Apakah peranan Dr Asri yang sejak dari mula isu Kalimah Allah timbul beliaulah yang paling terkehadapan menyebelahi pihak gereja? Mungkin ramai yang masih ingat apabila kisah nurul Izzah yang menggemparkan seluruh negara berikutan kenyataannya dihadapan pemuka Kristian berkenaan kebebasan beragama yang sepatutnya turut diberikan kepada orang Islam. Pendedahan ini akhirnya diakui oleh Siti Kasim salah seorang Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Bar Council yang amat kecewa dengan putar belit dan pusingan U Turn Nurul Izzah.
Kita lihat jelas Dr Asri dijadikan perisai dalam isu berkaitan agama yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat. Beliau mengetuai suara bagi memberikan alasan dan sokongan terhadap agenda Pakatan Rakyat dalam mendepani tindak balas sensitiviti umat Islam.

Para Ilmuan dan Mufti termasuk ulamak dari kalangan pemimpin PAS sendiri telah lama bersuara berkaitan isu kalimah Allah ini. Namun apabila Datuk Noh Gadut memberikan amaran, beliau diperlekehkan oleh Dr Asri dengan cara mempersoalkan siapa Datuk Noh Gadut jika dibandingkan dengan Professor Yusuf Al Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili? Bagaimana dengan personaliti PAS seperti Pengurusi Dewan Ulamak PAS, Ustaz Harun Taib dan Timbalan Mursyidul Am PAS Dr Harun Din yang berdiri seiring dengan Datuk Noh Gadut itu? Mengapa bersifat memilih dalam melekehkan orang lain? Dr Harun Din melalui video bertajuk "KUFUR JIKA SOKONG GUNA KALIMAH ALLAH" memulakan hujahnya dengan menyatakan bahawa kita tolak tepi pandangan manusia dan kita berbalik kepada kata-kata Allah dalam Al Quran yang selayaknya dijadikan panduan. Beliau seolah-olah tahu ada orang yang akan memperlekehkan dan membandingkan beliau dengan ulamak besar lain seperti apa yang berlaku kepada Datuk Noh Gadut pada hari ini.
Jika Dr Asri boleh berbicara soal penggunaan kalimah Allah yang sinonim sebagai Supreme Power sekian lama oleh Masyarakat Arab, maka adakah hujah beliau boleh disesuaikan pula dengan penggunaan Allah dikalangan Masyarakat Nusantara yang sejarah asalnya beragama hindu sebelum kedatangan Islam? Mengapa hanya berani bicarakan tentang masyarakat Arab tidak kepada Indonesia yang turut membenarkan Allah digunakan oleh gereja?
Baiklah masyarakat Arab sudah merujuk panggilan Allah itu sebagai Tuhan atau supreme power. Namun apa bezanya dengan panggilan Maggi bagi sebarang jenama mee segera dan Colgate bagi sebarang jenama ubat gigi? Sebagai contoh, jika kita sakit perut kerana makan mee segera kemudian kita kata Maggi ni beracun padahal yang kita makan bukan berjenama Maggi tetapi Mamee. Habis busuk nama Maggi sedangkan yang kita makan sampai sakit perut itu mee segera Mamee.
Begitu juga dengan kalimah Allah, adakah Allah suka jika Tuhan yang beristeri beranak pada mula namanya GOD, LORD, JESUS, tetapi hanya kerana nak sesuaikan dengan kebiasaan masyarakat setempat maka kita gantikan dengan Allah. Allah pula kini mendapat isteri dan anak atas alasan yang tidak munasabah. Orang Islam pula tidak kisah dengan hal ini membenarkan dan membiarkannya seperti tidak ada apa-apa kesalahan padahal dia berkuasa dan lebih ramai jumlahnya berbanding orang Kristian. Jika ia berlaku di wilayah yang orang Islam sebagai minoriti yang tidak mempunyai kuasa itu lainlah, cukup dengan sekadar membencinya kerana penentangan mungkin akan mendatangkan mudhorat.
TAKTIK KRISTIANISASI HALUS
Isu Kalimah Allah ini adalah taktik kekeliruan agama yang dicipta sekian lama ditujukan khas buat bangsa yang sinonim dengan agama Islam seperti Arab, Indonesia dan Melayu. Jelas hal ini tidak berlaku kepada bangsa-bangsa yang lain di dunia walau apa sahaja nama tuhan yang mereka panggil .
Versi khas Kristian ini menjadikan taktik kekeliruan agama sebagai kemampuan istimewa atau senjata bagi menyesuaikan imejnya dengan kebiasaan sedia ada, persis seperti seekor sesumpah yang menukar warna kulitnya bagi mengelirukan mangsa.
Tidak perlu takut dengan kekeliruan?
Keyakinan atas asas apa jika Melayu yang terlibat dengan ajaran sesat seperti ayah Pin dan Syiah ribuan jumlahnya? Jika diserasikan Allah dalam ajaran Kristian maka adakah mudah untuk generasi akan datang mengenali Allah jika ada persaingan antara Al Quran dan Bible dalam memperkenalkan Allah? Bukankan lebih selamat jika Bible terus dengan GOD serta LORD nya dan Al Quran dengan Allahnya. Dalam keadaan umat yang pegangannya jelas goyah, adakah patut kita makin mendedahkan mereka dengan bahaya senjata kekeliruan?
Masyarakat Melayu boleh dikatakan masih terpelihara dengan wujudnya persekitaran Islam yang subur. Tradisi adat resam amalan budayanya yang telah diterapkan dengan nilai-nilai Islam buat sekian lama. Ditambah pula dengan lindungan perlembagaan negara hasil kebijaksanaan orang terdahulu yang mahu keturunannya kekal Islam hingga ke hari kiamat! Atas kerekter unik inilah manyarakat Melayu ini langsung tidak boleh disamakan dengan muslim yang berada di Arab mahupun Indonesia.

Aplikasi di Malaysia Timur pun berbeza kerana komposisi pengguna bahasa melayu dikalangan penganut kristiannya yang cukup besar. Namun bagi Melayu di Semenanjung pengguna bahasa Melayu dikalangan penganut Kristian sangat kecil. Kepentingan Melayu Islam yang dominan menjadi penentu dalam mempengaruhi keputusan mahkamah.
Antara hujah lemah Dr Asri yang tidak ada kefahaman dalam konteks penggunaan Allah dalam konsep trinity dalam Bible |
Aplikasi di Malaysia Timur pun berbeza kerana komposisi pengguna bahasa melayu dikalangan penganut kristiannya yang cukup besar. Namun bagi Melayu di Semenanjung pengguna bahasa Melayu dikalangan penganut Kristian sangat kecil. Kepentingan Melayu Islam yang dominan menjadi penentu dalam mempengaruhi keputusan mahkamah.
Namun Allah telah memberikan ujiannya melalui manusia bernama Dr Asri Zainul Abidin ini yang memainkan peranannya memecah belahkan umat Melayu Islam dengan mengetuai perang saraf agar kalimah Allah tetap dibolehkan diguna oleh gereja walaupun Mahkamah telah melarangnya.
Gereja sudah terbungkam, kini hanya tinggal suara Dr Asri dan Lim Guan Eng yang masih berdegil. Apakah hubungan mereka? Adakah Dr Asri menerima panggilan telefon dari Lim Guan Eng sama seperti panggilan telefon Nurul Izzah yang meminta bantuan dan sokongan?
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete