Tuesday, January 21, 2014

CINA GEMAR BUAT HAK ORANG LAIN MACAM HAK DIA





TERKEJUT aku hari ini apabila dapat tahu bahawa ada sebuah syarikat milik Perancis telah didominasi oleh orang cina apabila seorang senior manager berbangsa dibawa masuk untuk mengawal HR. 

Aku pun baru teringat sebuah syarikat memproses sawit milik Jepun "dicinakan" hingga ramai engineer melayu yang telah berkhidmat selama berbelas tahun terpaksa berhenti kerana tak sanggup jadi mangsa diskriminasi perkauman..  

Lihatlah sikap orang cina yang gemar buat hak orang lain macam hak dia... termasuk hak pemerintahan negara milik orang Melayu ini...

Saturday, January 18, 2014

HUTANG NEGARA TINGGI – KENAPA?

 
 
 
 

Oleh Saiful Bahari Baharom

 Atau " Kenapa subsidi harus di kurangkan".

Banyak benor komen perihal hutang negara kita banyak, sehinggakan kalau di bahagi rata setiap penduduk negara, setiap warganegara Malaysia berhutang sebanyak RM18.3...0 sekepala.

Kerajaan di kritik tanpa henti tentang perkara ini. Ini dia carta hutang negara kasar sebagai peratusan KDNK dari tahun 2001 sehingga 2014 (2014 adalah anggaran).

(Apa dia KDNK? Keluaran Dalam Negara Kasar adalah ukuran semua aktiviti ekonomi di dalam matawang Ringgit Malaysia. Ianya di gunakan untuk mengukur saiz ekonomi negara. KDNK Malaysia pada tahun 2013 di dalam ASD (saya kalihkan ke ASD untuk tujuan perbandingan) ialah $289 bilion, KDNK Amerika Syarikat ialah $15,533 bilion).

Hutang negara pada tahun 2001 adalah 35.0% saiz KDNK negara. Pada tahun 2008 PM Najib ambil-alih, ianya naik ke 41.2%. (Carta geraf di bawah).

Dari 2008, PM Najib ambil alih, sehingga ke tahun 2013, hutang negara naik mendadak pada tahun 2009 dan 2010 dari 41.2% (2008) kepada 52.8% (2009) dan 53.5% (2010). Kenapa?

Antara sebab asas hutang negara naik adalah kerana subsidi minyak. Harga pasaran minyak sedunia mula berganjak dari tahap ASD20-ASD30 hingga ke AS110 (paling tinggi). Sekarang ianya berligar sekitar ASD80.00. (Carta geraf di bawah).

Cuba lihat pada tahun 2001 (di tanda 9/11 di carta, tanda peristiwa tragedi Pusat Perdagangan Dunia, New York). Harga minyak naik meninggi. Lagi harga naik, lagi besar subsidi kerajaan. Pada tahun 2013, subsidi minyak sahaja kosnya RM45.0 bilion.

Harga sedunia gula, tepung semua naik. Jumlah kesemua subsidi pada tahun lepas adalah RM63.0 bilion! Subsidi naik sehingga 10 kali ganda dalam 10 tahun tetapi pendapatan Kerajaan tidak pula naik 10 kali ganda.

Paling utama hutang naik pada tahun 2009 dan 2010 ialah untuk mengelak kegawatan ekonomi negara berlarutan. Bayangkan pada bulan Januari 2009, eksport negara jatuh hampir 30%, pelaburan asing jatuh dari RM56 bilion (2007) ke RM26 bilion (2009). Kejatuhan nya mendadak dan dalam.

Pakej ransangan ekonomi PM Najib berjumlah RM62.0 bilion atau secara peratusan 9.0% dari KDNK negara. Untuk bandingan Amerika Syarikat membelanjakan 7.0% untuk pakej ransangan mereka.

Pakej ini adalah untuk menyuntik duit ke dalam ekonomi – untuk menyelamatkan dari ekonomi mengecut (jatuh ke angka negatif). Alhamdulillah, KDNK kita berkembang:-

2009 = Negatif 1.5%
2010 = Positif 7.4%
2011 = Positif 5.1%

Kerajaan mengambil keputusan, seperti negara-negara lain, untuk meransangkan ekonomi sebab tidak mahukan kegawatan ekonomi berterusan.


Kerajaan sanggup menanggung hutang daripada membiarkan rakyat Malaysia mengalami hutang. Lagi susah, ekonomi teruk, kutipan cukai jatuh, pendapatan Kerajaan lagi teruk.

Kalau kegawatan berterusan, tidak di adakan pakej ransangan, Kerajaan yang hutang tidak naik, hutang rakyat pula yang meningkat. Sektor swasta mengalami kesusahan, rakyat mengalami kesusahan. Hutang rakyat naik entah berapa lagi teruk, di tanggung oleh kita semua. Lagi tak bestkan?

(Semua angka untuk Malaysia dan AS adalah dari Tabung Monetari Antarabangsa - International Monetary Fund - IMF).




KERAJAAN MALAYSIA MEWAH!


 
Oleh Saiful Bahari Baharom

 Akhir-akhir ini, kita semua dengar dan membaca bagaimana Kerajaan berbelanja mewah, sebenarnya merupakan tindakbalas kepada pengurangan subsidi.

Mula sekali kita harus melihat isu ini dari sudut yang lebih luas.

Bajet Kerajaan untuk tahun 2014 ialah RM264.2 bilion. Membelanjakan RM1.0m - RM2.0m sebenarnya, errrmm, kacang puteh. Jika anda seorang bergaji RM100,000 sebulan, adakah perbelanjaan untuk McDonalds di anggap mewah?

Adakah para kritik ini meneliti Bajet 2014?

Apa yang terdapat di dalam Bajet 2014 yang boleh di katakan mewah?

Adakah Kerajaan akan membina sebuah kompleks seni dan kebudayaan dari gelas dan titanium? Sesungguhnya, Qatar dan Abu Dhabi telah membina kompleks-kompleks sebegitu tetapi Malaysia tidak - kerana berbelanja sebegitu boleh di katakan mewah.

Adakah Kerajaan akan membina sebuah kota gajah putih dari marmar dan keluli? Apa yang "mewah"?

Oh ya..DS Rosmah pakai jet Kerajaan.

Di Amerika Syarikat, Michelle Obama mengunakan jet Kerajaan. Setiausaha Akhbar Rumah Putih berkata, "Selarasnya dengan amalan Presiden-Presiden dan Wanita-Wanita Pertama lepas, Michelle Obama sememangnya menggunakan jet kerajaan."

Oh kejap! DS Rosmah bukannya Wanita Pertama Malaysia. SPB Raja Permaisuri Agong memegang peranan tersebut.

Betul tetapi DS Rosmah adalah isteri kepada Ketua Kerajaan Malaysia. Obama adalah Ketua Negara DAN Ketua Kerajaan. Di Malaysia, peranan tersebut di pecah dua - SPB Yang Di Pertuan Agong (Ketua Negara) dan Perdana Menteri (Ketua Kerajaan).

Jadi, apa lagi?

Bagaimana kita jamukan nasi goreng kepada tetamu-tetamu asing?

Atau hanya memberikan kupon-kupon KFC apabila kita menabalkan YDP Agong baru nanti?

Mungkin SPB YDP Agong boleh naik kelas Business dengan ahli-ahli perniagaan dan juga anak-anak orang kaya lain?

Bila sampai airport luar negara, Seri-Seri PB YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong, PM dan isteri mengambil beg sendiri dan duduk di rumah tumpangan?

Saya tidak mahu melihat SPB YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong naik kereta Proton dan Menteri-Menteri Malaysia pakai kereta Kancil.

Adakah saya mahu melihat Menteri-Menteri kita, bila di sambut oleh pegawai-pegawai kerajaan luar negara menunggu Menteri-Menteri Malaysa keluar dari bahagian ekonomi - jelas nampak betapa sengkek Malaysia ini?

Malaysia akan di pandang lebih teruk dari beberapa negara Afrika yang sememangnya miskin dan daif.

Bagaimanakah penjimatan-penjimatan ini, yang jika dijumlahkan tidal mellebihi RM10-RM20 juta, akan dengan secara berkesan memberi impak yang bermakna kepada bajet keseluruhannya dan adakah berbaloi jika di bandingkan dengan kejatuhan tahap presij negara Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan yang kedua termaju di ASEAN?

Adakah juga dengan membelanjakan "kemewahan" tersebut di atas, kerajaan akan terpaksa menunda atau membatalkan peruntukan-peruntukan besar untuk pendidikan, kesihatan dan pertahanan negara?

Jadi, kepada yang menjerit Kerajaan mewah sila kemukan apakah perbelanjaan yang di katakan mewah, bukan perbelanjaan yang remeh-temeh tetapi yang betul-betul membawa impak kepada keutuhan kewangan Negara.
 
 

 
 
 

Friday, January 17, 2014

KITA sama-sama Melayu Islam bro...



Kita sama-sama melayu Islam bro.. Jangan cepat percaya dengan orang bukan Islam..Diorang ade agenda rahsia dan sekarang dah terdedah pun. Setengah mati kita diserangnya masih nak bersangka baik. Kita kene lah bijak sikit untuk survive. Jangan marahkan nyamuk sekor habis kelambu dibakar. Bantulah untuk memperbaiki apa yang kita ada sebelum kita hilang semua. Jangan nanti apa yang dikejar tak dapat .. yang dikendong pula keciciran..

Kita tak boleh ikut melulu dan mempercayai semua kata2 pimpinan PAS sebab mereka pun manusia juga. Allah dah lantik diri kita ni semua sebagai pemimpin. Kita perlu mampu untuk siasat dan membuat keputusan sebelum diri kita dijadikan mangsa akibat kesilapan orang lain. Kita semua bertanggungjawab atas apa yang bakal menimpa kepada masa depan kita dan anak2 kita. Apa salahnya kita bertindak lebih bijak untuk tidak meletakkan 100% kepercayaan kepada seseorang hanya kerana mereka bergelar ulama. Hormatilah diri kita sendiri yang Allah jadikan lengkap dengan akal fikiran. Jangan hina diri kita dengan menjadikan kita pengikut seseorang secara membuta tuli.. Akhirnya segala kesan dan akibat kita sendiri yang tanggung. Atau kita terlepas tetapi anak-anak kita yang terpaksa menerima padahnya.

Sikap rasis orang cina memang dah lama orang melayu sedar. Ia bukan perkara baru. Aku kat kompeni cina ni pun terpaksa bersabar betahun2 tengok anak cina tiba2 duduk atas kita dan kita pulak kena ajar dia. Kita semua pun tahu hubungan DAP dan PAP Singapura. Tetapi kerana sikap dendam kita kepada penyelewengan pemimpin UMNO kita sanggup juga terima DAP ni. Mana ada kerajaan yang sempurna bro. Yang penting kita kene jaga generasi kita jangan cepat gelap mata dengan duit. Ramai pegawai kerajaan kita dah kene beli dengan duit taukeh cina. Merekalah yang memulakan budaya rasuah ni. Kita sendiri pun tak mampu jamin jika dah dilonggokkan wang yang banyak untuk khianat pada negara.

Bukan semua orang takutkan Allah beb.. Iman bergantung kepada keinginan masing2 untuk perbaiki diri dan dekatkan diri dengan Allah.. Kekadang kita dah buat sesuatu kesalahan baru nak menyesal. Itu biasalah tu. Tapi jangan lah sampai kita sanggup mengikutkan amarah hingga terlupa asal usul kita dan jasa orang terdahulu untuk jadikan kehidupan kita selesa seperti sekarang. Kita pun ada banyak salah kerana dengki, dendam, mengumpat, fitnah dan macam2 lagi tapi kita tak sedar malah kita nampak  buruk salah orang lain lagi besar dari kesalahan kita itu. Salah tetap salah beb. Kalau inilah sikap kita entah sampai bila pun negara akan terus ketandusan orang yang baik2.

Thursday, January 16, 2014

"Siapa MAHATHIR?" VS Kang Kung: MANA MARUAH PEMIMPIN NEGARA?



Kalau masih ingat peristiwa M Nasir di gam dari bersiaran di mana2 stesen TV dan radio negara kerana hanya berkata "SIAPA MAHATHIR?".....

Tun M tetap disegani dan disayangi sehingga hari ini.. Apa dah jadi dengan kang kung..?



Monday, January 6, 2014

KENYATAAN RASMI S.S. MUFTI KERAJAAN NEGERI PERAK BERKAITAN ISU “ BUGHAH ” DAN “ HALAL DARAH ”



Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian dan portal Malaysiakini bertarikh 2 Januari 2014 yang menyatakan di halaman utama bahawa Perhimpunan Haram Di Dataran Merdeka “Penderhaka”, peserta perhimpunan sebagai “Bughah” iaitu penderhaka terhadap pemerintah adil. Sementara di halaman 10 akhbar Berita Harian ditulis pernyataan “sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari Hukum Syarak dihalalkan golongan bughah”. 

Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Januari 2014 di halaman utama dan kedua juga sarat dengan pandangan saya berkenaan isu “Bughah” dan demonstrasi. Kenyataan-kenyataan tersebut telah diterbitkan menerusi media arus perdana dan dikatakan menjadi polemic dan kecelaruan kepada masyarakat. Pada dasarnya, ianya adalah kenyataan daripada saya apabila ditemubual oleh wartawan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian namun, kenyataan panjang saya kepada Berita Harian berhubung perkara tersebut dipendekkan malah difokuskan hanya kepada isu demonstrasi “ TURUN” sahaja. Sedangkan terdapat isu lain termasuk penganjuran Konsert di Ambang Tahun Baru “ditiadakan” sebagai bahan berita.

Diizinkan Allah saya dapat menatap isu dan berita perihal demonstrasi setiap kali ianya dianjurkan oleh pelbagai pihak di Malaysia. Setiap kali penganjuran demonstrasi dilaksanakan, maka saya akan dihubungi untuk memberi ulasan terhadapnya. Apa yang menggusarkan saya ialah apabila berlakunya demonstrasi dalam skala yang besar di negara ini maka, majoriti para pesertanya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Maka, secara jelasnya akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang mana kedua-duanya merupakan warga Muslim. Jika berlaku pertembungan tersebut sudah tentu ia akan menghasilkan kemudaratan ke atas pihak-pihak, di samping akan menguntungkan mereka yang berkepentingan dan yang menangguk di air yang keruh.

Nasihat dan peringatan

Oleh yang demikian, selagi diberi amanah saya tidak akan berputus asa untuk menegur dan mendamaikan kedua-dua kumpulan yang merupakan saudara-audara saya. Sudah tentu ayat al Quran surah Al Hujurat ayat 9 menjadi panduan yang bermaksud :“…Dan jika dua puak dari orang-orang beriman berselisihan, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya bersifat melampau (zalim), maka lawanlah puak yang melampau (zalim) itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah diantara keduanya dengan adil (menurut hokum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil…” .

Sebab penurunan ayat ini dengan satu riwayat daripadanya ialah perbalahan yang ditimbulkan oleh Abdullah bin Ubai yang menyemarakkan perbalahan dengan mengatakan bahawa kencing himar Rasulullah ketika Baginda SAW menziarahi Sa’ad bin Ubadah telah menyakiti beliau.Dalam riwayat yang lain pula merekodkan perbalahan itu berlaku sesama golongan ansar.( tafsir Ibn Juza)

Saya berpandangan bahawa syarat “syaukah” yang sering dikaitkan dengan bughah masih dijadikan perbahasan seperti yang terkandung dalam kitab-kitab feqh contohnya kitab nihayatul Muhtaj.Dalam kes Abu Bakar al Siddiq memerangi orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat juga memberi gambaran kepada kita bahawa tindakan memerangi mereka juga diambil walaupun golongan ini tidak mempunyai senjata namun ia didokong oleh sekumpulan manusia yang mempunyai bilangan ramai dan munasabah mencetuskan suasana tidak aman kepada pemerintahan.

Pembentukan negara kita berasaskan sistem demokrasi berparlimen. Rakyat diberi hak untuk menentukan pemimpin yang mereka kehendaki berdasarkan sistem pilihanraya. Oleh itu, adalah tidak wajar sama sekali rakyat dihasut untuk mencari mekanisme yang lain bagi menyatakan ketidakpuasan hati kerana negara ini mempunyai instrumen yang diakui untuk menyampai hasrat rakyat seperti parlimen, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri ataupun mahkamah. Tanpa menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman sepertimana yang dilaungkan namun, rantaian demonstrasi yang telah berlaku mencatatkan sebaliknya. Telah timbul kebimbangan kepada rakyat di sekitarnya kerana kemudaratan lebih terhasil aripada manfaat.

Larangan memberontak

Saya menekuni hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :“Sesungguhnya akan timbul selepas aku sifat pentingkan diri ( daripada pemimpin-pemimpin kamu) dan perkara-perkara yang kamu ingkar ”. Sahabat bertanya , “ Wahai Rasulullah ! Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?Jawab Baginda SAW “ Kamu hendaklah menunaikan hak yang diwajibkan ke atas kamu dan mintalah hak kamu daripada Allah ”.Imam Al Nawawi menyatakan bahawa terdapat dorongan di dalam hadis ini untuk dengar dan taat sekalipun pemerintah adalah zalim. 

Sebagai rakyat, seseorang itu perlu memberikan hak pemimpin iaitu ketaatan dan tidak memberontak, bahkan dia perlu merendahkan diri kepada Allah dalam usaha menghapuskan kemudaratan pemimpin, menolak kejahatannya dan berusaha untuk membaikinya. Ini bertepatan dengan saranan Nabi Nabi SAW bahawa cara teguran terbaik adalah secara bersemuka.“Seafdhal-afdhal jihad ialah memperkatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim.” (HR Abu Daud)Antara adab penting yang wajib diambil kira dalam menasihati pemimpin ialah memberi nasihat secara sembunyi, bukan secara terang-terangan berdasarkan hadith:“Sesiapa yang ingin menasihati pemerintah berkenaan sesuatu urusan maka janganlah dizahirkan secara terang-terangan tetapi hendaklah meminpin tangannya ke tempat yang sunyi sekiranya dia menerima nasihat maka niatnya telah tercapai tetapi sekiranya ia enggan menerima nasihat maka sesungguhnya orang yang memberi nasihat telahpun melaksanakan tugasnya.”(HR Imam Ahmad)

Imam Ibnu Hajar Al Asqolani merakamkan dalam kitab Fathul Bari bahawa “ para Fuqaha telah sepakat atas kewajiban untuk mentaati pemimpin yang berkuasa dan untuk berjihad bersamanya. Ketaatan kepadanya lebih baik daripada memberontak kerana dapat mengelak daripada tercetusnya pertumpahan darah dan memberi ketenangan kepada orang ramai ”.

Belum pun ditinjau dari sudut istilah syara’, perkataan bagha dari sudut bahasa sudah pun membawa maksud kerosakan, melampaui batas, hasad dan kezaliman. (Maqayis lughah, Mukhtar al Sihah dan lisan al arab). Laporan Berita Harian hanya melaporkan pandangan saya tentang kerisauan saya tentang kesan bagha para penunjuk perasaan walhal saya juga membuat teguran yang sama kepada perbuatan bagha penganjur pesta maksiat sempena sambutan awal tahun.

Jika dikatakan demonstrasi adalah cara terbaik untuk menggerakkan kerajaan yang lalai, maka saya fikir itu bukanlah cara yang bersesuaian kerana saya tidak rela dengan apa yang berlaku di Mesir di mana kerajaan yang sah digulingkan secara kekerasan berpunca daripada demonstrasi yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban. Apa yang merisaukan saya adalah sekiranya demonstrasi ini menjadi tindakan biasa dan jalan pintas terhadap sebarang ketidakpuasan hati segelintir rakyat. Maka, keamanan dan kestabilan ekonomi, politik dan masyarakat tidak akan berlaku. 

Seperti dimaklumi, mekanisme menurunkan kerajaan secara aman telah disediakan secara terhormat dan demokratik serta telah terbukti mampu dibuat secara aman damai. Buktinya ialah terbahaginya negeri-negeri di Malaysia ini di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Kerisauan saya ini saya zahirkan dengan mungulangi ketetapan para ulama yang menggambarkan betapa usaha menjatuhkan kerajaan yang sah secara kekerasan itu sangat bahaya kepada kesatuan ummah bahawa golongan bughat ini boleh diperangi setelah diajak berdamai seperti direkodkan dalam pelbagai kitab termasuk al fatawa al kubra karangan Ibn Taimiyyah.

Semoga tanah air kita terselamat dari golongan ini dan menyelamatkan kita semua.Saya menyeru semua umat Islam berhati-hati dari terjebak menjadi ‘ayam laga’ kepada pihak-pihak yang berkepentingan melalui perkakas-perkakas media dan sebagainya kerana mereka sangat irihati jika umat Islam bersatu dan bersepakat. 

Ingatlah pesanan dan ancaman Rasulullah SAW :Jika datang kepada kamu sekumpulan manusia dengan seorang pemimpin yang bertujuan untuk merobek kekuatan kamu dan memecahbelahkan Jemaah kamu maka bunuhlah ia. (Hadith Riwayat Muslim) Hadith ini sebagai peringatan serius Nabi SAW agar dikekalkan penyatuan ummah dan segala usaha memecahbelah umat patut ditangani secara tegas dan tuntas.

Kesimpulannya, sekiranya berlaku percanggahan pandangan terhadap isu ini , ianya merupakan pemahaman dan penilitian saya terhadap isu dan kaitannya dengan reality semasa di negara ini. Saya tiada niat lain kecuali mencari redha Allah dan melihat perpaduan umat Islam terus terpelihara khususnya dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa.- 6/1/2014

Sumber: http://mufti.perak.gov.my/images/fatwapdf/bughah.pdf


Friday, January 3, 2014

Isu BUGHAH oleh Ustaz Zamihan









Assalamu'alaikum . 

1 ) Kita perlu sedar bila bercakap tentang hukum yang bukan qat'ie , ia bersifat ijtihadi. 

2 ) Hukum ijtihadi mengambil kira fakta, masa , tempat, keadaan dan kesan.Kaedah menyebut : Al Hukmu 'ala syai'in far'un 'an tasawwurihi jadi inilah pertimbangan Dato Seri Mufti Perak

3 ) Manakala sebahagian wartawan yang menyiarkan artikel pula tidak didedahkan dengan teori hukum Islam, sebaliknya lebih teruja dengan capaian polirik untuk melariskan suratkhabar kecuali beberapa wartawan yang beretika. 

4 ) Istilah dan hukum bughah perlu dirujuk kepada perbuatan itu sendiri dan kesannya. Kadang-kadang ia melibatkan kata-kata, perbuatan itu sendiri dan kesannya. Kadang-kadang ia melibatkan kata-kata , perbuatan dan i'tiqad. Manakala istilah 'halal darah' itu perlu dirujuk kepada tindakan ganas atau mengguling kerajaan. Tindakan ini dikira subversif kerana bersifat kekerasan. Siri rusuhan dan rampasan kuasa di negara kita kelihatan tidak berjaya. Tetapi bibitnya sudah ada dan kesan kerosakan dan kecederaan sudah nyata, jadi hukumnya adalah haram. Jika pihak berkuasa diserang dengan senjata atau kekerasan maka pihak berkuasa boleh mempertahankan diri, inilah yang dimaksudkan dengan halal darah bughah itu. 

5 ) Demonstrasi TURUN realitinya tidak membawa senjata, TETAPI sebilangan kecil mereka menyimpannya di tempat strategik tertentu yang berjaya ditemui PDRM. Kebarangkalian penggunaan senjata seperti ini bila-bila masa sahaja boleh berlaku. Lagipun dalam kumpulan ini ada yang ikhlas mahukan keadilan. Tetapi ada juga yang menangguk di air yang keruh. Maka keperluan kita untuk bersiap siaga adalah satu kewajipan sebagaimana isyarat dalam surah al Anfal 

6 ) Pendapat peribadi Mufti Perak dibuat SELEPAS DEMONSTRASI. Ia bermaksud ada kronologi bahaya yang dimunculkan puak pelampau ini sebalik tabir rancangan mereka yang sukar didedahkan kepada umum. Namun, sesuatu pendapat yang keras biasanya melihat kepada situasi yang tegang dan bahaya. Dalam kes ini, ia melibatkan kepentingan negara, nyawa rakyat dan geopolitik setempat dan isu keselamatan. Ia tidak boleh diperjudikan dengan gatwa yang membenarkan gejala seperti ini. Jadi anggaplah pandangan Dato Seri Mufti Perak sebagai tahzir atau peringatan untuk umat Islam yang lalai dan ghairah mencari perubahan, akhirnya bakal mengundang mudarat yang lebih besar pada kita. 

7 ) Kita perlu bersangka baik dengan Dato Seri Harussani sebagai ulamak dan mufti proaktif Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Apa yang beliau sampaikan hanya satu nasihat agama untuk panduan umat Islam. Beliau mempunyai kedudukan yang baik di mata masyarakat. Justeri beliau bukan pengampu politik kepartian sebagai yang ditohmah sesetengah pihak yang sakit hati dengan beliau. Wallahu musta'aan. 

8 ) Mengapa kita begitu teruja untuk menyerang mufti umat Islam. Adakah dengan Mufti berkenaan mengharamkan ajaran wahhabi, syiah, liberal di Perak lalu kita terus berteriak histeria mencercanya sekehendak hati ? Lalu kita hanya nampak kebenaran di celah-celah politik yang sempit ? Wallahua'lam. 

9 ) Demonstrasi TURUN hanya kosmetik, sebab di belakang tabirnya adalah GULING kerajaan. Lihatnya seruannya di media sosial. dan maklumat ini juga telah diklasifikasikan oleh sumber intelligent PDRM. Bukan semata-mata provokasi media. Jika media yang merekacipta isu maka ia dikira menghasut, dan pengamal media dikira bersalah. Boleh dikenakan undang-undang SOSMA 2012. 15 Tahun penjara.

10 ) Kita sepatutnya menyelesaikan isu ummah dengan berbincang dan menggunakan saluran yang betul seperti sidang DUN, Parlimen, Dewan Negara dan Majlis Raja-raja dan beberapa forum tindakan ekonomi yang berwibawa. Bukannya dengan cara demonstrasi jalanan yang banyak mendatangkan mudarat berbanding manfaat. Allah lebih mengetahui niat kita sebenarnya. Allahu Allah. 

11 ) Kerana Islam, Mufti Perak pernah menegur dan mengeluarkan fatwa antaranya mengharamkan Konsert Sure Heboh :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0731&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htmMenegur ahli politik yang mengkritik hukum hudud :http://www.sinarharian.com.my/nasional/mufti-perak-jangan-biadab-hal-agama-1.97551Mengharamkan tarian poco-pocohttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Harussanipertahanfatwaharampoco-poco/ArticleWallahua'lam.

Thursday, January 2, 2014

Ditumpahkan darahnya ATAU mati sendiri sebagai ahli neraka



Ditumpahkan darahnya ATAU mati sendiri sebagai ahli neraka 

Itulah pilihan yang ada bagi penentang kerajaan. 

Samada kerajaan cukup syarat untuk dituduh sebagai kerajaan yang zalim atau pun tidak.

Kerana jika kerajaan ZALIM? Sila tinggalkan negara atau mati sebagai ahli neraka.


An-Nisā':97 - Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.


Manakala jika Bughah.. Halal pula untuk ditumpahkan darahnya... 


Sistem demokrasi yang memerlukan pihak selain kerajaan untuk sama-sama berpeluang merebut kuasa pemerintahan hanya memerangkap dan menjerumuskan sebahagian umat Islam yang   jahil agama sebagai golongan yang mempunyai hanya DUA PILIHAN ini...



Layak ditumpahkan darahnya ATAU mati sendiri sebagai ahli neraka...


Ya agama ini tidak sama sekali merestui kehidupan seorang yang menentang kerajaan, apa lagi nyawa seorang yang menjadi pelengkap kepada sistem demokrasi neraka jahanam.