Assalamu'alaikum .
1 ) Kita perlu sedar bila bercakap tentang hukum yang bukan qat'ie , ia bersifat ijtihadi.
2 ) Hukum ijtihadi mengambil kira fakta, masa , tempat, keadaan dan kesan.Kaedah menyebut : Al Hukmu 'ala syai'in far'un 'an tasawwurihi jadi inilah pertimbangan Dato Seri Mufti Perak
3 ) Manakala sebahagian wartawan yang menyiarkan artikel pula tidak didedahkan dengan teori hukum Islam, sebaliknya lebih teruja dengan capaian polirik untuk melariskan suratkhabar kecuali beberapa wartawan yang beretika.
4 ) Istilah dan hukum bughah perlu dirujuk kepada perbuatan itu sendiri dan kesannya. Kadang-kadang ia melibatkan kata-kata, perbuatan itu sendiri dan kesannya. Kadang-kadang ia melibatkan kata-kata , perbuatan dan i'tiqad. Manakala istilah 'halal darah' itu perlu dirujuk kepada tindakan ganas atau mengguling kerajaan. Tindakan ini dikira subversif kerana bersifat kekerasan. Siri rusuhan dan rampasan kuasa di negara kita kelihatan tidak berjaya. Tetapi bibitnya sudah ada dan kesan kerosakan dan kecederaan sudah nyata, jadi hukumnya adalah haram. Jika pihak berkuasa diserang dengan senjata atau kekerasan maka pihak berkuasa boleh mempertahankan diri, inilah yang dimaksudkan dengan halal darah bughah itu.
5 ) Demonstrasi TURUN realitinya tidak membawa senjata, TETAPI sebilangan kecil mereka menyimpannya di tempat strategik tertentu yang berjaya ditemui PDRM. Kebarangkalian penggunaan senjata seperti ini bila-bila masa sahaja boleh berlaku. Lagipun dalam kumpulan ini ada yang ikhlas mahukan keadilan. Tetapi ada juga yang menangguk di air yang keruh. Maka keperluan kita untuk bersiap siaga adalah satu kewajipan sebagaimana isyarat dalam surah al Anfal
6 ) Pendapat peribadi Mufti Perak dibuat SELEPAS DEMONSTRASI. Ia bermaksud ada kronologi bahaya yang dimunculkan puak pelampau ini sebalik tabir rancangan mereka yang sukar didedahkan kepada umum. Namun, sesuatu pendapat yang keras biasanya melihat kepada situasi yang tegang dan bahaya. Dalam kes ini, ia melibatkan kepentingan negara, nyawa rakyat dan geopolitik setempat dan isu keselamatan. Ia tidak boleh diperjudikan dengan gatwa yang membenarkan gejala seperti ini. Jadi anggaplah pandangan Dato Seri Mufti Perak sebagai tahzir atau peringatan untuk umat Islam yang lalai dan ghairah mencari perubahan, akhirnya bakal mengundang mudarat yang lebih besar pada kita.
7 ) Kita perlu bersangka baik dengan Dato Seri Harussani sebagai ulamak dan mufti proaktif Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Apa yang beliau sampaikan hanya satu nasihat agama untuk panduan umat Islam. Beliau mempunyai kedudukan yang baik di mata masyarakat. Justeri beliau bukan pengampu politik kepartian sebagai yang ditohmah sesetengah pihak yang sakit hati dengan beliau. Wallahu musta'aan.
8 ) Mengapa kita begitu teruja untuk menyerang mufti umat Islam. Adakah dengan Mufti berkenaan mengharamkan ajaran wahhabi, syiah, liberal di Perak lalu kita terus berteriak histeria mencercanya sekehendak hati ? Lalu kita hanya nampak kebenaran di celah-celah politik yang sempit ? Wallahua'lam.
9 ) Demonstrasi TURUN hanya kosmetik, sebab di belakang tabirnya adalah GULING kerajaan. Lihatnya seruannya di media sosial. dan maklumat ini juga telah diklasifikasikan oleh sumber intelligent PDRM. Bukan semata-mata provokasi media. Jika media yang merekacipta isu maka ia dikira menghasut, dan pengamal media dikira bersalah. Boleh dikenakan undang-undang SOSMA 2012. 15 Tahun penjara.
10 ) Kita sepatutnya menyelesaikan isu ummah dengan berbincang dan menggunakan saluran yang betul seperti sidang DUN, Parlimen, Dewan Negara dan Majlis Raja-raja dan beberapa forum tindakan ekonomi yang berwibawa. Bukannya dengan cara demonstrasi jalanan yang banyak mendatangkan mudarat berbanding manfaat. Allah lebih mengetahui niat kita sebenarnya. Allahu Allah.
11 ) Kerana Islam, Mufti Perak pernah menegur dan mengeluarkan fatwa antaranya mengharamkan Konsert Sure Heboh :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0731&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htmMenegur ahli politik yang mengkritik hukum hudud :http://www.sinarharian.com.my/nasional/mufti-perak-jangan-biadab-hal-agama-1.97551Mengharamkan tarian poco-pocohttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Harussanipertahanfatwaharampoco-poco/ArticleWallahua'lam.
No comments:
Post a Comment