Wednesday, December 19, 2012

Perlindungan Insuran VS Perlindungan Allah





Apakah tujuan anda membeli insuran? Apakah perasaan anda apabila mempunyai perlindungan insuran? Rasa selamat? Rasa dilindungi? Segala rasa bimbang, takut dan risau telah hilang?...

Ia adalah sesuatu yang ironi apabila seseorang yang mempunyai perlindungan insuran membayar premium bulanan dan dalam hatinya berkata "tak mengapa, duit ini adalah untuk keselamatan diri dan keluargaku" tetapi dalam masa yang sama pula berkata "bilalah aku akan gunakan faedah pelaburan Insuran ini..". Adakah anda pernah mendoakan diri anda untuk jatuh sakit atau ditimpa kemalangan?

Pernahkah kita mendengar perkhabaran seseorang yang jatuh sakit lalu syarikat Insuran membiayai sepenuhnya perbelanjaan perubatannya. Lalu kemudian dia jatuh sakit lagi dengan perbelanjaan perubatan yang lebih besar. Ia terus berulang-ulang. Misterinya dia tidak pernah menghidapi penyakit yang pelbagai itu sebelum diinsurankan. Kejadian ini mungkin berbeza beza jika dibandingkan dengan individu-individu lain yang turut mempunyai perlindungan insuran. Ini kerana semuanya bergantung kepada "perasaan kita terhadap insuran"..

Insuran pada hakikatnya hanyalah sekadar strategi kewangan sebagai persediaan ketika kecemasan terutama sekali apabila ditimpa musibah. Malangnya sebahagian dari kita yang berniaga Insuran atau melanggan insuran secara keterlaluan meletakkan harapan kepada mekanisma kewangan ini sehingga menghilangkan rasa takut dan harap yang sepatutnya kita himpunkan kepada Allah semata-mata.

Isu ini mungkin dianggap remeh namun ia bakal memberi kesan penderitaan dan kemelaratan tidak berpenghujung apabila kita tersilap meletakkan pergantungan hidup kita selain dari Allah.  Sekuat manapun kepercayaan kita terhadap Insuran. Sehebat mana pun ia membuktikan kebijaksanaan manusia menangani nasib malang.. YAKINlah bahawa Allah adalah sebaik-baik pelindung kepada mahkluk-mahklukNya. Allahlah yang berhak menentukan nasib untung rugi bahagia sengsara setiap mahklukNya. Allahlah yang lebih mengetahui apakah bala bencana malapetaka yang akan menimpa kita pada esok hari dan tidak ada sesuatupun yang boleh berlaku melainkan dengan IzinNya.

Bagi mereka yang meletakkan pengharapan dan perlindungan selain Allah.. Allah akan tinggalkan dia bersama harapanya itu mengadapi pelbagai musibah dan penderitaan.. Serulah punca-punca pengharapan dan perlindungan yang tadinya diletakkan selain Allah.. Lihatlah ketenteraman dan kebahagiaan jenis apa yang didambakan bersama tuhan yang baru itu!

Ingatlah! Yakinlah! Hanya Allah sahaja yang mampu menurunkan dan menghilangkan musibah..Dan percayalah hanya kepada Allahlah tempat yang selayak-layaknya untuk kita meletakkan segala pengharapan dan ketakutan. Dialah Allah Tuhan Yang Maha Besar sebaik baik pelindung bagi setiap mahkluk sekelian alam.

Perbetulkanlah hati kita agar tidak dengan secara tidak sengaja menggantikan Allah dengan yang lain lain. Berdoalah kita dengan sepenuh-penuh pengharapan se Nya kepada Allah dengan hati yang ikhlas. Mintalah hanya kepada Allah agar kita sentiasa dilindunginya dari segala kejahatan mahklukNya mahupun musibah ujian yang tidak mampu untuk kita tanggungi. Kita adalah mahkluk Allah yang lemah. Akuilah sentiasa hakikat itu sebelum Allah turunkan ujian yang pasti dan pasti kita akan kecundang setelah melaluinya. Semoga Allah jadikan dosa-dosa kita sebagai dosa yang terampun dan bukannya dosa yang membelenggu hidup kita dengan hukuman serta azab yang tidak terperi pedihnya! Amin YA RABBAL alamin!

Wallahu a'lam.

Tuesday, December 11, 2012

Pesanan Allah Agar Kita Tidak Menyesal




[53]Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


[54]“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.


[55]“Dan turutlah – Al-Quran – sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.


[56]“(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: ` sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! -


[57]“Atau berkata: ` Kalaulah Allah memberi hidayah petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertaqwa ! ‘ -


[58]“Atau berkata semasa ia melihat azab: ` Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!”


[59](Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): “Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!”


[60]Dan pada hari kiamat, engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah (dan yang menyatakan kesedihan itu) – muka mereka hitam legam; bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong takbur?


[61]Dan (sebaliknya) Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa (yang menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat) dengan mereka mendapat kemenangan besar (keredaan Allah) mereka tidak akan disentuh sesuatu yang buruk, dan tidak akan berdukacita.


[62]Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.


[63]Dia sahajalah yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; (orang-orang yang percayakan yang demikian beruntunglah) dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah yang jelas nyata itu, mereka itulah orang-orang yang paling rugi.

Monday, December 3, 2012

OTHMAN WOK : Teladan Buat Pengkhianat Bangsa.



Kerana kuasa politik orang Cinalah Singapura terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Othman Wok lah
yang paling banyak membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura untuk memberi undi kepada PAP dengan mengFITNAH kononnya TUNKU mahu mengambil tanah orang Melayu.

UMNO tewas kesemua kerusi di Singapura. Othman Wok kemudiannya dijadikan menteri dalam kerajaan Lee Kuan Yew sebagai ganjaran.

Singapura wujud sehingga kini sebagai pengajaran kepada orang Melayu agar ia tidak berulang lagi. Namun sayang hanya sebilangan saja yang mahu mengambil pelajaran..

Ternyata sehingga ke hari ini FITNAH terus menjadi ancaman paling besar dalam mengekalkan legasi yang ditinggalkan oleh tok nenek moyang kita.

Orang Melayu terus membuktikan bahawa mereka boleh dibeli untuk khianat kepada bangsa sendiri.

Pada awal 70 an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat terhad. Othman Wok yang juga Menteri mewakili orang Melayu membuktikan ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam.

Sikap yang ditunjukkan Othman Wok saling tak tumpah dengan sebilangan pemimpin Melayu di Pakatan rakyat yang sentiasa akur dengan DAP sebagai kata pemutus muktamad. ADAKAH KITA MASIH LAGI BOLEH DIPERBODOHKAN DAN MENERIMA MELAYU SEPERTI OTHMAN WOK SEBAGAI PEMIMPIN KITA?







Othman Wok dilahirkan pada 8 Oktober 1924 di Singapura adalah bekas Menteri Sosial dan ahli parlimen PAP yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan 1977. Di awal kerjayanya dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu yang kemudiannya menjadi timbalan editor akhbar berbahasa melayu, Utusan Melayu Singapura.

Beliau menyertai PAP selepas beberapa hari sahaja penubuhannya pada tahun 1954. Ketika itu beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada raja-raja melayu (seperti apa yang PKR perjuangkan sekarang ini. Ketika itu beliau banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman dan hak samarata serta dasar anit raja-raja melayu di dalam akhbar "Petir" sebuah suratkhabar berbahasa melayu keluaran Parti PAP (sama seperti Harakah). Selepas itu beliau dipilih sebagai salah seorang ahli dewan editorial buletin Petir dan dalam masa yang sama juga seorang lagi pemimpin tertinggi PAP iaitu Ahmad Ibrahim menjemput dia untuk menjadi ketua cawangan PAP Geylang Serai / Tampines pada tahun 1959.







Othman Wok adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia lah orangnya yang kerap kali menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan orang Melayu. Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia mengatakan yang hak-hak keistimewaan orang melayu dan raja-raja melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku. Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura. Beliau juga mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada Julai 1964 telah dirancang oleh UMNO dan Tunkulah dalangnya. Beliau amat gembira tentang berita pemisahan Singapura daripada Malaysia dan ada juga yang mengatakan yang beliaulah yang menulis skrip temuramah BBC dengan Kuan Yew sewaktu malam berpisahnya Singapura dari Malaysia, yang mana ketika itu kuan yew menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura dari Malaysia, padahal itu semua skrip yang dikarang oleh Othman Wok hanya semata-mata untuk orang Melayu berasa simpati dengan Kuan Yew dan membenci Tunku.






Sehingga sekarang ini Othman Wok masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dialah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura. Dia bersama-sama dengan berberapa pemimpin sayap Melayu dalam PAP antaranya Ishak Rahim, Rahmat kenap, Ariff Suradi, Buang Omar Junid, Mahmud Awang dan Yaacob Mohamed turun ke kampun-kampung Melayu menghasut orang Melayu supaya membenci UMNO dan Tunku. Pada tahun 1959, dia bertanding menjadi calon untuk PAP di kawasan Majlis Bandaran bagi kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan calon UMNO, dia tewas dalam pertandingan itu, akibat terlalu malu dengan kekalahan itu beliau menuduh  UMNO yang mengugut pengundi di situ supaya tidak mengundi dia. Apabila penduduk kampung mengetahui tentang cerita itu maka seluruh penduduk berkumpul dihadapan pejabatnya di Tampines dan menghalau dia keluar dari pejabatnya dan memaki hamunnya sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Othman Wok sekali lagi bertanding di parlimen Pasir Panjang dan kali ini beliau menang atas bantuan dan sokongan dana dari Kuan Yew.
Selepas Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh Kuan Yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial. Satu jawatan menteri yang tidak mempunyi apa-apa fungsi kerana Kuan Yew telah melantik seorang Cina untuk menjaga hal ehwal sosial dan Cina ini di letakkan di bawah jabatan Perdana Menteri. Selepas 14 tahun beliau menjadi menteri goyang kaki maka pada 1978 dia pun tidak lagi menjadi menteri kabinet Kuan Yew.








Sekarang ini dia menjadi salah seorang penulis cerita seram yang paling top di Singapura. Sesungguhnya manusia yang bernama Othman Wok ni adalah seorang pengkhianat bangsa Melayu yang terhebat dalam sejarah Melayu moden. Cara jalan cerita Othman Wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita. Takkan kita orang Melayu di sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura? ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri. Jangan sampai petualang Melayu seperti Othman Wok ni ada dan hidup membiak di dalam negara kita.







20010050106g1 (PANAS) Othman Wok Pengkhianat Melayu




Biography of : Othman Wok

Birth and Growing Up Years
Born in 1924, Mr. Othman Wok describes himself as an " Orang Laut "(literally, "man of the sea"), a descendant of one of a few hundred or so Malay families who lived in Singapore when Sir Stamford Raffles landed here in 1819.



He grew up in Telok Blangah where Malays, Indian and Chinese children played together.



Information Adapted from: http://mr-othmanwok.blogspot.com/
Mr. Othman's father, who was a Malay teacher, enrolled him in English-language schools, beginning in Radin Mas and then Raffles Institution. He then furthered his studies in England.
First published in The Straits Times, Jan 25, 1997
Article adapted from:http://ourstory.asia1.com.sg/independence/ref/race.html

His Career:His passion was journalism, but being inclined in politics, he became an active trade unionist. Upon joining the People's Action Party in 1954, a period when Singapore was being separated by communalists and communists, and politics was a matter of life and death; he was editor of a Malay-language newspaper, Utusan Melayu.
Upon winning a Parliamentary seat on his second try, he became the Member for Pasir Panjang in the General Election of 1963. Thereafter, he was the Minister for Social Affairs, stepping down in 1977 to become Ambassador to Indonesia for the subsequent three years.
First published in: The Straits Times, Jan 25, 1997


After the Japanese occupation, he began working for Utusan Melayu in 1946 and became an editor. His political profession began when he met Mr. Lee Kuan Yew. He was convinced of the call for multi racial viewpoints in Singapore. In due course he joined the PAP. He fielded as a PAP candidate in 1959 in the Malay-majority, UMNO - controlled ward of kampong kembangan. Some Malays accused him of being a conspirator and was a target of ill treatment. However he did not lose heart. He was the Minister of Social Affairs from October 1963 to June 1977.http://mr-othmanwok.blogspot.com/

As PAP's first candidate for UMNO stronghold Kampong Kembangan in 1959, Mr. Wok lost to the UMNO candidate but so won the hearts of the citizens that in 1963 the new PAP candidate thrashed UMNO by more than 90 percent. http://www.northeast.org.sg/spring_julaug2004/FEATURE/feature1c.html
Later Years:Following retirement from active politics in March 1981, he was Singapore's ambassador to Indonesia in addition to serving on the panel of the Singapore Tourist Promotion Board (STPB) and Sentosa Development Corporation (SDC).
Information adapted from: http://mr-othmanwok.blogspot.com
One of his duties as a board member included being a special guide for VIPs by escorting them around places in Singapore. While being with SDC, he was usually involved with Malaysia or Muslim nations in promotions in Saudi Arabia and the Middle East. As a member of the Administration and Finance Committees, he interviewed candidates applying for higher-ranking posts in the STPB. While serving with STPB, he was also a director of Overseas Investment Pte Ltd. Now, he is a director of a few private organizations, namely Lion AsiaPac Ltd, Mindsets Pte Ltd and Utasan Melayu (Singapore) Pte Ltd.Information adapted from biography book: Never In My Wildest Dreams
Call Number in Library: 324.25

The Singapore President recognized his political, economic and community contributions to the state development of Singapore, by awarding him with the Order of Nila Utama (2nd Class) in 1983.
Information adapted from: http://mr-othmanwok.blogspot.com/
He still lives life energetically nowadays and is in the midst of writing his third volume of Malayan horror stories.
Information adapted from: http://www.northeast.org.sg/spring_julaug2004/FEATURE/feature1c.html
His first volume, Malayan horror, was the bestseller in Singapore and Malaysia when it was first sold in 1991. His second book, Cerita-cerita Seram was published in 1995.
Information adapted from: http://www.northeast.org.sg/spring_julaug2004/FEATURE/feature1c.html
Done by: Gloria Tay,Heng Hui Yun and Sheryl Kiang
Class: 2 Faith



Thursday, November 29, 2012

Pertengkaran dipintu neraka antara pengikut dan pemimpin yang MENYESATKAN!


 


Berikut adalah peristiwa yang pasti berlaku di hadapan pintu neraka iaitu pertengkaran antara pemimpin dan pengikutnya. Alangkah menyesalnya mereka yang mengikut pemimpin yang menyesatkan ini sehingga membawa mereka kepada penderitaan dan kesengsaraan hidup dineraka iaitu seburuk-buruk tempat untuk kembali. Nauzubillahiminzalik!



[59](Penjaga neraka berkata kepada ketua-ketua golongan kafir dan penderhaka itu): ” Ini ialah serombongan (orang-orang kamu) yang masuk berasak-asak bersama-sama kamu “. (Ketua-ketua itu berkata): ” Mereka tidak perlu dialu-alukan, kerana sesungguhnya mereka pun akan menderita bakaran neraka “.

[60]pengikut-pengikut mereka menjawab: ” Bahkan kamulah yang tidak perlu dialu-alukan, kerana kamulah yang membawa azab sengsara ini kepada kami, maka amatlah buruknya neraka ini sebagai tempat penetapan “.

[61]Mereka berkata lagi: ” Wahai Tuhan kami! Sesiapa yang membawa azab ini kepada kami, maka tambahilah dia azab seksa berlipat ganda di dalam neraka “.

[62]Dan penduduk neraka itu tetap akan bertanya sesama sendiri: ” Mengapa kita tidak melihat orang-orang yang dahulu kita kirakan mereka sebagai orang-orang jahat (lagi hina)?

[63]” Adakah kita sahaja jadikan mereka ejek-ejekan (sedang mereka orang-orang yang benar)? Atau mata kita tidak dapat melihat mereka?

[64]Sesungguhnya (segala yang diterangkan) itu adalah benar iaitu perbalahan dan cercaan penduduk neraka sesama sendiri.

[65]Katakanlah (wahai Muhammad): ” Sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran, dan tidak ada sama sekali tuhan yang sebenar melainkan Allah Yang Maha Esa, lagi Yang kekuasaanNya mengatasi segala-galanya, -

[66]” Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya; Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni (dosa hamba-hambaNya)”.

[67]Katakanlah lagi: ” Apa yang aku terangkan itu (tentang keesaan Allah dan kebenaran kerasulanku) adalah berita penting yang amat besar (faedahnya).

[68]” Yang kamu terus mengingkarinya.



Siapa kata pemimpin yang kita sokong tiada kaitan dengan kehidupan akhirat kita 

 

 

 

 

Monday, November 12, 2012

Hijrah: Penubuhan PAS Baru?




Meletakkan pemimpin-pemimpin kanan yang mempunyai hubungan istimewa dengan DAP? ..Percaturan DAP membuahkan hasil untuk menguasai PAS.


PAS bagi kebanyakan pengikutnya bukan lagi sekadar parti politik. Mereka telah menganggap PAS adalah sebahagian dari hidup mereka. Imej mereka, keluarga mereka, kehidupan sosial mereka bersama kawan-kawan, malah gaya hidup mereka telah dicorakkan oleh parti ini sehingga ia telah sebati. Bukan itu sahaja, sekecil kecil pengorbanan mereka seperti derma mahupun potongan gaji untuk tabung PAS menjadikan hati mereka terikat dengan parti itu seolah oleh parti itu milik mereka. Mereka sentiasa bersedia meluangkan masa dan menjadikan ceramah-ceramah parti itu sebagai salah satu aktiviti keluarga yang wajib dipenuhi untuk mendidik anak dan isteri mereka. Lebih tepat dikatakan jika mereka tidak bersama parti itu maka mereka merasakan seperti telah menjauhkan diri dari agama mereka....

Jiwa mereka telah sebati. Hanya akur sebagai pengikut yang taat setia. Pengikut pun akan dipersoal oleh Allah jika menyokong perbuatan mungkar pemimpin.

Namun adakah mereka mampu untuk menerima kenyataan bahawa parti yang mereka cintai ini tidak terlepas dari percaturan pihak-pihak tertentu untuk mengubah prinsip dan dasarnya bagi disesuaikan dengan agenda mereka? Mereka yang pada asalnya menaruh sepenuh kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin mereka tidak pernah sama sekali menyangka bahawa suatu hari nanti pemimpin yang sama akan tergamak mengkhianati prinsip dan dasarnya yang selama ini diperjuangkan. 

Bukan mudah DAP untuk mendapat penyertaan orang Melayu. Maka dengan menguasai PAS memudahkan DAP memiliki Putrajaya.

Konsep Din Wa Daulah ini telah perjuangkan sekian lama oleh pendokong PAS. Jika sebut sahaja Negara Islam, Hukum Hudud pasti setiap rakyat Malaysia tidak dapat lari dari mengaitkannya dengan PAS. Atas keyakinan kepada konsep inilah mereka gigih berkhidmat menghambakan diri demi kemenangan parti. Konsep Daulah Islamiyyah yang dahulunya benar-benar sesuai dengan jiwa mereka lalu mereka bertekad untuk bersama seumur hidup dengannya. Malah atas dasar prinsip itu jua yang menyebabkan mereka mentaati pemimpin mereka sehingga sanggup mengkafirkan saudara seislam yang menolak dasar dan prinsip ini. Kini, dasar dan prinsip yang sering dibanggakan itu telah lupus. Pemimpin-pemimpin ini bukan lagi tidak bertindak mengikut dasar-dasar parti malah sanggup mengubah prinsip dan dasar parti demi kepentingan Politik. Parti ini membuktikan bahawa pemimpinlah yang mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan prinsip yang mana perlu diubah demi memberi laluan kepada alasan yang dipanggil "Strategi Kemenangan". Bukan lagi untuk memartabatkan syiar Islam, tetapi hanya sekadar untuk menjadi sekutu kecil  yang sentiasa bersedia untuk menerima apa saja arahan dari sipenganjurnya yang gagah perkasa.

Ada lagi yang masih meremehkan kuasa politik kafir dalam PR? Adakah kita lebih percaya dengan orang kafir untuk membela nasib orang Islam?

Penyokong diperingkat akar umbi sering tersepit dengan tindakan pemimpin mereka yang secara konsisten tidak selari dengan perjuangan mereka. Mereka sedar amat sukar untuk mempertahankan pemimpin mereka apabila isu-isu yang sangat jelas menggugat kesucian agama Islam tidak mendapat perhatian yang selayaknya. Parti yang bukan lagi diterajui oleh golongan ulama ini lebih mementingkan usaha untuk mendapatkan kuasa sehingga mereka kini dimandulkan apabila saat-saat memerlukan parti itu menjadi juara untuk mempertahankan Islam.

Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat bukan lagi atas dasar persefahaman yang dibentuk malah agenda tersembunyi yang lebih besar dilakukan oleh parti yang lebih dominan untuk mengubah PAS dari parti yang mempunyai polisi ala "Taliban" kepada Parti yang memperjuangkan ideologi barat seperti Sister In Islam. Ia bermula dengan mencantas pemimpin-pemimpin yang menjadi penghalang kepada agenda ini. Ia diganti dengan pemimpin sangat buruk pekertinya seperti Khalid Samad dan Mat Sabu. Mereka-mereka ini yang menerima faedah secara bulanan dari DAP dan sentiasa bersedia bertindak mengikut arahan DAP. Secara dasarnya PAS telah menjadi platform untuk DAP mengawal pengikut-pengikutnya yang terdiri dari kalangan ummat Islam di negara ini. PAS kini secara jelas tidak lagi mempedulikan kepentingan ummah .

PAS membuktikan pemimpin mereka adalah lebih tinggi daripada agama.


Namun, oleh kerana kasih dan cinta yang telah sebati di sebahagian besar pengikut parti ini, mereka agak sukar untuk menerima hakikat yang berlaku. Mereka masih lagi menaruhkan harapan dan meletakkan kepercayaan yang penuh kepada pimpinan walaupun mereka sedar parti yang mereka cintai ini telah jauh berbeza berbanding dahulu. Ada yang sanggup menerima saja alasan meminggirkan Islam demi strategi mendapatkan kuasa dan ada pula yang tidak bersetuju dan hanya mampu berdiam diri. Apakah jaminan mereka akan mengembalikan Islam sekiranya bertahun-tahun mereka bertindak meminggirkan Islam demi politik. Mereka tidak lagi berpolitik cara Islam mahupun berpolitik untuk menegakkan Islam. Mereka secara total hanya menggunakan Islam dan orang Islam demi memberi laluan kepada agenda kafir untuk menguasai kerajaan pimpinan orang Islam di negara ini.

Tiada ralat langsung dengan pemimpin yang berperibadi buruk dan sentiasa menjadi juara membela nasib orang kafir.


Kini sudah sampai waktu dan ketikanya seluruh ummat Islam bersatu dan  bangkit mempertahankan maruah agamanya. Setelah sekian lama melihat wajah-wajah angkuh parasit PAS bermaharajalela memesongkan ummat Islam untuk menghancurkan diri keturunan dan agama mereka sendiri. Mereka dengan sewenang-wenangnya mempergunakan kedudukan mereka mewakili orang Islam demi kesenangan dan keselesaan diri sendiri. Membuat keputusan bagi pihak orang Islam dan dalam masa yang sama menerima arahan dari musuh Islam DAP. Apakah bala bencana yang telah menimpa ummat Islam hari ini sehingga seburuk-buruk manusia dengan sehina-hina budi pekertinya diangkat sebagai pemimpin orang Islam di negara ini?


Beberapa pemimpin yang masih bersama PAS tetapi kerap mengkritik dasar PAS dan PR. Mungkin merekalah pemimpin alternatif untuk disediakan bagi penubuhan PAS baru.

Ahli PAS dari seluruh akar umbinya dari segenap penjuru negara perlu bangkit menyatakan hasrat menuntut perubahan menyingkirkan mereka-mereka yang bergelar parasit ini. PAS perlu dikembalikan kepada perjuangan asal parti ini. Ummat Islam perlu mengambil tanggungjawab untuk membersihkan segala kekotoran dan fitnah ke atas agama Allah yang telah dilakukan oleh parasit-parasit PAS selama ini.


Penubuhan PAS yang baru dengan barisan kemimpinan ulama seperti Dr Harun Din, Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasyarudin Mat Isa perlu dijulang semula menerajui ummat Islam untuk mengembalikan kekuatan Islam di bumi bertuah ini.


Tuesday, November 6, 2012

Jaja Keyakinan Palsu, ramai sudah tertipu..




 Merujuk kepada kenyataan kontroversi Nurul Izzah dalam dialog  ‘Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’  dianjurkan oleh sebuah badan pemikir kristian iaitu Oriental Hearts & Mind Study Institute dan diadakan di premis Gereja Full Gospel Tabenacle, Subang Jaya, Selangor melalui link http://1christians.blogspot.com/2012/11/nurul-there-should-be-no-compulsion-in.html

Melayu pun patut diberi kebebasan beragama seperti Cina dan India. Sekarang Melayu tidak bebas untuk tukar agama kerana halangan dari Mahkamah Syariah seperti yang berlaku kepada Lina Joy@ Azlina Jailani. Isu ini pasti dibangkitkan oleh pihak Gereja kerana mereka mempunyai azam untuk menambahkan penganut agama Kristian dikalangan Melayu. Usaha kristianisasi ini dikenali sebagai Joshua Project dimana perkembangan secara terperinci penyebaran agama kristian seluruh dunia dilaporkan di web ini.

Joshua Project is a research initiative seeking to highlight the ethnic people groups with the fewest followers of Jesus Christ. 

Kenyataan seperti ini merupakan satu daripada banyak lagi usaha dan perancangan pembangkang untuk menarik undi dari segenap kumpulan masyarakat di Malaysia. Walaupun masyarakat yang beragama kristian hanya mewakili tidak lebih dari 15% dari keseluruhan rakyat Malaysia, namun sokongan mereka tidak kurang pentingnya sama seperti sokongan golongan minoriti lain seperti pengamal LGBT. Walaupun jelas mereka sekadar kumpulan kecil dalam manyarakat Malaysia namun kebijaksanaan Anwar tidak sekali-kali memandang kecil impak sokongan yang boleh disumbangkan oleh golongan ini. Lebih-lebih lagi mereka ini dipinggirkan oleh perlembagaan yang cenderung ke arah agama Islam dan pelaksanaan hukum-hukumnya.  Cara Nurul yang cuba menambat hati penganut agama kristian dengan pendirian palsunya saling tidak tumpah dengan cara yang digunakan digunakan Anwar sewaktu ketika dahulu apabila beliau memberi "harapan palsu" kepada ahli parlimennya sendiri kononnya kerajaan dapat ditumbangkan pada 16 September 2008. Teknik serampang dua mata ini sekali gus mampu untuk mengawal beberapa pihak yang berbeza agar bertindak mengikut kemahuannya kerana mereka semua sangat percaya dan ternanti-nanti akan janji-janji yang telah ditaburkan.

Sebahagian dari usaha dan perancangan mereka sebelum ini telahpun menampakkan kesannya apabila sejumlah besar kaum Cina mula berani memenuhi jalanraya dalam demonstrasi anjuran pembangkang. Keberanian ini pasti datang dari "keyakinan palsu" yang dijaja oleh pembangkang kononnya kaum Cina mampu untuk mengubah landskap politik negara dan menikmati hak kesamarataan yang selama ini amat mustahil dilakukan oleh MCA. Keyakinan yang selama ini telah lama terpendam dek kebijaksanaan pemimpin negara mewujudkan persefahaman dan mengharmonikan hubungan antara kaum. Walau bagaimanapun demi undi, kaum Cina telah berjaya diperdayakan dengan taktik memberi "keyakinan palsu" ini.


Apa akan jadi jika lonjakan kuasa politik Cina ini mengulangi pristiwa tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Adakah rakyat berbilang kaum ini sesuai lagi untuk hidup bersama sekiranya mereka saling berprasangka, mencabar antara satu sama lain dan tidak lagi mengutamakan keharmonian serta persefahaman yang dibudayakan selama ini?..Semua ini mereka sanggup lakukan kerana terlalu yakin dengan janji-janji Anwar bahawa mereka mampu menguasai negara dan mengubahnya mengikut citarasa mereka. Kini apabila apa yang dijanjikan tidak menjadi kenyataan, kaum Cina terpaksa berdepan dengan tindakbalas orang Melayu atas cubaan mereka untuk menggugat kuasa politik orang Melayu. Di mana perginya Anwar ketika itu?
Banyak lagi usaha-usaha meraih undi secara melampau dilakukan terhadap kumpulan-kumpulan rakyat dari kalangan peminjam pembiayaan pendidikan, pengguna jalanraya, pembeli kenderaan, dan ramai lagi. Strateginya mudah, asalkan sanggup memberi sokongan, janji akan ditaburkan.

Dalam kerakusan PR mengejar kuasa ini, sedar tak sedar masyarakat Melayu Islamlah yang paling tergugat apabila survivaliti bangsa dan agamanya dijadikan barang dagangan secara tidak bertanggungjawab. Ironinya perkara ini tidak menjejaskan sokongan orang Melayu Islam terhadap PR malah masih tetap ada orang Melayu Islam yang giat berusaha bermati-matian membela PR kerana terlalu yakin dengan janji serta keyakinan palsu yang turut ditaburkan kepada mereka.



Sejauh manakah muslihat ini terus memperdayakan rakyat Malaysia untuk membinasakan diri mereka sendiri? Ketika YB Nurul Izzah masih lagi bergelut menuduh pihak itu dan ini memutar belit kenyataannya dan turut menyatakan dirinya tidak akan sekali kali menyokong murtad, NAMUN sudah ada sebilangan penyokongnya telahpun mula menerima konsep kebebasan beragama untuk orang Melayu apabila faham dengan jelas apa yang telah Nurul Izzah katakan. Mereka redho sekiranya lebih banyak orang Melayu akan menganut agama selain islam seperti bangsa2 lain didunia. Mereka sangka keturunan mereka akan jadi lebih baik tanpa kalimah Laa Ilaa Ha Ilallah. kau tanggunglah dosa mereka semua ini wahai Nurul Izzah.



Ternyata tiada cara langsung bagi sesiapa pun untuk menyembunyikan kebenaran. Tidak lama selepas itu seorang peguam bernama Siti Kasim yang merupakan AJK Hak asasi Manusia BAR Council menyatakan rasa kecewanya terhadap penarikan balik kenyataan Nurul Izzah. Jelas modus operandi Nurul yang menabur janji sana sini akhirnya menyebabkan beliau terjerat dan kini semua pihak mula melenting menuntut janji beliau sebelum sempat agenda beliau memperdayakan mereka tercapai.


Aku bermohon kepada Allah dengan penuh belas kasihan dan rahmatNya agar terus memberi perlindungan kepada Malaysia sebagai satu satunya negara untuk kami besarkan anak-anak kami. Aku turut berlindung kepada Allah dari pemimpin masyarakat yang masih muda seperti Nurul Izzah agar beliau tidak terus mempengaruhi anak-anak kami dan menghancurkan kehidupan mereka pada masa hadapan. AMIN!


Thursday, November 1, 2012

Tuhan Selain Allah?




Tuhan selain Allah? Siapa yang boleh namakan siapa dia tuhan selain Allah?

TUHAN selain Allah bukan sahaja terdiri daripada pelbagai patung berhala sembahan di kuil dan tokong. Apa saja perkara yang menjadikan seseorang itu menghambakan diri kepadanya adalah TUHAN selain Allah.

TUHAN itu mungkin wujud dalam bentuk perkara-perkara yang kita suka lakukan sehingga menyebabkan kita masih memikirkannya ketika sedang bersujud kepadaNya.

TUHAN itu mungkin wujud dalam bentuk wang ringgit yang menyebabkan kita berusaha siang dan malam  untuk mendapatkannya sehingga tidak peduli soal halal haram puncanya.

TUHAN yang dimaksudkan mungkin sekadar harta benda kesayangan. Terlalu banyak masa dihabiskan untuk menjaganya sehingga berlalunya waktu solat tanpa sedikit sesal dan rasa berdosa. Malah seseorang hamba yang meletakkan kehendak dirinya mengatasi kehendak Allah sebenarnya telah menjadikan dirinya sendiri sebagai Tuhan selain Allah.




"Tuhan selain Allah" adalah kata lawan bagi maksud kalimah LAA ILAHA ILALLAH yang hanya mengesakan Allah sebagai TUHAN dan menafikan segala-gala yang lain selain dari Allah untuk berkongsi tempat dengan Nya. Sayangnya manusia itu lebih mudah menjadikan seribu satu mahkluk disekelilingnya sebagai TUHANnya dan menafikan Allah yang mana sepatutnya Dialah satu-satunya TUHAN yang berhak untuk disembah.


Sebutlah kalimah "TIADA Tuhan selain Allah" sebanyak-banyaknya kerana bukan mudah untuk menyingkirkan seribu satu macam mahkluk disekeliling kita yang adakalanya secara gergilir-gilir menjadi Tuhan selain Allah.


Kalimah LAA ILAHA ILALLAH dikhabarkan menjadi zikir bagi keseluruhan makhluk Allah. Ketika seekor burung mengepakkan sayapnya. Ketika pepohonan melambai mengikut deruan angin. Ketika bulan menjadi gerhana berlindung disebalik bayangan bumi dari cahaya sang mentari. Walau bagaimanapun, manusia dengan sifat pelupanya angkuh melepaskan waktu pagi hingga ke petang dan melepaskan waktu petang hingga ke malam tanpa sekalipun mampu untuk mengingatinya.

Kalimah LAA ILAHA ILALLAH apabila disebutkan adalah amal kebajikan yang paling afdhal (terbaik) kerana ia merupakan seringan-ringan amal dengan sebesar-besar ganjaran pahala kebaikan di dunia dan di akhirat.

Semoga dengan menyebut "TIADA Tuhan selain Allah" pada setiap masa dapat menutup kemas segala ruang dari menjadikan selain Allah sebagai TUHAN. Kerana seribu satu macam mahkluk yang disembah itu jua akan ditanya oleh Tuhan Sekalian Alam adakah mereka pernah sesekali meminta manusia menyembahnya. Dengan penuh bimbang dan gerun atas kemurkaan besar menyekutukan Allah, mereka serta merta berlepas diri dari perbuatan penyembah-penyembahnya sambil mengulangi ikrar bahawa sesungguhnya TIADA TUHAN LAIN YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH.

Wallahua' lam

Monday, September 10, 2012

Sambutan Kemerdekaan Terakhir Malaysia?



Sekiranya sewaktu ketika dahulu Penjajah British merasakan tamparan hebat dengan gerakkan penentangan yang padu dari seluruh pelusuk Tanah Melayu terhadap Malayan Union, kini dikala tanda-tanda usaha pihak-pihak tertentu untuk menjadikan Malaysia negara Republik semakin jelas, rakyat negara ini masih lagi leka dan santai seperti terlalu yakin tidak ada apa-apa yang buruk akan berlaku terhadap negara bangsa dan agama mereka.

Melayu bersatu menentang Malayan Union. Bagaimana pula dengan Republic Of  Malaysia?


Jika mendengar perkataan republik maka kita akan melihat negara seperti Singapura, Indonesia dan China tanpa mendasari apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkataan itu. Bagi Singapura dan Indonesia jelas mereka masih mengamalkan sistem demokrasi seperti kita. Namun tidakkah kita sedar Malaysia sangat berbeza dan unik dimana demokrasi diamalkan berdasarkan Perlembagaan yang mana ia tidak akan mengubah ciri-ciri pembentukan Malaysia selama-lamanya. Perlembagaanlah yang menjamin pelbagai perkara termasuk kewujudan kuasa raja-raja, Islam sebagai agama rasmi dan hak istimewa kaum bumiputra. Tiadanya pelembagaan maka negara ini akan hilang identiti asalnya dan berubah bentuk mengikut citarasa majoriti. Kewujudan negara Republik bermakna penghapusan segala apa yang telah ditetapkan dibawahnya.


Intitusi Raja Melayu hanya tinggal keturunan kerabat yang tidak mempunyai apa-apa kuasa. Istana yang menjadi simbol kewujudannya hampir saja dimusnahkan oleh pemerintah cina untuk menghilangkan terus dari ingatan seluruh rakyat Singapura.



Raja-raja bukan lagi pemilik kuasa eksekutif malah institusi itu hanya akan tinggal sejarah seperti Istana Kampung Gelam Singapura yang hampir-hampir dirobohkan pemerintah berbangsa Cina. Sejarah yang panjang beratus tahun raja-raja Melayu buat  pertamakalinya akan terhenti. Institusi ini yang dahulunya penjajah sekuat manapun tidak akan berani menghapuskannya kerana sedar betapa besarnya kesetiaan orang Melayu kepada raja-raja mereka.

Status Agama Rasmi akan dihapuskan dan semua agama akan mendapat perhatian yang sama rata. Tiada lagi tumpuan khusus kerajaan boleh diberikan terhadap pembangunan agama Islam dan orang Islam seperti yang telah mereka nikmati selama ini. Penyebaran agama lain terhadap orang Islam bukan lagi suatu sekatan, malah agenda liberalisasi agama seperti Indonesia akan berlaku dimana masyarakat terpaksa menerima corak komposisi kekeluargaan yang mempunyai pelbagai pegangan agama. Lalu akidah ummah dan keturunannya tidak lagi mampu dipelihara oleh pemerintah negara.


Benarlah kata Dr Mahathir.. Jika orang Melayu sendiri tidak mempedulikan nasib mereka, maka Raja mereka pun tak mampu berbuat apa-apa. Malah nasib raja juga ditentukan oleh rakyatnya.

Kontrak sosial yang menjadi asas pembentukan Perlembagaan Negara mensyaratkan penerimaan kaum lain sebagai warganegara perlu akur dengan perkara 153 iaitu berkaitan Ketuanan Melayu serta bumiputra yang lainnya tidak lagi sah untuk diamalkan. Sekiranya dahulu Afrika Selatan berjuang untuk menumbangkan dasar Apatheid oleh kaum pendatang kulit putih yang menindas peribumi, kini negara kita pula mengundur kebelakang memberi ruang kepada kaum pendatang menduduki tahta.

Komposisi masyarakat Malaysia adalah sangat merbahaya dan kritikal. Perpecahan yang besar dikalangan kaum majoriti akan memberi peluang kepada kaum yang bukan majoriti tetapi bulat kata-katanya dan kukuh perpaduannya untuk mengambil alih pemerintahan negara. Sekadar mengambil alih pemerintahan negara tidak akan bermakna apa-apa sekiranya mereka masih terikat dengan perlembagaan yang memberi keistimewaan kepada Islam, Raja-raja dan bangsa Melayu. Oleh yang demikian, usaha telah dijalankan untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara Republik supaya mereka memiliki ruang seluas-luasnya untuk mengubah identiti negara mengikut kesesuaian kehendak mereka.

Melayu kene tipu atau Melayu mudah lupa? Mungkin melayu ni tak pandai kira berapa kerusi cina punya.

Mereka sudah pastinya tidak akan terburu-buru dalam hal ini. Mereka tidak akan sekali-kali mengumumkan pendirian mereka, malah jika ada yang menuduh mereka akan hanya menafikanya. Mereka hanya sekadar mengkocakkan air dan melihat apakah reaksi orang Melayu terhadapnya. Ia juga dijadikan sebagai kayu pengukur untuk melihat sejauh manakah hati orang Melayu masih terikat untuk mempertahankan agama, raja dan bangsanya. Dalam masa yang sama mereka cuba membiasakan orang melayu dengan konsep perjuangan atas dasar kebebasan dan hak kesamarataan agar mereka bersedia untuk menafikan hak keistimewaan yang mereka sendiri nikmati selama ini.

Usaha mereka bermula dengan ucapan Presiden PKR yang juga Isteri Anwar Ibrahim yang menyebut "Membakul-sampahkan Ketuanan Melayu" dan menggantikannya dengan helah kononnya ingin menjadikan Melayu lebih bermaruah. Adakah Melayu itu lebih bermaruah jika mereka miskin dan sering meminta-minta seperti sebelum perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru?

Rentak mereka diteruskan dengan dasar Liberalisme Agama dengan menyokong hak anak melayu Islam untuk menukar agama. Penyamarataan Allah dengan berhala melalui pluralisme agama. Menyokong penggunaan Kalimah Allah oleh penganut agama Kristian. Dan isu kekebalan gereja menyebarkan agama dikalangan orang melayu Islam.

Allah yang mana?

Dan akhir-akhir ini gerakan menghina dan melekehkan raja-raja pula dilakukan. Menuduh raja-raja bermewah-mewah dengan wang negara. Mengfitnah raja-raja melakukan aktiviti tidak bermoral dan mempertikaikan keistimewaannya. Tidak menjemput raja-raja dimajlis-majlis rasmi kerajaan pembangkang.

Hasrat untuk menjadikan negara ini negara republik bukanlah rahsia. Ia telah didedahkan oleh bekas-bekas pimpinan PKR sendiri. Malah Azmin Ali pernah memaklumkan kepada adiknya Ummi Hafilda berkenaan dengan perancangan itu.

Percantuman semula Singapura pernah diutarakan oleh Lee Kuan Yew. Ia menyedari hakikat negara kecil itu tidak mampu untuk  terus bertahan dengan sumber asas yang terhad dan pergantungan sumber ekonomi yang rapuh. Tidak dinyatakan adakah Singapura akan memohon untuk menyertai Malaysia. Namun dengan kekuatan kuasa politik DAP yang semakin berlipat kali ganda dalam Pilihanraya Negeri Serawak menyakinkan prisipalnya di Singapura akan kemungkinan peluang untuk menyatukan Malaysia Singapura dibawah pemerintahan DAP-PAP.


Hubungan antara ketua negara? Guan Eng bukan ketua negara kita... Hubungan antara Mentor dan Protoge pasti.



Mana ade rahsia?

Tukar bendera langsung tidak ada kene mengena dengan mana-mana perjuangan rakyat. Ia jelas merupakan satu percubaan untuk mengubah identiti negara kita kepada negara yang sangat berbeza..


Kekerapan pertemuan pemimpin parti pembangkang dengan Lee Kuan Yew mungkin agak sukar dikaitkan dengan usaha itu. Namun dengan insiden pengibaran bendera mirip bendera Singapura dimalam ambang kemerdekaan dan pemilihan tema kemerdekaan pembangkang yang mirip lirik lagu patriotik Singapura menjadi petanda yang menghubungkan secara langsung dengan agenda itu.

Apakah reaksi kerajaan terhadap agenda negara republik ini?.. Saban hari kita saksikan sendiri dikaca TV usaha yang masih dijalankan pada saat-saat akhir menjelang pilihanraya ini agar PAS dapat dipisahkan daripada DAP dan PKR. Inilah satu-satunya jalan yang paling selamat agar kerajaan mampu menghadapi Pilihanraya Umum dengan lebih berkeyakinan. Penggabungan PAS dan UMNO mungkin turut menjadi pertimbangan bagi menyatupadukan orang Melayu untuk bangkit mempertahankan kepentingan mereka dinegara ini.

Namun persoalan ini masih tidak ada siapapun yang mampu untuk memberikan jawapannya.

Adakah mungkin kita baru saja menyambut kemerdekaan Malaysia terakhir?


Malaysia yang bagaimana akan diwariskan kepada anak-anak kita satu hari nanti?