Saturday, April 20, 2013

MALULAH WAHAI POLITIKUS PALSU!



Ramai yang tak boleh terima hakikat bahawa berjuang dalam politik bukan semata-mata untuk mengejar pangkat dan harta. Kita berjuang untuk kesejahteraan SEMUA dan mempertahankan NIKMAT yang sedia ada agar tidak dinafikan untuk anak cucu keturunan kita bila kita sudah tiada lagi. Seperti lilin rela membakar diri untuk menerangi yang lain. Itulah sebaik baik manusia yang hidup memberi manfaat kapada manusia yang lain.

Perjuangan ini sekiranya dicampur adukkan dengan kehendak dan kepentingan peribadi MAKA pasti satu hari nanti kehendak dan kepentingan peribadi itu akan mengatasi dan menimbuskan niat murni mencurahkan jasa dan budi. Memandang keterlibatan dalam politik sebagai satu sumber pendapatan tambahan atau peluang untuk memajukan diri sendiri adalah satu kesilapan yang BESAR. Ia merosakkan tujuan asal penubuhan  parti yang sekian lama dipertahankan oleh generasi terdahulu. 

Jika berada dipentas politik untuk wang ringgit dan pengaruh maka ia cukup jelas satu bentuk korupsi dan orang seperti ini sebenarnya berada ditempat yang SALAH. Pangkat dan pendapatan yang datang bersama politik adalah sekadar penghargaan atas sumbangan kepimpinan dan tidak sepatutnya dijadikan sebagai tujuan. Sekiranya pangkat dan pendapatan itu menjadi keutamaan, maka apabila ia tidak dipenuhi, perjuangan pula akan ditinggalkan.

Agama, Bangsa dan Negara sangat perlukan pejuang yang TULEN tidak pernah berkirakan sumbangan dan upah. Hatta jika perjuangan menuntut segala apa yang ada termasuk nyawa sekalipun untuk dikorbankan, maka seorang pejuang TULEN itu tidak akan teragak-agak menyerahkannya.



MALULAH seorang politikus PALSU kepada JASAD-JASAD KAKU para pendekar Parajurit benteng negara yang nyawanya dikorbankan tanpa sedikit pengharapan upah menggunung dan sanjungan. Upah yang ada sekadar cukup menanggung hidup dan tidak langsung bermimpi untuk bermewah-mewahan. 






MALULAH.....MALULAH... MALULAH... Kamu-kamu yang melangkah masuk dalam politik hanya semata-mata dahagakan pangkat dan peluang projek. Kamu lihatlah wajah balu pendekar yang sugul dan riak wajah anak-anak yatimnya yang masih kecil tidak mengerti apa ertinya kematian, Masih mengaharapkan kepulangan tonggak keluarga, penanggung makan, pakai, tempat tinggal dan belanja sekolah. Mereka terpisah buat selama-lamanya kerana negara tetapi kamu menjadikan negara sebagai peluang untuk menimbunkan harta dan kekayaan. Tidakkah niat bodoh mu itu mengkhianati pengorbanan mereka semua?

Apa beza Anwar dengan Kamilia? Masuk politik sebab apa?


Jika perjuangan yang murni ini ditolak kerana perbuatan dan niat kotor mu maka kamulah sebenarnya yang menghancurkan dan merosakkan perjuangan itu. Kamulah yang bertanggungjawab menggelapkan masa depan anak cucu  kami SEMUA. Kamulah yang tidak memperbetulkan niat mu ketika mula-mula melangkah masuk di perbatasan. Kamu hanya terujakan harta rampasan. Kamu hanya dambakan jawatan.

Insaflah wahai para pejuang negara.. Perjuangan kita belum selesai. Ini bukan masanya lagi untuk menghitung apa yang orang lain ada. Tidak jadi bodoh dan dungu hatta manusia sekeliling diberhiaskan hidup dengan intan dan permata, namun kita rela hidup serba sederhana kerana memilih untuk kaya dengan pengorbanan dan jasa. 








No comments:

Post a Comment