Tuesday, November 6, 2012

Jaja Keyakinan Palsu, ramai sudah tertipu..




 Merujuk kepada kenyataan kontroversi Nurul Izzah dalam dialog  ‘Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’  dianjurkan oleh sebuah badan pemikir kristian iaitu Oriental Hearts & Mind Study Institute dan diadakan di premis Gereja Full Gospel Tabenacle, Subang Jaya, Selangor melalui link http://1christians.blogspot.com/2012/11/nurul-there-should-be-no-compulsion-in.html

Melayu pun patut diberi kebebasan beragama seperti Cina dan India. Sekarang Melayu tidak bebas untuk tukar agama kerana halangan dari Mahkamah Syariah seperti yang berlaku kepada Lina Joy@ Azlina Jailani. Isu ini pasti dibangkitkan oleh pihak Gereja kerana mereka mempunyai azam untuk menambahkan penganut agama Kristian dikalangan Melayu. Usaha kristianisasi ini dikenali sebagai Joshua Project dimana perkembangan secara terperinci penyebaran agama kristian seluruh dunia dilaporkan di web ini.

Joshua Project is a research initiative seeking to highlight the ethnic people groups with the fewest followers of Jesus Christ. 

Kenyataan seperti ini merupakan satu daripada banyak lagi usaha dan perancangan pembangkang untuk menarik undi dari segenap kumpulan masyarakat di Malaysia. Walaupun masyarakat yang beragama kristian hanya mewakili tidak lebih dari 15% dari keseluruhan rakyat Malaysia, namun sokongan mereka tidak kurang pentingnya sama seperti sokongan golongan minoriti lain seperti pengamal LGBT. Walaupun jelas mereka sekadar kumpulan kecil dalam manyarakat Malaysia namun kebijaksanaan Anwar tidak sekali-kali memandang kecil impak sokongan yang boleh disumbangkan oleh golongan ini. Lebih-lebih lagi mereka ini dipinggirkan oleh perlembagaan yang cenderung ke arah agama Islam dan pelaksanaan hukum-hukumnya.  Cara Nurul yang cuba menambat hati penganut agama kristian dengan pendirian palsunya saling tidak tumpah dengan cara yang digunakan digunakan Anwar sewaktu ketika dahulu apabila beliau memberi "harapan palsu" kepada ahli parlimennya sendiri kononnya kerajaan dapat ditumbangkan pada 16 September 2008. Teknik serampang dua mata ini sekali gus mampu untuk mengawal beberapa pihak yang berbeza agar bertindak mengikut kemahuannya kerana mereka semua sangat percaya dan ternanti-nanti akan janji-janji yang telah ditaburkan.

Sebahagian dari usaha dan perancangan mereka sebelum ini telahpun menampakkan kesannya apabila sejumlah besar kaum Cina mula berani memenuhi jalanraya dalam demonstrasi anjuran pembangkang. Keberanian ini pasti datang dari "keyakinan palsu" yang dijaja oleh pembangkang kononnya kaum Cina mampu untuk mengubah landskap politik negara dan menikmati hak kesamarataan yang selama ini amat mustahil dilakukan oleh MCA. Keyakinan yang selama ini telah lama terpendam dek kebijaksanaan pemimpin negara mewujudkan persefahaman dan mengharmonikan hubungan antara kaum. Walau bagaimanapun demi undi, kaum Cina telah berjaya diperdayakan dengan taktik memberi "keyakinan palsu" ini.


Apa akan jadi jika lonjakan kuasa politik Cina ini mengulangi pristiwa tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Adakah rakyat berbilang kaum ini sesuai lagi untuk hidup bersama sekiranya mereka saling berprasangka, mencabar antara satu sama lain dan tidak lagi mengutamakan keharmonian serta persefahaman yang dibudayakan selama ini?..Semua ini mereka sanggup lakukan kerana terlalu yakin dengan janji-janji Anwar bahawa mereka mampu menguasai negara dan mengubahnya mengikut citarasa mereka. Kini apabila apa yang dijanjikan tidak menjadi kenyataan, kaum Cina terpaksa berdepan dengan tindakbalas orang Melayu atas cubaan mereka untuk menggugat kuasa politik orang Melayu. Di mana perginya Anwar ketika itu?
Banyak lagi usaha-usaha meraih undi secara melampau dilakukan terhadap kumpulan-kumpulan rakyat dari kalangan peminjam pembiayaan pendidikan, pengguna jalanraya, pembeli kenderaan, dan ramai lagi. Strateginya mudah, asalkan sanggup memberi sokongan, janji akan ditaburkan.

Dalam kerakusan PR mengejar kuasa ini, sedar tak sedar masyarakat Melayu Islamlah yang paling tergugat apabila survivaliti bangsa dan agamanya dijadikan barang dagangan secara tidak bertanggungjawab. Ironinya perkara ini tidak menjejaskan sokongan orang Melayu Islam terhadap PR malah masih tetap ada orang Melayu Islam yang giat berusaha bermati-matian membela PR kerana terlalu yakin dengan janji serta keyakinan palsu yang turut ditaburkan kepada mereka.



Sejauh manakah muslihat ini terus memperdayakan rakyat Malaysia untuk membinasakan diri mereka sendiri? Ketika YB Nurul Izzah masih lagi bergelut menuduh pihak itu dan ini memutar belit kenyataannya dan turut menyatakan dirinya tidak akan sekali kali menyokong murtad, NAMUN sudah ada sebilangan penyokongnya telahpun mula menerima konsep kebebasan beragama untuk orang Melayu apabila faham dengan jelas apa yang telah Nurul Izzah katakan. Mereka redho sekiranya lebih banyak orang Melayu akan menganut agama selain islam seperti bangsa2 lain didunia. Mereka sangka keturunan mereka akan jadi lebih baik tanpa kalimah Laa Ilaa Ha Ilallah. kau tanggunglah dosa mereka semua ini wahai Nurul Izzah.



Ternyata tiada cara langsung bagi sesiapa pun untuk menyembunyikan kebenaran. Tidak lama selepas itu seorang peguam bernama Siti Kasim yang merupakan AJK Hak asasi Manusia BAR Council menyatakan rasa kecewanya terhadap penarikan balik kenyataan Nurul Izzah. Jelas modus operandi Nurul yang menabur janji sana sini akhirnya menyebabkan beliau terjerat dan kini semua pihak mula melenting menuntut janji beliau sebelum sempat agenda beliau memperdayakan mereka tercapai.


Aku bermohon kepada Allah dengan penuh belas kasihan dan rahmatNya agar terus memberi perlindungan kepada Malaysia sebagai satu satunya negara untuk kami besarkan anak-anak kami. Aku turut berlindung kepada Allah dari pemimpin masyarakat yang masih muda seperti Nurul Izzah agar beliau tidak terus mempengaruhi anak-anak kami dan menghancurkan kehidupan mereka pada masa hadapan. AMIN!


1 comment: