Apakah tujuan anda membeli insuran? Apakah perasaan anda apabila mempunyai perlindungan insuran? Rasa selamat? Rasa dilindungi? Segala rasa bimbang, takut dan risau telah hilang?...
Ia adalah sesuatu yang ironi apabila seseorang yang mempunyai perlindungan insuran membayar premium bulanan dan dalam hatinya berkata "tak mengapa, duit ini adalah untuk keselamatan diri dan keluargaku" tetapi dalam masa yang sama pula berkata "bilalah aku akan gunakan faedah pelaburan Insuran ini..". Adakah anda pernah mendoakan diri anda untuk jatuh sakit atau ditimpa kemalangan?
Pernahkah kita mendengar perkhabaran seseorang yang jatuh sakit lalu syarikat Insuran membiayai sepenuhnya perbelanjaan perubatannya. Lalu kemudian dia jatuh sakit lagi dengan perbelanjaan perubatan yang lebih besar. Ia terus berulang-ulang. Misterinya dia tidak pernah menghidapi penyakit yang pelbagai itu sebelum diinsurankan. Kejadian ini mungkin berbeza beza jika dibandingkan dengan individu-individu lain yang turut mempunyai perlindungan insuran. Ini kerana semuanya bergantung kepada "perasaan kita terhadap insuran"..
Insuran pada hakikatnya hanyalah sekadar strategi kewangan sebagai persediaan ketika kecemasan terutama sekali apabila ditimpa musibah. Malangnya sebahagian dari kita yang berniaga Insuran atau melanggan insuran secara keterlaluan meletakkan harapan kepada mekanisma kewangan ini sehingga menghilangkan rasa takut dan harap yang sepatutnya kita himpunkan kepada Allah semata-mata.
Isu ini mungkin dianggap remeh namun ia bakal memberi kesan penderitaan dan kemelaratan tidak berpenghujung apabila kita tersilap meletakkan pergantungan hidup kita selain dari Allah. Sekuat manapun kepercayaan kita terhadap Insuran. Sehebat mana pun ia membuktikan kebijaksanaan manusia menangani nasib malang.. YAKINlah bahawa Allah adalah sebaik-baik pelindung kepada mahkluk-mahklukNya. Allahlah yang berhak menentukan nasib untung rugi bahagia sengsara setiap mahklukNya. Allahlah yang lebih mengetahui apakah bala bencana malapetaka yang akan menimpa kita pada esok hari dan tidak ada sesuatupun yang boleh berlaku melainkan dengan IzinNya.
Bagi mereka yang meletakkan pengharapan dan perlindungan selain Allah.. Allah akan tinggalkan dia bersama harapanya itu mengadapi pelbagai musibah dan penderitaan.. Serulah punca-punca pengharapan dan perlindungan yang tadinya diletakkan selain Allah.. Lihatlah ketenteraman dan kebahagiaan jenis apa yang didambakan bersama tuhan yang baru itu!
Ingatlah! Yakinlah! Hanya Allah sahaja yang mampu menurunkan dan menghilangkan musibah..Dan percayalah hanya kepada Allahlah tempat yang selayak-layaknya untuk kita meletakkan segala pengharapan dan ketakutan. Dialah Allah Tuhan Yang Maha Besar sebaik baik pelindung bagi setiap mahkluk sekelian alam.
Perbetulkanlah hati kita agar tidak dengan secara tidak sengaja menggantikan Allah dengan yang lain lain. Berdoalah kita dengan sepenuh-penuh pengharapan se Nya kepada Allah dengan hati yang ikhlas. Mintalah hanya kepada Allah agar kita sentiasa dilindunginya dari segala kejahatan mahklukNya mahupun musibah ujian yang tidak mampu untuk kita tanggungi. Kita adalah mahkluk Allah yang lemah. Akuilah sentiasa hakikat itu sebelum Allah turunkan ujian yang pasti dan pasti kita akan kecundang setelah melaluinya. Semoga Allah jadikan dosa-dosa kita sebagai dosa yang terampun dan bukannya dosa yang membelenggu hidup kita dengan hukuman serta azab yang tidak terperi pedihnya! Amin YA RABBAL alamin!

Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment