Mereka yang menghadapi sesuatu perkara tanpa melakukan persediaan yang cukup biasanya akan mengalami banyak kejutan. Kejutan itu dapat dikurangkan jika adanya persiapan yang cukup dan tindakan yang teratur mengikut perancangan. Kejutan ada yang berpunca dari kesilapan dan ada juga disebabkan oleh perkara yang diluar dugaan. Sebab itu sebelum sesuatu itu dilakukan, persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan perlu bagi mengelakkan kejutan.
Kejutan mungkin berlaku dalam sekelip mata. Namun ia sebenarnya mengambarkan kelemahan pada masa persiapan yang cukup panjang.
Setiap kejutan mempunyai kesan tersendiri. Lebih besar kejutan yang kita alami maka lebih hebatlah ketakutan kita terhadap kejutan itu. Ketakutan itu menyebabkan kita sentiasa beringat dan berwaspada. Berusaha memperbaiki kelemahan dan sentiasa sibuk melakukan persediaan. Tetapi ada juga yang gagal mengambil iktibar daripada setiap kejutan malah tidak kisah ia berlaku berulang-ulang kali.

Kejutan yang amat malang ialah apabila ia berlaku tanpa meninggalkan sedikitpun ruang untuk memperbaiki kesilapan. Apabila diberikan hanya satu peluang dan peluang yang satu itulah disia-siakan. Maka dihadapannya hanya diselubungi dengan kegelapan penyesalan.
Mustahil untuk kembali ke dunia seperti mustahilnya seekor unta melepasi lubang jarum |
Kehidupan kita di dunia ini hanya sekali. Sekiranya peluang yang sekali ini disia-siakan maka tiada lagi peluang lain untuk memperbaiki kesilapan. Maka dengan itu, WASPADALAH! TAKUTLAH! BERINGATLAH! CUKUPKANLAH PERSIAPAN! kerana terbelalaknya mata dek kejutan sakaratul maut adalah sebesar-besar kejutan yang menyebabkan kita terus kekal dalam penyesalan.
No comments:
Post a Comment