Monday, January 21, 2013

RACUN Demokrasi



Demokrasi adalah sistem yang dipaksa barat sebagai syarat untuk memerdekakan negara. Malah barat sanggup bermati-matian untuk menyekat amalan sistem komunisme di Vietnam semata-mata kerana demokrasi. Bagi Myanmar pula dengan mengamalkan demokrasi sahaja dapat membuka pintu kepada hubungan antarabangsa.

Apakah yang sangat penting dan istimewa pada  DEMOKRASI ini?

Demokrasi yang merupakan sistem yang dipercayai oleh barat kononnya boleh mendaulatkan kuasa rakyat serta menjadikan sesebuah negara itu lebih aman, adil dan saksama. Walau bagaimanapun, Adakah kita telah hilang percaya dengan amalan dan sunnah yang telah ditunjukan oleh Nabi besar kekasih Allah Muhammad SAW?

Demokrasi tidak akan berfungsi jika hanya ada satu parti yang kukuh menguasai majoriti. Namun apa pula kisahnya segolongan ulama yang menubuhkan parti untuk menandingi parti pemerintah? Bukankah kewujudan parti ini menghidupkan lagi sistem demokrasi yang jelas bertentangan dengan Sunnah?

Akhirnya inilah bahana yang menjadi jawapan kepada kegagalan golongan yang dikatakan cerdik pandai agama tetapi tergamak menjadi pelengkap sistem demokrasi sekali gus meninggalkan Sunnah yang sepatutnya mereka tegakkan. Kedudukan ummat berpecah belah malah ada yang hingga mencetuskan perang suadara. Di Malaysia, kedua-dua parti yang ditunjangi ummat Islam tidak mampu duduk bersama untuk berbincang dan mereka saling berbalah dalam perkara yang sepatutnya menyatukan mereka.

Sistem demokrasi adalah racun yang memecah belahkan bukan saja dikalangan agama dan bangsa yang berbeza malah ummat Islam yang dahulunya satu boleh berpecah belah dan lemah hanya kerana sedikit perbezaan pendekatan dalam mengemudi negara.


"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik", Ayat 21, Surah AL AHZAB.


Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh cerdik pandai agama? Adakah mereka membimbing masyarakat untuk mentaati Al Quran dan Sunnah atau mereka sendiri yang melanggarnya dan memberi gambaran yang salah lagi menyesatkan dari jalan kebenaran.


No comments:

Post a Comment