Rakyat negara ini terlalu teruja dalam meletakkan tembok pemisah diantara kumpulan yang didokongi mereka dengan kumpulan rakyat lain yang berbeza fahaman dan ideologinya. Mereka terlupa bahawa tidak ada apa yang membezakan mereka semua dalam konteks kenegaraan kerana kita semua duduk dan menjalani kehidupan berkongsikan negara yang sama. Keselamatan negara ini jika digugat bukan sahaja memberi implikasi kepada satu pihak malah sesiapa sahaja yang berada didalamnya. Perkara ini mengheret kita semua kembali memikirkan apakah matlamat sebenar semua parti-parti politik ini jika bukan untuk menjaga negara agar terus kekal aman dan makmur sesuai untuk didiami kita semua. Peristiwa ini sebagai satu ujian kepada semua parti-parti politik samada mereka sanggup berdiri teguh menyokong kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan negara atau masih lagi ditambat dengan pengamalan politik ekstrem yang melekehkan dan memburukkan apa saja yang dilakukan oleh kerajaan tanpa batasan.
Gelombang PATRIOTISME meratakan banjaran politik yang sekian lama membahagi dua kesatuan rakyat negara ini. Lebih memberi tamparan apabila ramai anggota keselamatan kita terpaksa berkorban nyawa atas alasan memastikan negara ini terus selamat untuk didiami kita semua.
Page pembangkang pada mulanya meletakkan kata-kata sanjungan kepada pasukan keselamatan negara, namun setelah beberapa ketika, mereka seperti baru mendapat arahan dari pembiayanya, mereka mula mencari-cari silap pasukan keselamatan. Mereka menyedari kebersamaan dengan kerajaan dalam usaha menjaga kedaulatan negara adalah satu yang sia-sia dan tidak penguntungkan momentum pakatan rakyat. Bagi mereka rakyat tidak sepatutnya bersama-sama kerajaan dan seharusnya mereka terus kekal mempertikaikan segala apa yang kerajaan lakukan. Namun, rakyat terlebih dahulu telah disentakkan semangat patriotik yang meluwap-luwap seperti tidak ada apa yang mampu memadam nyalaannya.
Kini sedarlah kita PATRIOTISME adalah seperti kertas ujian PH yang menguji keasidan dan keakalian sesuatu bahan. PATRIOTISME sebagai peledak yang membongkar pekong pembangkang yang selama ini bertindak sebagai agen asing untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada demi kuasa dan bukannya negarawan tulen dalam membela nasib rakyat dinegara ini. PATRIOTISME atau semangat cintakan negara mendapat tempat yang mulia di sisi Islam, menjanjikan laluan mudah ke kampung Syurga bagi mereka yang tewas kerananya. Jelas PATRIOTISME bukan calang-calang kuasa untuk ditundukkan oleh si pengkhianat dan penyangak bangsa kerana Allah bersama kita dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita mencapai kemenangan bagi kesejahteraan negara Malaysia yang tercinta..
No comments:
Post a Comment