Kita ditakdirkan hidup pada zaman yang penuh dengan mehnah dan dugaan. Di zaman yang dari ufuk timur hingga ke barat awannya gelap, udaranya penuh debu dan buminya kotor berlumpur. Manusia tidak lagi mampu untuk membezakan yang mana benar dan yang mana palsu. Persepsi dilaung-laungkan dengan nada suara yang keras dan penuh yakin sehingga ramai menyangka ia sebagai satu kebenaran walaupun tidak pernah melihat buktinya.
Manusia zaman akhir ini seolah-olah tidak mempunyai mekanisme untuk menyaring dan menganalisa berita yang diterimanya. Begitu cepatnya menerima sesuatu perkara tanpa mempertikaikan ketulenannya. Hanya dengan kata-kata selagi ia keluar dari mulut seorang yang disangka dewa, mereka telah sanggup menyerahkan segala-galanya. Tidak sedikit pun terdetik rasa hati untuk bertanya manakah asal usul cerita. Malah sedikit rasa ragu dalam hati pun dibuangnya mentah-mentah.
Tiba-tiba saja jiwa terasa hebat dan megah. Mereka menyangka inilah perjuangan yang sebenar. Inilah masanya untuk menunjukkan kejagoan. Perjuangan yang kononnya mulia sanggup terima apa saja sebagai bukti pahlawan berjiwa kental.. Mereka dipuji atas keberaniannya.. Mereka di sanjung atas kelantangannya.. Namun mereka hanya sekadar memperjuangkan satu perkara yang tidak pasti akan kebenarannya...Mereka hanya berpaut kepada persepsi dan hanya berjuang berdasarkan sangkaan semata-mata..
Apakah nilai sebuah sangkaan? Apakah nilai sebuah persepsi rekaan?
Mereka benci atas perkara yang tidak pasti.. Mereka marah atas perkara yang tidak pernah terjadi.. Mereka berjuang atas perkara yang tidak pernah wujud.. Mereka lawan atas perkara yang karut marut.. Apabila diberi penjelasan mereka mereka sangkakan itu hanya satu pembohongan. Mereka tuduh itu hanya helah..itu hanya taktik rekaan.. mereka kata "kamu semua takut" ... Padahal mereka pun tidak memiliki sebarang kepastian atas apa saja tuduhan yang dilemparkan.. Mereka hanya menuruti apa yang mereka sangkakan..Walau segala bukti dibentangkan .. Walau segala saksi dan cerdik pandai memberi kenyataan.. Mereka terus menyangka itu semua rekaan.. Itu semua dibayar dengan wang yang lumayan.. Sekali lagi mereka tidak ada apa-apa kepastian pun untuk menyokong tuduhan..
Prasangka itu langsung tidak mempunyai apa-apa nilai melainkan keuntungan bagi mereka yang mereka-rekakannya. Perjuangan berasaskan sangkaan adalah satu perkara yang paling bodoh untuk dilakukan dan paling sia-sia untuk disusah-payahkan.

"Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan."Ayat 36, Surah Yunus.
"Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja." Ayat 78, Surah Al Baqarah.
"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan sematamata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta." Ayat 116, Surah An Nisaa'.
No comments:
Post a Comment