Pada tahun 1986, Lydia Kandou atau nama penuhnya Lydia Ruth Elizabeth Kandou bernikah dengan Jamal Mirdad. Pernikahan dua celebrity ketika mereka sama-sama di puncak ini menggemparkan seluruh Indonesia kerana perbezaan agama.
Jamal seorang Jawa Muslim manakala Lydia pula seorang Kristian Manado. Setelah pelbagai halangan dari sudut perundangan mahupun kecaman agamawan, Pasangan ini tetap berkahwin dalam keadaan mengekalkan agama masing-masing.
Pasangan ini telah dikurniakan empat orang anak yang mana kesemua agama mereka adalah Kristian. Pasangan ini akhirnya berpisah pada tahun ini 2013.
"Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya)."
Namun inilah realiti di Indonesia yang juga merupakan negara paling besar jumlah penganut agama Islamnya di dunia. Sungguhpun mempunyai perundangan berlandaskan Syariah, namun agen Pluralsime Agama dan Islam Liberal berjaya membenarkan Kalimah Allah yang Maha Suci lagi Maha Tinggi digunakan secara khianat dan penuh fitnah oleh pemuka Kristian. Jika Dr Asri boleh berbicara soal penggunaan kalimah Allah yang sinonim sebagai Supreme Power sekian lama oleh Masyarakat Arab, maka adakah hujah beliau boleh disesuaikan pula dengan penggunaan Allah dikalangan Masyarakat Nusantara yang sejarah asalnya beragama hindu sebelum kedatangan Islam?
Agen Pluralisme Agama dan Islam Liberal telah sekian lama mempengaruhi masyarakat Indonesia termasuk orang Islam sendiri agar setiap agama diberikan kesamarataan hak. Tiada yang boleh mengakui lebih unggul dari yang lain kerana semua agama adalah sama iaitu mengajak manusia kepada kebaikan. Agen ini juga menekan pemerintah dengan pengaruh mereka yang besar sehingga kerajaan terpaksa akur. Program dakwah Kristian dibenarkan bersiaran di RCTI pada pagi hari natal. Kerajaan sekali kali tidak dapat mengetepikan tuntutan mereka kerana umat Islam sendiri tidak menunjukkan penetangan malah menjadi pendokong paling terkehadapan.
Hasilnya lahirlah generasi yang memandang agama sekadar tag yang adakala menyusahkan serta membataskan kemahuan mereka. Keadaan seperti di indonesia kini lebih dasyat dimana dalam sebuah keluarga dan sanak saudara ada yang Kristian dan ada yang Islam. Keadaan yang serupa juga berlaku di Sabah dan Serawak yang mana pengembangan agama Kristiannya sangat maju. Dikatakan oleh penduduk tempatan bernama Mazlan Hasyim di facebook, Mubaligh Kristian sengaja menukar perkataan GOD dalam Bible kepada Allah sebagai satu cara mengekang kemasukan penduduk Sabah dan Sarawak yang ramai memeluk Islam.
Siapa kata bila Allah marah dan murka kita tidak akan tahu dan kita boleh teruskan hidup tanpa rasa bersalah? Mungkin kita baru tahu jawapannya.. mengapa bumi Indonesia dengan 200 juta umat Islamnya seringkali ditimpa BENCANA
Dalam Hangat pelukan mentari.
Diri terbalut mendung keresahan.
Resah bila bumi tak sudi lagi dipijak.
Resah jika laut tak mampu lagi memikul airnya.
Resah jika gunung tak sanggup lagi berdiri tegak.
Air mata ini belum lagi kering.
Puing-puing derita masih tercicir disepanjang jalan.
Terdengar lagi jeritan saudaraku disana.
Terdengar lagi jeritan teman-temanku disana.
Terdengar lagi jeritan para sahabat-sahabatku disana.
Bencana, bencana dan bencana...
Tak henti-hentinya menggoreskan duka.
Apakah ini suatu cobaan?
Ataupun Peringatan?
Ataukah azab Tuhan?
Fikirkanlah..
Renungkan lah..
Dan bertaubatlah selagi mentari pagi masih memanancar sinarnya..
Diri terbalut mendung keresahan.
Resah bila bumi tak sudi lagi dipijak.
Resah jika laut tak mampu lagi memikul airnya.
Resah jika gunung tak sanggup lagi berdiri tegak.
Air mata ini belum lagi kering.
Puing-puing derita masih tercicir disepanjang jalan.
Terdengar lagi jeritan saudaraku disana.
Terdengar lagi jeritan teman-temanku disana.
Terdengar lagi jeritan para sahabat-sahabatku disana.
Bencana, bencana dan bencana...
Tak henti-hentinya menggoreskan duka.
Apakah ini suatu cobaan?
Ataupun Peringatan?
Ataukah azab Tuhan?
Fikirkanlah..
Renungkan lah..
Dan bertaubatlah selagi mentari pagi masih memanancar sinarnya..
No comments:
Post a Comment