Thursday, October 17, 2013
Kalimah Allah: Taktik kekeliruan agama SESUMPAH Mubaligh Kristian
Isu Kalimah Allah ini adalah taktik kekeliruan agama yang dicipta sekian lama ditujukan khas buat bangsa yang sinonim dengan agama Islam seperti Arab, Indonesia dan Melayu. Jelas hal ini tidak berlaku kepada bangsa-bangsa yang lain di dunia walau apa sahaja nama tuhan yang mereka panggil .
Versi khas Kristian ini menjadikan taktik kekeliruan agama sebagai kemampuan istimewa atau senjata bagi menyesuaikan imejnya dengan kebiasaan sedia ada, persis seperti seekor sesumpah yang menukar warna kulitnya bagi mengelirukan mangsa.
Tidak perlu takut dengan kekeliruan?
Keyakinan atas asas apa jika Melayu yang terlibat dengan ajaran sesat seperti ayah Pin dan Syiah ribuan jumlahnya? Jika diserasikan Allah dalam ajaran Kristian maka adakah mudah untuk generasi akan datang mengenali Allah jika ada persaingan antara Al Quran dan Bible dalam memperkenalkan Allah? Bukankan lebih selamat jika Bible terus dengan GOD serta LORD nya dan Al Quran dengan Allahnya. Dalam keadaan umat yang pegangannya jelas goyah, adakah patut kita makin mendedahkan mereka dengan bahaya senjata kekeliruan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment