[59](Penjaga neraka berkata kepada
ketua-ketua golongan kafir dan penderhaka itu): ” Ini ialah serombongan
(orang-orang kamu) yang masuk berasak-asak bersama-sama kamu “. (Ketua-ketua itu
berkata): ” Mereka tidak perlu dialu-alukan, kerana sesungguhnya mereka pun akan
menderita bakaran neraka “.

[60]pengikut-pengikut mereka menjawab: ” Bahkan kamulah yang tidak perlu dialu-alukan, kerana kamulah yang membawa azab sengsara ini kepada kami, maka amatlah buruknya neraka ini sebagai tempat penetapan “.

[61]Mereka berkata lagi: ” Wahai Tuhan kami! Sesiapa yang membawa azab ini kepada kami, maka tambahilah dia azab seksa berlipat ganda di dalam neraka “.

[62]Dan penduduk neraka itu tetap akan bertanya sesama sendiri: ” Mengapa kita tidak melihat orang-orang yang dahulu kita kirakan mereka sebagai orang-orang jahat (lagi hina)?

[63]” Adakah kita sahaja jadikan mereka ejek-ejekan (sedang mereka orang-orang yang benar)? Atau mata kita tidak dapat melihat mereka?

[64]Sesungguhnya (segala yang diterangkan) itu adalah benar iaitu perbalahan dan cercaan penduduk neraka sesama sendiri.

[65]Katakanlah (wahai Muhammad): ” Sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran, dan tidak ada sama sekali tuhan yang sebenar melainkan Allah Yang Maha Esa, lagi Yang kekuasaanNya mengatasi segala-galanya, -

[66]” Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya; Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni (dosa hamba-hambaNya)”.
No comments:
Post a Comment