Saturday, April 26, 2014

KECAMAN Tun M terhadap BOEING merungkai DALANG kehilangan MH370




Sehingga post ini dikeluarkan Dato Seri Najib masih belum bersedia dan mengumumkan akan mendedahkan laporan awal siasatan lebih kurang seminggu lagi bagi pemeriksaan akhir untuk mengelakkan maklumat yang tidak tepat. Jelas pencarian MH370 yang masuk bulan ke-2 mempunyai lebih banyak maklumat yang sahih berbanding post saya seawal 9 Mac iaitu kurang 48 jam setelah kehilangan MH370 bertajuk Pesawat MH370 telah mendarat dilokasi rahsia?

Semalam Tun Dr Mahathir pula mengeluarkan post yang sepenuhnya mengulas kehilangan MH370 dan mengecam syarikat pengeluar pesawat BOEING yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dalam masa yang sama negara mengalu-alukan lawatan rasmi manusia paling berkuasa di dunia Presiden Amerika Syarikat Barrack Hussein Obama yang mana Tun M tidak dijemput langsung dalam sebarang sesi pertemuan dijadualkan sempanjang lawatan itu. 

Sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia yang mentadbir negara selama lebih 23 tahun, sudah pasti maklumat yang diperolehi Tun M datang dari sumber yang bukan calang-calang untuk dipersoalkan kredibilitinya. Sekatan terhadap penyiaran kecaman beliau di laman tertentu dilihat sebagai mengganggu mood lawatan Obama yang sedang berlangsung. 

Apa yang saya dapati setelah membaca ulasan Tun seperti saya sertakan dalam post ini, saya lihat sangat jelas hasil siasatan awal telah diketahui Tun dan ia menyalahkan pengurusan kawalan keselamatan MAS dan JURUTERBANGnya iaitu Kapten Zaharie Shah. Tun mengecam keras bertubi-tubi dengan sindiran tajam bahawa jika inilah yang dimaksudkan dengan kecanggihan teknologi kebanggaan BOEING maka semua kecanggihan itu tiada maknanya sekirannya ia tiba-tiba sahaja boleh setaraf atau lebih mundur sehingga dunia terpaksa bergantung dengan teknologi kurun terdahulu melalui si primitif isyarat PING satelit IMARSAT. 

BOEING yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan walaupun dulu bermodalkan spesifikasi teknologi khayalan untuk menarik kontrak pembelian bernilai ratusan juta dollar. Secanggih mana pun teknologinya tetapi jika hanya digunakan oleh pihak tertentu sebagai helah agenda maha rahsia, maka pesawat keluaran BOEING patut dikembalikan semula oleh pelanggannya dari seluruh dunia sebagai protes atas penipuan presentasi.

Kecaman Tun juga membawa maksud bahawa spekulasi saya sebelum ini yang mengaitkan Juruterbang sebagai dalang adalah tepat. Cuma ia tidak akan menjadi misteri terlalu lama tanpa bantuan dalang berstatus mastermind seperti BOEING.



MH370 - TUN DR MAHATHIR



1. I am very upset over MAS employees being held hostage in Beijing by the relatives of the passengers of MH 370. I am upset because they are blaming the wrong people. The loss of the plane is due to the makers Boeing.
2. How can Boeing produce a plane that is so easily disabled? Normally it is entirely possible for the crew, the pilots and co-pilots to communicate even with KLIA. Maybe the captain did not want to. But surely the co-pilot would want to inform ground stations that the plane was not flying according to the scheduled route.
3. The passengers may not notice but the co-pilot would. So would the cabin crew. They are all trained to deal with emergencies if not immediately, at least later.
4. But none of them seemed to have tried. It must be because the whole communication system has been disabled. It must take some effort if the pilot tried to disable the system. The co-pilot would notice and for his own life he would have tried to do something. Was he disabled? Were all the crew members and the passengers disabled?
5. The flight of all passenger planes can be tracked even on a personal mobile phone. I can do it on my phone. If the plane landed I can watch it landing and taxiing. I can even get information on any plane anywhere – what make and model, who it belongs to and where it is flying from and its destination.
6. I believe there are equipments on the plane which allows it to be tracked – probably by Global Positioning System.
7. Sophisticated cameras on the spy-satellites operated by some countries can actually photograph a man on the ground and even identify him. Surely the cameras can see and photograph a 63-metre aircraft.
8. But the aircraft disappeared completely. I think on everyone’s mobile it has disappeared. Some equipment on the aircraft must have been disabled. Even the backup must have been disabled
9. Boeing built this aircraft. Boeing must explain how all these means of tracking the plane can be disabled, can fail. Either Boeing technology is poor or it is not fail-safe. I would not like to fly in Boeing aircraft unless Boeing can explain how all its system can fail or be disabled.
10. Remote control technology is now very sophisticated and powerful. Is it true that Boeing has installed remote control equipment on the aircraft to prevent hijacking? If it did why did it not direct the aircraft to land safely? Is it possible for third parties to take control of the aircraft remotely?
11. When a plane crashes on land or sea there would be debris or oil slick. None has been found so far. Can it be that the plane remained intact on crashing and sank with no trace and no one launching the lifeboat doors as we are told all these aircrafts are equipped with?
12. Can one believe this plane quietly floated down into the raging sea and sank conveniently in the deepest part (7miles deep) of the Indian Ocean?
13. It is standard practice that when a plane crashes, a team of experts would arrive at the scene soonest so as to find the cause of the crash. Boeing and the authorities in the manufacturing country should be looking out for the plane. Maybe the plane type should be grounded. But Boeing has shown no interest and had said practically nothing.
14. MAS has been flying numerous kinds of aircrafts and has a good record. The pilots are well-trained. Even if the pilot wants to commit suicide the co-pilot and the cabin crew would not allow him to do so without trying something. But no one, not even the passengers did anything. Maybe it is because they have been somehow incapacitated.
15. Boeing must answer all these questions. Boeing must demonstrate possible ways for the communications system to be disabled. Boeing must accept responsibility for building an aircraft that can disappear in mid-air so completely.
16. MAS is not at fault, lax security or not. MAS flew a plane fully expecting it to perform the task. But the plane has somehow behaved differently. Who is responsible? Not MAS but certainly the makers of the plane – Boeing Aircraft Corporation.

Friday, April 25, 2014

Cuti Hari Jumaat yang tidak selaras : Keluarga menjadi MANGSA



Pertama sekali penulis bukanlah berniat untuk mencabar mahupun memalukan, jauh sekali menyemai kebencian terhadap institusi beraja. Malah penulis adalah antara ribuan rakyat yang tidak pernah ketinggalan dalam mempertahankan Sultan sekiranya ada isu negatif cuba dikaitkan dengan Baginda. Apa yang ingin disampaikan ialah masalah serta keluhan ibu bapa atau lebih tepat institusi keluarga yang terpaksa memendam rasa akibat perlaksanaan tergesa-gesa sistem cuti hari Jumaat. Bukanlah masalah bagi rakyat untuk menyesuaikan diri dan terus akur dengan keputusan Sultan. Namun, adakah Baginda Sultan tidak suka jika rakyat jelata menyanjungi Tuanku kerana sikap keperihatinan Tuanku terhadap permasalahan mereka? 

MASA BERSAMA KELUARGA

Keluarga adalah institusi asas dalam pembentukan institusi yang lebih besar. Jika asas ini porak peranda maka lahirlah individu dalam masyarakat yang radikal, pincang dan rosak. Di zaman yang memaksa kita bersaing sengit dalam pembangunan negara, masa bersama keluarga semakin dihimpit dan anak-anak semakin hilang perhatian. Maka atas kesedaran inilah ramai diantara kita mengambil peluang secukupnya pada hujung minggu  untuk bersiar-siar bersama keluarga, melancong, menjenguk orang tua di kampung. 

Namun jelas perlaksanaan cuti hari Jumaat yang tidak diselaraskan ini telah merampas sebahagian masa yang sangat berharga bagi rakyat untuk bersama-sama dengan keluarga. Hanya mereka yang berkhidmat dengan kerajaan sahaja yang tidak terjejas. Mereka yang selainnya :-
  • Kedua ibu bapa yang bekerja dengan syarikat swasta.
  • Ibu yang bekerja di syarikat swasta dan bapa yang bekerja dengan kerajaan atau sebaliknya
  • Ibu bapa yang bekerja dinegeri berlainan.
Masa cuti hujung minggu mereka menjadi sempit kerana ada anggota keluarga yang terpaksa bekerja atau menghadiri sesi persekolahan. Bagi mereka yang berjauhan atau mengunjungi orang tua dikampung, petang sabtu sudah tergesa-gesa untuk pulang kerana esoknya hari bekerja. Anak-anak ada yang terpaksa ponteng sekolah hanya kerana mengikuti keluarga pulang ke kampung atau bercuti hingga menjejaskan pelajaran mereka. Cuti tahunan tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya. Hubungan kekeluargaan semakin jauh kerana semakin berkurangnya perhatian ibu bapa terhadap anak-anak. Hal ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan setelah pelbagai usaha dijalankan oleh agensi kerajaan agar masyarakat dapat mengutamakan keluarga dalam kehidupan mereka. 

SIMBOLIK KUASA AGAMA 

Sama ada benar tekaan saya hanya pihak yang terlibat sahaja dapat menilaikan bahawa perlaksanaan cuti hari Jumaat adalah sebagai langkah kerajaan Johor mengukuhkan identiti kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam. Namun berbaloikah perhatian dan layanan istimewa kita untuk berdepan dengan golongan liberal seperti Marina Mahathir ini berbanding masa bersama keluarga yang dijadikan mangsa? 

Ya puak liberal cukup tidak senang maka dikatakanlah tiada langsung dalam ajaran Islam untuk memuliakan hari Jumaat dengan larangan bekerja. Malah, surah Al Jumua'ah ayat 9 & 10 menjadi rujukan. Perintah Allah agar kita meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat Jumaat secara berjemaah. Setelah selesai disuruh pula kita untuk kembali berusaha mencari kurniaanNya, tiada pula larangan terhadapnya. Menetapkan cuti sebagai memuliakan hari kebesaran agama hanya mengikut jejak langkah orang Kristian yang memberi cuti pada hari ahad untuk memudahkan penganutnya ke gereja. Cuti atau rest day dalam Akta Kerja hanyalah hak pekerja untuk mempunyai satu hari rehat sebelum menyambung tugasnya semula. Ia tidak sepatutnya dikaitkan dengan agama seolah-olah agama itu tiada pada hari-hari selain hari cuti. Bagi orang Islam tiada hari cuti melainkan uzur. Kerja mencari nafkah juga adalah ibadah dalam kita memenuhi keperluan diri tangungan dan orang sekeliling yang memerlukannya. 

CADANGAN PERLARASAN CUTI

Kumpulan pelabur Singapura yang semakin rancak terlibat dalam pembangunan di Johor ada menyatakan bahawa perlaksanaan cuti hari Jumaat hanyalah langkah kebelakang Kerajaan Negeri. Lalu tekanan ekonomi menyebabkan perlarasan cuti hari Jumaat untuk sektor swasta adalah sangat sukar untuk dilaksanakan. Perlaksanaannya bermakna operasi mereka akan lumpuh selama 2 hari setiap minggu. Satu hari lumpuh di Johor iaitu pada hari Ahad dan satu hari lumpuh di Singapura pada hari Jumaat. Maka saya cadangkan jika cuti hari Jumaat tidak dikembalikan kepada asal, kerajaan boleh wujudkan sistem sekolah dua jenis, iaitu sekolah bagi murid yang ibu bapanya bertugas disektor swasta dan lagi satu jenis sebaliknya. Cadangan ini hanyalah sebagai mengurangkan impak. Pilihan untuk kembalikan cuti hari Jumaat kepada asal adalah yang seelok-eloknya.

Tidak tergambar rasanya kegembiraan rakyat dari sektor swasta mahupun kerajaan walaupun sekadar mendengar khabar angin bahawa cuti hari jumaat bakal dikembalikan semula kepada asal pada bulan Mei atau Jun. Pengumuman Dato Khaled akhirnya meleburkan kegembiraan yang seketika itu. Ada juga dikalangan kami yang berpendapat tindakan itu bakal memalukan Sultan. Namun saya yakin pilihan untuk memberi keutamaan kepada masa yang sangat-sangat berharga bersama keluarga pada hujung minggu adalah pilihan yang membina imej Istana yang sememangnya sangat dekat dan sangat disanjungi rakyat jelata. Sultan penaung kami semua. Tanpa Sultan, kami adalah rakyat yang tidak bernegara.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:“Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.”(Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).


Ampun Tuanku beribu-ribu ampun atas sembah derhaka patik ini mohon harap di ampun.  











Monday, April 21, 2014

KEZALIMAN KARPAL




Karpal antara mereka yang berani bersama DAP memperjuangkan visi Malaysian Malaysia dikala ramai yang menjauhkan diri dari parti itu selepas peristiwa 13 May... Begitulah pendapat Lim Kit Siang apabila ditanya tentang jasa mendiang terhadap dirinya. 

Tidak ada apa yang perlu dihairankan bagi mereka yang bukan bertaraf bumiputra ini apabila mereka menuntut hak kesamarataan ini. Keadilan bagi mereka adalah sama rata sama rasa. Manakala keadilan dalam Islam pula adalah meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Maka kelebihan yang dinikmati kaum bumiputra adalah yang selayak dan seadilnya mengikut prinsip keadilan dalam Islam. Keadilan yang difahami Karpal adalah kezaliman terhadap kaum pribumi negara ini. 

Mereka harus sentiasa sedar bahawa mempertikaikan status bumiputra bermakna mempertikaikan status kewarganegaraan mereka sendiri kerana ia adalah kurniaan dan hasil tolak ansur pemimpin kaum bumiputra terhadap kehadiran nenek moyang mereka sewaktu ketika dahulu. 

Adalah lebih terhormat jika mereka yang tidak berpuashati terhadap hak istimewa bumiputra melepaskan taraf kewarganegaraan mereka di negara ini dari terus menyakiti masyarakat peribumi yang banyak berkorban rasa selama menerima mereka menjadi sebahagian dari Malaysia.






Thursday, April 17, 2014

Jangan main-main dengan RIP! Si KAFIR tersentak!




Al-Baqarah:39 - Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. 

Al-Mā'idah:10 - Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran), merekalah ahli neraka. 

'Āli `Imrān:12 - Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: "Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) ke dalam neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan". 'Āli 

`Imrān:131 - Dan peliharalah diri kamu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir. 

'Āli `Imrān:10 - Sebenarnya harta benda orang-orang kafir, dan juga anak-pinak mereka tidak sekali-kali akan menyelamatkan mereka dari (azab seksa) Allah sedikit juapun; dan mereka itulah bahan bakaran api neraka.



JANGAN MAIN-MAIN DENGAN RIP.. SI KAFIR TERSENTAK!


Itulah antara ayat-ayat yang menjelaskan kedudukan orang bukan Islam pada hari pembalasan. Berpuluh lagi ayat-ayat yang diulang-ulang dalam Al Quran menggambarkan betapa  besarnya kemarahan dan kemurkaan Allah terhadap golongan ini. Malah kisah penyesalan mereka hingga sanggup berjanji akan jadi orang beriman jika dapat dikembalikan semula ke dunia turut diabadikan dalam Al Quran untuk diperdengarkan kepada mareka yang masih enggan beriman. Tanpa iman segala amal kebaikan yang dilakukan semasa hayat akan hilang seperti debuan yang ditiup angin kerana menafikan kekuasaan Allah dan tidak mengiktiraf hak Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang mencipta dan memelihara segala sesuatu.


Ayat-ayat ini semua wajib kita sampaikan kepada mereka yang belum beriman agar tidak dipersoalkan oleh mereka di hari pembalasan kelak. Apa hak kita menyembunyikan atau menghadkan penyebaran ayat Al Quran hanya dikalangan yang sudah Islam sahaja dalam masa yang sama membiarkan mereka yang bukan Islam terus dalam kekafiran hingga bertemu ajalnya? Perbuatan kita ini membuktikan betapa kita belum benar-benar yakin dengan kejadian hari pembalasan hingga kita tidak merasa gerun serta belas kasihan terhadap nasib mereka yang mati dalam keadaan kekufuran. Hatta seekor anjing yang terbakar tubuhnya pun pasti kita akan merasa belas dan menghulurkan pertolongan inikan pula manusia yang mungkin terdiri dari rakan-rakan kita yang kita temui seharian.

Ramai diantara kita mendakwa sudah beriman tetapi tidak merasa sedikit kegerunanpun apabila mendengar berita akhirat. Padahal inilah yang mahu disampaikan oleh Allah kepada kita sehingga sanggup melihat kekasihnya Muhammad dalam kesusahan. Keimanan dan keyakinan kita terhadap kehidupan akhirat benar-benar akan memberi kesan terhadap amal perbuatan kita malah beritanya sahaja bakal memaksa mereka yang masih belum beriman untuk menilai semula pandangan mereka terhadap agama.

Isu RIP ini sepatutnya menjadi ruang bagi menyedarkan kita atas tanggungjawab yang telah sekian lama kita tinggalkan. Ia adalah sunnah yang paling besar Rasulullah iaitu mengajak manusia kepada agama Allah sehingga bayi yang terakhir lahir di mukabumi ini sebelum angin sangkakala ditiupkan dapat mengucap kalimah LAILAHALILLAH. Kerana hanya dengan kalimah ini sahajalah dapat menyelamatkan anak adam dari terus berdiam dalam neraka selama-lamanya.


Friday, April 11, 2014

TUDUHAN ZAHID HAMIDI MEMBERI KERAKYATAN KEPADA 1,000 ORANG PEMEGANG BRITISH OVERSEAS CITIZEN (BOC) ADALAH DUSTA BELAKA!




1. Zahid Hamidi tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi untuk menganugerahkan kerakyatan kepada pemegang pasport BOC yang telah sengaja melucutkan kerakyatannya di Malaysia.

2. Jumlah yang didakwa seramai 1,000 orang seperti yang dilaporkan oleh media sosial juga adalah satu penipuan besar. Setakat ini, hanya tiga individu pemegang passport BOC yang telah diterima pulang oleh kerajaan Malaysia, itu pun dengan hanya diberi kemudahan Pass Residen.

3. Apakah kita semua mengetahui tentang status Pass Residen?

4. Pemegang Pass Residen boleh menetap selama 10 tahun di Malaysia namun tidak layak menjadi warganegara dan tiada hak untuk mengundi di dalam pilihanraya. Pendek kata, Pass Residen adalah status paling bawah hatta dibawah Permanent Residen sekalipun lebih tinggi kedudukannya.

5. Pass Residen ini akan dikeluarkan hanya untuk membolehkan pemegang passport BOC berada di Malaysia secara sah, selaras dengan peruntukan perundangan iaitu Peraturan 16A, Peraturan Peraturan Imigresen 1963.

6. Pemberian Pass Residen ini atas dasar Hak Asasi Manusia kerana Malaysia memberikan kemudahan Imigresen kepada semua sama ada rakyat Malaysia atau bukan rakyat Malaysia.

7. Zahid Hamidi tidak pernah mengkhianati kepercayaan yang diberikan bangsa Melayu kepadanya malah beliau seorang pemimpin yang tegas dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.

Thursday, April 10, 2014

Rhoma Irama HAIRAN pengkhianat seperti Anwar punyai ramai penyokong






Bagaimana seorang pemimpin boleh mengutuk negara sendiri, pemimpin jenis apa yang langsung tidak patriotik terhadap negara sendiri. Apakah pemimpin ini yang disukai oleh penyokongnya.

Kenyataan-kenyataan bapak Anwar bin Ibrahim di luar negara mengenai tragedi MH370 sangat menjelekkan, kata Rhoma Irama , Kita walau bagaimana susah pun negara kita tidak pernah memburuk-burukan negara sendiri.

Bapak Anwar langsung tidak ada sikap patriotik terhadap negara sendiri malah sanggup memburuk-burukan negara yang dia sendiri 'cari makan' untuk anak dan isterinya.

Jika pemimpin ini ada di Indonesia pasti rakyat Indonesia akan menghukum sekeras-kerasnya tetapi lain pula di Malaysia ramai yang menyokong.

Di Indonesia walaupun tidak sealiran dalam berpolitik tetapi kami tetap patriotik terhadap negara yang kami sayangi. 

DAP menjadi juara kejayaan membawa pulang chauvinist terbuang... BUKAN si baik hati Zahid Hamidi..



Baru-baru ini saya terbaca satu berita dari UK, kira-kira 1,000 orang Malaysia "tiada bernegara" merempat di negara itu setelah mengambil keputusan membatalkan atau 'mengoyakkan' pasport Malaysia kerana mahu menjadi warganegara England.Setelah membuat keputusan melepaskan kerakyatan Malaysia, hampir sebahagiannya yang berasal dari Pulau Pinang, kini menghadapi dilema kerana tidak mendapat hak kerakyatan negara itu.Mereka kini sudah menjadi manusia terumbang-ambing kerana sudah "tiada bernegara" atau stateless. Negara Malaysia mereka sudah berpaling-tadah, negara orang putih itu pula tidak mahu menerima mereka.Ada antara mereka adalah profesional yang kini terpaksa bekerja sebagai pencuci pinggan atau ada yang terpaksa mengemis.

Namun, saya tertarik apabila terbaca satu portal berita fz.com yang menyebut nama Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.Berita itu berbunyi begini:GEORGE TOWN (4 April): Kira-kira 500 orang yang didakwa "tiada bernegara" (stateless) dari Malaysia yang tinggal di United Kingdom seharusnya menarik nafas lega apabila kerajaan Malaysia memberi jaminan untuk menguruskan kepulangan mereka.Ia dilihat sebagai satu kejayaan kepada Ahli Parlimen DAP, Tanjung Ng Wei Aik yang begitu bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan masalah kumpulan tidak bernegara itu, yang ada antaranya hidup dalam daif kerana tidak dibenarkan kerja di UK.

Kumpulan itu yang telah menyerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia, dan kemudian memohon Taraf Kewarganegaraan Luar Negara British (BOC), setelah mempercayai ia adalah sijil yang laku digunakan di negara itu.Ketika mendedahkan maklum balas yang diberikan oleh Ahmad Zahid dalam sepucuk surat (pada 3 April), Ng berkata, kerajaan Malaysia telah bersetuju menyediakan perkhidmatan imigresen bagi membolehkan mereka berada di Malaysia secara sah apabila pulang kelak.

Kementerian Dalam Negeri berkata, perbincangan dengan kerajaan British berhubung dengan rayuan pemegang BOC itu juga akan dilakukan."Sebuah kaunter khas akan diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membolehkan pemegang BOC melapor diri sebaik tiba di Malaysia dan mereka akan dibantu oleh pegawai imigresen di KLIA."Zahid berkata pemegang BOC itu akan diberi nasihat oleh atache imigresen Malaysia di UK, serta pegawai-pegawai jabatan imigresen di sini dan KDN," kata Ng dalam satu sidang akhbar.

Berita lanjut mengenainya baca di sini:http://m.fz.com/content/stateless-malaysians-uk-can-return-ministry-tells-dap-repBacaan tambahan mengenai kisah itu di sini:*http://jebatmustdie.wordpress.com/2009/10/14/boc-disloyalty-has-its-price/*http://www.independent.co.uk/news/uk/politics/immigration-rules-leave-stateless-malaysians-in-limbo-2240532.html*http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/malaysia/6316612/Malaysians-left-stateless-in-UK-after-passport-gamble-backfires.html

Apabila membaca berita-berita itu dan kisah bekas rakyat Malaysia yang "berpaling tadah" itu dan kemudian mahu kembali semula, setelah UK enggan menerima mereka, maka kesimpulan saya mengenai erti "ketaatsetiaan kepada negara" ialah: Baik sungguhlah negara kita ini.

Maka itu saya teringat sajak Allahyarham Usman Awang mengenai sikap "baik hati" orang Melayu yang antara petikannya:

Baiknya hati Melayu itu
tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkanSuami pulang lapar tak makanKera di hutan disusu-susukanAnak di pangkuan mati kebuluran"

Tetapi malangnya, kebaikan kita sering kali diambil kesempatan pula oleh orang lain. Kebaikan kita, dibalas dengan tuba.


Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140409/re_05/Erti-Taat-Setia-Baik-sungguhlah-kerajaan-Malaysia-ini#ixzz2yXMuzgS2 © Utusan Melayu (M) Bhd





Wednesday, April 2, 2014

Tamat Sudah Misteri MH370..Tidak sangka tuntutan tidak dipenuhi..



Seorang ahli politik Taiwan yang telah bersara mendakwa pesawat MH370 telah dirampas oleh kru pesawat dalam usaha menekan kerajaan untuk membebaskan hukuman penjara ke atas pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim.

Chiu Yi, bekas penggubal undang-undang parti pemerintah Taiwan, Kuomintang. Menerusi blognya di Sina Weibo mikroblog Selasa lalu membuat dakwaan terbabit sebaik Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengesahkan satelit mengesan penerbangan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi. Mendakwa mempunyai rakan dalaman di dalam pentadbiran kerajaan U.S., Chiu menghuraikan kandungan mikroblognya kepada wartawan dengan mendakwa pesawat tersebut telah dirampas anak kapal dan kru penerbangan dan menuntut pihak berkuasa membebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat dengan denda lima tahun penjara.

Berbeza dengan versi rasmi yang menyatakan hubungan dengan pesawat terputus sekitar jam 1.20am. Chiu meneruskan dakwaan beliau dengan menyatakan kru pesawat telahpun dalam rundingan dengan kerajaan Malaysia dari jam 1.30am. Kerajaan Malaysia menolak tawaran tersebut dan kemudiannya pesawat tersebut kehabisan minyak sebelum hilang di Lautan Hindi, dakwa beliau lagi.

Chiu berkata kepada wartawan bahawa pesawat berkenaan tidak mendarat di mana-mana lapangan kerana juruterbang bukanlah seorang pengganas yang terlatih. Lebih-lebih lagi pendaratan memerlukan landasan dan panduan dari tanah atau pusat kawalan. Tambah beliau, kru penerbangan tidak menyangka tuntutan mereka akan ditolak. Menurut Chiu, berdasarkan pendedahan sumbernya, jururterbang mempunyai kaitan dengan Anwar walaupun ianya telah didedahkan kepada umum seminggu sebelum ini.

Chiu bukanlah yang pertama mengaitkan kehilangan pesawat MH370 dengan politik. Lebih-lebih lagi, teori beliau telah disangkal oleh kenalan-kenalanjuruterbang dengan menggambarkan kapten Zaharie sebagai seorang yang baik hati. Anwar Ibrahim juga menggambarkan penyokongnya itu merupakan seorang lelaki yang baik dan dia merasa jijik apabila musibah ini dikaitkan dengan politik.

Saya secara peribadi berpendapat bahawa kenyataan oleh Chiu ini bukanlah berdasarkan spekulasi atau agakkan dari orang seperti saya yang mempunyai kehidupan jauh dari punca-punca maklumat bersifat first hand. Malah teori yang dihasilkan sebelum ini hanya suka-suka setelah bosan dengan pelbagai teori tidak masuk akal dan tidak berpaksikan dengan maklumat yang telah ada walaupun terhad.

Maklumat dari Chiu ini perlu diambil serius dan kerajaan tidak boleh lagi menganggap ia masalah politik domestik seperti masalah yang pernah ditimbulkannya sebelum ini. Segala tindakan kerajaan dalam kes ini perlu mewakili setiap waris keluarga yang terkorban atau hilang dalam tragedi ini.

Cukup-cukuplah terlalu cermat dan berlembut dengan pengkhianat negara hanya kerana bimbang dengan kuasa pengaruh politiknya. Keselamatan harta benda dan nyawa rakyat negara ini perlu diberi keutamaan. Dalam situasi ini prosedur mahkamah tidak sepatutnya menjadi laluan.

Bagai manakah isu keselamatan dan kestabilan negara ini boleh diserahkan kepada beberapa orang peguam dan hakim dalam kamar mahkamah?

Benar Anwar tiada kaitan dengan jenayah ini. Namun siapa yang dapat menafikan kuasa dan daya tarikan yang ada pada Anwar? Beliau diakui mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi dan menunduk sebegitu ramai orang untuk mempercayai dan menuruti segala kata-katanya. Dalam isu MH370 ini, kru atau  anak kapal mungkin melakukannya tanpa sebarang paksaan mahupun arahan dari Anwar.

Cukup sekadar kata-kata kebencian terhadap kerajaan yang menjatuhkan hukuman atau dengan hanya bermodalkan wajah sedihnya dan keluarga untuk menarik simpati kononnya sekali lagi menjadi mangsa fitnah percaturan politik kotor pihak pemerintah. Bahkan mungkin Anwar sendiri tidak menyangka perkara ini boleh pergi terlalu jauh dan tidak dapat mengukur kesanggupan yang macam mana boleh dilakukan oleh pengikut yang bersimpati kepadanya. Beliau hanya tahu menghentam sehabis dan semahunya kerana itu sahaja yang beliau mampu lakukan apabila kariernya telah sampai kepenghujung...