan kerajaan JAHAT JAHAT dan JAHAT...
Hanya pemimpin mereka sahaja yang boleh membuat keputusan tentang apa yang mereka harus fikir...Apa yang mereka harus buat... |
Bagi mereka tiada lagi keupayaan untuk berfikir sendiri... Apabila timbul isu negatif terhadap pemimpin mereka, mereka tidak akan berbuat apa-apa dan hanya akan ternanti-nanti jawapan yang akan diberikan oleh pemimpin mereka. Hanya pemimpin mereka sahaja yang boleh membuat keputusan tentang apa yang mereka harus fikir...Apa yang mereka harus buat...
Sangat hebat kuasa kebencian ini.. Sungguh luar biasa...
No comments:
Post a Comment