Sunday, October 27, 2013

Syurga dunia milik orang berSYUKUR



 
 
 
Susahnya nak rasa syukur...Walaupun saban hari tidak pernah terputus nikmat..
 
Apakah erti segunung nikmat yang kita dapat.. Jika sekelumit rasa syukur pun tidak pernah lekat.
 
Selagi hati rasa belum cukup... selagi itulah ia tidak pernah tenteram.
 
Celik saja mata mula berfikir apa lagi yang aku boleh dapat.. Sebelum tutup mata .. sesal kerana masih belum dapat..
 
Mata melilau melihat apa orang lain dapat... Mata sesal melihat keadaan diri sendiri walaupun bukanlah hidupnya seperti orang merempat..
 
Hati tidak pernah tenang selagi yang dihajat masih belum dapat..
 
Hati tidak pernah tenteram selagi mata melihat ada lagi yang lebih hebat!
 
Setiap malamnya tidur menderita sebagai seorang yang kecundang ....kerana hatta dunia dan isinya tidak mampu memenuhi keinginannya..
 
Tenanglah wahai jiwa .. Lupakanlah sementara kisah malang mu itu.. Kerana malangmu bukan kerana hidup bangsat dan merempat.. Tetapi malangmu kerana jiwa yang disiksa oleh desakan nafsu yang tidak mampu disekat..
 
Cukup-cukuplah terpedaya dengan kerlipan cahaya gemilang kehidupan dunia. Kelak kamu juga yang tidak mampu menutup mata ketika tiba masa jasad dikambus.
 
Kita ini asalnya syurga.. Mana mungkin segala yang ada di dunia mampu memuaskan hati kita..
 
Jika ada rasa sedikit kepuasan pun hanya apabila gayamu membuatkan rakan-rakan lain terpana dan cemburu .. Seketika kemudian kamu sendiri bingung apabila perasaan hebat itu luntur secara tiba-tiba  .. Hebatnya hanya beberapa ketika sebelum kamu berjaya mendapatkannya...Apabila sudah dapat maka ia hilang seperti sang manusia dahaga mengejar fatamorgana..
 
Sesungguhnya merasa cukup itu adalah nikmat yang tidak ternilai harganya!
 
Demi Allah orang yang bersyukur itu seolah-olah syurga telah menghiasi kehidupannya.. Dan kenikmatan dunia itu hanya sekadar debu hina yang melekat ditelapak kakinya!
 
 
Syukur itu bukanlah milik semua... Namun syukur itu adalah milik bagi orang yang sentiasa berusaha untuk mendapatkannya..Iaitu bagi mereka yang memejamkan matanya dari terpesona dengan kelebihan yang ada pada orang lain... Yang berusaha membuka mata sebesar-besarnya terhadap sekecil-kecil nikmat yang pernah dirasanya. .. Yang meminjamkan matanya kepada manusia lain untuk menyelami kepayahan hidupnya... Yang menghulurkan sedikit kelebihan kerana tidak sanggup melihat orang lain kempunan.
 
 
Wahai jiwa-jiwa yang tenang... masuklah kamu ke dalam Syurga.. Dan kamu kekal didalamnya buat selama-lamanya...












Wednesday, October 23, 2013

Melayu boleh ditipu berkali-kali?




Jika dulu Tunku dibenci orang Melayu Singapura kerana difitnah kononnya mahu merampas tanah orang Melayu... Akhirnya kini tanah sekangkang kera pun mereka takda..
 
Akibat terlalu bodoh percayakan Cina...
 
Akibat terlalu mudah sangat berperasangka sesama sendiri...
 
Melayu oh Melayu... dari dulu sampai kini bangsa mu boleh ditipu berkali kali..
 
Siapa kata pisang tidak boleh berbuah dua kali? Lebih daripada itu pun boleh jika namanya MELAYU
 
 

CIPTA PERPADUAN DALAM PERPISAHAN?..


Perpaduan Rakyat adalah isu nombor satu bagi mana-mana negara tanpa kompromi.
Tanpa perpaduan rakyat, negara akan huru-hara kerana masing-masing ingin membuktikan puak merekalah yang lebih dominan.
Oleh itu pemimpin yang bertoleransi tanpa memikirkan soal perpaduan negara adalah pemimpin yang bodoh dan tidak berwawasan.
Di Malaysia kononnya negara yang menjadi contoh amalan toleransi kaum yang berjaya dicemarkan oleh peristiwa Tsunami Cina.
Kebodohan paling besar mereka ialah mahu membina PERPADUAN dalam keadaan rakyat negara diPISAHkan mengikut bahasa sejak dibangku sekolah lagi.
PERPADUAN DALAM PERPISAHAN?..
KEBODOHAN APAKAH ORANG MALAYSIA INI!
HAPUSKAN SEMUA SEKOLAH VERNAKULAR.
KITA HANYA ADA SATU BANGSA IAITU BANGSA MALAYSIA!
BIARKAN ANAK-ANAK KITA BELAJAR, BERMAIN DAN MAKAN BERSAMA!

Sampai Bila Nak Percaya kononnya Anwar di FITNAH?






Kita ni rakyat biasa.. Jadi kita nak tuduh ke apa ke.. kita perlu berpandukan kepada mereka yang arif dalam membuat keputusan. Adil bukan?
 
Ya memang tuan-tuan yakin dengan kekuatan Anwar.. Namun sebagai seorang ISLAM, tuan-tuan sepatutnya tidak mengangkat orang seperti ini menjadi penghulu kita walau bagaimana hebat sekali pun dia ni.
 
Melainkan ISLAMnya tuan-tuan hanya ada pada NAMA semata....





Anwar lebih besar daripada Islam? ..

Aku setuju inilah yang dikatakan TAKSUB.. Ada manusia diangkat lebih tinggi daripada Penciptanya

 
 
 
Pada 2 September 2004, Anwar dibebaskan apabila ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan bercanggah dari segi tarikh sebenar kejadian liwat, walaupun pada umumnya ketiga-tiga hakim tersebut bersetuju berlakunya aktiviti liwat antara Anwar, Azizan dan Sukma
 
 
 
 

Saturday, October 19, 2013

Allah Kristian di Sabah dan Serawak...

 
 
Terpulanglah kepada penganut Kristian di Sabah dan Serawak sama ada ingin kembali kepada ajaran asal dengan GOD dan LORD atau masih status quo.
 
Bagi Islam jika mereka menentang hal ini mungkin sudah terlalu lambat kerana Allah telah digantikan pihak gereja untuk mengekang kemasukan orang Sabah dan Serawak ke agama Islam sekian lamanya. Di semenanjung masih baru dan patut dihalang.
 
Penggunaan Allah dalam gereja di Sabah dan Serawak menyebabkan banyak keluarga mempunyai ahli yang berbeda agama. Kekeliruan ini menyebabkan Islam tidak kisah tukar agama kerana mereka sangka kristian sembah Allah yang sama.. Penyelewengan agama kristian telah dianggap biasa dan itu hal yang penganut agama kristian patut fikirkan mengapa...

Thursday, October 17, 2013

Kerana Kristian juga sembah Allah..MAKA Lydia Kadou dan Jamal Mirdad Bersatu


Pada tahun 1986, Lydia Kandou atau nama penuhnya Lydia Ruth Elizabeth Kandou bernikah dengan Jamal Mirdad. Pernikahan dua celebrity ketika mereka sama-sama di puncak ini menggemparkan seluruh Indonesia kerana perbezaan agama.

Jamal seorang Jawa Muslim manakala Lydia pula seorang Kristian Manado. Setelah pelbagai halangan dari sudut perundangan mahupun kecaman agamawan, Pasangan ini tetap berkahwin dalam keadaan mengekalkan agama masing-masing.

Pasangan ini telah dikurniakan empat orang anak yang mana kesemua agama mereka adalah Kristian. Pasangan ini akhirnya berpisah pada tahun ini 2013. 




Berikut adalah surah Al Baqarah, ayat 221 yang melarang pernikahan pasangan berbeza agama ini:-

"Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya)."
  
Namun inilah realiti di Indonesia yang juga merupakan negara paling besar jumlah penganut agama Islamnya di dunia. Sungguhpun mempunyai perundangan berlandaskan Syariah, namun agen Pluralsime Agama dan Islam Liberal berjaya membenarkan Kalimah Allah yang Maha Suci lagi Maha Tinggi digunakan secara khianat dan penuh fitnah oleh pemuka Kristian. Jika Dr Asri boleh berbicara soal penggunaan kalimah Allah yang sinonim sebagai Supreme Power sekian lama oleh Masyarakat Arab, maka adakah hujah beliau boleh disesuaikan pula dengan penggunaan Allah dikalangan Masyarakat Nusantara yang sejarah asalnya beragama hindu sebelum kedatangan Islam? 


Agen Pluralisme Agama dan Islam Liberal telah sekian lama mempengaruhi masyarakat Indonesia termasuk orang Islam sendiri agar setiap agama diberikan kesamarataan hak. Tiada yang boleh mengakui lebih unggul dari yang lain kerana semua agama adalah sama iaitu mengajak manusia kepada kebaikan. Agen ini juga menekan pemerintah dengan pengaruh mereka yang besar sehingga kerajaan terpaksa akur. Program dakwah Kristian dibenarkan bersiaran di RCTI pada pagi hari natal. Kerajaan sekali kali tidak dapat mengetepikan tuntutan mereka kerana umat Islam sendiri tidak menunjukkan penetangan malah menjadi pendokong paling terkehadapan.










Hasilnya lahirlah generasi yang memandang agama sekadar tag yang adakala menyusahkan serta membataskan kemahuan mereka. Keadaan seperti di indonesia kini lebih dasyat dimana dalam sebuah keluarga dan sanak saudara ada yang Kristian dan ada yang Islam. Keadaan yang serupa juga berlaku di Sabah dan Serawak yang mana pengembangan agama Kristiannya sangat maju. Dikatakan oleh penduduk tempatan bernama Mazlan Hasyim di facebook,  Mubaligh Kristian sengaja menukar perkataan GOD dalam Bible kepada Allah sebagai satu cara mengekang kemasukan penduduk Sabah dan Sarawak yang ramai memeluk Islam. 


Siapa kata bila Allah marah dan murka kita tidak akan tahu dan kita boleh teruskan hidup tanpa rasa bersalah? Mungkin kita baru tahu jawapannya.. mengapa bumi Indonesia dengan 200 juta umat Islamnya seringkali ditimpa BENCANA




Dalam Hangat pelukan mentari.
Diri terbalut mendung keresahan.
Resah bila bumi tak sudi lagi dipijak.
Resah jika laut tak mampu lagi memikul airnya.
Resah jika gunung tak sanggup lagi berdiri tegak.

Air mata ini belum lagi kering.
Puing-puing derita masih tercicir disepanjang jalan.
Terdengar lagi jeritan saudaraku disana.
Terdengar lagi jeritan teman-temanku disana.
Terdengar lagi jeritan para sahabat-sahabatku disana.
Bencana, bencana dan bencana...

Tak henti-hentinya menggoreskan duka.
Apakah ini suatu cobaan?
Ataupun Peringatan?
Ataukah azab Tuhan?
Fikirkanlah..
Renungkan lah..
Dan bertaubatlah selagi mentari pagi masih memanancar sinarnya..




Kalimah Allah: Taktik kekeliruan agama SESUMPAH Mubaligh Kristian




Isu Kalimah Allah ini adalah taktik kekeliruan agama yang dicipta sekian lama ditujukan khas buat bangsa yang sinonim dengan agama Islam seperti Arab, Indonesia dan Melayu. Jelas hal ini tidak berlaku kepada bangsa-bangsa yang lain di dunia walau apa sahaja nama tuhan yang mereka panggil .

Versi khas Kristian ini menjadikan taktik kekeliruan agama sebagai kemampuan istimewa atau senjata bagi menyesuaikan imejnya dengan kebiasaan sedia ada, persis seperti seekor sesumpah yang menukar warna kulitnya bagi mengelirukan mangsa. 


Tidak perlu takut dengan kekeliruan?

Keyakinan atas asas apa jika Melayu yang terlibat dengan ajaran sesat seperti ayah Pin dan Syiah ribuan jumlahnya? Jika diserasikan Allah dalam ajaran Kristian maka adakah mudah untuk generasi akan datang mengenali Allah jika ada persaingan antara Al Quran dan Bible dalam memperkenalkan Allah? Bukankan lebih selamat jika Bible terus dengan GOD serta LORD nya dan Al Quran dengan Allahnya. Dalam keadaan umat yang pegangannya jelas goyah, adakah patut kita makin mendedahkan mereka dengan bahaya senjata kekeliruan?


Apakah Peranan Dr Asri dalam Isu Kalimah Allah?



Apakah peranan Dr Asri yang sejak dari mula isu Kalimah Allah timbul beliaulah yang paling terkehadapan  menyebelahi pihak gereja?  Mungkin ramai yang masih ingat apabila kisah nurul Izzah yang menggemparkan seluruh negara berikutan kenyataannya dihadapan pemuka Kristian berkenaan kebebasan beragama yang sepatutnya turut diberikan kepada orang Islam. Pendedahan ini akhirnya diakui oleh Siti Kasim salah seorang Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Bar Council yang amat kecewa dengan putar belit dan pusingan U Turn Nurul Izzah.

Kita lihat jelas Dr Asri dijadikan perisai dalam isu berkaitan agama yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat. Beliau mengetuai suara bagi memberikan alasan dan sokongan terhadap agenda Pakatan Rakyat dalam mendepani tindak balas sensitiviti umat Islam.




  
Para Ilmuan dan Mufti termasuk ulamak dari kalangan pemimpin PAS sendiri telah lama bersuara berkaitan isu kalimah Allah ini. Namun apabila Datuk Noh Gadut memberikan amaran, beliau diperlekehkan oleh Dr Asri dengan cara mempersoalkan siapa Datuk Noh Gadut jika dibandingkan dengan Professor Yusuf Al Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili? Bagaimana dengan personaliti PAS seperti Pengurusi Dewan Ulamak PAS, Ustaz Harun Taib dan Timbalan Mursyidul Am PAS Dr Harun Din yang berdiri seiring dengan Datuk Noh Gadut itu? Mengapa bersifat memilih dalam melekehkan orang lain?  Dr Harun Din melalui video bertajuk "KUFUR JIKA SOKONG GUNA KALIMAH ALLAH" memulakan hujahnya dengan menyatakan bahawa kita tolak tepi pandangan manusia dan kita berbalik kepada kata-kata Allah dalam Al Quran yang selayaknya dijadikan panduan. Beliau seolah-olah tahu ada orang yang akan memperlekehkan dan membandingkan beliau dengan ulamak besar lain seperti apa yang berlaku kepada Datuk Noh Gadut pada hari ini.


Antara hujah Dr Asri yang lemah langsung tidak mempunyai kefahaman konteks penggunaan kalimah Allah dalam Bible yang mempersekutukan Allah dengan Maryam dan Isa. Dr Asri juga hanya sekadar menjadikan kebiasaan masyarakat Arab dalam konteks bahasa tanpa mengambil kira kewujudan golongan Kristian Koptik Arab yang besar jumlahnya berbanding masyarakat Melayu yang dilaporkan laman missionary Joshua Project hanya sekadar 0.5 % dari komposisinya berjaya dikristiankan. 





Jika Dr Asri boleh berbicara soal penggunaan kalimah Allah yang sinonim sebagai Supreme Power sekian lama oleh Masyarakat Arab, maka adakah hujah beliau boleh disesuaikan pula dengan penggunaan Allah dikalangan Masyarakat Nusantara yang sejarah asalnya beragama hindu sebelum kedatangan Islam? Mengapa hanya berani bicarakan tentang masyarakat Arab tidak kepada Indonesia yang turut membenarkan Allah digunakan oleh gereja?

Baiklah masyarakat Arab sudah merujuk panggilan Allah itu sebagai Tuhan atau supreme power. Namun apa bezanya dengan panggilan Maggi bagi sebarang jenama mee segera dan Colgate bagi sebarang jenama ubat gigi?  Sebagai contoh, jika kita sakit perut kerana makan mee segera kemudian kita kata Maggi ni beracun padahal yang kita makan bukan berjenama Maggi tetapi Mamee. Habis busuk nama Maggi sedangkan yang kita makan sampai sakit perut itu mee segera Mamee.

Begitu juga dengan kalimah Allah, adakah Allah suka jika Tuhan yang beristeri beranak pada mula namanya GOD, LORD, JESUS, tetapi hanya kerana nak sesuaikan dengan kebiasaan masyarakat setempat maka kita gantikan dengan Allah. Allah pula kini mendapat isteri dan anak atas alasan yang tidak munasabah. Orang Islam pula tidak kisah dengan hal ini membenarkan dan membiarkannya seperti tidak ada apa-apa kesalahan padahal dia berkuasa dan lebih ramai jumlahnya berbanding orang Kristian. Jika ia berlaku di wilayah yang orang Islam sebagai minoriti yang tidak mempunyai kuasa itu lainlah, cukup dengan sekadar membencinya kerana penentangan mungkin akan mendatangkan mudhorat.
   
TAKTIK KRISTIANISASI HALUS

Isu Kalimah Allah ini adalah taktik kekeliruan agama yang dicipta sekian lama ditujukan khas buat bangsa yang sinonim dengan agama Islam seperti Arab, Indonesia dan Melayu. Jelas hal ini tidak berlaku kepada bangsa-bangsa yang lain di dunia walau apa sahaja nama tuhan yang mereka panggil .

Versi khas Kristian ini menjadikan taktik kekeliruan agama sebagai kemampuan istimewa atau senjata bagi menyesuaikan imejnya dengan kebiasaan sedia ada, persis seperti seekor sesumpah yang menukar warna kulitnya bagi mengelirukan mangsa. 


Tidak perlu takut dengan kekeliruan?

Keyakinan atas asas apa jika Melayu yang terlibat dengan ajaran sesat seperti ayah Pin dan Syiah ribuan jumlahnya? Jika diserasikan Allah dalam ajaran Kristian maka adakah mudah untuk generasi akan datang mengenali Allah jika ada persaingan antara Al Quran dan Bible dalam memperkenalkan Allah? Bukankan lebih selamat jika Bible terus dengan GOD serta LORD nya dan Al Quran dengan Allahnya. Dalam keadaan umat yang pegangannya jelas goyah, adakah patut kita makin mendedahkan mereka dengan bahaya senjata kekeliruan?

Masyarakat Melayu boleh dikatakan masih terpelihara dengan wujudnya persekitaran Islam yang subur. Tradisi adat resam amalan budayanya yang telah diterapkan dengan nilai-nilai Islam buat sekian lama. Ditambah pula dengan lindungan perlembagaan negara hasil kebijaksanaan orang terdahulu yang mahu keturunannya kekal Islam hingga ke hari kiamat! Atas kerekter unik inilah manyarakat Melayu ini langsung tidak boleh disamakan dengan muslim yang berada di Arab mahupun Indonesia.

Antara hujah lemah Dr Asri yang tidak ada kefahaman dalam konteks penggunaan Allah dalam konsep trinity dalam Bible

Aplikasi di Malaysia Timur pun berbeza kerana komposisi pengguna bahasa melayu dikalangan penganut kristiannya yang cukup besar. Namun bagi Melayu di Semenanjung pengguna bahasa Melayu dikalangan penganut Kristian sangat kecil. Kepentingan Melayu Islam yang dominan menjadi penentu dalam mempengaruhi keputusan mahkamah.   

Namun Allah telah memberikan ujiannya melalui manusia bernama Dr Asri Zainul Abidin ini yang memainkan peranannya memecah belahkan umat Melayu Islam dengan mengetuai perang saraf agar kalimah Allah tetap dibolehkan diguna oleh gereja walaupun Mahkamah telah melarangnya. 

Gereja sudah terbungkam, kini hanya tinggal suara Dr Asri dan Lim Guan Eng yang masih berdegil. Apakah hubungan mereka? Adakah Dr Asri menerima panggilan telefon dari Lim Guan Eng sama seperti panggilan telefon Nurul Izzah yang meminta bantuan dan sokongan?   



Thursday, October 10, 2013

Kurangkan Jumlah Kakitangan Awam


Saya cadangkan kerajaan kurangkan jumlah kakitangan awam. Simpan hanya mereka yang benar-benar perlu, yang mampu menyampaikan polisi parti kerajaan pemerintah dan yang berintegriti tanpa kompromi. Jangan gunakan platform operasi kerajaan untuk menanggung Melayu. Melayu zaman sekarang telah maju dan berdaya saing.

Apabila perkara ini dilaksanakan, Kerajaan dapat mengurangkan defisit perbelanjaan negara. Kakitangan kerajaan mempunyai lebih banyak peluang untuk kenaikan pangkat dan gaji yang lumayan. Motivasi dan integriti mereka akan lebih positif dan mempercekapkan operasi pentadbiran negara.





Saturday, October 5, 2013

Melalui siapakah kita kenali ISLAM?



 
 
 
 
Percaya atau tidak.. hampir semua umat Islam di malaysia tidak khatam terjemahan AlQuran walaupun telah berpuluh tahun beragama Islam..
 
Mereka ini kenal Islam melalui guru, ustaz, pemimpin politik, ceramah agama tetapi bukan melalui ISI ALQURAN kerana mereka tidak faham bahasa arab dan mereka tidak mahu tahu maksud isi AlQuran.. 
 
Jika kita kenal Islam melalui Alquran adakah kita akan terjebak dengan sifat dendam iblis? kesesatan ajaran Samiri dengan sapi emasnya? Kesombongan Firaun yang mengaku lebih besar dari Tuhan?
 
Jangan kata kita sudah kenal Islam jika Al Quran pun tak pernah kisah apa isinya!