Meletakkan pemimpin-pemimpin kanan yang mempunyai hubungan istimewa dengan DAP? ..Percaturan DAP membuahkan hasil untuk menguasai PAS. |
PAS bagi kebanyakan pengikutnya bukan lagi sekadar parti politik. Mereka telah menganggap PAS adalah sebahagian dari hidup mereka. Imej mereka, keluarga mereka, kehidupan sosial mereka bersama kawan-kawan, malah gaya hidup mereka telah dicorakkan oleh parti ini sehingga ia telah sebati. Bukan itu sahaja, sekecil kecil pengorbanan mereka seperti derma mahupun potongan gaji untuk tabung PAS menjadikan hati mereka terikat dengan parti itu seolah oleh parti itu milik mereka. Mereka sentiasa bersedia meluangkan masa dan menjadikan ceramah-ceramah parti itu sebagai salah satu aktiviti keluarga yang wajib dipenuhi untuk mendidik anak dan isteri mereka. Lebih tepat dikatakan jika mereka tidak bersama parti itu maka mereka merasakan seperti telah menjauhkan diri dari agama mereka....
Jiwa mereka telah sebati. Hanya akur sebagai pengikut yang taat setia. Pengikut pun akan dipersoal oleh Allah jika menyokong perbuatan mungkar pemimpin. |
Namun adakah mereka mampu untuk menerima kenyataan bahawa parti yang mereka cintai ini tidak terlepas dari percaturan pihak-pihak tertentu untuk mengubah prinsip dan dasarnya bagi disesuaikan dengan agenda mereka? Mereka yang pada asalnya menaruh sepenuh kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin mereka tidak pernah sama sekali menyangka bahawa suatu hari nanti pemimpin yang sama akan tergamak mengkhianati prinsip dan dasarnya yang selama ini diperjuangkan.
Bukan mudah DAP untuk mendapat penyertaan orang Melayu. Maka dengan menguasai PAS memudahkan DAP memiliki Putrajaya. |
Konsep Din Wa Daulah ini telah perjuangkan sekian lama oleh pendokong PAS. Jika sebut sahaja Negara Islam, Hukum Hudud pasti setiap rakyat Malaysia tidak dapat lari dari mengaitkannya dengan PAS. Atas keyakinan kepada konsep inilah mereka gigih berkhidmat menghambakan diri demi kemenangan parti. Konsep Daulah Islamiyyah yang dahulunya benar-benar sesuai dengan jiwa mereka lalu mereka bertekad untuk bersama seumur hidup dengannya. Malah atas dasar prinsip itu jua yang menyebabkan mereka mentaati pemimpin mereka sehingga sanggup mengkafirkan saudara seislam yang menolak dasar dan prinsip ini. Kini, dasar dan prinsip yang sering dibanggakan itu telah lupus. Pemimpin-pemimpin ini bukan lagi tidak bertindak mengikut dasar-dasar parti malah sanggup mengubah prinsip dan dasar parti demi kepentingan Politik. Parti ini membuktikan bahawa pemimpinlah yang mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan prinsip yang mana perlu diubah demi memberi laluan kepada alasan yang dipanggil "Strategi Kemenangan". Bukan lagi untuk memartabatkan syiar Islam, tetapi hanya sekadar untuk menjadi sekutu kecil yang sentiasa bersedia untuk menerima apa saja arahan dari sipenganjurnya yang gagah perkasa.
Ada lagi yang masih meremehkan kuasa politik kafir dalam PR? Adakah kita lebih percaya dengan orang kafir untuk membela nasib orang Islam? |
Penyokong diperingkat akar umbi sering tersepit dengan tindakan pemimpin mereka yang secara konsisten tidak selari dengan perjuangan mereka. Mereka sedar amat sukar untuk mempertahankan pemimpin mereka apabila isu-isu yang sangat jelas menggugat kesucian agama Islam tidak mendapat perhatian yang selayaknya. Parti yang bukan lagi diterajui oleh golongan ulama ini lebih mementingkan usaha untuk mendapatkan kuasa sehingga mereka kini dimandulkan apabila saat-saat memerlukan parti itu menjadi juara untuk mempertahankan Islam.
Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat bukan lagi atas dasar persefahaman yang dibentuk malah agenda tersembunyi yang lebih besar dilakukan oleh parti yang lebih dominan untuk mengubah PAS dari parti yang mempunyai polisi ala "Taliban" kepada Parti yang memperjuangkan ideologi barat seperti Sister In Islam. Ia bermula dengan mencantas pemimpin-pemimpin yang menjadi penghalang kepada agenda ini. Ia diganti dengan pemimpin sangat buruk pekertinya seperti Khalid Samad dan Mat Sabu. Mereka-mereka ini yang menerima faedah secara bulanan dari DAP dan sentiasa bersedia bertindak mengikut arahan DAP. Secara dasarnya PAS telah menjadi platform untuk DAP mengawal pengikut-pengikutnya yang terdiri dari kalangan ummat Islam di negara ini. PAS kini secara jelas tidak lagi mempedulikan kepentingan ummah .
PAS membuktikan pemimpin mereka adalah lebih tinggi daripada agama. |
Namun, oleh kerana kasih dan cinta yang telah sebati di sebahagian besar pengikut parti ini, mereka agak sukar untuk menerima hakikat yang berlaku. Mereka masih lagi menaruhkan harapan dan meletakkan kepercayaan yang penuh kepada pimpinan walaupun mereka sedar parti yang mereka cintai ini telah jauh berbeza berbanding dahulu. Ada yang sanggup menerima saja alasan meminggirkan Islam demi strategi mendapatkan kuasa dan ada pula yang tidak bersetuju dan hanya mampu berdiam diri. Apakah jaminan mereka akan mengembalikan Islam sekiranya bertahun-tahun mereka bertindak meminggirkan Islam demi politik. Mereka tidak lagi berpolitik cara Islam mahupun berpolitik untuk menegakkan Islam. Mereka secara total hanya menggunakan Islam dan orang Islam demi memberi laluan kepada agenda kafir untuk menguasai kerajaan pimpinan orang Islam di negara ini.
Tiada ralat langsung dengan pemimpin yang berperibadi buruk dan sentiasa menjadi juara membela nasib orang kafir. |
Kini sudah sampai waktu dan ketikanya seluruh ummat Islam bersatu dan bangkit mempertahankan maruah agamanya. Setelah sekian lama melihat wajah-wajah angkuh parasit PAS bermaharajalela memesongkan ummat Islam untuk menghancurkan diri keturunan dan agama mereka sendiri. Mereka dengan sewenang-wenangnya mempergunakan kedudukan mereka mewakili orang Islam demi kesenangan dan keselesaan diri sendiri. Membuat keputusan bagi pihak orang Islam dan dalam masa yang sama menerima arahan dari musuh Islam DAP. Apakah bala bencana yang telah menimpa ummat Islam hari ini sehingga seburuk-buruk manusia dengan sehina-hina budi pekertinya diangkat sebagai pemimpin orang Islam di negara ini?
Beberapa pemimpin yang masih bersama PAS tetapi kerap mengkritik dasar PAS dan PR. Mungkin merekalah pemimpin alternatif untuk disediakan bagi penubuhan PAS baru. |
Ahli PAS dari seluruh akar umbinya dari segenap penjuru negara perlu bangkit menyatakan hasrat menuntut perubahan menyingkirkan mereka-mereka yang bergelar parasit ini. PAS perlu dikembalikan kepada perjuangan asal parti ini. Ummat Islam perlu mengambil tanggungjawab untuk membersihkan segala kekotoran dan fitnah ke atas agama Allah yang telah dilakukan oleh parasit-parasit PAS selama ini.
Penubuhan PAS yang baru dengan barisan kemimpinan ulama seperti Dr Harun Din, Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasyarudin Mat Isa perlu dijulang semula menerajui ummat Islam untuk mengembalikan kekuatan Islam di bumi bertuah ini.
No comments:
Post a Comment