Tuesday, April 23, 2013

RUSUHAN MEMBANTAH KEPUTUSAN PRU 13!




Kerisauan yang sering dikeutarakan oleh Tun Dr Mahathir serta beberapa tokoh politik tanah air tentang berlakunya kekacauan dan huru-hara secara terancang oleh pihak pembangkang nampaknya semakin menjadi kenyataan. Keyakinan ini semakin kuat apabila melihatkan peluang pembangkang yang semakin tipis, bukan sahaja untuk menang, malah mengekalkan beberapa negeri termasuk Kelantan dibawah kerajaan pembangkang pun menjadi satu masalah besar. 

Mereka tiada pilihan lain selain dari mencari jalan untuk menganggu kelancaran perjalanan Pilihanraya Umum Ke-13 dan disusuli dengan rusuhan bantahan secara BESAR-BESARAN selepas keputusan pilihanraya diumumkan. Mereka akan memaksa keputusan pilihanraya DIBATALKAN dan tidak akan berhenti melakukan kekacauan selagi kerajaan tidak berbuat demikian. 



Mereka telah mula menunjukkan TANDA-TANDA bahawa  perkara ini benar-benar akan berlaku. Segala-galanya bermula dari sebaran FITNAH bersama bukti-bukti rekaan melalui laman media sosial kendalian pembangkang kononnya berlaku PENIPUAN dalam perjalanan proses pengundian. Mereka sebelum ini pernah beberapakali menganjurkan rusuhan jalanan mempertikaikan ketelusan perjalanan pilihanraya negara dan bukan lah satu perkara yang aneh jika alasan yang sama dijadikan sebab untuk memaksa ribuan pengikut tegar mereka turun semula kejalanan. 


Sama ada tuduhan mereka itu benar atau bukti yang mereka bawa itu sahih bukanlah satu masalah kerana rusuhan jalan sebelum ini pun hanya bergantung kepada sebaran fitnah dan persepsi. Mereka perlu menggunakan segala kekuatan yang mereka ada iaitu ribuan penyokong tegar mereka bagi menafikan hak majoriti rakyat Malaysia yang telah bersuara. 



Mereka tahu rancangan mereka telah dihidu


Pihak berkuasa sebelum ini telah mengumumkan sebarang kekacauan yang berlaku ketika pilihan raya akan diletakkan dibawah peruntukan Akta Keselamatan Langkah-Langkah Khas 2012 SOSMA yang mana membolehkan pihak Polis menahan suspek selama 28 hari untuk membantu siasatan. Pihak pembangkang sudah mula mengapi-apikan penyokong mereka tentang ancaman pihak polis ini kerana mereka tahu ia boleh menggagalkan perancangan mereka. 

Pihak polis perlu bertindak lebih awal terhadap mereka yang menyebarkan FITNAH terhadap proses perjalanan pilihanraya dan pelaksanaan SOSMA perlu dilakukan tanpa ragu-ragu. Jika pihak Polis tunduk dengan amaran Naib Presiden Keadilan N. Surendren ini maka ia akan memberi laluan mudah untuk mereka melancarkan perancangan mereka mempengaruhi rakyat mempertikaikan keputusan pilihanraya. 


Bersama-samalah kita rakyat Malaysia bersatu mempertahankan hak kita sebagai warganegara agar tidak dinafikan oleh puak-puak yang terdesak ini. Kita perlu berdiri teguh penyokong segala langkah-langkah keselamatan yang diambil pihak berkuasa bagi memastikan kemanan negara terpelihara. 



No comments:

Post a Comment