Oleh Saiful Bahari Baharom
Atau " Kenapa subsidi harus di kurangkan".
Banyak benor komen perihal hutang negara kita banyak, sehinggakan kalau di bahagi rata setiap penduduk negara, setiap warganegara Malaysia berhutang sebanyak RM18.3...0 sekepala.
Kerajaan di kritik tanpa henti tentang perkara ini. Ini dia carta hutang negara kasar sebagai peratusan KDNK dari tahun 2001 sehingga 2014 (2014 adalah anggaran).
(Apa dia KDNK? Keluaran Dalam Negara Kasar adalah ukuran semua aktiviti ekonomi di dalam matawang Ringgit Malaysia. Ianya di gunakan untuk mengukur saiz ekonomi negara. KDNK Malaysia pada tahun 2013 di dalam ASD (saya kalihkan ke ASD untuk tujuan perbandingan) ialah $289 bilion, KDNK Amerika Syarikat ialah $15,533 bilion).
Hutang negara pada tahun 2001 adalah 35.0% saiz KDNK negara. Pada tahun 2008 PM Najib ambil-alih, ianya naik ke 41.2%. (Carta geraf di bawah).
Dari 2008, PM Najib ambil alih, sehingga ke tahun 2013, hutang negara naik mendadak pada tahun 2009 dan 2010 dari 41.2% (2008) kepada 52.8% (2009) dan 53.5% (2010). Kenapa?
Antara sebab asas hutang negara naik adalah kerana subsidi minyak. Harga pasaran minyak sedunia mula berganjak dari tahap ASD20-ASD30 hingga ke AS110 (paling tinggi). Sekarang ianya berligar sekitar ASD80.00. (Carta geraf di bawah).
Cuba lihat pada tahun 2001 (di tanda 9/11 di carta, tanda peristiwa tragedi Pusat Perdagangan Dunia, New York). Harga minyak naik meninggi. Lagi harga naik, lagi besar subsidi kerajaan. Pada tahun 2013, subsidi minyak sahaja kosnya RM45.0 bilion.
Harga sedunia gula, tepung semua naik. Jumlah kesemua subsidi pada tahun lepas adalah RM63.0 bilion! Subsidi naik sehingga 10 kali ganda dalam 10 tahun tetapi pendapatan Kerajaan tidak pula naik 10 kali ganda.
Paling utama hutang naik pada tahun 2009 dan 2010 ialah untuk mengelak kegawatan ekonomi negara berlarutan. Bayangkan pada bulan Januari 2009, eksport negara jatuh hampir 30%, pelaburan asing jatuh dari RM56 bilion (2007) ke RM26 bilion (2009). Kejatuhan nya mendadak dan dalam.
Pakej ransangan ekonomi PM Najib berjumlah RM62.0 bilion atau secara peratusan 9.0% dari KDNK negara. Untuk bandingan Amerika Syarikat membelanjakan 7.0% untuk pakej ransangan mereka.
Pakej ini adalah untuk menyuntik duit ke dalam ekonomi – untuk menyelamatkan dari ekonomi mengecut (jatuh ke angka negatif). Alhamdulillah, KDNK kita berkembang:-
2009 = Negatif 1.5%
2010 = Positif 7.4%
2011 = Positif 5.1%
Kerajaan mengambil keputusan, seperti negara-negara lain, untuk meransangkan ekonomi sebab tidak mahukan kegawatan ekonomi berterusan.
Kerajaan sanggup menanggung hutang daripada membiarkan rakyat Malaysia mengalami hutang. Lagi susah, ekonomi teruk, kutipan cukai jatuh, pendapatan Kerajaan lagi teruk.
Kalau kegawatan berterusan, tidak di adakan pakej ransangan, Kerajaan yang hutang tidak naik, hutang rakyat pula yang meningkat. Sektor swasta mengalami kesusahan, rakyat mengalami kesusahan. Hutang rakyat naik entah berapa lagi teruk, di tanggung oleh kita semua. Lagi tak bestkan?
(Semua angka untuk Malaysia dan AS adalah dari Tabung Monetari Antarabangsa - International Monetary Fund - IMF).

No comments:
Post a Comment