Tuesday, February 26, 2013

UMNO Utamakan Islam atau Perkauman?







Malcolm X mendapati Islam adalah jawapan bagi permasalahan RACISM. 


Bagaimana pula parti "Islam" mempersoalkan kelebihan warganegara yang diberi kepada golongan India Muslim dan pendatang Islam Philipina. Malah kedudukan pemimpin paling banyak berjasa Tun Mahathir yang berasal dari keturunan India Muslim juga dipersoalkan. Siapakah yang sepatutnya kedepan dalam meletakkan Islam lebih tinggi dari perkauman? Jika benar UMNO parti perkauman bagaimana seorang yang berketurunan India seperti Mahathir boleh dibenarkan menjadi presiden parti itu? 


Bahan sindiran ini hanya melucutkan tag UMNO sebagai parti untuk orang melayu dan digantikan pula kepada UMNO adalah parti untuk orang Islam


Bahan sindiran ini hanya melucutkan tag UMNO sebagai parti untuk orang melayu dan digantikan pula kepada UMNO adalah parti untuk orang Islam. Dimana parti ini menjadi "platform" untuk mengumpulkan sesiapa saja tanpa mengira kaum asalkan mereka mencintai Islam.


Orang Cina Islam pun risau jika ketuanan melayu terhakis




Bukan saja terhad kepada mereka berketurunan India.. Dr Ridhuan Tee, seorang Mualaf berbangsa Cina yang aktif berdakwah turut secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap Ketuanan Melayu kerana beliau yakin hak pribumi ini menjadi PELINDUNG dan kelebihan kepada Islam di negara ini. 



Tidak cukup dengan politik, rupa-rupanya konglomerat Syed Mokhtar Bukhary adalah berketurunan Hadrami Arab yang berasal dari Afghanistan. Individu ini diberikan kepercayaan yang luar biasa apabila kerajaan sering dikecewakan oleh sikap ramai bumiputra lain yang menyalahgunakan peluang yang diberikan oleh kerajaan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan yang segera. 


Artikel 160 Perlembagaan Malaysia mentakrifkan pelbagai istilah yang digunakan dalam Perlembagaan Malaysia. Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragamaIslam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura.

Kewujudan Perkara 160 (2) yang berkaitan dengan pemberian hak-hak istimewa ini perlu dilihat dan difahami daripada perspektif sejarah.

Takrifan MELAYU dalam perlembagaan ini lah yang membuka kepada ramai kaum lain untuk turut bersama mendapat kelebihan di negara ini asalkan mereka itu Islam. 

Jadi kenyataan bahawa UMNO adalah parti untuk orang Melayu sebenarnya membawa maksud parti untuk orang Islam. Melayu itu sendiri telah membuka batas recismnya dengan takrifan dalam perlembagaan. 






Re-discovering Brotherhood and Equality

First in Cairo, the Egyptian capital, then in Jeddah, the Saudi city, Malcolm witnessed what he claims he never saw in the United States: men of all color and nationalities treating each other equally. “Throngs of people, obviously Muslims from everywhere, bound for the pilgrimage,” he’d begun to notice at the airport terminal before boarding the plane for Cairo in Frankfurt, “were hugging and embracing. They were of all complexions, the whole atmosphere was of warmth and friendliness. The feeling hit me that there really wasn’t any color problem here. The effect was as though I had just stepped out of a prison.” To enter the state of ihramrequired of all pilgrims heading for Mecca, Malcolm abandoned his trademark black suit and dark tie for the two-piece white garment pilgrims must drape over their upper and lower bodies. “Every one of the thousands at the airport, about to leave for Jedda, was dressed this way,” Malcolm wrote. “You could be a king or a peasant and no one would know.” That, of course, is the point of ihram. As Islam interprets it, it reflects the equality of man before God.

No comments:

Post a Comment