Oleh Saiful Bahari Baharom
Akhir-akhir ini, kita semua dengar dan membaca bagaimana Kerajaan berbelanja mewah, sebenarnya merupakan tindakbalas kepada pengurangan subsidi.
Mula sekali kita harus melihat isu ini dari sudut yang lebih luas.
Bajet Kerajaan untuk tahun 2014 ialah RM264.2 bilion. Membelanjakan RM1.0m - RM2.0m sebenarnya, errrmm, kacang puteh. Jika anda seorang bergaji RM100,000 sebulan, adakah perbelanjaan untuk McDonalds di anggap mewah?
Adakah para kritik ini meneliti Bajet 2014?
Apa yang terdapat di dalam Bajet 2014 yang boleh di katakan mewah?
Adakah Kerajaan akan membina sebuah kompleks seni dan kebudayaan dari gelas dan titanium? Sesungguhnya, Qatar dan Abu Dhabi telah membina kompleks-kompleks sebegitu tetapi Malaysia tidak - kerana berbelanja sebegitu boleh di katakan mewah.
Adakah Kerajaan akan membina sebuah kota gajah putih dari marmar dan keluli? Apa yang "mewah"?
Oh ya..DS Rosmah pakai jet Kerajaan.
Di Amerika Syarikat, Michelle Obama mengunakan jet Kerajaan. Setiausaha Akhbar Rumah Putih berkata, "Selarasnya dengan amalan Presiden-Presiden dan Wanita-Wanita Pertama lepas, Michelle Obama sememangnya menggunakan jet kerajaan."
Oh kejap! DS Rosmah bukannya Wanita Pertama Malaysia. SPB Raja Permaisuri Agong memegang peranan tersebut.
Betul tetapi DS Rosmah adalah isteri kepada Ketua Kerajaan Malaysia. Obama adalah Ketua Negara DAN Ketua Kerajaan. Di Malaysia, peranan tersebut di pecah dua - SPB Yang Di Pertuan Agong (Ketua Negara) dan Perdana Menteri (Ketua Kerajaan).
Jadi, apa lagi?
Bagaimana kita jamukan nasi goreng kepada tetamu-tetamu asing?
Atau hanya memberikan kupon-kupon KFC apabila kita menabalkan YDP Agong baru nanti?
Mungkin SPB YDP Agong boleh naik kelas Business dengan ahli-ahli perniagaan dan juga anak-anak orang kaya lain?
Bila sampai airport luar negara, Seri-Seri PB YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong, PM dan isteri mengambil beg sendiri dan duduk di rumah tumpangan?
Saya tidak mahu melihat SPB YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong naik kereta Proton dan Menteri-Menteri Malaysia pakai kereta Kancil.
Adakah saya mahu melihat Menteri-Menteri kita, bila di sambut oleh pegawai-pegawai kerajaan luar negara menunggu Menteri-Menteri Malaysa keluar dari bahagian ekonomi - jelas nampak betapa sengkek Malaysia ini?
Malaysia akan di pandang lebih teruk dari beberapa negara Afrika yang sememangnya miskin dan daif.
Bagaimanakah penjimatan-penjimatan ini, yang jika dijumlahkan tidal mellebihi RM10-RM20 juta, akan dengan secara berkesan memberi impak yang bermakna kepada bajet keseluruhannya dan adakah berbaloi jika di bandingkan dengan kejatuhan tahap presij negara Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan yang kedua termaju di ASEAN?
Adakah juga dengan membelanjakan "kemewahan" tersebut di atas, kerajaan akan terpaksa menunda atau membatalkan peruntukan-peruntukan besar untuk pendidikan, kesihatan dan pertahanan negara?
Jadi, kepada yang menjerit Kerajaan mewah sila kemukan apakah perbelanjaan yang di katakan mewah, bukan perbelanjaan yang remeh-temeh tetapi yang betul-betul membawa impak kepada keutuhan kewangan Negara.
No comments:
Post a Comment