Tuesday, February 26, 2013

UMNO Utamakan Islam atau Perkauman?







Malcolm X mendapati Islam adalah jawapan bagi permasalahan RACISM. 


Bagaimana pula parti "Islam" mempersoalkan kelebihan warganegara yang diberi kepada golongan India Muslim dan pendatang Islam Philipina. Malah kedudukan pemimpin paling banyak berjasa Tun Mahathir yang berasal dari keturunan India Muslim juga dipersoalkan. Siapakah yang sepatutnya kedepan dalam meletakkan Islam lebih tinggi dari perkauman? Jika benar UMNO parti perkauman bagaimana seorang yang berketurunan India seperti Mahathir boleh dibenarkan menjadi presiden parti itu? 


Bahan sindiran ini hanya melucutkan tag UMNO sebagai parti untuk orang melayu dan digantikan pula kepada UMNO adalah parti untuk orang Islam


Bahan sindiran ini hanya melucutkan tag UMNO sebagai parti untuk orang melayu dan digantikan pula kepada UMNO adalah parti untuk orang Islam. Dimana parti ini menjadi "platform" untuk mengumpulkan sesiapa saja tanpa mengira kaum asalkan mereka mencintai Islam.


Orang Cina Islam pun risau jika ketuanan melayu terhakis




Bukan saja terhad kepada mereka berketurunan India.. Dr Ridhuan Tee, seorang Mualaf berbangsa Cina yang aktif berdakwah turut secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap Ketuanan Melayu kerana beliau yakin hak pribumi ini menjadi PELINDUNG dan kelebihan kepada Islam di negara ini. 



Tidak cukup dengan politik, rupa-rupanya konglomerat Syed Mokhtar Bukhary adalah berketurunan Hadrami Arab yang berasal dari Afghanistan. Individu ini diberikan kepercayaan yang luar biasa apabila kerajaan sering dikecewakan oleh sikap ramai bumiputra lain yang menyalahgunakan peluang yang diberikan oleh kerajaan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan yang segera. 


Artikel 160 Perlembagaan Malaysia mentakrifkan pelbagai istilah yang digunakan dalam Perlembagaan Malaysia. Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragamaIslam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura.

Kewujudan Perkara 160 (2) yang berkaitan dengan pemberian hak-hak istimewa ini perlu dilihat dan difahami daripada perspektif sejarah.

Takrifan MELAYU dalam perlembagaan ini lah yang membuka kepada ramai kaum lain untuk turut bersama mendapat kelebihan di negara ini asalkan mereka itu Islam. 

Jadi kenyataan bahawa UMNO adalah parti untuk orang Melayu sebenarnya membawa maksud parti untuk orang Islam. Melayu itu sendiri telah membuka batas recismnya dengan takrifan dalam perlembagaan. 






Re-discovering Brotherhood and Equality

First in Cairo, the Egyptian capital, then in Jeddah, the Saudi city, Malcolm witnessed what he claims he never saw in the United States: men of all color and nationalities treating each other equally. “Throngs of people, obviously Muslims from everywhere, bound for the pilgrimage,” he’d begun to notice at the airport terminal before boarding the plane for Cairo in Frankfurt, “were hugging and embracing. They were of all complexions, the whole atmosphere was of warmth and friendliness. The feeling hit me that there really wasn’t any color problem here. The effect was as though I had just stepped out of a prison.” To enter the state of ihramrequired of all pilgrims heading for Mecca, Malcolm abandoned his trademark black suit and dark tie for the two-piece white garment pilgrims must drape over their upper and lower bodies. “Every one of the thousands at the airport, about to leave for Jedda, was dressed this way,” Malcolm wrote. “You could be a king or a peasant and no one would know.” That, of course, is the point of ihram. As Islam interprets it, it reflects the equality of man before God.

Monday, February 25, 2013

Pakatan Rakyat akan MENANG dengan "Kuasa Kebencian"


Mereka perlu sentiasa katakan kerajaan JAHAT, JAHAT dan JAHAT...



Pentingkah manifesto bagi penyokong PR?

Apakah gunanya manifesto PR yang terbukti sekadar alat untuk memperdayakan rakyat?

Marahkah penyokong PR jika kerajaan parti mereka gagal menunaikan janji dalam manifesto?

Tak....Mereka tak pernah marah...

Penyokong PR sendiri pun tahu PR tak mampu dan takkan buat apa yang dijanjikan dalam manifesto mereka.. Mereka tidak kisah rakyat ditipu asalkan dapat memuaskan nafsu kebencian mereka terhadap kerajaan yang selama ini disuapkan pemimpin mereka.... Cara ini memang terbukti berkesan dan berjaya menguasai minda manusia ..

Saya sendiri pernah menyaksikan ceramah politik dengan jeritan maki hamun hingga kedengaran di luar dewan yang mana penontonnya hanyalah ratusan kanak-kanak tadika PASTI. Tiada orang dewasa di situ melainkan guru tadika yang mengawas anak muridnya. WAJARKAH pada umur seawal itu mereka telah pun mula menggunakan pendekatan menyemai kebencian ini? Keadaan ini berlaku kerana mereka terlalu yakin bahawa cara ini sangat berkesan dan terbukti berjaya menumbangkan mana-mana kerajaan pun.


Kebencian perlu sentiasa disuap untuk mengekalkan momentum..

Ketagihan untuk mendengar cerita yang mendatangkan kebencian kepada kerajaan..Mereka sendiri akan sanggup bersusah payah mencari sumbernya..

Seperti seorang yang dipengaruhi dadah, setiap hari mereka yang telah dibiasakan dengan cara ini akan  ketagihan untuk mendengar cerita yang mendatangkan kebencian kepada kerajaan...Walau apa cara sekalipun pemimpin mereka perlu bersedia dengan cerita walaupun terpaksa direka kerana kegagalan berbuat demikian akan menghilangkan ketagihan dan seterusnya mereka akan kehilangan pengaruh.

Walau apa cara sekalipun pemimpin mereka perlu bersedia dengan cerita walaupun terpaksa direka


Satu kelemahan yang perlu diuji termasuk diri anda sendiri ialah mereka yang ketagihan ini memang langsung tidak boleh DENGAR perkara baik yang kerajaan buat... LANGSUNG TAK BOLEH.. Itulah pantang mereka yang paling besar.. Jika sedikit ada rasa dalam hati mereka mengakui kebaikan kerajaan maka mereka akan tergelincir jatuh dan bebas dari ketagihan... LALU, kempen habis-habisan mereka lakukan untuk memboikot segala punca media yang menyampaikan kebaikan kerajaan. Untuk terus mengekalkan pengaruh mereka perlu sentiasa katakan kerajaan JAHAT JAHAT dan JAHAT...

Hanya pemimpin mereka sahaja yang boleh membuat keputusan tentang apa yang mereka harus fikir...Apa yang mereka harus buat... 


Bagi mereka tiada lagi keupayaan untuk berfikir sendiri... Apabila timbul isu negatif terhadap pemimpin mereka, mereka tidak akan berbuat apa-apa dan hanya akan ternanti-nanti jawapan yang akan diberikan oleh pemimpin mereka. Hanya pemimpin mereka sahaja yang boleh membuat keputusan tentang apa yang mereka harus fikir...Apa yang mereka harus buat...

Sangat hebat kuasa kebencian ini.. Sungguh luar biasa...














Wednesday, February 20, 2013

Semua orang nak jadi KAYA






"Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum itu melainkan kaum itu merubah diri mereka sendiri"

Ayat ini sering dikaitkan dengan kesungguhan seseorang itu untuk merubah kedudukan ekonominya walaupun kita menyedari hakikat rezki bagi setiap anak Adam itu adalah mengikut ukuran yang telah ditentukan Allah semenjak azali lagi.

Namun tidakkah kita sedari konteks ayat ini dan ayat-ayat lain disekelilingnya hanya berkaitan dengan "amal soleh", bukannya harta dan kekayaan duniawi.

Amal solehlah yang akan menjadi bekalan kita ke Alam Barzakh.

Jika harta kekayaan yang sedikit pun tidak mampu dibelanjakan dijalan Allah apa pula yang menyebabkan kita berasa yakin kekayaan yang banyak tidak menjadikan kita seorang yang kikir dan bakhil.

Jika kekayaan yang sedikit itu lebih memberi keselamatan kepada kita dari ancaman api neraka maka janganlah kita berani mengharapkan kekayaan yang banyak tetapi hanya mengundang binasa berkekalan diakhirat kelak.

Semua nak jadi kaya...



Kerja Paling Elit


Apakah nasib kita jika Nabi tinggalkan kerja dan hidup sepertimana kita hidup hari ini?..


"Terlalu banyak sangat diskusi, mengejar pengaruh dan sanjungan..Kerja Nabi adalah kerja yang kita semua telah tinggalkan... Jawablah diakhirat nanti atas kecuaian besar ini.." 

Kita yakin dengan Kalamullah bahawa sesungguhnya pada Rasulullah itu terdapat suri teladan yang baik. Namun pernahkah kita menjengah seketika amal-amal harian yang dilakukan sendiri oleh Nabi Besar Muhammad SAW dari mula bangkit dari tidur hingga Baginda beristirehat dimalam hari? Kerja yang Nabi lakukan dari awal pagi hingga ke hujung harinya adalah menyampaikan risalah Allah. Adakah kerja kita dari awal pagi kehujung hari atau mungkin hanya sebahagian daripadanya menyamai apa yang dilakukan oleh Rasulullah. Lalu contoh kehidupan siapakah yang kita ikuti jika sesaatpun tidak melakukan kerja Nabi? 



Penghulu segala Nabi ini adalah penyampai risalah Allah yang terakhir. Sesudahnya tiada lagi diturunkan nabi untuk membimbing manusia. Menyedari tugas berat yang ditangunginya hingga kehujung hayat Baginda masih menyatakan rasa risau "ummati..ummati..ummati". Kerana apabila Baginda tiada lagi maka ummatnyalah yang akan menyambut usahanya untuk menyampaikan risalah Allah kepada yang hadir kemudian di muka bumi ini.

Cuba bayangkan jika Nabi meninggalkan kerja ini dan hidup seperti kehidupan yang kebanyakan kita lalui kini? Mungkin seluruh nusantara ini penuh dengan candi hindu dan gereja khatolik yang mana kita terpaksa penuhkannya semenjak kecil lagi...

Ucapan Pierre Andre ini dianggap sebagai ucapan yang terbaik pernah dikeluarkan dari mulut seorang anak seni..


Kerja Nabi adalah kerja ELIT dan diberikan segala keistimewaan yang mana majikannya Allah dan upahnya  pula hanyalah Syurga paling tinggi berjiran dengan para Nabi dan Rasul. Kerja yang Allah sanggup lihat Kekasihnya bersusah payah dan menderita kerananya. Kerana kerja ini jualah Kekasih Allah dikejar berbatu-batu sambil dibaling batu sehingga kasutnya bertakung darah.

Al Quran itu penuh kisah-kisah kerja yang dilakukan oleh utusanNya yang menjadi kebanggaan Allah  siap dengan dialog-dialog secara terpeinci.  


Kerja ini tidak perlukan kelulusan apatah lagi tauliah pejabat agama. Kerja ini ditawarkan mengikut kesanggupan. Ada yang separuh masa, sepenuh masa, dan seumur hidup.  Sepertimana besarnya ganjaran tahunan diberikan oleh sebuah bank kepada Marketing Department maka besar lagi ganjaran bagi mereka yang sanggup melakukan Kerja Elit ini. Menyebarkan agama Allah bermakna membantu agama Allah. Segala urusan hidupnya bukan lagi diuruskannya, Allahlah yang menguruskannya dan memenuhi segala keperluannya. Bukan pemilik jawatan itu sahaja akan menikmati ganjarannya malah seluruh kaum kerabat dan manusia yang pernah dikaitkan dengan dirinya berpeluang mendapatkan syafaat yang diperuntukan khas sebanyak 70,000 orang bagi setiap pemilik jawatan. Syafaat bagi orang-orang yang memudahkan dan membantu kerja seorang da'ie dan kaum keluarganya yang banyak berkorban. Sama seperti seorang penjual yang sanggup tebalkan muka untuk menjual barangan.. bezanya Kerja Elit ini memerlukan seseorang itu tebalkan muka untuk menyampaikan kalimah Allah.


“Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)



Friday, February 15, 2013

Malaysia Negara Sekular?




Apa sebab kerajaan sering dituduh sekular?

Adakah masuk akal menuduh seorang Islam itu kononnya begitu beria-ia meminggirkan agamanya sendiri ... Atas sebab apa?..

Rasanya kerajaan bersungguh-sungguh berusaha agar rakyat mendapat pengetahuan agama dan mempunyai kemudahan untuk mengamalkan agama dengan sempurna...

Bagi mereka yang memilih untuk enggan mengamalkan agama dengan sempurna termasuk dikalangan pemimpin mahupun rakyat biasa, itu adalah persoalan antara dirinya sendiri dihadapan Allah kelak. Kita semua pun tidak terlepas dari disoal atas amal perbuatan kita sendiri.

Apabila melihat seorang lelaki yang berjubah dan berserban dan sorang lagi hanya berseluar pendek.. Adakah hanya dengan pakaian sahaja boleh mengaitkan seseorang itu mengamalkan sekularisme? Jelas rakyat Malaysia yang kurang ilmunya akan diperdayakan dengan cara mentafsirkan sesuatu mengikut kaedah berfikir yang sangat ringkas.



Wednesday, February 6, 2013

Wira Penyatuan Umat






USTAZ NASHARUDIN MUNCUL DI TV3 dalam program SOAL JAWAB. Inilah dia wira penyatuan umat Islam yang dinanti-nanti setelah sekian lama kita terpaksa menelan pahit derita perpecahan ummah. Wira yang dahulunya ditatang seperti minyak yang penuh oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor ditinggalkan sendirian menempuhi mehnah dan tribulasi dari rakan disekelilingnya. Namun beliau tetap istiqamah demi menegakkan tuntutan agama agar umat Islam kembali bersatu padu dan menumpukan kekuatan.

Pintu hati beliau telah diketuk apabila menyaksikan sendiri kesantunan DS Najib Tun Razak yang ketika itu merupakan Menteri Pertahanan antara orang pertama tiba untuk melawat jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Noor. DS Najib sendiri menguruskan jenazah pemimpin PAS itu untuk dibawa ke kampung halamannya dengan menggunakan pesawat TUDM. Manakala Pak Lah yang juga Perdana Menteri Malaysia ketika itu menyambut sendiri jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Noor sebaik sahaja tiba dilapangan terbang Subang.

Terharu dengan sikap yang ditunjukkan kedua dua pemimpin besar negara itu beliau menyedari masanya telah tiba untuk PAS memperbetulkan salah sangkanya selama ini terhadap saudara seagamanya sendiri. Beliau sanggup menongkah arus kerana tidak mahu melihat umat Islam hanya menyedari kesilapannya setelah segalanya telah hancur dan berkecai.