Saya sebelum ini pernah cadangkan melalui link dibawah
http://zulhairifetani.blogspot.com/2014/11/al-quran-juga-milik-orang-kristian.html?m=1
agar kita MENGEDARKAN Terjemahan AlQuran (lebih baik dalam bahasa inggeris) kepada GEREJA2 DI SELURUH NEGARA sebagai tindak balas terhadap tindakan mereka yang mahu menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka.
Saya terkejut hari ini apabila melihat post dari JAKIM bahawa mereka seolah-olah telah melaksanakan cadangan saya itu. Alhamdulillah jika benar ternyata cetusan idea saya melalui penulisan blog membuahkan hasil dan berjaya memberi tekanan kepada GEREJA!
Kadangkala kita merasakan usaha kita seperti anjing menyalak bukit. Suara kerdil bukan dari kalangan mereka yang ternama dan berpengaruh. Namun bukan mustahil di zaman yang menghimpunkan sesiapapun untuk berkongsi dunia yang sama iaitu dunia cyber, saya berpeluang berinteraksi dengan ramai individu yang ternama lagi berpengaruh secara terus.
Hal sebegini membuatkan saya lebih bersemangat untuk berkongsi idea dan terus menyumbang kepada kesejahteraan ummah.
No comments:
Post a Comment